Pages

Isnin, 28 Februari 2011

127 jam

AMARAN keras!filem ini haruslah ditonton untuk orang yang 18 tahun ke atas.TETAPI kalau 18 tahun ke atas,menghidap sakit jantung,anda sama sekali dikecualikan atau dengan kata lain tidak dapat menyaksikan filem ini.

3 Mac 2011 di seluruh pawagam di Malaysia,cerita ini baru nak keluar tetapi dengan pemberitahuan oleh Pensyarah Rekreasi Luar Pintu gua,Encik Mustakim,gua berserta beberapa orang sahabat handai telah menonton ratusan kali cerita ini yang telah lama di tayangkan di US iaitu pada 4 September 2010.itu pun hasil daripada usaha keras menaik turun cerita ini di internet dengan kelajuan sederhana.

127 HOURS.itulah tajuknya.jika anda berasa anda sudah cukup hebat dalam mengembara,saksikan filem ini.bukan berunsur lucah tetapi sedikit ngeri.bimbingan orang dewasa diperlukan bagi kanak-kanak yang berhati kering untuk menonton filem ini.

kempunan lagi

jangan cakap besau.awal-awal lagi gua dah pesan.lu igat Birmingham pasukan cap ayam ke?






nah hambik budak-budak Arsenal kena HINA minit ke 89 oleh brother Obafemi Martins.keputusan penuh Arsengal 1-2 Birmingham.setakat titik Barsilona 2-1 tak payah nak cakap besau la The TakGunes.

p/s: yang ni sumpah kelako!babi betul sokernet,buat gua pecah perut.

hari kelima

yeah kembali lagi menconteng arang di laman tulisan blog saya.kekangan masa sehingga saya terkangkang-kangkang buat saya tidak sempat untuk mencurah sedikit masa menconteng serba sedikit tulisan di sini.secara serius tanpa berkerut dahi dan tanpa gebangan saya rasakan bulan Februari tahun ini merupakan bulan yang paling memenatkan sepanjang tempoh pembelajaran.tugasan,assignment dan acara yang perlu diselesaikan beratur macam orang ramai cuba berasak-asak nak naik KTM kat Mid Valley.

saya ingin selesaikan diari catatan berkaitan Kem Outdoor yang tergendala sehingga hari keempat dan kali ini cerita di hari kelima.hari kelima,macam hari-hari yang lepas.bangun pagi tapi tak mandi dan terus menunaikan solat subuh.selepas menyanyi tiga buah lagu wajib berserta senaman,perut pula mengisi jadual dengan bersarapan.jadual di hari kelima ini memerlukan kumpulan Tasik Cini iaitu kumpulan saya berKAYAK.bukan berkawan dengan orang dayak ye,tetapi menaiki kayak menyusuri Tasik Chenderoh.manakala kumpulan tasik yang lain melakukan:

Tasik Kenyir - Survival
Tasik Bera - Camp Craft
Tasik Temenggor - Jungle Tracking

biasanya kumpulan yang melakukan camp craft adalah kumpulan yang baru sahaja selesai melakukan Survival.ini kerana memandangkan camp craft adalah lebih santai dan tidak menggunakan tenaga yang banyak,jadi peserta yang telah mengerah 110% tenaga mental dan fizikal ketika melakukan Survival boleh berehat seketika.

ok berbalik kepada cerita berkayak.sebelum turun ke dalam air dengan mengayuh kayak,para peserta dan ahli kumpulan Tasik Chini diberikan penerangan tentang kayak.diterangkan nama dan komponen pada kayak,cara mengawal kayak cara nak buat bulatan ketika berkayak dan macam-macam lagi yang saya sendiri lupa.yang saya ingat kayak menggunakan  tangan sebagai elemen yang penting.kalau sesiapa yang bertangan pendek susah la sikit.tak dapat la jeppp!

setelah diterangkan dengan selengkapnya dan makanan tengahari juga telah dijamah,para peserta perlu turun berendam dahulu di dalam tasik.bukan untuk membasuh baju tetapi untuk keyakinan ketika di dalam air.tetapi boleh dikatakan juga ini sesi untuk mandi kerana di kem tersebut bukan senang peserta nak basahkan tubuh dengan air ke seluruh badan atau dengan kata lain MANDI.kahkah.

