Pages

Isnin, 31 Mei 2010

11 hari

lama sudah tidak mengarang.entah apa yang disibukkan gua sendiri konpius.aktiviti harian bermula pukul 12 tengahari selepas tersedar mendengar bebalan penyampai rumah.fm a.k.a ibuku.kemudian melepak di kedai komputer bermain game bola.berpeluh tak ingat.macam bermain the real bola sebab air cond tak jadi.petang bermulalah main bola betol-betol.main sampai lebam,budak tembam tak boleh main.malam lepakking sampai dapat seruan suruh balik.kecuali malam yang ada match best,lepaklah di kedai sambil menjadi pengulas perlawanan.

tak de motif post ini.cuma nak bagitahu World Cup 11 hari lagi.kihkih

Isnin, 24 Mei 2010

botak

setiap hari rambut gua semakin berubah.bermula dengan hasil karya tukang gunting yang memanaskan hati gua,semalam,gua pulak jadi tukang gunting.untuk diri gua sendiri.hasilnya gua jadi punk.PUNK TIDAK MATI.orang tua panggil rambut fesyen MOHAWK.tapi budak-budak muda panggil fesyen rambut sabun TROJAN.

dengan sedikit ugutan dari bapak gua untuk mencukur rambut gua,gua ke salon amoi untuk membetulkannya.membetulkannya bukan susah.gua hanya menipiskan sedikit potongan trojan dan hasilnya gua sedikit botak tetapi masih macam punk.kihkih.gua bukan apa,memeandangkan cuti sekolah yang panjang,apa kata gua ubah sedikit gaya gua.siapa tahu rambut gua dipilih sebagai rambut yang jadi ikutan semasa piala dunia.

esok gua akan jadi SKINHEAD pulak.

mohawk

setelah rambut gua di khianati oleh si tukang gunting rambut,gua dengan nada memprotes dan mogok telah mencapai mesin rambut dan membuat sedikit pengubahsuaian kat rambut gua.dah seminggu berlalu tapi gua masih berdendam dengan hasil kerja si tukang gunting.

dengan bermodalkan imaginasi MOHAWK yang gua dapat di dalam mimpi,gua mencapai mesin rambut lalu membotakkan rambut di bahagian tepi dan meninggalkan di bahagian tengah.imagine lah sendiri.kalau nak tengok jugak lu semua belilah majalah MANGGA edisi June bulan depan.ada gambar gua berposing di tepi kolam renang.tapi rambut anak omputeh kat atas tu sebiji dengan rambut gua.gua rasa mak bapak dia relax je bagi anak dia buat rambut camtu.mana gua tahu mak bapak dia tak marah?gua tahulah.kalau mak bapak dia marah mesti dah ada kesan lebam dan calar kat muka budak tu hasil terajang dan gigitan mak bapak dia

situasi berbeza dari satu ketika ke satu ketika.satu ketika bapak gua gelak dan bertanya hasil nukilan siapa terpampang di kepala gua,adik gua yang kamcing dengan gua dengan selamber kata hasil nukilan dia.tapi entah macam mana dan angin santau apa yang bertiup menyebabkan bapak gua beritahu isteri dia iaitu mak gua suruh gua botakkan kepala.dia kata rambut gua tak sesuai dan buta mata jika dipandang lama-lama.

kita tak boleh hukum rambut gua macam tu.biasalah nak save,gunting rambut sendiri,mestilah ada sedikit kecacatan fizikal.tapi gua berazam untuk meng'renovate' rambut gua bila terbitnya sinar Matahari keesokan pagi.gua nak bapak gua tarik balik kata-kata yang dia lafaz seraya dia juga akan buat MOHAWK macam gua.

bila lagi nak buat MOHAWK kan?kalau buat time sekolah,konfem kena maki dengan cikgu.gua rasa sebelum kena maki dengn cikgu,guard sekolah dan tukang kebun dan mak cik kantin dulu yang akan maki dan Booo rambut gua.cilakak.tapi tadi gua selamber pegi lepak kat Old Town Coffe kampung gua.apa lagi,lepak king sambil perkena air Ribena.gua dapat banyak pujian dan makian dari rakan-rakan lepak seperjuangan gua.ada yang nak buat gua sebagai gulai sebab dieorang kata gua punya rambut macam ayam jantan.kalau gua ayam jantan,dah lama gua berkokok di telinga mereka biar pecah gegendang telinga.baru dieorang tahu siapa ayam jantan siapa ayam goreng KFC.

judi dan Inter


Champion League tahun ni dapat kat Inter Milan.tahniah.ini bermakna Inter dapat 3 anugerah juara sama yang pernah dibuat oleh Barcelona musim lepas dan Manchester United 2 musim lepas.

semalam Inter menewaskan Bayern Munich 2-0 dan kedua-dua gol Inter dijaringkan penyerang antarabangsa Arentina,Diego Milito.tapi gua dapat kesan muka si Milito sama macam muka hero filem Rambo,Silvenster Stallon.entah betol ke tidak gua eja nama dia.bapak dia bangang bagi nama susah-susah.dan semalam juga menyaksikan ramai kaki judi yang bergelimpangan berguling di jalan raya kerana sedih dan gembira.sedih kerana kalah,gembira kerana duit masuk.gua dapat rasai suasana itu.ada penjudi yang tidak bertanggungjawab menjadikan rokok Dunhill 20 sebagai hadiah.cilakak.baik bagi gua.

tapi dalam kegembiraan,Inter mungkin kena berkorban sedikit sebab terpaksa melepaskan The Special One Abdul Mounrinho.sebab tu gua letak gambar dia je kat atas.lagipun muka dia cam Mafia ar,dressing cam haram.tak nak stylo plak walaupun rambut beruban.ok gua tak nak cakap banyak pasal bola sekarang ni sebab gua juga guling di atas jalan raya.

Sabtu, 22 Mei 2010

lagenda

motor Lagenda keluaran Yamaha.yang baek.laju,sporty,mahal,makan minyak,makan Castrol 4T.ok salah.bukan itu Lagenda.tapi ini lagenda lain.otai.old timer.orang lama.

al-kisah.toiyibbb.al-kisah maka tersebut lah kisah.toyibbb.sang kancil datang beramai-ramai mengadap Sultan Firaun.salah satu sketsa dalam cerita Pendekar Bujang Lapok karya Lagenda Tan Sri P.Ramlee atau nama sebenarnya Ramlee bin Putih.bila gua tengah lepak king dengan koncu-koncu dan tyco di kampung,gua belajar banyak benda.salah satunya P.Ramlee.

bila lu orang tengok karya Allahyarham P.Ramlee mesti korang nangis.sedih dengan pemergian beliau?mungkin juga.tapi ada sebab yang lain.apa?ok kalau tengok cerita sedih macam Anakku Sazali,Ibu MerTUAku mahupun Penarik Becha,mesti tangkap leleh punya.alaaa Kassim,mahu tanya lagi kenapa,mestilah sebab cerita dia sedih.

tapi bila orang tengok Madu Tiga,Bujang Lapok, mahupun Ahmad Albab,kita juga kan menangis.kenapa ye?sebab terlalu lawak.gelak sampai nangis.karya P.Ramlee walaupun dah tengok beratus kali dengan setiap dialog dihafal satu persatu tetapi tetap tidak mengecewakan ataupun membosankan.kenapa?haa itu yang kita tak tahu.

tapi jika difikir dan berdikusi semasa melepak di simpang jalan yang lengang,gua dapat 1 konklusi.P.Ramlee memang hebat dan genius dan hensem dan yang baek!setiap cerita mesti ada iktibar.bukan saja-saja nak buat lawak atau tangkap leleh tapi elemen yang diselitkan harus dititk beratkan dan diamalkan di kehidupan seharian.asyik mahu contoh,ye gua pemurah gua bagi

  • Hang Tuah - mengagungkan adat keMelayuan dan mentaati Raja
  • Pendekar Bujang Lapok - kena belajar membaca walaupun di kandang sarkis yang jinak
  • Penarik Becha - jangan menghina orang yang berbeza pangkat atau darjat dengan kita
  • Madu Tiga -  bapak mertua yang sporting
  • Sarjan Hassan - cintai Tanah Melaya
dan lain-lain lagi.jangan berhibur semata-mata.ambil sebagai pedoman.inilah salah satu lagi faedah melepak.boleh berdiskusi.gua masih nak tegakkan baju yang basah.al-fatihah kepada Ramlee bin Putih.semoga roh Allahyarham berada di kalangan orang yang beriman.

lepak king

act,melepak sebenarnya membuang masa.tapi tidaksemua melepak membuang masa.bukan gua nak pertahankan kegiatan haram gua melepak di kedai makan atau di simpang jalan kampung gua atau yang dulunya di panggil pekan,tapi itulah niat gua.nak menegakkan baju yang basah setelah dibasuh dengan mesin basuh.

gua kawan dengan semua.dengan gangster,dengan kutu merayau,dengan budak hingusan,dengan pak cik,mak cik,dengan orang hidu gam pun gua kawan.gua kawan hanya sebagai kawan.tidak lebih,tidak kurang.gua tak ikut apa yang dieorang buat yang bukan-bukan,tapi gua berkawan sebagai menghormati mereka sebagai manusia juga.jika mereka makhluk asing atau makhluk halus barulah gua hindari.contoh yang baik yang gua terbaca dalalm buku programer komputer keluaran Castrol 4T,kalau kita kawan dengan pencuri motor,si pencuri itu mesti akan memberitahu kita tentang teknik dan taktik yang harus kita buat untuk mengelakkan motor kita dari dicuri oleh pencuri yang lain.tak cukup menarik?ok ada lagi.kalau kita kawan dengan gangster,kalau ada anak-anak ikan yang juga gangster nak pukul kita,mungkin kita dapat meminta pertolongan dari kawan kita yan gangster itu.

tak cukup lagi?ok,kalau tak cukup lagi gua nasihatkan jangan kawan dengan sesiapa.belilah robot keluaran Jepun dan letak di rumah lu,dan kawanlah dengan robot itu.panas hati gua memberi contoh yang panjang.tapi INGAT!berkawan biar beribu dan biarlah kawan itu dengan ragam mereka,tapi janganlah kita ikut ragam yang tidak baik itu,nanti kita yang akan meragam di dunia dan akhirat.macam penceramah motivasi plak gua.

gua review pasal melepak ini bukan apa,gua nak tujukan kepada makcik-makcik yang pandang serong dekat gua.walaupun gua tahu peratusan atau kebarangkalian untuk makcik-makcik memebaca post gua ini adalah sangat rendah kerana makcik-makcik rabun IT,tapi gua tetap berkeras nak postkan benda ini.dah blog gua,suka hati gua lah.takkan post pasal melepak kena ISA.ok tidak sebenarnya,gua post benda ni dengan harapan manalah tahu makcik-makcik mendapat hidayah untuk belajar teknologi zaman cangih manggis ini,atau mendapat petunjuk dari mimpi untuk buka blog gua,so dapatlah makcik-makcik tahu serba sedikit tentang faedah melepak dan tidak lagi memandang serong seperti kereta sorong terhadap gua dan seraya dengan itu bolehlah gua ada keberangkalian yang tinggi untuk direkemenkan gua kepada anak-anak mereka.ye anak perempuan shaja.anak lelaki gua kurang berminat.

