Pages

Khamis, 30 September 2010

migrasi part 2

hari pertama ke sekolah,adik keempat sudah kena buli.kalau diikutkan adik keempat memang gangster di rumah.di rumah kakak-kakak nya hanyalah bahan bulian yang selalu menjadi tukang membancuh air dan menyedok nasi ke dalam pinggan.akan tetapi masuk sahaja hari pertama ke sekolah,dia pulang dengan berita sadis.dibuli dengan rakan sekelas yang baru.bila diajukan soalan kenapa berpindah,asal dari mana,si adik keempat menjawab dengan tenang dan macho ibarat bakal Hero Remaja tahun 2020.tetapi bila jawapan yang diberi ibarat memberi jawapan kepada insan pekak,maka si adik keempat merasa sakit hati yang teramat.walaupun si adik keempat selalu makan Quaker Oat namun hatinya tetap sakit.

maka kumpulan pembuli tadi bertanya soalan yang sama berulang-ulang kali sehingga sujud ke Bumi mulut si adik menjawabnya.maka menitislah air mata si adik kerana dibuli.

tepat jam 2 petang waktu di bandar baru kawasan hijrah,si abang dengan bermodalkan motosikal bergear automatik,mengambil si adik yang tengah tunggu untuk pulang ke rumah setelah seharian berada di neraka buatan si pembuli.selama seminggu dan dua minggu lamanya si adik bercerita betapa tidak seronok dan funky nya berada di sekolah baru.dengan tenaga pengajar yang garang,kawan yang tiada,kerja rumah yang banyak dan persekitaran yang baru.si abang sekali lagi makan hati setiap kali mendengar cerpen budak yang digarap oleh mulut si adik.si abang begitu bersimpati dengan nasib si adik yang masih budak dan belum baligh.

terpaksa mengahdapi semua dugaan yang maha hebat.akan tetapi selepa itu,sedikit demi sedikit kawan dikumpul dan dalam masa yang sama ada juga bertambah bilangan lawannya.sedikit demi sedikit gundah si abang telah hilang.si adik sudah pandai berbalas SMS yang kononnya berSMS dengan aweknya dan dengan nada yang gedik mengatakan ingin berkahwin.si abang yang juga sudah biasa dengan perangai kasanova hanya tersenyum sinis dan memaki hamun secara gurauan terhadap si adik keempat itu.sekarang bagaimana cerita si adik keempat itu?bagaimana keadaannya di tempat baru?TERGANTUNG

migrasi part 1

tiba-tiba gua rasa nak bercereka di sini.elok saje gua nak cuba lelapkan mata selepas penat berulang alik dari Kolej dari kediaman ibarat air mencari pisau supaya dicincang.tapi apakan daya kemahuan gua tak diturut,ada pulak pekerja ruamh di rumah jiran gua memasang alat bantuan yang digelar mesin untuk diubah suai rumah jiran gua.terus tersedar dari lamunan.panas hati gua.tapi satu inspirasi nak karang cerita gua dapat
.
________________________________________________________________

Boom!Boom!bunyi ketukan hati anak-anak muda dan kecil apabila terpaksa mengikut kata kedua orang tua untuk bermigrasi dari kampung yang indah aman damai ke bandar kecil yang sibuk ketika orang ramai mahu pergi kerja di awal pagi.

amat kasihan si abang melihat adiknya yang keemapat terpaksa mencari kawan baru di sekolah yang baru.terpaksa mencari kawan baru,guru yang baru dan membeli buku yang baru untuk persekolahan.si adik yang dulunya aktif keluar menunggang basikal keliling kampung dan bermain bola sepak di petang hari kini hanya terperap di rumah ibarat ayam perapan untuk BBQ.murung sahaja.di mana ada abangnya keluar untuk melepak di bandar,si adik dengan perlahan kata mahu ikut.bukan si abang tak mahu bawa,tapi dengan usianya yang masih belum baligh adalah tidak patut untuk mengikut si abang dan kawan-kawannya yang berasap menghembus asap rokok sehingga lewat malam.

bila si abang keluar untuk menyepak bola di padang tiruan yang kecil yang dinamakan futsal,samapi tahap menitis air mata si adik mahu masuk ke dalam beg kasut futsal si abang kerana mahu menikmati permainan orang menyepak bola ke sana kemari.sayu hati si abang kerana dia juga bermain bola seperti adiknya.si abang tahu perasaan si adik yang rindukan dunia bola yang telah ditinggalkan selama sebulan lamanya.si abang cuba untuk mengecilkan keluasan rumah dengan bercadang untuk merobohkan garaj kereta bapanya untuk membina dan mencipta padang kecil untuk si adik.tapi itu mungkin hanya membuat si ayah murka dan mencerca tindakan itu.mahu tidak mahu,si abang terpaksa melupakan hasrat itu dan hanya MAKAN HATI setiap kali melihat kemurungan si adik yang keempat ini.