ok jum berkayak!cakap banyak tak guna.setiap kayak mempunyai dua tempat duduk.jadi satu kayak,dua peserta.ada kayak yang mempunyai satu tempat duduk.kalau dah satu tempat duduk maknanya sorang la yang duduk,tak kan nak duduk lima orang ye dok?peserta memulakan aktiviti berkayak dengan diiringi oleh fasilitator dan pensyarah.macam pensyarah ini





ok ek Cik Mus,curi gambar sikit.lupa bawak kamera la.kahkah

perjalanan kayak para peserta bolehlah dikatakan sejauh 15 kilometer.jangan sangka mudah kerana tiada persefahaman,tiada teknik yang betul,masuk ke Sungai Perak la kome semua.kena kayuh betul-betul dan jangan pula jadi macam saya dan pasangan kayak saya yang menjahit Tasik Chenderoh.apa yang dimaksudkan dengan menjahit tasik?menjahit tasik adalah apabila anda menaiki kayak macam orang mabuk sekejap ke kiri sekjap ke kanan.saya jahit tasik bukan apa,saya takut tasik tu terkoyak,maklumlah hari-hari ada je bot yang lau lalang di kawasan itu.ecececeh.




selain berkayak secara biasa atau normal,ada juga sebahagian peserta yang menaiki kayak jenis  sit on top
melakukan water rafting atau dengan bahasa mudahnya menterbalikkan kayak ke dalam air kemudian naik kembali ke permukaan air.dan semestinya peserta itu bukanlah saya.bukan tak reti tetapi saya menaiki kayak yang jenisnya sit inside.kalau disuruh mencuba sekali lagi saya akan cuba tetapi di dalam air yang berkedalaman sederhana sahaja dan bukan di Tasik Chenderoh.kahkah.
selesai berkayak lebihan kurang menjelang waktu maghrib,penat jangan cerita,kulit terbakar jangan cerita yang penting makanan yang kami perlukan ketika ini.

macam biasa,setiap malam akan adanya post motem atau bedah siasat.siapa yang kena bedah dan apa yang ingin dibedah haaa itu yang kita tak tahu.para peserta perlu menceritakan pengalaman dan ilmu yang diperolehi sepanjang hari tersebut berdasarkan aktivit yang dilakukan kecuali peserta yang melakukan aktiviti Survival kerana pada waktu itu saya yakin mereka tengah mencari kayu api,menjaga unggun api atau tidur sahaja untuk menunggu hari siang.

dalam post motem kali ini,bencana datang.oleh kerana sekumpulan pelajar lupa nama pensyarah yang terlibat,satu batilion peserta diarah supaya memakai PDF pada pukul 2 pagi.kalian ingat lagi tak apa gunanya PDF seperti yang saya ceritakan pada post yang lepas?ye,sudah semestinya aktiviti kali ini melibatkan air.tak kan la bangang sangat nak pakai PDF lepas tu pegi mandi toilet.tak RARE la!pakai PDF,mandilah kat tasik yang seluas mata memandang tu.ye,bukan cerita gebang tetapi cerita betul,pukul 3 pagi kami direndam di dalam air tasik yang di bawah paras beku selama beberapa minit.

bukan niat para pensyarah dan fasi untuk berlaku kejam kepada kami tetapi ini sebagai pengajaran untuk kita supaya lebih menghormati orang yang telah memberi tunjuk ajar kepada kita,jadi tidak salah kita mengingati nama mereka sebagai tanda penghormatan.macam skema dan sedut lemak je ayat saya ni.kahkah.

Khamis, 17 Februari 2011

balas dendam

gua ingatkan kebal sangat pasukan eropah nombor dua gua.rupanya tak sekebal yang disangka.kalah dengan pasukan ayam penyet.terbalaslah dendam kesumat mereka disingkirkan oleh pasukan Barsilona di perlawanan suku akhir Piala Juara-Juara Eropah musim lalu


tapi perlawanan kedua di Nou Camp masih menanti.tak sia-sia gua tak bangun awal pagi tengok Liga Juara-Juara Eropah dengan memakai jersi Barsilona semalam.