melepak mengeratkan silaturrahim.macam mana si pencuri motor,si gangster,si kutu rayau nak tolong kita kalau kita tak kenal dan rapat dengan mereka.sekurangnya kalau rapat,peratusan nawaitu mereka nak tolong kita adalah tinggi.jika kita hanya duduk di rumah melayan robot buatan Jepun sahaja maka kita tak kenal denga masyarakat sekeliling pinggang kita ibarat hutang keliling pinggang.tak ubah seperti katak di dalam cawan mee segera.

gua sekarang banyak guna perumpamaan ciplak macam celaka dan keberangkalian formula Matematik.sebab gua belagak gua terer.cam sial.kihkih

Jumaat, 21 Mei 2010

berubah

masa berubah.masa berjalan.masa berlari.dari rajin kepada malas.contoh membaca,menulis blog.sebelum ini banayak je nukilan gua nak coret walaupun ianya dongeng dan sedikit bangang.tapi setelah gua potong rambut baru dan dihentak dengan kerusi plastik oleh adik gua yang paling junior gua ketandusan idea.nak gua tulis cerita tentang gua gaduh dengan angsa serta beruk di rumah kawan gua,tapi tak stylo.gua kena cari bahan bacaan yang baik.

perubahan lagi dari segi tido.jika sebelum ini tido gua sekejap je kerana gua terpaksa mengadap buku dan cikgu gua di sekolah,tapi sekarang gua tido lama.tido sekejap di waktu Bumi gelap lepas tu sambung lagi tido gua menjadikan tido ketika Bumi cerah agak lama.daripada permainan mata mak gua,gua rasa dia kurang suka.tapi gua suka,hepi.dia tak suka ke tengok anak dia hepi?haaa hepi ke tak,itu yang kita tak tahu.

berubah lai.dari aktiviti petang.semasa bermaustautin dan belajar aktiviti petang gua tak lain dan tak bukan melakukan kerja khusus atau assiggnment muka buku tapi semenjak gua balik ke tempat asal gua ibarat kacang balik ke kulit,aktiviti gua petang-petang memang penat dan mengeluarkan peluh.tapi tak pe.gua tak marah.tak de orang paksa gua untuk buat kerja ni,gua sendiri yang nak buat.apa lagi kalau bukan menyepak bola.

lagi perubahan?ye aktiviti di hujung minggu.jika sebelum ini gua akan mengeluarkan suara di depan TV menyorak sekuat hati pasukan kegemaran gua dengan harapan mereka dapat mendengar,tapi sekarang berbeza pasukan di dalam TV yang bersorak girang.gua dapat dengar tak?ye sudah tentu.apa lagi menari lah gua bila mendengar sorakan dan pekikan diorang.apa yang keluar suara di depan TV dan suara dari dalam TV?jika dulu setiap kali hujung minggu kita disajikan perlawanan bola sepak BPL,tapi bila dah BPL dah habis musim,musim lain yang datang.apa lagi AF la.tapi gua layan ketika gua tak sedarkan diri je.di luar kawalan otak gua.kalu gua sedar,gua tak de lah tengok AF.tapi gua suka Shahir.kihkih

Khamis, 20 Mei 2010

mahu jugak

gua budak lelaki 20 tahun.anak yang ke'satu' atau pertama.bila gua tengok ada kawan-kawan atau musuh yang berjaya gua rasa bersalah.ua juga ingin berjaya ingin ada kerjaya yang gua nak jadikan bekalan di dunia selepas itu bolehlah seiring dengan akhirat.besar tangungjawab gua sebagai anak yang ke'satu' ini.gua kena jadi di sample kepada adik-adik gua yang berlima lagi.

apa gua nak ua nak biarlah sekurangnya ada 2 gulung penghargaan dari sekolah gua.gua nak dan gua mesti nak.tapi gua diambang kepada benda yang gua tak nak.payah gua nak cerita.ok biarlah gua cerita cita-cita gua itu dulu.bila dah dapat penghargaan dari sekolah gua,gua mestilah nak keje.keje apa?haa itu yan gua dah tahu.tak kan gua nak jadi detektif macam cita-cita gua masa zaman budak-budak dek kerana pengaruh Gerak Khas.

dah keje?ok bagus kalu dah keje.gua nak stabilkan dan koyakkan poket seluar gua dulu dengan kertas-kertas berwarna biru,merah,HIJAU.dah stabilhulurlah sikit-sikit kat mak ayah gua.dah hulur,tapi diorang tak nak?ok nak buat camna,gua gelaklah,beli dulu sedikit pengangkutan yang boleh gua buat merantau ke sana dan ke mari.tak dapat kereta KANCIL,dapat kereta suzuki SWIFT pun jadilah.gua bukan memilih sangat.

apa lagi?nak berdiri belakang Nabi bila di akhirat.Insyallah.so gua kena cari ibu kepada anak-anak gua.amboi!dah dapat apa lagi,hiduplah gua sebagai suami oran dan bapak kepada anak orang.rumah?aiyoo lupa.itu juga tangungjawab gua.gua ingat nak buat style omputih,duk dalam van besar yang lengkap dengan kemudahan.jimat sikit,tak payah gua beli kereta KANCIL.

ada yang lebihan dari poket gua atau untuk mengelak poket gua koyak,gua rasa eloklah gua hantar mak bapak gua ke tempat lain bila dieorang tua.bukan rumah orang tua,tapi ke kiblat kedua orang Islam.mak bapak gua tak dapat gelaran Dato atau Datin atau Datuk atau Nenek,tapi sekurangnya dieorang dapat gelaran Haji atau Hajah.

angan-anagn mat jenin gua setiap kali gua ada kesedaran nak berubah tapi realitinya gua tak berubah.jangan tiru gua.

penangan RTM

" Sakit Jantung.Satu penyakit yang amat digeruni oleh kaum manusia di Planet Bumi.Sakit jantung terjadi apabila jantung tersumbat dengan lemak ataupun benda asing seperti sampah sarap,nikotin,tar,dawai,kayu buruk,lampin pakai buang dan ekzos kereta.Sakit jantung dapat dirasa apabila manusia merasa sakit di bahagian dada.Antara penyumbang kepada sakit jantung adalah rokok salah satunya dan caranya sudah tentulah berhenti menyedut asap rokok tak kan lah menyedut asap lori dan bas."

cukup di situ lebihan kurang gua rumuskan iklan yang menyentap naluri kelakian gua ketika gua sedang best membaham nasi goreng ketika waktu family dinner.dengan televisyen yang terpasang untuk makan sambil mengetahui berita semasa di TV,info tulus ikhlas dari RTM itu cukup memanah hati gua.

kerana apa?bila iklan itu keluar dengan suara latar lelaki yang bersuara kasar dan lantang,buat setiap telinga ahli keluarga gua mendengar dengan teliti.mungkin ayah gua risau sebab biasa sakit jantung menyerang manusia yang sudah agak lama dan berpengalaman hidup di dunia a.k.a orang lama.tapi bila part rokok itu,mata ayah gua terus memandang gua dengan pandangan yang buat gua cuak.gua takut untuk memandangnya sekali lagi.mahu saja gua taburkan nasi goreng yang gua baham ketika itu ke dalam mata gua.adik-adik gua pula hanya senyum sinis ibarat senyum untuk kali terakhir sebab gua rasa nak koyak je mulut dieorang.Info itu kelihatan sedikit bangang bagi gua yang sedia ada bengang sebab kalau dah rokok penyumbang kepada sakit jantung,gua rasa tak perlulah diberitahu lagi cara untuk mengelak sakit jantung adalah dengan berhenti merokok.cilakak.RTM saje kompromi dengan bapak gua nak kenakan gua.

villa dan barca


David Villa.ye kenapa?saje gua nak letak gambar dia.dia dulu jiran gua.selalu kena buli ngan gua.bila main bola je mesti balik umah nangis sebab dia kena rembat bola ngan gua.dia dulu keeper.gua pulak striker.dah hari-hari nangis dan di buli dia terus blah dari kampung dan hijrah ke Sepanyol,kampung datuk gua.dah lama gua tak dngar cerita dia tiba-tiba gua dapat tahu dia dah terer.mesti dia curi skill gua sebagai striker sebab dia dah jadi top striker dan menjadi rebutan para juru'letih' untuk menjadi pemain dieorang.

kat atas dia pakai jersi Valencia kan?ok abaikan sebab gua dah kol mak dia tadi,mak dia cakap dia dah sign kontrak dengan kelab baru.bukan Kelab Disney Malaysia tetap dengan kelab yang terkenal denag stadium Nou Camp.hell yeah Barcelona.harganya tak mahal lebih kurang 40 juta euro.sama mahal dengan 40 biji kereta Kancil.seorang lagi pemain Sepanyol yang cuba di beli oleh Barcellona dengan harga 30 biji kereta Viva iaitu kapten Arsenal,Cesc Febregas

Rabu, 19 Mei 2010

gudluck kemudian gelak

ada segelintir je pelajar sekarang yang sudah merdeka dari menjadi hamba abdi kepada kertas peperiksaan.termasuk gua,dan budak-budak IPT yang lain.bukan gua nak cakap gua budak IPT ye.tapi ada yang belum lagi ambik final exam.contohnya budak maktab perguruan.gua ada ramai kawan-kawan yang dari maktab perguruan jadi,gua terpanggil untuk mengucapkan sesuatu kepada mereka.percakapan adalah doa,walaupun gua kadang-kadang cakap bukan-bukan tapi dalam hati gua masih lagi ada taman permainan.

kepada semua budak maktab pergururan atau sesiapa saja yang akan menduduki peperiksaan akhir tahun sekolah korang,terutamanya Warga Pendidik 'B',gua nak ucap ALL THE BEST,DO THE BEST,BE THE BEST,GUDLUCK,MAY GOD BLESS YOU.apa yang penting?kerjasama?tak salah.kali ini try lah lu sume berfikiran matang.yang penting adalah PEN,PEMADAM,IC,ID,PEMBARIS.

haa?pembaris?buat gua rasa nak sebut Warga Pendidk 'B'.ucapan itu untuk lu jugak.gua bukan tak nak bagi sokongan menerusi hubungan percakapan lisan,tapi gua takut lu tak suka gua lisan dengan lu.lu garang.

dunia kegelapan

seawal pagi,tapi tak awal sangat.orang dah pegi keje,dan gua buat keje gua.keje overtime iaitu overslept.kampung gua ibarat dunia kegelapan kat Russia.tak caye,try lu sume tengok cite Russia,cuaca dan atmosfera cukup seram dengan sejuk dan gelap.hanya sedikit peratusan suria yang dapat dilihat di sana.