Rabu, 29 September 2010

tak kan Melayu hilang di dunia

tak kan Melayu hilang di dunia.mana taknya kalau dah sampai Africa Selatan darah orang Melayu mengalir.masa bulan ke'world cupan' dulu sibuk aje orang-orang veteran bercerita tentang Melayi di salah sebuah ibu negeri Afrika Selatan iaitu Cape Town.pernah dengar Melayu Cape Town?

ok ebenarnya bukan itu nawaitu gua mengarang post kali ni.semua tentang helmet post terbaru gua.


sedang gua melangkah ke tempat tugganngan gua di parking,gua sudah terdengar dari jauh seorang brother memaki dan memekik hamun membernya.ape kes?member dia cuba nak liwat dia kah?mustahil.itu tempat public figure.gua cuba untuk jadi sebusy body yang boleh.dengan pura-pura mencari moto di sekitar tempat kejadian.gua bukan takut nak tanya,tapi badan brother tu besar tambah pulak dia nampak cam tua.kalau gua tanya,dia marah,gaduh lah jadinya ye dok?gua bukaan takut sebab dia besar,gua tengok dia cam tua,malas nak kurang ajar dengan orang tua.kahkah.

rupanya helmet dia gua.mengikut pekikan brother tersebut yang masuk menusuk ke telinga gua,helmet dia kena rembat.dia kata dia letak kejap je sebab nak masuk beli tempoyak yang mak dia kirim.keluar je,terus hilang.sial.

nasib yang sama gua hadapi masa gua sedang mengfotostat kerja yang dibagi oleh cikgu gua ssatu ketika dahulu.gua masuk kejap,tak sampai 5 hari ke dalam Kafe Cyber itu,terus hilang entah ke mana helmet gua.sedangkan gua masuk ke dalam Kafe Cyber dengan nawaitu yang tulus ikhlas untuk menyiapkan tugasan yang diminta di saat-saat akhir.
gua malas nak berfikiran negatif atau menuduh mana-mana anjing kurap yang mencuri helmet gua,jadi gua buat konklusi mungkin helmet gua telah diterbangkan oleh angin.nak buat macam mana tak ada rezeki.konon-konon berfikiran positif dapatlah balik helmet gua,tapi air mata sahaja yang keluar.

tak kan Melayu hilang di dunia TAPI helmet orang Melayu bila-bila masa sahaja boleh hilang.
dan biasanya Melayu curi harta sesama Melayu.watefak

Selasa, 28 September 2010

Yahudi part 2

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali-kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang genes dan DNA.

Para perokok harap ambil perhatian.

Ironinya, pemilik & pengeluar rokok terbesar adalah.... (tekalah sendiri..!)Pemerhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever).

Di dalam pengamatan saya, kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan dari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan.

Menurut mereka, bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) dengan itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya dari darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak-anak di California, ianya jauh berbeza dari segi IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!

Segala pelajaran dengan mudah ditangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi, sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perkhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah). Disini murid-murid diberi penekanan dengan matapelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatan lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institut tinggi di politeknik dan universiti.

Satu lagi yg diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun di universiti, para penuntut dibidang perniagaan dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) mendapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat?

Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai perniagaan dunia!

Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat menstimulasikan otak kita supaya bertambah aktif.

Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yang pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah! Berpusat di New York, dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yang bernas, jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan perniagaan mereka menurut landasan yg betul.

Maka itu lahirlah Starbuck, Dell computer, Coca-cola, DKNY, Oracle, perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus-ratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yang mudah tetapi konsisten disamping mendengar muzik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yang elok dan berhasiat yang baik untuk otak, menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yang memerlukan tumpuan yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan jenerasi yang moron (goblok) dan sudah tentu gene bodoh akan mengikuti generasi si perokok.

Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7!!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!!

Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negara Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat sahaja di Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ 0.70cts!!! Dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat disana? Hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali.

Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai Bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.Dalam tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Pharaoh (firaun) hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendidik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja.

Ini dapat saya lihat sendiri pada cucu saya, setelah saya mengajar anak saya melalui program yang telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai mengapa saya gemarkan tomato! Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
_______________________________________________________________

bukan gua nak agungkan Yahudi sedangkan gua anti-Yahudi.tapi cuba kita renungkan.jika kita mampu meniru cara pendidikan anak-anak dieorang.gau harap ada anak-anak Islam satu hari nanti bangkit dan boleh kalahkan Yahudi dan sekutunya

Yahudi part 1

gua hanya mengambil curi email ini dari email bapak gua.dah gua tahu email dan kata laluannya nak buat macam mana ye dok?kihkih.gelak-gelak juga.baca.sila baca anak muda generasi bangsa.dan abaikan pasal bahagiam rokok.gua juga merokok.

_________________________________________________________________

(By Dr. STephen Carr Leon)

MENGAPA ORANG YAHUDI BIJAK?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu mengapa Yahudi bijak?

Memang tidak dapat dinafikan ramai cendekiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, engineering, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan Disember 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau oleh manusia sendiri? Adakah kebijaksanaan boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni.

Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum-kaum lain. Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikan masalah matematik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku matematik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikannya, oleh kerana saya memang minat tentang matematik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak. Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya.

Berbalik kepada matematik tadi, tanpa merasa jenuh beliau membuat latihan matematik sehingga beliau melahirkan anak. Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang-orang Yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi satu kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yang sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan karbohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita rasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.

banyak cakap

lagi banyak cakap,lagi banyak dosa yang dicipta.bukan gua cakap,ramai ustaz dan ustazah cakap sedemikian.orang veteran selalu berkata,telajak kereta boleh diundur dengan laju kalau guna enjin turbo atau VVTI,tapi kalau terlajak kata,nah ini jadinya

Jumaat, 24 September 2010

menganjing atau anjing

gua tak tahu Eboue nak menganjing juruletih Korea atau dia yang jadi anjing di situ.boleh pulak dia buat lawak dalam 90 minit pertarungan piala agung Piala Dunia

tangkap

apa sahaja yang gua baca,gua rasa menarik gua semakkan blog gua tanpa berfikir panjang.baru penuh entri blog gua untuk tatapan anak cucu satu hari nanti.malam yang agak kusut bila tak ada awek mahupun gay yang tegur gua dalam FB.sengaja gua biarkan FB gua berONLINE tanpa gua usik ap-apa.mana tahu ada bunyi pop yang keluar sah lah ada orang ingat gua.tapi fakk hanya ada bunyi pop dari budak kelas yang suruh pakai baju Melayu lengkap ke kelas esok.damn!tapi tak apa terbaca note dari seorang kawan.ok baca wahai kaum HAWA.

_______________________________________________________________________
Untuk renungan bersama ......

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wa nita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.

Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggaldengan nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga..

Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wa nita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.

Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, seg alan ya berj alan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wa nita terbabit..

Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wa nita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabk an mengurus jemaahitu, saya pun bergegas menuju ke arah wa nita berkenaan. "Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas.Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia kehospital," kata saya.Tanpa membuang masa, kami mengangkat wa nita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.

Sampai di hospital Madinah, wa nita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang,wa nita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wa nita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wa nita tersebut.

Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wa nita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wa nita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatanlanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.

Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. M alan gnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wa nita tersebut masih koma. Bagaimanapun, katadoktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wa nita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wa nita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??

Saya bertanya kepada wa nita tersebut, "Kenapa kakak menangis?" "Mazlan... kakak taubat dahLan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."

"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga. Wa nita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua am alan ibadat kakak dan suami kakak tak buat.

Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.

"Habis yang kakak pergi haji ini?"

"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."

"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wa nita itu menceritakan, "Mazlan...Allah itu Maha Besar, MahaAgung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.

"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.

"Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarikdengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."

"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini... putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan.. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wa nita itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.

Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasaseperti menggelegak. Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan. "sambil bercerita, wa nita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.

Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judidan segala macam dosa besar.

Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. "Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak.

Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus.

Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi...kakak dihidangkan puladengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga.Semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."

Saya terus mendengar cerita wa nita itu dengan tekun.. Terasa sungguh kebesaran Allah. "Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakakakan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah allah akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji,akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.. "

Saya termenung mendengar cerita wa nita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik am alan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk am alan kita, maka azablah kita di akhiratkelak. Alhamdulillah, wa nita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah..

"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat... kakak taubat nasuha," katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wa nita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wa nita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.

"Kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.

"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar." menurut wa nita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semulasembahyang yang ditinggalkannya dahulu.

Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wa nita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.

"Tak boleh Mazlan.. Kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak.Kakak betul- betul bertaubat."

Wa nita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau
wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."

"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah..."

"Kakak ber azam , balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudahbawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wa nita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wa nita yang benar-benar solehah. Adakah diaberbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?

Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala,syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudahdiazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal.... . " itu dah terlambat.

REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN

WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."
Share

Isnin, 20 September 2010

kekuatan Barbietov


gua tak berapa minat mamat ni semenjak dua menjak dia join MU.dulu masa main ngan Spurs gua memang taksub la jugak ngan mamat berambut serka jarang ni.masa main ngan Spurs tak hengat punyer skor.asyik rembat je keje dia.ibarat masa dia lahir dulu,bapak dia laung perkataan Goal kat telinga dia.tapi bila masuk MU amatlah jarang nak mengskor gol.patutlah haritu nak dijual.tapi tak jual lagi.antara kelab yang berminat nak amek dia AC Mulan.selepas diselidik kenapa kelab tersohor minat sangat Berba ni,barulah si pengunyah chewing gum tahu,Berba ada kekuatan tersendiri.maka dibiarkan kekuatan Berba tu tumbuh secara perlahan.baru-baru ni ada khabar angin menular bahawa Berba ada pergi ke Yun Nam untuk mencari kekuatannya kembali.


kekuatan Berba bukan terletak pada huruf B macam kata Nujum Pak Belalang.tapi kekuatannya terletak kat RAMBUT beliau.cuba perhatikan dan berfikir secara waras,kenapa masa main ngan Spurs dan game semalam masa mengHATRIK melawan Gerard dia power?asal tanduk je Gol,asal sepak je bola tu bergerak?sebab rambut dia panjang.masa di awal musim bersama MU dia potong rambut,kononnya nak berSTYLO tapi apakan daya rambut dia berserkap jarang.mana boleh.jadi,sekarang rambut dia sudah panjang.HATI-HATI pencabar Red Satan.

Ahad, 19 September 2010

raya ke 4 bermakna



gua nak cerita pasal Sosilawati,gua tak tahu lagi apa keputusan DNA tulang yang dijumpai.jadi gua nak cerita sikit perihal negeri gua,Cik Siti Wan Kembang.tanggal 13 September,4 Syawal maka nak dijadikan cerita gumbira,bertukarlah tampuk pemerintahan negeri gua.

Dari Tuanku Ismail Petra,diperturunkan kepada anakanda sultan iaitu kebawah duli yang maha mulia Tuanku Faris Petra.ada sedikit konflik,tapi gua malas nak campur hal keluarga orang.memang sedari dulu tampuk pemerintahan memang akan diperturunkan kepada anak yang lebih sulung.jadi,anak yang lebih muda atau kedua,ketiga,kebongsu bolehlah lepak sekejap.tunggu giliran.

Sultan baru,apa lagi nak dikata.bak kata member gua,setakat ni rekod peribadi Tuanku Faris Petra masih lagi bersih.mana taknya,mana anak raja dan bakal ketua negeri nak masuk kampung,pakai kain pelikat dan menziarah rakyat jelata.jadi imam terawikh jangan cerita la pulak.gua yang dapat cerita dari member gua di Kota Bharu yang mana ketika itu bercerita Tuanku Faris akan menjadi imam terawikh.gua lupa malam terawikh keberapa tapi yang pasti itu bukan cerita dongeng.

gua yang ketika itu jadi anak perantau di negeri orang,nak saje hidupkan enjin helikenter peninggalan atuk gua,tapi dah lepas dah lapor kat menara kawalan udara negeri,gua lupa kipas helikenter gua dah tercabut ketika gua guna nak hidupkan api masa BBQ raya tahun lepas.apalagi,sedih jugak gua.sadiskan cerita gebang gua,jadi biarkan jangan ambik layan sangat.