tahniah kepada adik Wlshere yang baru lepas SPM hari tu.walaupun keputusan SPM tak berapa elok tapi adik berjaya menguasai bahagian tengah yang dipegang oleh Messi,Xavi dan Iniesta.ternyata bidang adik yang sebenar adalah bola sepak dan bukannya pelajaran

Rabu, 16 Februari 2011

3 mata


3 mata lagi berjaya dikutip dan kekal menjadi pucuk pimpinan di dalam Liga Super setelah empat perlawanan.2-0 sudah cukup untuk merobek hati para pemain skuad warga kota.Go more Kelatam Go more!



antara keputusan penuh perlawanan di lokasi yang lain.edisi menganjing.kahkah

Kuala Lumpur 0 - 2 Kelantan

Sabah 0 - 1 Johor FC

Terengganu 2 - 3 Selangor 

Harimau Muda A 1 - 1 Perlis

Kedah 0 - 0 Perak

N.Sembilan 0 - 1 Felda Utd 

Pahang 1 - 0 T.Team
 
dan sedikit kedudukan penuh hasil curian di blog Penyokong The Red Warriors.terima kasih kek keladi dan harap dihalalkan
# Pasukan P M S K Pts
1 Kelantan 4 3 1 0 10
2 Perak 4 2 2 0 8
3 Harimau Muda A 4 2 1 1 7
4 Selangor 4 2 1 1 7
5 Felda United FC 4 2 1 1 7
6 Pahang 4 2 0 2 6
7 Negeri Sembilan 4 2 0 2 6
8 Terengganu 4 1 2 1 5
9 Kedah 4 1 2 1 5
10 Kuala Lumpur 4 1 2 1 5
11 Sabah 4 1 1 2 4
12 Johor FC 4 1 1 2 4
13  T-Team FC 4 0 1 3 1
14 Perlis 4 0 1 3 1

Selasa, 15 Februari 2011

hari keempat

maka bermulalah hari aktviti sebenar.aktiviti yang sedikit mencabar mental dan fizikal.aktiviti dilakukan berdasarkan pecahan tasik yang telah dilakukan.terdapat 4 tasik bermakna 4 aktiviti akan dilakukan.berdasarkan jadual,aktiviti ini sepatutnya telah bermula pada hari ketiga,akan tetapi ianya telah lari sedikit dari sasaran dan landasan sebenar.hari keempat baru bermula.

Tasik Chini iaitu tasik yang saya sertai melakukan aktiviti Jungle Tracking.jadi haruslah saya menceritakan perihal aktiviti ini tanpa segan silu dan berdolak dalik lagi.aktiviti lain yang dilakukan oleh kumpulan lain tidak dapat saya ceritakan kerana saya berada di satu tempat sahaja dan bukan berada di tempat mereka.antara aktiviti yang dilakukan:

Tasik Bera - Survival
Tasik Temenggor - Camp Craft (lagi?)kahkah
Tasik Kenyir - Kayaking

Semua aktiviti bolehlah dikatakan bermula seawal jam 9 pagi iaitu selepas bersarapan dan melakukan senaman dan menyanyikan 3 buah lagu.ini aktiviti rutin selama seminggu di kem.

Selepas diberi arahan dan taklimat,peserta dari Tasik Chini diminta memakai PFD.agak terkejut kami apabila diberitahu supaya berenang dari tapak perkhemahan sehingga ke jeti sebelah tapak perkhemahan kami yang mempunyai jarak lebih kurang 1 kilometer.disangkakan itu hanyalah gurauan tetapi itulah relaiti yang terpaksa ditempuh.

pertama kali menjejak kaki ke dalam air Tasik Chenderoh yang hijau umpama habitat sang buaya.ditebingnya ianya nampak cetek,jalan je dua tiga langkah bammmmmmm terus terapung.dalamnya jangan dicerita kerana saya tak akan ukur kedalaman yang melampau itu.jika tiada PFD nescaya ramailah yang tenggelam ke dasar tasik.setelah hampir 20 minit berenang sambil diiringi para fasilitator dan penysarah yang menaiki bot,kami sampai di jeti bersebelahan tapak perkhemahan dalam keadaan basah kuyup dan kepenatan.

tapi perjalanan masih jauh tuan-tuan dan puan-puan.kami terpaksa menyusuri kampung yang damai jauh dari hiruk pikuk kota sebelum menaiki bukit yang tersergam indah yang setia tak berganjak di situ.