ok cerita macam ni,gua tido sebab dari semalam hujan.apa lagi,tido lah paling afdhal ketika hujan.sinar suria amatlah sikit.tapi yang gua sedikit terkilan tido gua tak dibantu atau disokong oleh kipas angin yang dulunya berkhidmat.puas gua maki kipas tersebut,pernah juga gua mempelawa ia untuk mencuba terajang gua,tapi tak diendahkan.lari pun tak,datang pun tak.hanya tercegat di situ.tapi rupa-rupanya elektrik tak da.persoalan yang pertama gua tertanya bapak gua lupa bayar elektrik ke?ke dia sengaja degil tak mahu bayar?

ok setelah gua usha dengan mata yang masih melekat dengan benda asing atau dengan bahasa saintifiknye eye shit,gua mengusha di bengkel sebelah umah gua dan umah jiran gua.rupanya mereka juga tak bayar bil elektrik.puas hati gua dapat fitnah jiran gua.kihkihkih.ok konklusinya satu kampung gua tak de elektrik.tapi nasib baik hujan yang sedari semalam melembapkan dan mendinginkan cuaca yang sebelum ini cukup panas.

p/s: Kampung Selising telah menaiktaraf sistem elektrik dengan memberi bekalan elektrik percuma kepada penduduk kampung untuk 1 abad.

tapi tadi serius macam deunia kegelaan.dengan awan yang mendung berarak,hujan renyai,tiada bekalan elektrik.tergendalan suemua urusan harian manusia di kampung gua sperti Cyber Kopi,penjual santan,ais kacang,ais kepal dan ICE BABY.nasib baik jambatan tak runtuh,jalan tak merekah atau terputus hubungan dengan dunia luar.tapi sekarang gua rasa takut lagi,bila gua tengok di luar awan hitam sehitam manggis.tak tahu mengapa.bila kul 7 je mesti start gelap.gua seram.

Selasa, 18 Mei 2010

animal!

animal!binatang!nate ni!amarah betol gua.gua suruh potong sikit di buat nye patern seorang askar.gara-gara semasa dia jalankan tugas berkumandang lagu Hujan-Dugaannya.cilakak!gua terus terasa nak pegi celorengkan muka gua sambil pegang senapang kayu gua main tembak-tembak dengan member gua yang bertindak sebagai komunis.gua geram betol rambut gua pendek gila.mak gua pulak memuji sambil sinis sebab gua tak pernah berambut pendek sebegini.gua takut orang kata gua suka makan Maggi special mak gua sehinggakan rambut gua sudah tiada di telan penyakit.

silap gua yang nak berfesyen rambut memandangkan arwah rambut gua yang sebelum ini buat gua kelihatan seperti kusut masai walhal gua dah mandi 4 kali sehari,siap mandi di air terjun lagi.cilakak.kali ni tak de gambar sebab kamera rosak.gua bajet lu orang sume nak tengok rambut baru gua.kihkih.gua nak marah si barber tu tak sampai ati a.k.a takut.ditusuknya mata gua dengan gunting tak ke naya.gua dah la bujang.perghh tak mahu gua dipanggil OKU.tapi nasi baik mata.kalau dia gunting kepala gua?baik gua pergi berJIHAD di tanah suci Palestin melawan Israel Laknatullah.perghh kiri kanan kiri,kiri kanan kiri

warna

post ni gua nak cerita peranan warna.dulu gua ingat zaman belum akil baligh,masa kat sekolah selalu main-main tulis biodata kawan-kawan dalam buku.gua tak buat tapi budak pompwan selalu bagi gua suruh isi diorang punya buku dengan biodata gua lengkap dengan cita-cita gua yang ingin jadi ditektif gara-gara cerita GERAK KHAS.warna kegemaran tak ketinggalan.time tu gua minat kaler merah sebab gua didorong oleh cerita POWER RANGERS.warna merah kira power ar;leader!

warna merah?marah?ok dewasa ini apa yang terlintas bagi warna merah?bagi gua 1 benda je KUMPULAN BAJU MERAH di negara jiran Thailand.konnflik di negara Thai semakin meruncing.Kumpulan Baju Merah  menentang kuat Kerajaan yang di bawah pimpinan Abhisit.sebab apa?hah itu yang gua tak tahu.gua malas nak amik tahu pasal negara orang sebab negara kita sendiri ada macam-macam hal contohnya kekalahan Amno a.k.a BN di Sibu kepada PKR kihkih.pelbagai cara dah dilakukan untuk menyelesaikan masalah dengan kumpulan ini termasuk menggunakan kekerasan.pun tak jadi.so di sini gua nak sampaikan iddea bernas yang gua dapat ketika menyedut Dunhill di kedai makanan sambil ditemani telur masak separuh.



gua rasa kerajaan Thai perlu beli beribu-ribu lembu matador di Amerika Latin atau Amerika Selatan.ass we know,kihkih...si lembu-lembu matador ini memang gian dan benci warna merah.matador-matador yang ingin bergurau senda dengan lembu sebesar kereta ini selalu guna kain merah sebagai alat bantu kepada mereka untuk dirodok sehingga patah hati,patah kaki,patah tengkuk.so bila dah beli lembu-lembu itu,elok saja dilepaskan ke arah Kumpulan Baju Merah itu,siapa tahu Thailand berjaya melahirkan ramai matador yang berwibawa.



ok sebelum terlupa.gua minat MU tapi gua terkejut ramai warga peminat MU berasal dari KEDAH.hang ingat ceq bwat lawak no?btoi.jangan bwat loqlaq.dakk ehh.ceq habaq btoi ni.meh nak habaq mai..haaa amek lu gua speaking Kedah.setiap kali game MU penyokong MU akan melilitkan scarf yang berwarna hijau kuning yang mana menjadi trademark negeri Kedah.kenapa ye?ok sebenarnya sebab mereka anti-Glazer.pemilik baru kelab MU yang membeli MU akan tetapi si tua bangka itu mempunyai banyak hutang yang terpaksa ditanggung oleh kelab MU.ok kelihatan abang tiri gua jugak meng'anti'-Glazer.f**k off!

peranan warna.dari biodata sehingglah trademark,kumpulan menyuarakan pendapat mahupun penyokong Akedemi Fantasia Bulan Madu di Awan Biru dan Hijau kihkih

dibakar bersemangat 2

ok kali ini piala dunia kampung gua datang lagi.gua kena berlatih harder tapi bepada-pada dan berwaspasda.nombor jersi 4 berposisi pertahanan kanan menjadi kegilaan gua.tapi gua tak terer gua hanya poyo dan koya.tapi semalam di kala gua melepak king di kedai makan paling top di kampung gua milik member gua,merangkap senior gua di atas padang,merangkap individu yang memainkan peranan yang giler vavi penting dalam cerita ini.ok kenapa?dialah punca segalanya.

dia kata gua boleh main bola dan gua boleh main 1 lagi posisi.gua hanya perlu cari stamina dan berlatih gigih.diceritakan oleh dia bak si penglipurlara segala taktik dan teknik yang dia tahu kepada gua dan member gua.posisi baru gua defensive midfielder.keje gua kena bertahan tapi di tengah padang.ok setelah angin gua dimainkan,gua terasa kihkih malulah.terasa pada masa itu juga gua nak sepak dan terajang bola termasuk dengan memeber gua tadi.bukan gua marah dia tapi buat gua ghairah untuk bertraining dan bersedia untuk menghadapi kejohanan lagi.

apa lagi,di tengah insan lain dibuai mimpi ngeri dan indah,gua men'search' di enjin internet tentang posisi baru gua.lantas gua study mengalahkan subjek-subjek untuk peperiksaan akhir sem gua yang telah lepas.apa lagi?tunggu pukul 5.30 gua akan turun berlatih.sebab lu lah Mr.Azam.kata-kata lu sungguh pedas.diselangi oleh gelak tawa dan pengalaman lu,buat gua betul-betul percaya dan ambil berat tentang keghairahan kita.kalau gua tak berjaya main defensive midfield,gua berjanji akan bakar kedai lu.

dibakar bersemangat 1

setiap kali cuti penggal semester yang lama pada bulan 5 atau 6 kampung gua ada buat kejohanan piala Dun.bagi aku ni lebih kurang liga kemuncak a.k.a Piala Dunia.cilakak betul gua main piala dunia.kihkih.tahun ni ia datang lagi.gua rindu tapi gua cuak.gua bukan boleh main sangat.stamina gua dah ibarat pak cik-pak cik yang kawin dua dengan perut yang tuff.bila pegi belajar gua tak sentuh bola atau dengan kata saintifiknya gua tak sepak bolang.LANGSUNG TAK!mungkin kaki gua berkata tuan aku haramakn bola selama kita bermaustautin di negeri orang.bukan gua tak nak main tapi kat kampung lain,kat sana lain.kat kampung every petang bola adalah wajib.ada yang mula pukul 6 dan ada yang mula seawal pukul 5 petang.gua bukan terlalu obses sebab bola bagi gua hanya untuk fun walaupun gua selalu sebut FOOTBALL IS MY PASSION,so gua akan trun lewat,pukul 6.01 petang.kihkih.tapi bila di temapt gua belajar,gua ibarat captain.every petang gua kena ajak dan pelawa star-star ibarat star wars dan honey star bermain bola.dan kebanyakan diaorang kurang berminat dengan bola tapi lebih tertumpu kepada futsal.benda mahal lagi diminat,benda free dilupa.pepatah gua yang baru.

so bila dah balik gua dah plan awal-awal,every petang gua akan lari keliling padang lebih kurang 2 keliling sebelum start main.untuk mencari kekuatan dalaman.tapi jika dicampur yang gua qadha atau sebagainya gua rasa gua kena buat lagi 50 pusingan sebagai galang ganti.sebabnya?gua tak lari pun.gua segan.gua hanya duduk di tepi padang tunggu orang lain menyepak mula bola,baru gua masuk berlari mengejar bola nan sebijik.

ok,kejohanan lepas not bad.gua terkejut hanjeng jugak bila gua dapat masuk 1st eleven team.gua ni bolehlah dikira budak yang baru belajar tanpa ada bakat,dan hanya tahu menyepak bola kesana kemari.tapi gua sedikit kecewa.team gua masuk separuh akhir dan kalah melalui sepak penalti.team gua lead 1-0.then satu ketika team gua diserang.dari tepi sebelah kiri.gua masih ingat lagi.bola yang menewaskan keeper gua yang membahayakan gawang pasukan gua.tanpa gua sempat berfikir sebab nawaitu gua nak selamatkan pintu gol,gua sliding bola itu dengan harapan gua dapat selamatkan gawang.dan dengan mata yang bersinar ibarat diambil gambar oleh para wartawan hiburan,gua tengok bola sudah di dalam gawang.maka terdengarlah makian dari pak cik-pak cik kat belakang gol yang menyuruh gua keluar.gua rasa nak lempang je,tapi gua kesian takut bini dia jadi balu.masuk paper Metro.gua dah mental down terus kena keluar.tapi sebelum dikeluarkan gua memang betul-betul ada save bola rembatan sorang brother ni.gua berada betul-betul atas garisan gol.nak guna tangan adalah salah bagi pemain bola,nak guna kaki tak kesampaian sebab bola paras kepala,maka gua guna kepala yang atas.gua tanduk.ok gua hero pada masa tu.pak cik yang di belakang gawang,kenapa tidak di maki gua time tu?biar gua rembat kepala lu dengan bola.gua emo ni

Isnin, 17 Mei 2010

rumusan

ok tak nak tulis panjang sebab di dorong oleh rasa ingin menyedut seberapa banyak yang boleh nikotin dan tar dari Marlboro.rumusan sukan semenjak dua dan tiga menjak sekarang.banayk yang dah habis dan dah pulang ke tanah air masing-masing.