ok gua dengar cerita majlis pertabalan agak RARE.kalu Sultan lain dimasyhur dengan laungan Daulat Tuanku,tapi yang Sultan baru negeri gua ni guna perkatan ALLAHUAKBAR.rare tak rare?tak nak cakap banyak,gua cuma nak cakap gua bangga mendapat Sultan baru yang diwar-warkan seorang yang alim dan baik hati.gua harap bolehlah ikut serba sedikit Khalifah ar-Rasyidin.

Khamis, 2 September 2010

faking perkauman

amboi bukan main marah gua petang ni.dah lah tido ayam gua diganggu,capai je 'bukunota' terbaca pulak paparan bangsa lain yang mengutuk agama gua.kalau kutuk penghulu kampung yang liwat kambing boleh tahan lagi tapi kalau dah kutuk yang maha Esa apa cerita?

kalau si pengetua bangang Wan Inisah ke ape entah yang bapak dia bagi nama cakap "orang cina boleh balik China",tak pe!gua tak marah lu nak kutuk si pengetua tu,kutuklah.itu sebab keceluparan mulut dia.tapi tak cukup kah dengan individu bajet berjiwa muzik budak Nameewee ke ape entah nama dia,mencipta lagu untuk si pengetua bangang tersebut.nak pulak bangsa lu menambah-nambah kutuk Tuhan gua pesal.

hah ni apa cerita?
ingat!INGAT!Tuhan membenarkan perang untuk 3 sebab.AGAMA,HARTA,KELUARGA.para Dato',Tan Sri,Datin,Panglima,mana fungsi gelaran anda?tak kan nak guna gelaran tu semata-mata nak polis trafik ikut kereta anda supaya lancar perjalanan.tapi dalam hal ni?peranan?

Rabu, 1 September 2010

boleh mula dah

ok boleh lah ni mula memuat turun kembali lagu raya kat dalam henset lu semua.dah dekat sangat.tak kira mat punk atau skinhead,puak sunnah atau syiah mesti teruja nak sambut hari mulia.tinggal bape hari je lagi.bolehlah mula rancang perjalanan lu semua.kasi selamat,dan teratur.gua bukan nak jadi pegawai JPJ hari ni,tapi gua nak mintak dan seru semua pengguna jalanraya yang bergerak menyusuri jalanraya pulang ke kampung,gua nak tahun ni tak kiralah Opp Sikap mahupun Oppocot,tak nak ada 1 kemalangan jiwa pun kat jalanraya.

takkan gua nak ajar satu-satu,dah kalau bawak kete atau motokar,mestilah ada lesen kan?takkan tak belajar semua ni masa kelas KPP.langkah pertama nak dapat lesen L.melainkan lu beli lesen terbang,bukan lesen kapal terbang.yang tak ada lesen,tapi belagak nak bawak kete,gunalah pengalaman selama lu semua beraksi di jalanraya.yang penting JANGAN BAWAK LAJU,JANGAN CUBA POTONG DOUBLE LINE.
lu sume nak jadi cam gini?

ok kepada semua orang-orang kampung mahupun kerajaan negeri,kain rentang mahupun kata-kata sambutan bolehlah mula pasang di setiap sempadan negeri.biar anak perantau tahu mereka sudah berjaya sampai di kampung halaman dengan jaya dan selamatnya.ingat!ok huruf besar sikit,baru nampak tegas.INGAT!gua TAK NAK ADA KEMALANGAN JIWA RAYA TAHUN NI.sengaja gua post awal sikit sebab gua nak semua beringat ketika balik kampung.gua nak ubah sikit iklan kat Tv atau Radio.
"kepulangan anda untuk menziarah kubur di pagi raya,bukan menghantar anda ke kubur di pagi raya"..agak gampang tapi fikir-fikirkan

nah kepada perantau negeri orang yang bekerja atau yang menuntut ilmu,selamat pulang.ketika inilah kepadatan kampung boleh beat KLumpo.jadi ramai-ramai pulang beraya.jangan nak KLumpo sangatlah beraya di bandar.tak de nikmat dunia.