setelah hampir 15 minit berjalan,kami tiba di kaki bukit.diberi sedikit taklimat oleh para pensyarah dan alumni.disuruh kami menjaga tingkah laku,percakapan,memperbetulkan niat dan sentiasa berhati-hati.memperbetulkan niat adalah penting supaya kita tidak lari dari matlamat sebenar pendakian bukit kali ini.bukan untuk menunjukkan kita hebat,kita kuat tapi untuk menikmati keindahan ciptaan yang maha Esa dan mempelajari ilmu dunia.

setelah merentasi kebun getah,kebun durian milik penduduk,memanjat dan menuruni cerun landai akhirnya kami berada di tengah-tengah perjalanan untuk sampai ke puncak.berhenti seketika di kebun limau.terfikir jugak saya,macam mana ada orang yang boleh tanam limau di ketinggian paras laut yang sebegitu tinggi.larat pulak dia.dengar cerita jugak,si penanam limau itu adalah seorang pak cik tua.itu adalah cerita yang saya dengar dari seorang alumini kepada fasilitator kumpulan saya.memang RARE la pak cik tu.kalau dia sepak saya dengan kaki beruratnya,kalu tak patah kaki saya mesti saya terjatuh mencium tanah.kahkah.

sambil meneguk bekalan air yang diberi,kami juga sempat bergambar dan menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan.pemandangan Tasik Chenderoh dapat dilihat dengan jelas dan kelihatan juga kumpulan Tasik Kenyir baru memulakan aktiviti kayak dengan tersergam PFD berwarna merah di tengah-tengah tasik.



dah hampir sejam setengah menaiki bukit yang mencabar,akhirnya semua peserta selamat sampai dengan penuh kegembiraan tetpi tetap berwaspada kerana perjalanan pulang masih lagi menanti.di puncak bukit,para peserta menikmati segala makanan yang dibekalkan dengan sebaiknya dan dikongsi sama rata dengan kawan-kawan seperjuangan.di sini kita dapat lihat tiada diskriminasi,tiada sikap pentingkan diri sendiri dan tiada sifat tamak dengan memakan sebanyak yang mungkin tanpa menghiraukan kawan-kawan yang lain kahkahkah.

selesai sahaja menikmati makan tengahari di puncak bukit,para peserta memulakan aktiviti menuruni bukit menggunakan laluan yang sama.menuruni bukit bukit mengmbil masa yang lebih sekejap berbanding ketika menaikinya akan tetapi cukup mencabar kerana laluannya menjadi sedikit licin kerana dilalui oleh beratus tapak kaki ketika perjalanan mendaki bukit tersebut.hampir sejam menuruni bukit tersebut,akhirnya kami selamat tiba di kaki bukit dan bergegas ke jeti tempat berkumpul di awal ekspidisi ini.

sekali lagi kami diuji dengan aksi yang agak memnatkan.kami harus berenang lagi pulang ke tapak perkhemahan.penat mendaki belum hilang,tetapi terpaksa berenang pula.macam askar dah saya rasa.kahkah.ketika perjalanan pulang inilah ramai yang kekejangan anggota badan kerana menggunakan sepenuhnya tenaga dan mungkin telah kehabisan garam di dalam tubuh.

tetapi semuanya dapat diharungi dengan selamat walaupun ada diantara kami yang mempunyai masalah dengan keyakinan apabila berada di dalam air.

secara konklusinya,aktiviti ini memerlukan semangat berpasukan yang kuat sebagai contoh membantu rakan sepasukan menuruni dan menaiki bukit.mereka juga perlu mengingatkan antara satu sama lain bahaya yang dihadapi sepanjang perjalanan tersebut.semangat bantu membantu memainkan tunjang yang penting untuk menjayakan aktiviti ini.

hari ketiga

hari ketiga.seperti biasa,bangun seawal jam 5 pagi untuk bersolat subuh secara berjemaah,melakukan senaman,menyanyikan lagu wajib sebanyak 3 buah lagu dan berserapan.

selesainya semua aktiviti di sebelah pagi,aktiviti diteruskan lagi dengan melakukan Camp Craft.menyediakan penempatan yang sehabis baik dan sehabis cantik memandangkan hari kedua kekangan waktu menjadi masalah utama.ini bermakna  aktiviti seperti Survival,Jungke Tracking dan Kayaking masih belum bermula.