  • Chelsea juara Barclays Premier League
  • Barcelona juara Liga BBVA
  • Bayern Munich juara Liga Jerman
  • Inter Milan juara Liga Itali
  • Bayern dan Inter akan berentap untuk penentuan juara Piala Eropah.
  • Kedua-dua pasukan mampu melakukan treble macam MU lakukan last 2 season sebab Inter dan Bayern dah menang 2 piala di kampung halaman mereka.

  • Hoki pula,Piala Sultan Azlan Shah
  • Pertama kali ada johan bersama.macam main bola masa kecik-kecik guna gol buluh.
  • Johan dapat kat pasukan yang mempunyai warna kulit yang berbeza iaitu India dan Korea Selatan
  • Malaysia sekadar tempat keempat di belakang Australia,namun prestasi Malaysia dipuji dengan membelasah johan kejohanan itu,India 5-2 dan mencatatkan keputusan seri dengan 1 lagi johan iaitu Korea Selatan.

  • Badminton Piala Thomas.Malaysia gagal nak ulangi sejarah tahun 1992 sekalipun beraksi di hadapan ribuan penyokong setia
  • Malaysia sekadar di tempat ketiga bersama pasukan yangmeningkat naik Jepun
  • Juara bertahan China masih mengekalkan Piala Thomas sebagai hak milik mereka bagai pila itu dibeli dengan duit bapak dieorang.
  • China terlalu ampuh,angkuh,angkut,angpau untuk dikalahkan.China pada peringkat suku akhir telah menewaskan Korea Selatan manakala di peringkat separuh akhir mengalahkan Malaysia.di peringkat akhir,Indonesia gagal menyekat kemaraan tentera China yang bersenjatakan raket mereka.
kebanyakan liga bola sepak di dunia telah melabuhkan tirai bagi mengharungi Piala Dunia pada 11 Jun hingga 11 Julai.tapi piala Malaysia belum lagi tamat dan masih lagi separuh jalan.kihkih.dan bila Piala Dunia bermula,gua berani taruh potong kuku jari gua yang Malaysia dan kerajaan-kerajaannya akan menetapkan target untuk Malaysia melangkah ke Piala Dunia.tapi gua rasa time tu dieorang sume pun dah tak da.dah pegi mengadap Tuan empunya Negara Semesta.dan selepas Piala Dunia juga,mesti rancak dengan proses perniagaan manusia.yang gua kata perniagaan manusia apabila proses perpindahan palyer bola sepak dari 1 kelab ke kelab yang lain.harga jangan cerita pulak berapa.

ok sebelum lupa dan tanpa gua kecut perut,gua nak sampaikan informasi kepada pembaca blog gua yang tak berapa ramai tentang kerajaan Islam 1 Malaysia.untuk menaikkan mutu bola sepak di Malaysia,kerajaan 1 Malaysia telah meluluskan lesen perjudian sempena musim World Cup.lagi ramai bookie-bookie judi yang bakal dilahirkan.gua tak nak komen pape.just bagitahu.sape-sape nak komen silakan.tapi gua rasa 1 effort yang baik.1 Malaysia 1 Amno kubur lain-lain.kihkih

di TAG a.k.a ragging

setlah gua di tag,gua terus jawab soalan budak ini.if gua tak jawab,gua kena marah.sape lagi individu ini kalu bukan si adik Ain Nabila yang gangster.

1. adakah anda rasa anda hot?
- ouwhh HOT.cuaca sekarang memang HOT membuatkan gua rasa HOT


2. update wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang?
- zero.hitam only.

3. cerita pasal gambar ni?
- takde pape sebab gua guna Microsoft cetak rompak trus kena block.and wallpaper gua kosong,hitam kihkih


4. kali terakhir makan pizza?
- bulan lepas.tu pun gua beli pizza tiruan kat pasar malam


5. lagu terakhir anda dengar?
- c'mere by Interpol


6. apa yang ada buat selain selesaikan tag ini?
- gua akan ke cc melayan kerenah kawan gua yang berani cabar gua nak lawan FiFA lepas tu beraksi di padang


7. selain nama sendiri, anda dipanggil dengan nama ape?
- penpes a.k.a Sergio Ramos yang pakai adidas kihkih


8. tag lagi 5 orang yang nak kena tag?
- ain nabila  (boleh ke tag balik?)
- liyanadiba
- pijah
- chelah
- sesiapa yang baca ni


9. siapa orang no 1 kepada anda?
- gangster kg gua merangkap adik gua yang poyo


10. katakan sesuatu kepada orang no 5?
- jangan lupa solat kihkih


11. no 3 ada hubungan siapa?
- ops. saya gua tak tahu.tapi gua rasa dia dah pandai kapel skang kihkih


12. bagaimana dengan orang no 2?
- ouwh bakal doktor.teramat berubah.awek gua ketika belum baligh


13. kata kata cinta kepada orang no 4?
- jaga pesa molek.saing aku tu kihkih


14. berikan 5 fakta yang anda tahu mengenai orang yang anda tag:

orang no 1:
- junior gua
- sedikit hyper aktif
- ayu n sopan
- poyo
- suka naik moto


orang no 2:
- awek gua ketika kechil
- bakal doktor
- pandai dan baik dan sopan dan comey
- satu kampung
- orang Mesir


orang no 3:
- calssmate dulu
- po pet pot pet
- baik dan peramah
- bakal cikgu
- adik seh


orang no 4:
- classmate dulu
- periang
- talkative
- big family
- empunya alberto defaisalo


orang no 5:
- koncu-koncu
- anak buah
- anak tiri
- sahabat
- stalker

mak,mama,maggi

gua semalam keje overnite sebab tengok game antara Barca ngan Viladolid.game last.game penentu kejuaraan liga Sepanyol.sedang gua enak menyambung tido selepas subuh,gua dibangunkan dengan 1 bauan yang menusuk kalbu.membangkitakn ghairah gua.ghairah makan.baru je gua mimpi gua makan maggi sepecial masakan mak gua,tapi bila bangun dan berlari ke luara bilik,gua tengok betol-betl ada maggi.

seraya dengan itu lantas gua menyentuh kuali di atas dapur sebagai bukti yang gua tidak bermimpi.ternayata panas dan melecur tangan gua.gua tak mimpi.tapi macam mana mak gua tahu gua nak makan maggi special masakan dia.naluri ibu.gua terus melangkah ke toilet untuk membasuh muka dan memberus gigi.gua ta nak mandi sebab gua akan sambung keje tido jap lagi.keluar je toilet gua tengok ayah gua tengah baham maggi itu.

rupanya maggi itu untuk ayah gua.ayah gua balik lunch kat umah.ayah gua pun satu,tak elok orang berumur makan maggi.BAHAYA!nanti luruh dan gugur rambut.melepas gua.gua berdiri dengan mata yang tak teralih dengan makanan lain,hanya ,menumpu ke arah maggi itu.sesungguhnya gua dah lama tak merasa maggi special ibu gua.ayah gua tanpa rasa belas ihsan terus makan maggi itu.wahh kejam.

mak gua pula tak pelawa pun gua makan maggi sepcial itu sedangkan gua selalu puji masakan dia.gua tido tadi pun dia tak kejut gua untuk membaham maggi.gua melangkah ke bilik dengan tehuyung-hayang dengan hati membengkak sambil membayangkan maggi-maggi itu sedang menari gembira di dalam perut ayahanda gua.

mak gua masuk,mak gua kata nasi gua dah ada kat dapur,makanlah.wahh gua ingat gua puasa arini,rupanya mak gua dah masak.walaupun tak dapat maggi tapi gua hepy bila mak gua masak kat gua nasi bersama lauk pauk yang secukup rasa membangkit selera.dan tadi mak gua tak kejut gua sebab dia dah tahu gua keje overtime semalam dan dia tahu gua suka tido bila gua lepas tengok bola.

naluri IBU.SELAMAT HARI IBU sekali lagi gua ucapkan walaupun dah berlalu beberapa hari.sepatutnya terima kasih kepada ibu dan ayah kita ucap hari-hari.tiba-tiba gua nak jadi penceramah motivasi.

NEW BORN

ok tanggal 17.5.2010 pukul 12 tengahari gua dapat sms dari teman kesayangan gua,dan tanpa tulisan panjang dia just anta gambar 1 lagi makhluk Tuhan yang baru dilahirkan ke Bumi .comel sungguh buat gua terus bangun dan try kol Pak Kadi untuk tanya pasal kawin.kihkih ni gua tipu.

ok yang sebetulnya,approximately 4 pagi hari isnin 17.05.2010 selepas game Barca semalam lahirlah seorang bayi perempuan seberat 3.8kg di hospital an-Nur Bangi gua rasa.wahh bertambah anak buah lu ek.buat gua jeles.tak de apa yang gua mampu cakap selain turut hepi dan syukur sebab semua selamat,bertambah seorang lagi anak kelantan,bertambah seorang lagi anak Malaysia,bertambah seorang lagi populasi di dunia.

so bagi gua,bagi teman gua,dan bagi pengikut blog gua,setiap tahun tanggal 17.05 kita kena wish kat NEW BORN baby ni ok.gua nak lantik dia sebagai duta blog gua boleh?kihkih.Tahniah dan semoga mejadi insan yang cemerlang,gemilang dan terbilang.macam Dr.M tak gua?

penutup BARCA


BPL dah tamat dengan kejuaraan liga milik Chelsea.Bundes Liga pun sama dengan kejuaraan milik Bayern Munich.semalam giliran Liga BBVA Spain.seprti liga-liga lain,perebutan takhta mesti berlaku.sama cam perbutan liga antara MU dan Chelsea,liga BBVA menyaksikan perebutan antara Barcelona dengan Real Madrid yang juga menyaksikan perbezaan mata antara kedua-dua pasukan adalah 1 mata.so,keputusan perlu ditentukan sehingga perlawanan terakhir liga.

dengan berbekalkan semagat mata yang kental untuk mengadap TV menyaksikan game Spain,gua stay di depan TV menyaksikan Pedro,Messi beraksi.kedu-dua pemain ini menjadi penggerak dan penyumbang kepada gol Barca semalam bertemu dengan pasukan Viladolid.so kemenangan 4-0 kepada Barca menjadikan team itu sah mejuarai Liga BBVA seperti musim lepas.real pulak hanya seri 1-1 dengan Malaga.mungkin Real Madrid perlu membeli-belah lebih ramai pemain bintang,atau bintang madu,atau bintang perang musim depan.

walaupun gua minat MU tapi Barca ni kira team angkat gua,sebab ramai kawan-kawan gua main dalam team Barca macam Xavi,Iniesta,Sergi,Valdes,Puyol.woi,atuk gua kan orang Sepanyol so gua kenallah dieorang sume tu!

Ahad, 16 Mei 2010

semalam


sedang leka berYM dengan teman lama,gua disapa oleh seorang hamba Allah yang gua kenal dan gua rapat.tapi gua rasa nak rembat muka dia.kalo tak boleh rembat muka dia,tolonglah  bagi sebiji bola untuk gua rembat ke perut atau ke mana-mana posisi anggota badan beliau.

gua bukan perkauman,gua bukan Nazi,gua bukan gaduh sebab punk atau skinhead,gua bukan ada semangat assabiyah tapi gua geram bila dia dengan selamba kata,"sebut pasal bola ni,tadi gua tengok Chelsea menang piala lagi".rupa-rupanya malam tadi final piala FA.lu orang sume mesti tak tahu kan?kihkih sory dude dan peminat Chelsea,game final semalam hambar.mata dan minda rakyat jelata sekarang tertumpu kepada Piala Thomas,game live TV1 Kelantan vs Terengganu,pilihanraya di Sibu dan Sambutan Hari Guru.

tapi ye lah Chelsea menang.1-0 lawan Porthsmouth.lawan Portsmouth menang 1-0 jerk?aiyooo team The Blues,team tu,skuad Harimau Bintang dan Harimau Belang Malaysia Bawah 12 tahun 3 bulan menang 3-0 bulan lepas tau.korang menang 1-0 je.ape cer?pastu janganlah nak challenge team MU,MU penah buat 3 piala dude,lu buat 2 piala je.khikih..

tp dengan semangat kesukanan tahniah jugak kepada Chelsea dan para pengikut taksubnya.dengan itu bola sepak England sudah abis,jumpa lagi next season,tunggu pula kedatangan Piala Agung Piala Dunia.

berGOMO kelate

male ni kawe nak kecek kelate sikit.mugo tadi kelate 'katok' ganu 3-0.kepado sek ganu tak po lah.sek kito belako mugo.game tadi pun main molek belako.ganu sedak,kelate sedak.kawe tolok dari umah arround pukul 8.00 malam.sapa sana 40 minit lepas tu.de lah nyanyi lagu negeri dengan lagu Negaraku stadium.tengok kamera penuh keliling padang,rupanya ada live di TV1.tapi tak po lah,tak sero rugi sikit habuk mugo kelate mene.kalu kaloh kawe beci kaloh.

1st half seimbang tapi sek kito banyak nyerang.hasil nyo kelate buleh gol pertama.gol tu sebenarnya gol sendiri oleh defence ganu tapi diumukan Idlan Talaha sebagai penjaring.gol kedua mari pulok hasil jaringan rembatan padu kapten kito Indra Putra.gol ketiga kito buleh dari penalti lepas keeper ganu wat jatuh Idlan Talaha.ok biaso Indra amik penalti tapi dengan tiada sifat hati busuk dan selfish pada diri Indra,dia wi ko Idlan Talaha menyempurnakan penalti tu.lengkap kemenangan 3-0 kelate.

2nd half hambar sikit.dua-dua team buat pertukaran pemain dan pertukaran taktik.kelihatan Irfan Bakti coach ganu koya bering gi maro lines man,mujo lines man tak sumbat dero dale mulut dio.pah ada sore pok cik reboh gano tak tahu time gap 1st half.pah spital jugok ore tuo tu.tapi napok peseng po wat lolok pengsan sebab bilo doktor nak bowok gi spital,derah nyo bangun nak lari.kuat ngecing.

about 5 minit nak abis hujan lebat.tunggu gapo lagi,mene,mene doh.sek kawe lari tubik laluh gi tengok kedai makan mugo tadi ado live di TV1.tahniah kelate.GOMO KELATE GOMO

Sabtu, 15 Mei 2010

parents no 2

sape lagi kalau bukan guru.individu atau group yang dikatakan parents no 2 kepada pelajar yang mana dieorang sanggup mengajar,mendidik dan memarahi kita di sekolah.jika guru menjadi parents no 2,sekolah juga menjadi rumah no 2 bagi kita.bagi kaki ponteng sekolah mungkin rumah no 3 sebab yang jatuh ke tangga no 2 adalah port tempat dieorang memonteng.bukan gua,tap budak-budak yang suka ponteng.

esok 16 Mei.maknanya hari ni 15 Mei.semalam 14 Mei.lusa 17 Mei.kenal tak Mus May?sabun Mei?Mei Ling anak tauke anjing?
ok bukan itu maksud gua.sori syaitan menghasut jari gua untuk bercerita benda yang tak patut dicerita.esok 16 Mei.maknanya hari ni 15 Mei.semalam 14 Mei.lusa 17 Mei..ok ia terjadi lagi.aish!

ok this time betol-betol ye.esok 16 Mei.tanggal 16 Mei merupakan tarikh keramat bagi warga pendidik.sebab kerajaan dah isytihar 16 Mei sebagai Hari Guru.pada tarikh inilah setiap guru akan dapat ucapan terima kasih dari murid-murid,dapat hadiah sabun,pensil,cawan,berus gigi.tapi bukan itu gua rasa yang dieorang nak.dieorang nak kereta?rumah?mcD?...ohh bukan jugak.gua rasa yang dieorang nak ialah sedikit penghargaan dari pelajar dengan ucapan terima kasih dan yang paling bermakna bila melihat pelajar itu mendapat kecemerlangan dalam pelajaran.

gua pun bukan tahu pasal isi hati para guru ni sebab gua bukan guru.gua pernah mintak nak jadi guru tapi tak dapat.maybe gua layak jadi peragut atau pengganas.tapi gua pernah la jatuh hati kat budak yang bakal jadi guru.kihkih.buat kawan-kawan gua yang bakal jadi guru,means budak maktab atau ape-ape je,korang sudah ada kerjaya,bersyukurlah,usahalah dan nanti dah jadi guru didik anak-anak gua elok-elok,jangan ajak ank gua isap rokok sekali ngan lu.kihkih.

gua da banyak tahun terlepas nak ucap hari guru kat guru-guru gua.dengan rasa rendah diri dan penuh penyesalan dan dengan penuh sedih mengenang memori di sekolah gua nak ucap "Selamat Hari Guru" kat semua guru gua yang baik,rapat dengan gua taupun yang anti-gua,yang marah gua selalu dan tak kira dari suku kaum dan berlainan agama.yang gua nak cakap THANKS A LOT dan HALALkan ilmu yang cikgu ajarkan.kepada semua yang dah berjaya tak kira lah Perompak,Pengganas,Doktor,Menteri mahupun Kerani korang jangan nak sombong-sombong dengan guru sebab setiap perkara yang korang belajar datangnya dari guru.Guru yang start ajar ABC,123 dan yang membersih kelas dikala ada segelintir budak-budak yang kurang asam membuang air dalam kelas.gua nk tegaskan di sini gua bekas pelajar SEK.KEB.BUKIT JAWA 1,SEK.MEN.KEB.KAMIL.

maka berkumandanglah lagu guru yang gua rasa kalau Aizat nyanyi,memang HOT di corong-corong radio

Kami Guru Malaysia,
Berikrar dan Berjanji,
Apa yang Kami Janji,
Tunai Tetap Kami Tunaikan.

Di Bidang Pembangunan,
Kami tetap bersama,
Membantu,
Membina,
Negara Tercinta

Jumaat, 14 Mei 2010

permintaan Ain Nabila

gua kena ragging seperti di hostel untuk menjawab soalan yang telah di tag oleh adik gua sorang ni.so gua jawab.setiap soalan yang di tnya mesti di mulakan dengan huruf H sebab nama gua start dengan huruf H,sebab bapak gua yang letak nama bermula dengan huruf H.everything sebab H


What is your name : Hafizuddin

A four letter word : Hiba

A boy's name : Hafiz

A girl's name : Hafizah

An occupation : Hakim

A colour : Hijau

Something ur wear : Hush Puppies

A food : Hailam

Something found in the bathroom : Hook

A place : Holland

A reason to being late : Haiiiyaaa mintak maap,gua over slept

Something u shout : Hoooi!

A movie title : Halimah Jongang

Something u drink : Horlcik

A musical group : Hot Hot Heat

An animal : Harimau dan Hanjeng

A street name : Jalan Hang Tuah

A type of car : Honda Civic


aiyooo tak mencabar minda gua langsung.gua jawab sambil gelak.ok2 tape lah,dah pemintaan.tapi gua nak gelak sampai nangis jap bila gua nak bagitahu Malaysia 0-3 China Piala Thomas tadi.semua player kalah straight game.susah payah gua masak banyak-banyak untuk kenduri kesyukuran.gua ingatkan boleh menang.

fungsi tangan dan China

  • 13 Mei 2010
budak-budak hoki Malaysia bantai China dalam kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah kat Ipoh.dengan kemenangan tu Malaysia sekarang berada TOP di puncak liga dan sudah cerah lagi bersuluh untuk menjejak kaki ke pusingan akhir.permainan yang menggunakan majoriti kekuatan tangan untuk memegang kayu hoki tersebut.di bantu oleh kekutan pemikiran akal,dan kebolehan kaki untuk berlari.yang penting TANGAN!