agak ringkas aktiviti di hari ketiga tetapi cukup memenatkan dan tidak nampak untuk dihuraika dengan tulisan di blog ini.

di sebelah malam,setelah selesai bersolat jemaah Maghrib dan Isyak,para peserta yang telah dibahagikan kepada kumpulan kecil diminta untuk mengikut para fasilitator untuk aktiviti penyerahan.penyerahan apa?haa itu yang kita tak tahu.

aktiviti penyerahan yang dimaksudkan adalah penyerahan bahan terlarang.maksud saya semua bahan yang tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan kem.ya,SEMUA!telefon bimbit,pemetik api,rokok sudah semestinya,pewangi mahupun deodorant.

bab pewangi itu kurang diterima logik akal kan?tapi ada sebab dan musababnya kenapa dilarang membawa pewangi.dengan itu saya berbesar hati dan konon-kononnya seperti seorang yang pakar menjelaskan pewangi tidak dibenarkan kerana kita berkhemah di dalam hutan dan bukannya di dalam hotel.jadi pewangi boleh menarik perhatian,pandangan dan deria binatang-binatang.nak ke kome dilapah dek harimau?

selesai aktiviti penyerahan,semua pelajar dibenarkan berehat dan kumpulan yang terlibat dengan aktiviti kawalan tapak perkhemahan tetap bersengkang mata melakukannya.satu tanggungjawab yang besar.

esoknya,bermula segalanya aktiviti menggelapkan kulit.teruskan!

Isnin, 14 Februari 2011

Maulidur Rasul

tak perlu tidur awal kerana esok kelas tak penuh dan hanya bermula pada petang hari.lusa cuti lagi.
cuti apa?haa itu yang kita tak tahu.

lusa cuti sempena keputeraan Rasulallah.hari isnin iaitu hari ini bersamaan tanggal 14 Februari pula merupakan hari kekasih.mengapa tak cuti?sedangkan kita tahu berjuta-juta pasangan kekasih yang ada di atas muka bumi ini.

jawapannya hari kekasih tidak diberi cuti kerana kita tak perlu dan tak payah nak sambut perayaan yang membawa kepada lahirnya anak luar nikah itu.tak paham-paham lagi ke pentol?dan kenapa cuti pada esok hari?jawapannya kita kena sambut Maulidur Rasul.kita KENA!

ini bukan lirik lagu,ini nyanyian pujian ke atas junjungan besar Muhammad S.A.W.kalau ada sesiapa yang tak kenal,jumpa gua.nak lempang sikit.

Ahad, 13 Februari 2011

Wayne Rooney

tak sanggup gua nak masukkan jaringan akrobatik si pemilik nama Wayne Rooney.tak layak gol yang secantik itu mengisi di dalam blog cikai gua.

setelah sekian lama gua mengutuk ketandusan brader yang berbadan gempal ini menjaringkan gol,semalam dia telah menutup mulut gua dan para sekalian pengkritiknya.satu gulungan seperti Futra Abdul Ghani,killer pasukan sepak takraw Malaysia memberi 3 mata penuh kepada Red Devil

pesta

senyuman terukir,sujud syukur,laungan Allah Maha Besar apabila sekutu kafir meletak jawatan dan penggulingan kerajaan berjaya.ini suara rakyat!

Hosni Zionis Mubarak

tu la,hang memerintah macam Firaun.bunuh penentang hang yang kebanyakan dari pergerakan Islam.pemimpin 'kuku besi'!