  • 14 Mei 2010
budak-budak badminton Piala Thomas Malaysia pula akan berentap.lawan yang sama iaitu negara China.nampaknya China betul-betul mahu bersaing dengan Malaysia dalam sukan ber'tangan' ini.tepat pukul 7.00 malam waktu negeri Kelantan dikala bilal tengah bersiap nak keluarkan suara menyeru orang bersembahyang,budak-budak badminton ni terkinja-kinja memulakan permainan.tapi tak pe,1st game Atuk Chong Wei main dan masih belum kedengaran dia mahu peluk Islam.so biarkan dia.janji main dengan Spirit yang tinggi seperti semangat yang kita dapat bila lepas dengar lagu Niravana Smell Like Teen Spirit,walaupun rata-rata pemain Malaysia bukan lagi 'teen'.bagi penyokong yang letak harapan tinggi kat skuad negara,gua pesan korang sume pegi lah solat Maghrib dulu sebelum bersorak,jangan pulak sorakan korang lebih kuat dari teriakan bilal di masjid.biar bangsa dan agama lain dulu bersoak untuk negara.bila da solat,korang bersorak la sampai tertelan biji halkum korang.kalau Malaysia kalah maknanya adalah tu sorang,dua orang yang menyorok belakang tandas ponteng solat,atau buat-buat cakap Cina untuk mengelak dari solat.bukan gua nak berkhutbah sebab masa khatib bace khutbah tadi pun gua tido,gua hanya berpesan sebab gua pun nak Tnaha Malaya kita menang.dah lama rumah gua tak bising dengan sorakan dan teriakan ayahanda dan adinda-adinda gua,AMIN!

lagi pengiktirafan


  • gua dapat award lagi.
  • awarad kedua gua.
  • dari owner yang sama Miss Ain Nabila.
  • thanks a lot.
  • memandangkan gua tak de award pape nak bagi kerana tak de peruntukan dari penghulu kampung,maka nanti gua belanja nasi lemak ok.

pijah oh cikgu pijah

ok cikgu pijah.sory gua baru bace post yang lu text kat gua.gua appreciate sebab lu still ingat zaman pra matang kita di sekolah Bestari.kihkih.ye,kita tak banyak cakap,maybe sebab gua yang kurang arif tentang teknik dan taktik untuk berkomunikasi tapi kerana mulut lu,gua rapat dengan lu.sal soalan-soalan yang diberi,hahaha gua pun tak tahu nak jawab apa,gua tiru jawapan lu je lah...

thanks Cikgu Pijah,saing pah mapuh..kihkih

p/s: thanks to miss Aiza Hanis yang menjadi followers gua yang terbaru.gua juga followers lu.kihkih

Khamis, 13 Mei 2010

history or tragedy?

tajuk yang sama gua guna masa kelantan layak ke final Piala FA dan final Piala Malaysia.dewasa ini gua nak guna lagi tajuk ni tapi bukan pasal bola tapi pasal Piala Thomas permainan bulu tangkis.last Malaysia julang piala agung itu pada tahun 1992.gua masi lagi bermain permainan dengan hingus di sekitar hidung dan berenang di dalam longkang rumah gua ketika keluarga sibuk berbuka puasa.sudah 18 tahun peristiwa keramat itu berlaku dan ketika itu venue juga hampir sama iaitu di Kuala berLumpur.

hari ini piala itu datang lagi.dialu-alukan.diaidam-idamkan-diimpi-impikan.perlawanan pertama lawan Nigeria.kalau kalah gua sanggup berbogel smbil jalan pegi KL.tapi menang.i told u.tapi just menang percuma.pasukan Nigeria datng lambat.biasalah orang afrika.jauh.dah la nak pakai sunblock lagi tak nak bagi kulit dieorang hitam.itu pun mengambil masa.Malaysiakan panas.

game kedua lawan Jepun.kalah 3-2 gua cakap lu.Chong Wei ngan beregu koo Ken Kiat men ok.dapat point.masuk je Chongg Han,beregu Fairuzizuan Tzari dan Hafiz Hashim terus kalah gua cakap lu.apa cerita.tu jepun.bukan China.bukan Indon.macam mana nak julang piala lagi?tragedi juga berlaku bila Fairuzizuan yang kalah kepada pasangan Jepun tak dapat kawal amarah dan cuba menyerang penonton yang menunjukkan isyarat kucah kepadanya.memang dalam hal ni orang akan kata si Fairuz tu tak PROFESIONAL.tp nak cakap bukan macam makan.makan main hentam je.cakap kena pikir bro.macam mana si member tu tak mengamuk.dia main untuk negara.semangat patriotisme tinggi.dah tentu dia nak menang.dah la main tu penat,stress then jkalah pulak.lagi la stress.ingat dia sengaja buat kalah biar orang kampung akan rejam rumah dia dengan batu dan tahi kambing tepi jalan?ekoran insiden tu pasangan Fairuz iaitu Zakary digandingkan dengan pamain junior yang gua lupa namanya sebab ayah dia letak nama susah sangat.tapi yang konpemnye dia cina.si penonton pun jangan la buat begitu kat pemain.marah aku pun marah tapi cuba letak diri kat tempat pemain tu.mahu tak cuak nak pikul tanggungjawab lagi,nak pegang raket lagi,nak pukul bulu tangkis tu lagi.adehhhh.

hari ni Malaysia jumpa Denmark suku akhir.cukup mendeborkan jantung,hati dan limpa sehingga jiran gua kena kejar ke hospital sebab darah dia naik.bukan sebab marah tapi sebab tekanan sikit mengalahkan juruletih dan pemain Malaysia.sketsa lebih kurang sama dengan game masa lawan Jepun.perseorangan pertama menang dan diikuti dengan beregu pertama juga menang.masuk je perseorangan dan beregu kedua terus kalah.tapi nasib baik orang kampug gua Hafiz Hashim SUPERB hebat.cool dan hensem kata salah seorang kawan perempuan gua dalam pesanan ringkas.dia kawal gelanggang power dan pukulan dia giler vavi keliru.

so separuh akhir nanti Malaysia vs China.Jepun vs Indonesia.ok agak menarik bagi pertemuan negara Malaya kita.tapi gua rasa sakit sikit nak menang game tu.bukan senang bro nak titik cina ni.sume stok main cam robot dah.gua kurang yakin tapi gua berharap.Malaysia Pemboleh!

hujan yang turun

tak dapat gua bayangkan perasaan sungai,rumput dan pokok-pokok di tepi jalan yang menjadi sarang persembunyian Anaconda tatkala hujan yang sudah turun.sedang gua leka melayan telatah kawan di telefon zink rumah gua disergah oleh segerombolan hujan yang datang menyerang beramai-ramai dan bertalu.ohh nikmat Tuhan.ramai sangat yang berdoa untuk hujan maka telah dimakbulkan oleh Tuhan.apa lagi,lembutlah permukaan padang bola yang sedia ada keras lagi gersang,suburlah tanaman yang sedia ada mati kering dan sejuklah sedikit suhu permukaan Bumi yang sedia ada panas.maka telah gua pasang lagu Allayarham Sudirman yang berbunyi Hujan yang turun bagaikan mutiara dengan kadar volume yang agak kuat sehingga mengganggu jiran gua yang sedang berjimak.Hujan.Thanks God!

Selasa, 11 Mei 2010

angin sepoi-sepoi panas



cuaca dewasa ini sungguh panas.panas terlampau.mungkin beginilah keadaan orang di Afrika dan Tanah Arab rasa hari-hari.tapi dieorang tak ape.dah biasa.kita di Malaysia tak biasa kan dengan iklim cam ni.boleh dikatakan pasang air cond pun masih lagi panas.macam manalah orang yang keje buruh binaan agaknya.tak dapat dibayang perasaan dan hati mereka yang panas di pancar cahaya dari bintang yang dipanggil Matahari.tapi bagi industri penjemuran kain maybe ini adalah nikmat sebab kain-kain dan pakaian-pakaian yang dijemur kering setelah dijemur kira-kira 10 hingga 30 saat.tak kurang juga industri memasak,ramai suri rumah dan lelaki yang suka memasak memanjat atap rumah dieorang untuk menggoreng masakan atau merebus masakan.Ini kerana suhu di atas atap,nak-nak pulak atap zink memang panas menusuk kalbu.telur yang diletak di atas zink tu boleh masak aproximately seminit hingga dua minit durasinya.konklusinya amat panas.KEMARAU yang munujukkan AMARAH!

salem,SLAM,salim,slim

futsal untuk kali ke 2 dalam cuti.credit to my fren Syahrul Nizam dan Nik Afiq.Pakatan Bermuda.sambil balik gua hisap rokok salem sambil layan lagu SLAM yang keudara di radio sambil teringat kepada salim yang sudah slim.kihkhi tak-tak itu hanya rekaan.gua nak cerita lagu SLAM gerimis mengandung yang buat hati gua nak tangkap leleh.teringat kat sahabat gua.

bukan sekejap dengan mu.
bukan mainan hasrat ku.
engkau pun tahu niat ku.
tulus dan suci.
senang benar kau ucapkan.
kau anggap itu suratan.
sikit pun riak wajahmu.
tiada terkilan.
hanya aku.
separuh nyawa.
menahan sebak di dada.
sedangkan kau bersahaja.
berlalu tanpa kata.
terasa diri amat terhina kau lakukan.

kihkih jiwang berklorin gila.tapi gua respect la karya Slam tu.tak kira kita genre apa,hormatlah karya-karya agung band atau individu itu.bukan senang nak cipta lagu dan di tokok tambah dengan melodi.tapi bukan itu motif gua.gua nak cakap sal lagu tu.sebijik kena kat batang berjuntai hidung sahabat gua.aduhh hancur.gua bersimpati.tapi gua konfius,gua ke sahabat gua?nak cakap gua segan pulak.ye la sahabat gua la senang

ghairah




act gua tak berapa berminat nak cakap pasal bola semenjak dua menjak dan bermenjak-menjak.semalam adalah last game untuk Barclays Premier League.bagi peminat dan kaki bola post ini bukan ditujukan untuk anda semua sebab gua tahu korang dah sedia maklum dan cukup arif pasal dunia bola yang ditendang ni.gua juga benci tengok gambar kat atas tu tapi gua upload jugak sebab gua kesian.bukan selalu pasukan otak 'blue' yang di ketuai oleh si perogol bini orang menang.dah 2 musim dieorang cuba dan cuba tahun ni baru dapat.pasukan setan bagi chance je sebab nak persetankan pasukan itu.tapi tu pun beza 1 point je.menganjing nyahhh.Liga Itali dan Liga Spain masih dalam perlumbaan dan masih sengit.BPL sudah abis.so malam minggu gua dan kawan-kawan agaklah lapang.konklusi untuk BPL season ni gua ley sebut

  • BPL ada champions baru Chelsuck.
  • MU tempat kedua diikuti Arsengal dan Spurs.
  • Spurs?ye Spurs.dieorang dapat tempat keempat dan merampas slot ke Champions League dari Liverfool.
  • Liverfool main Liga Maggi next season bersama Manchester Siti.
  • Portsemut,Burnley dan Hull terkeluar dari BPL dan akan turut darjat bermain di Liga Divisyen 1

Isnin, 10 Mei 2010

gundah gulana

gundah gulana.
bagaikan penjara.
sesekali ku buka mata.
ingin kembali walaupun seketika.

bait-bait lagu Hujan yang telintas di minda gobloks gua.
pikir apa?gua pun tak tahu.bila gua online mukabuku,gua tengok kawan-kawan gua,gua pikir life seseorang,gua pikir pergaulan semua gua jadi takut nak pulang ke sekolah gua.walhal gua cuti baru je seminggu.ada 2 bulan lagi dude nak kembali ke sekolah.apa yang gua takut?come on la.gua bukan takut.act,gua malas nak hadapi pelbagai masalah bila balik ke sekolah.

masalah gua banyak seperti,gua akan amek subjek yang tuff.tuff macam mana?macam body Malek Nor la kot.then gua malas nak panjat tangga umah sewa gua nun tinggi di tingkat 5.lebih tinggi dari si pokok kelapa.gua takut diganggu oleh pelbagai individu yang perangai dan tingkah laku dieorang buat gua tak senang dan tak selesa.gua juga boring dengan suasana umah sewa gua yang gelap gelita seperti dalam gua.wiring problem.harap dapat diatasi.then gua malas nak hadapi lagi 4 o5 months lagi di perantauan.kihkih.
gampang!

aktiviti

dewasa ini hari-hari adalah cuti umum bagi gua.sudah seminggu berada di kampung halaman tapi masih ada sesuatu yang gembirakan hati.lebih tepat lagi yang buat gua berpuas hati.hari-hari gua akan bangun seawal 10 pagi atau 9 pagi sambung tido selepas subuh.awal ke?then gua akan pegi pekena breakfast nasib bungkus dengan telur masak separuh 2 biji yang gua amat rindu semasa jauh di negeri orang.king sekali!kihkih.then gua akan melepak di rumah atau meronda-ronda dengan kawan-kawan amek ukuran jalanraya di Kelantan.
petang kul 6 gua turun beraksi di padang yang buat gua rasa macam badut sebab gua tak de bakat sebagai pengganti Mokhtar Dahari.malam nye gua akan lepak lagi dan lagi sampai lebam.

apa yang gua tunggu sebenarnya?gua rasa maybe suasana cuti masih tak meriah sebab ramai lagi geng-geng gua yang tak balik bercuti.masih tekun membaca dan menulis di pusat pengajian.match futsal baru sekali je gua join.i need more.gua hope sangat gua akan enjoy sampai kena stroke cuti ni sebab sebagai revenge hati gua yang gundah masa di negeri orang asyik pikir je nak balik kampung

Sabtu, 8 Mei 2010

mera Maan

pergh tersentap hati gua pada petang sabtu.berbekalkan kepenatan gua menjadi driver ibu dan adik gua seawal pagi hari,gua merebah badan di depan TV.2,3 chanel je gua tukar then gua boring.terus gua menekan butang info yang berada di sudut atas sebelah kiri di kawalan jauh astro.gua tekan punya tekan tibalah di TV3.gua sudah lupa petang-petang hari sabtu adalah masa bagi peminat hindustan tengok movie ala-ala movie musikal.sketsa sikit,nyanyi keliling pokok,jatuh dalam sungai,kena gilis treler dan macam-macam.ada tok imam yang sanggup tak pegi semayang jemaah kat masjid.

nak dijadikan cite gua tgk tajuk cite tu.MAAN!tiba-tiba otak gua flashback masa zaman-zaman old skool@sekolah rendah.gua penah tengok cite ni.gua tiba-tiba ditarik oleh kuasa hindustan tersebut untuk melekat di depan tv dengan jarak 2 meter.gua landing baik punya,silang kaki,dan menghayati cite tersebut sambil menyanyi lagu filem itu.sesiapa yang penah tengok cite tu sumpah gua berani potong kuku akan ingat lagu dalam filem tu.sumenye lagu best,easy listening,radio freindly.mat-mat grunge,mat rock,mat gian,gua rasa kalau lu orang tengok pun lu orang nangis.tapi nasib baik gua tak nangis gua cakap lu.tapi kenangan zaman budak-budak datang balik la time tu.

pasal cerita tu,gua rasa tangkap leleh abis.kisah cintan-cintun cam biasa.gua ingat ke cite tu sal cinta,then dapat anak,then dieorang berpisah,then bapak dia yang orang susah ni usaha cari duit nak masuk court.dua-dua cite sedih.tapi sekali salah laaa.yang tu cerita Akilehum akil baligh kot.gua pun lupa.tapi jangan salahkan gua sebab hero dan heroin dua-dua filem tu pun sama Amir Raja Lawak dengan sape ntah pompwan tu.ohh Amir Khan.maah ye!tu je la.gua tak nangis!

Jumaat, 7 Mei 2010

XX dan XY

  • xx adalah perempuan
  • xy adalah lelaki
  • xxx adalah sex
  • xx + xy = xxx
  • xx,xy itu je yang gua ingat masa sekolah sebab belajar Biologi.
  • xxx gua belajar bila budak-budak lelaki lepaking!
  • sebelum xxx,kita kena lah kawen,tak leh men hentam jek kihkih.
  • daripada xxx juga akan lahirlah generasi xx atau xy yang baru
  • so daripada xx + xy = xxx
  • maka xxx = xx/xy
  • gua pun tak tahu mahu coret apa kat blog gua.hanya tulis ikut suka.blog gua,suka hati gua la.
  • tp sebelum xx,atau xy hatta xxx,kita kena belajar dulu ABC sebab kalau tak belaja macam mana nak kenal huruf X dan Y.kihkih

bulu ayam

  • bulu ayam yang dah diproses dikutip.tidak dibuang.tidak di beri makan kepada lembu.
  • lembu makan bulu ayam ka?
  • bulu ayam dijadikan bulu tangkis.terciptalah permainan mendera,menyebat,mamukul bulu tangkis tersebut menggunakan rangka besi,kayu,atau plastik yang diikat bersama sulaman jaring.
  • hari ini da tahun 2010,dan Piala Thomas datang lagi.Piala Thomas untuk group lelaki,group Hawa dipanggil Piala Uber atau piala cap ayam.
  • tumpuan lebih terarah kepada kaum Adam.macam biasa kita power dalam game ini.kalau tak,tak kan lah Malaysia menjadi salah satu team yang digeruni lawan.
  • kalau dulunya,Malaysia dan negara serumpun Indonesi yang jadi kuasa besar dalam sukan ini.
  • tapi sekarang negara Asia dan Barat semakin hampir dan mungkin telah memintas kita.Contohnya China,Korea Selatan,Denmark dan England.
  • kali terakhir Malaysia memenangi Piala Thomas pada tahun 1992.time tu gua umur 2 tahun,tapi gua tak heran pun badminton sebab gua lebih minat permainan.biasa ar belum baligh.



  • ni gua nak bagi informasi la sikit pasal Piala Thomas.biar korang sume tengok dengan tahu mengetahui fakta-fakta Piala Thomas.kalau bapak mertua soal,baru boleh jawab,dapat tanah pusaka free.k baca:
Piala Thomas adalah kejohanan badminton antarabangsa bagi berpasukan lelaki yang diadakan setiap dua tahun sekali. Nama kejohanan ini berasal dari nama Sir George Alan Thomas, Bekas Presiden IBF dan pemain badminton dari Inggeris yang menyumbangkan piala tersebut pada tahun 1939.

Piala Thomas ialah sebuah kejohanan tertua yang diadakan oleh IBF. Kejohanan yang pertama diadakan pada tahun 1948-1949. Pada tahun tersebut, perlawanan ini diikuti oleh 10 negara: Kanada, Denmark, Inggeris, Perancis, Ireland, Welsh, Amerika Syarikat, India, Malaya, Dan Sweden. Sepanjang sejarahnya, hanya tiga negara yang pernah menjadi juara: Republik Rakyat China, Malaysia (Malaya), Dan Indonesia.

Piala Uber, Kejohanan berpasukan untuk puteri bermula pada tahun 1956 dan dilaksanakan bersamaan dengan Piala Thomas, namun mulai tahun 2010 penyelenggaraan kedua-dua perlawanan tersebut akan dipisah.

Setiap pasukan peserta Piala Thomas terdiri daripada lima orang / pasangan (3 tunggal, 2 ganda). Juara bertahan Piala Thomas saat ini adalah Republik Rakyat China, yang berjaya mengalahkan Korea 3-1 di partai final di Jakarta.

gracias!dapat habuan

  • setelah gua telah kembali dari tanggungjawab zahir dan batin ke atas bolg gua "PenaKabur",akhirnya gua dapat award dari seorang sahabat handai yang sedari kecik merupakan pembuli gua dan member-member gua.
  • padahal dia junior.kihkih tapi tak apa.dia cool.
  • thanks Ain Nabila atas award dari anda.
  • tadaaaaaaaaaaaaaaa

tragedi tragis

memang tragis.peristiwa berlaku dalam tahun ni juga.gua share sabagai pedoman.
ajal maut tangan Tuhan.bila-bila masa kita boleh dijemput

Berita Harian Online Penuntut UUM rakam detik terhempas

Khamis, 6 Mei 2010

Abramovic kaya;Chelsea bahagia

  • lelaki Russia ini yang dulunya dari keluarga miskin mempunyai tuah yang amat baik sehingga menjadi top 10 orang terkaya di dunia.
  • gua tak minat nak cerita pasal dia,sebab semenjak dia kaya,dia tak penah hulur seribu dua kat gua.pandang gua pun tak.dulu selalu je datang umah gua nak pinjam beras.
  • gua nak cerita pasal pelaburan lelaki Russia ini kat kelab EPLnya Chelsuck.
  • memandangkan musim perpindahan pemain akan dibuka,pelbagai spekulasi kita dapat dengar dan gua amat berminat bila musim perpindahan pemain.
  • terbaru Chelsuck dikatan membida Fenando Torres dan Steven Gerard.