Khamis, 10 Februari 2011

hari kedua

selepas menyanyikan lagu negaraku dengan penuh semangat patrotisme dan mengantuk,pelajar bersarapan bersama para pensyarah dan fasilitator.kali ini,barulah para pelajar dapat melihat dengan jelas wajah rakan sekumpulan,fasi yang lawa,budak yang badan tegap,awek yang comel dan sebagainya sebab semalam sampai hari sudah malam dan hanya diterangi lampu berwarna oren.ecececeh.

selepas bersarapan,semua rombongan pelajar bertolak ke Tasik Chenderoh dengan menaiki bas yang disediakan oleh pihak kolej mahupun pihak UiTM.perjalanan yang mengambil masa selama lebih kurang 5 jam cukup untuk membuatkan pelajar terlena sekian lamanya.pelajar menaiki bas berdasarkan kumpulan gunung yang telah diberi.

sesampainya di sana dengan ditemani air hujan,pelajar sudah memulakan aktiviti lasak.berjalan kaki sejauh lebih kurang 3km untuk menuju ke tapak perkhemahan.kalau jalan lurus pelajar tak bising penat dan dahaga tetapi jalannya cukup mencabar dengan curam dan kadang-kadang seperti medaki bukit.

sesampainya di tapak perkhemahan,pelajar telah dibahagikan tugas dengan cepat kerana ingin mengejar waktu yang terus berjalan tanpa mempedulikan alam sekitar dan penduduk Bumi.antara tugas yang diberi adalah membersihkan khemah dapur,membuat longkang untuk saliran air,membuat khemah untuk dijadikan habitat selama seminggu,membuat pendawaian lampu dan sebagainya.air hujan yang turun tak hengat memberikan lagi kekuyupan dan kesejukan kepada para peserta dan fasilitator.

sebelah malamnya,selepas bersolat jemaah dan makan malam,majlis percakapan akhir dilakukan ataupun 'post motem'.pada hari pertama,tiada apa yang nak di 'post motem' kan cuma setiap pelajar diberi penerangan tentang aktiviti yang akan dilakukan sepanjang berada di tapak perkhemahan.

bab makan paling gempak kerana semua tanpa mengira pangkat atau darjat terpaksa berkongsi makanan dan makan di dalam dulang setiap hari.pandai-pandailah nak hidup.nak makan banyak tanpa mempedulikan kawan sekumpulan ataupun nak makan ala kadar dan berkongsi sama rata.perut anda,anda fikir sendiri.

pelajar juga tidak dibenarkan merokok!ya!DILARANG MEROKOK.
gempak atau tidak,percaya atu tidak tapi itulah hakikatnya apabila saya betul-betul tidak menyentuh rokok walaupun sebatang sepanjang seminggu tarikh perkhemahan berlangsung.ini cerita benar.hanya yang maha Esa dan saya sahaja yang tahu.konklusinya,kita mampu mengawal tabiat merokok.semua atas kemahuan sendiri tanpa perlu membeli ubat berhenti merokok Nikotin yang agak mahal.ecececeh ALASAN.

ok lupakan pasal merokok,berbalik kepada aktiviti yang akan dijalankan.dan hampir terlupa,setiap pelajar harus sentiasa memakai topi,wisel dan tanda nama setiap masa kecuali untuk ke jamban mahupun ketika bersembahyang.kalau sembahyang pakai topi,tak teragak-agak kamu akan dipanggil Yahudi Nasrani.antara aktiviti yang akan dilakukan adalah seperti

1. CAMP CRAFT
mencantikkan kawasan sekitar perkhemahan.termasuklah mendirikan khemah,membuat saliran longkang,membina alatan mengikut kreativiti dan arahan fasilitator dengan menggunakan buluh,kayu dan tali.

2. JUNGLE TRACKING
merentasi hutan atau meneroka hutan.aktiviti ini memerlukan para peserta mendaki bukit,melalui liku perjalanan yang mencabar dan berenang.kenapa berenang?haaa itu yang kita tak tahu.untuk mendaki bukit,para pelajar haruslah pergi ke jeti bersebelahan tapak perkhemahan.jeti tersebut berada sajauh lebih kurang 1km dari tapak perkhemahan.untuk ke sana,para peserta haruslah berenang tetapi dilengkapi Personal Floating Devices (PFD)

3. KAYAK
setiap kayak membawa DUA orang peserta.mereka akan berkayak mengelilingi pulau yang ada di Tasik Chenderoh.jangan nak santai sangat sebab,sakit pinggang la yob.

4. SURVIVAL
aktiviti yang paling mencabar.survival atau dalam bahasa melayunya ikhtiar hidup.memang betul-betul ikhtiar.para pserta yang telah dibahagikan kepada gunung dibahgaikan lagi kepada DUA kumpulan.jadi setiap gunung ada kumpulan A dan B.aktiviti ini ingin menguji kekuatan mental dan semangat berpasukan dengan mereka dibiarkan di dalam hutan selama 24 jam dengan hanya berbekalkan sebotol air tasik,sebotol air minuman,sedikit beras,tiga batang mancis,sebiji telur dan beberapa gram tepung.

p/s: setiap aktiviti dipantau oleh tenaga kerja dan fasilitator yang berpengalaman,dilengkapi dengan paramedik dan setiap aktiviti melibatkan air memerlukan pelajar memakai PFD untuk keselamatan.JANGAN MENCUBA DI RUMAH.ecececeh

hari pertama

Jumaat,tepat jam 4 petang,rombongan pelajar berlepas dengan bas yang disediakan kolej untuk berkumpul di UiTM Shah Alam.lewat sejam dari jangkaan masa bertolak.perjalanan yang mengambil masa selama 6 jam di hari yang sejuk dek kerana hujan membuatkan perjalanan agak lambat.

lebihan kurang jam 9 malam,kami tiba di UiTM Shah Alam untuk berkumpul bersama dengan pelajar jurusan Sains Sukan dan Rekreasi (SR113) yang lain dari Shah Alam,Jengka dan Instedt.selepas berkenalan dengan para pensyarah dan fasilitator,pelajar dibahagikan kepada kumpulan kecil.

dibahagikan kepada EMPAT kumpulan besar iaitu Tasik Bera,Tasik Temenggor,Tasik Kenyir dan Tasik Chini.kemudian pecahan tasik tersebut akan dipecahkan lagi kepada beberapa kumpulan kecil.setiap tasik dipecahkan kepada LIMA gunung.jadi bermakna,terdapat 20 gunung yang ahlinya terdiri daripada 11 hingga 12 orang pelajar.pecahan kumpulan besar dan kecil ini untuk memastikan kelancaran program dan aktiviti dapat diselaras dengan baik.almaklumlah 225 anak orang yang menyertai perkhemahan ini,jadi kenalah jaga dengan baik.satu tugas yang bukan senang ye tuan-tuan dan puan-puan.

selepas sesi suai kenal bersama ahli kumpulan,pelajar dibenarkan berehat di sekitar perkarangan asrama Sri Kenanga iaitu salah satu asarama pelajar yang terdapat di UiTM Shah Alam.

berada di barisan hadapan merupakan para pensyarah dan orang besar yang bertanggungjawab memainkan peranan yang berat untuk memastikan kejayaan perkhemahan pada kali ini.yang belakang itu hanyalah 'interfrem'.kahkah.
yang pak cik tengah tu adalah Dekan kepada Fakulti Sains Sukan.tabik tuan!


ini pula merupakan mata dan telinga kepada para pensyarah,mereka jugalah yang menjadi mangsa cemuhan segelintir pelajar apabila diuji dan diasak dengan perang psikologi baik dari segi perbuatan mahupun percakapan.merekalah fasilitator gladiator!tabik cik!

lain dari dulu


banyak berubah.serius duarius dan berius-rius.itulah yang gua dan seantero pelusuk manusia yang menonton perlawanan persahabatan bola sepak antara Malaysia melawan Hong Kong tadi.berubah dari segi apa?haa itu yang kita tak tahu.sungguh berbeza gaya mereka.bukan main laju,rajin.tak tahulah kalu semua pemain Malaysia makan biskut Tiger tadi.lari tak hengat punya tanpa kenal perkataan 'letih'.2-0 boleh dibangga.tahniah Harimau Malaya!

Rabu, 9 Februari 2011

cinta sejati

aisemeen solo lagi ni hidup gua.tak guna hisap rokok kat kedai mamak kalau tak ada awek.ecececeh.tertarik pulak gua dengan madah cintun dari seorang budak di dalam muka buku.bukan gua sudah jatuh hati hatta bukan juga gua tertarik dengan budak itu tetapi gua hanya tertarik dengan frasa penjajah yang dia gunakan.

In a relationship I only want three things; eyes that won't cry, lips that won't lie & love that won't die


gua tak jumpa lagi ni siapa yang nak jadi menantu ibunda gua.masa yang tepat dan paling ngam gua harus mencari menantu untuk ibunda gua bila gua dah jadi Penganalisis Sukan ataupun Pembaca Berita Sukan kat stesen televisyen macam Abu Bakar Atan,kereta sekurangnya ada yang berhawa dingin,rumah yang cukup ada bilik tidur dan bilik mandi.ecececeh.
 