  • Fernando Torres tampak bakal muncul pemain paling termahal di Britain selepas Chelsea membuat tawaran £70 juta (RM385 juta) untuk memancing penyerang antarabangsa Sepanyol yang disebut antara bintang baru di Piala Dunia 2010.
  • patutlah si Gerard passing bola kat Drogba itu hari.rupanya dia nak main Chelsea.pandai sungguh binawe itu.honestly gua walaupun peminat MU tapi gua minat mamat 2 orang ni.cukup prolifik dan berbahaya.
  • gambar kat belakang pula si Paul Scholes an?ayam tua MU tapi cukup berjasa.
  • mak dia gitau gua,dia dah nak bersara hujung musim ni,tapi Ferguson suruh hold dulu kerana MU masih perlukan dia.
  • gua rasa Ferguson nak bodek dia je tu.si Scholes pulak nak orang pujuk-pujuk.cam pompwan

rebah dalam mamai dan Spurs,awesome

  • 2 cerita berbeza.
  • 2 emosi berbeza.
  • 2 bidang berbeza.
  • 2 waktu berbeza.
cerita pertama macam ni.gua tido.mungkin disebabkan penat tubuh gua berhempas pulas dengan melayan kunjungan bintang-bintang bola sepak junior kat kampung gua.2 hari berturut-turut diadakan freindly match sebagai persiapan dieorang nak join tournament.ahhhhhh bola lagi.jerit penghulu hati gua.ok no more bola in this story.gua tido tak de lah awal malam ni.around pukul 2 pagi.gua penat sangat dan mengantuk tapi gua gagah diri nak teman si Dia yang bertungkus lumus buat keje.Dia da abis keje tapi masih belum tido.mata gua da angkat bendera putih tapi gua buat layan tak layan.gua taip juga mesej di fon tanpa gua sedar.macam Ian Curtis kata 'lost control'.gua bila mamai,gua memang gila sikit.gua bangun makanlah,gua cakap bukan-bukan.tapi bab makan tak apa.ni tutur bicara gua dalam text itu buat Dia curiga.gua dah abis belajar untuk 4 bulan lamanyer dan baru 2 hari bercuti,tapi macam mana gua boleh cakap pasal kelas tambahan dan matapelajaran yang gua anti;Prinsip Akaun.yang tak leh tahan di awal text itu gua panggil 'sayang'.memang Dia bengkak.apa lagi terus gua dapat mesej berbunyi sindiran.gua terus langkah kaki ke toilet memasukkan bergelen air kemata supaya hilang ngantuk.gua text dan text dan masing-masing menghancurkan hati masing-maisng.makan ketupat dalam besen.hisap rokok Bensen.gua hilang Dia.sebab?mamai?lu orang boleh gelak,tak kena lagi tapi gua yang dah kena akan mengambil iktibar.biasa bila hal mamai orang akan anggap satu jenaka,tapi skerang gua anggap ia mimpi ngeri.gua merayu,merayau tapi sudah terlambat.

cerita ke 2 pula begini.now bolehlah cakap sal permainan sepak,terajang dalam telanjang dan tendang si tempang.bola.itu keghairahan ku.nak hilangkan ngantuk berbalas text dengan Dia untuk menyelesaikan isu hutang hati yang dah bengkak pasal mamai gua jadikan pemain City dan Spurs sebagai galang ganti dan teman.gua tengah sedih dan berkecamuk dieorang masih lagi bermain mengejar sebiji bola.game rancak menaikkan suhu game tersebut yang clean tanpa insiden tarik rambut atau meraba pamain lawan.City susah nak attack Spurs yang bertahan kental.jebtera tengah Spurs cukup bahaya nak-nak pula budak Bale cucu penghulu kampung yang laju dan hantaran tepat.dipendekkan cerita Spurs menang 1-0.ya,1-0 hasil jaringan pemain bola keranjang yang panjang Peter Crouch.automatik next season,Spurs,see you in Champions League.thumbs up kat pemain gua dalam fantasy premier league Defoe dan Bale.

Noel Gallagher 'admire' Tevez

  • kalau Carlos Tevez,penyerang Manchester City bace post aku ni mesti dia semangat nak lawan Spurs awal pagi ni.
  • dikala suri rumah sibuk memasak makanan untuk bersahur pada jam 3.00 pagi waktu negeri Kelantan,budak-budak City ngan Spurs turun ke padang dan saling mengejar bola yang 1.
  • game yang panas,Derby,sengit,tengik,pekik,capik macam-macam perkataan yang 'rare' boleh digunakan nak gambarkan perlawanan tersebut.
  • kedua-dua team akan rebut tempat keempat dan mengabil slot automatik nak layak ke Champions League.yela,nak kejar MU dan Chelsuck mana dapat.dieorang guna kuasa bomoh,tahyul.
  • ohhh lupa Arsenal di tangga ketiga walaupun prestasi anak didik Arsengal Wenger terumabang-ambing.itulah akibat berumah di atas laut.
  • Liverfool?gua malas cite.gua rasa dieorang dah boring ngan Liga Super omputeh so dieorang try nak drop dirir dieorang sedikit demi sedikit ke liga divisyen 1.low class.
  • so malam ni la misi City dan Spurs nak ganti tempat Liverfool.

  • tapi tu bukan cerita sebenar.cerita gua nak gitau sekarang tentang bekas front man Oasis si Noel.
  • esok hari mengundi.tapi tiada Amno,MCA,MIC,MCKK atau mcD.
  • sebab esok pengundian di England.so tanpa rasa bersalah mahupun takut disaman oleh kerajaan ataupun diboikot oleh sekutu Apco,dia mengku dia tak akan mengundi mana-mana calon.
  • dia hanya akan mengundi bila Carlos Tevez yang jadi calon.
  • kalu dia pegi pun,dia hanya akan tulis di atas kertas pengundia 'Tevez is God'.
  • taksub sungguh si Noel dengan Tevez.ke ko gay?cer ko jawab nanti ek Noel.
  • gua dapat buat konklusi yang dia ni peminat setia City dan dia berkata macam tu sebab nak bagi Tevez semangat merembat gawang Spurs.
  • tak cukup dengan itu,dia kata bakal anak yang akan dilahirkan oleh teman sekatilnya nanti akan diberi nama Tevez Gallagher.
  • gua rasa ayah Pin mesti jeles dengan Tevez ni sebab pengikut dia tidak setaksub itu.kihkih
  • gua dapat rasa si Noel ni peminat bola sepak tapi dia juga bijak mengurus wang.dia gitau dia hanya akan pegi tengok World Cup jika England layak ke peringkat Separuh Akhir.
  • perlawanan yang lain dia hanya akan lepak kat warung kopi dekat umah je sambil main dam.
  • hmmm Mr.Noel,Tevez tak main England tau.gua takut dia pecahkan tv kat warung je bila tgk Tevez tak de dalam skuad England
sumber: NME music news

Rabu, 5 Mei 2010

piala agung Piala Dunia



  • piala dunia datang lagi.

  • edisi ke 19 kali ini akan berlangsung pada 11 June hingga 11 July di Afrika Selatan

  • bersedialah dunia untuk menghadapi kegilaan yang melampau terhadap bola sepak selama sebulan

  • wanita-wanita mahupun si kaki bangku yang tak minat bola akan turut bersorak gembira dan mempunyai pasukan feveret masing

  • biasanya wanita-wanita dan mat-mat PON akan meminati si Jambu seperti Ronaldo,Kaka' kerana rupa paras dan susuk tubuh mahupun kaki seperti Malek Nor

  • lupakan semua itu,yang terpenting hadapi pelbagai masalah di sebulan akan datang;tak dapat tidur malam,datang lambat ke pejabat;kalah pertaruhan;anak tak ke sekolah;permintaan jersi meningkat;padang dipenuhi kaki bangku;Malaysia menetapkan tahun untuk layak ke Piala Dunia

  • sebelum terlupa gua nak gitau.gua da darah kacukan Spain dan England dari arwah nenek moyang gua dulu.
  • ni gua ada informasi group yang telah diundi secara rambang,adil dan saksama.
  • korang pikir lah samada team korang akan lalui jalan sempit atau luas.
 
 

Merpati Sejoli

  • "Merpati sejoli hari-hari begini"
  • begitulah bait-bait lagu merpati sejoli by Butterfingers.lagu yang mengkritik wartawan hiburan yang pon..pon..pon.."bapak ku pulang dari kota,bapak ku belikan kereta"
  • gua tak nak cerita wartawan PONdan tapi gua nak adaptasi lagu butter tersebut menjadi lagu hari raya anak perantau.
  • masih mengguna melodi yang sama.mari menyanyi bersama M.Apis.Kilau

Merpati sejoli hari-hari begini...la la la la,
Merpati terbang ke mari,balik dari Bandar Bangi...la la la la,
Exam sudahlah habis,buat apa nak menangis...la la la la,
Esok balik kampung...
Esok balik kampung...
Esok balik kampung...goooooooooo

  • lirik gua dapat dari dalam mimpi terus gua adaptasi dalam Microsoft Word tapi baru hari ini gua baru dapat post.gua busy naik flight balik kg mana sempat kihkih
  • hari ni hari petama gua kat kampung.cita-cita gua nak bangun awal tapi hari ni nampak cita-cita gua ada perkembangan menarik sebab gua bangun pukul 1 petang

Selasa, 4 Mei 2010

al-fatihah wahai seniman

  • Gua memang lambat post berita ini.Berita yang cukup buat kita yang mengikuti perjalanan seni tanah air terasa tersentuh.
  • Pelawak otai tanah air Din Beramboi atau nama sebenar Allayarham,Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia di Hospital Selayang, 12.30 malam Jumaat (2 April 2010).



  • Selang beberapa minggu selepas kematian Din Beramboi,industri tanah air dikejutkan pula dengan tragedi kemalangan yang meragut nyawa Achik Spin atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari, pada 17 April 2010.

Isnin, 3 Mei 2010

mukabuku tempat bermuka-muka



  • "ayang sayang b sangat2"
  • "kamu stalker bulshit for ever"
  • "wah,lawanya awak.nak kenal boleh?"
  • "keluar makan bersama kekasih hati.ohh indahnya dunia yang hampir kiamat"

  • mukabuku memang fenomena.mak cik goreng pisang dan pak cik air tebu juga ada mukabuku nak promote produk dieorg.tapi itu tak mengapa.cari rezeki.
  • akan tetapi mukabuku menjadi padang sasar untuk menembak isi hati dan berkongsi rasa hati dengan 1 dunia.
  • itu mengarut dan menjengkelkan.boleh berkongsi tapi elakkan yang berunsur jiwa leleh dan jiwa kacau remuk digilis lori

e-yupie yang eeeeeeeee

  • ohhh panjang sungguh kan post gua yang sebelum gua koma.itulah bisnes gua yang terbaru dan terakhir.
  • eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee....geram sebab nama e-yuppie cute?oh bukan.geram sebab bisnes itu tak menjadi.
  • ohh lupa untuk perkenalkan gerangan e-yuppie.slh 1 perniagaan baru untuk para siswa dan siswi di malaysia.
  • gua just join nk try nasib jer.tp nasib gua tak de.tapi tak pe lah.mencuba.CUBA itu penting!
  • gua bukan apa.gua tahu serba sedikit yang dalam Islam ada sebut 90% dari sumber rezeki datangnya dari perniagaan.so gua cuba
  • FAIL!

black lori yellow lori

  • tajuk tiada kena mengena dengan post ini.yang gua nak cakap sori je kerana lama tak mengarang blog.kalau ini subjek untuk final exam,gua konfem gua fail.
  • oh ya ini post terbaru selepas gua tersedar dari koma.
  • koma maksud gua di sini adalah koma dari tanggungjawab.
  • memang benar kata member gua.nak buat blog at the awal2 je kita bersemangat lepas tu kita lupa memberi nafkah kat blog kita sehingga ketandusan post2 baru.gua bukan ape,gua just malas nak mengarang walaupun hidup gua penuh dengan cerita khayalan komik2 budak2 yang seronok untuk dikarang.
  • gua hope ini jadi titik tolak kepada gua nak kembali berblog.kihkih
  • gua da matang malas nak tulis panjang2.gua akan cerita skit2 apa yang gua ingat yg past tense (benda yang dah berlalu) kihkih.