Selasa, 8 Februari 2011

gantung kasut

dah tiba masanya gua mengantung kasut bola sepak di padang tiruan ataupun di padang asli.rembat kencang tak guna kalau kaki tempang.jalan pun hanya guna kaki sebelah kanan,kaki sebelah kiri hanya diseret ke tanah.gua masih sayang kaki gua.gua masih nak guna kaki gua untuk bercucuk tanam di hari tua.gua masih mahu guna kaki gua untuk menerajang peragut-peragut yang ditangkap.jadi gua rasa patutlah gua berehat semahunya.

gua tak tahulah gua kena Anterior Cruciate Ligament,ACL ke BSKL ke atau KL Lumpur.mahu lipat kaki sujud sembahyang tahjud tiap-tiap malam pun susah.ecececeh.sayangi anggota tubuh badan anda.

ulangan

siaran ulangan tayang gol Piala kedua dibawa pulang pasukan Pahlawan Merah ke Tanah Cik Siti Wan Kembang.ketika saat ini,gua sudah berada di tapak perkhemahan Tasik Chenderoh,Lenggong,Perak Darul Ridzuan.alangkah bagus dan bagusssssssssss jika gua berada di Stadium Shah Alam atau bersila di depan kaca televisyen.

angkat ibu jari!



Isnin, 7 Februari 2011

Revolusi Jasmine

sebelum gua melangkah keluar rumah untuk merembat bola di atas rumput tiruan,tergerak hati gua untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku di Mesir tanah Arab yang melahirkan ramai ilmuwan Islam dan kedoktoran.ribuan anan Malaysia berhijrah ke sana untuk mengutip seberapa banyak ilmu yang ada termasuklah beberapa orang sahabat taulan gua.

apa Revolusi Jasmine?pada mulanya gua tahu Jasmine adalah sekuntum bunga.bunga.membayangkan kelembutan.tapi kali ini,bunga itu dipenuhi duri macam kaktus.pergolakan,rusuhan.ada sebab musabab kenapa terjadinya rusuhan tersebut.REVOLUSI JASMINE  merebak ke MESIR dan YEMEN.



bermula dengan ideologi pemimpin Tunisia,rusuhan ini merebak ke Mesir dan Yemen.kenapa berlaku rusuhan ini?hah ini yang kita tak tahu.ok gurau sedikit.gua tahu sebenarnya.tapi bukan secara menyeluruh.hanya tahu ringkasan dan bingkisan sahaja.apa yang dapat dirumuskan,rakyat di tanah arab telah mula bersuara.mereka tidak mahu berdiam diri lagi.tidak mahu hanya mulut ternganga sehingga masuk tahi cicak sementara diktator melakukan tugas mentadbir negara dengan ada kekurangan.

kini rakyat di Tanah Arab telah merasakan apa yang dilakukan oleh kerajaan mereka adalh salah.seperti Mesir,mereka nama,bangsa sahaja arab,bangsa keturunan Kekasih Allah,tetapi mereka juga kekasih kuat kepada Amerika dan Israel Laknatullah.mereka bersekongkol.dan Mesir juga membuat urusan jual beli sumber gas dengan Israel si penjajah zalim.

dah tahu orang tu selalu tindas Islam macam kat Palestin,tak payah la kome nak berurusan.tolak tepi keuntungan,fikirkan Islam.senang bercakap kan?tapi itulah pandangan seorang yang bernama ummat Islam.mestilah gua nak menangkan agama gua dan saudara Islam gua.lu ingat gua gila ke nak sokong saudara mara Freemason ni?

konklusinya,ummat Islam telah bersuara.cukuplah ditindas oleh orang kafir.berkaitan keselamatan rakyat Malaysia yang berada di bumi Anbia itu,diharapkan semua dalam keadaan selamat walaupun ada desas desus ada segelintir menjadi mangsa rompakan dan kecurian.tetapi gua percaya yang buat keje tu,mesti geng-geng mat pet Mesir.jangan salahkan perusuh yang ingin menegakkan kebenaran dan menggulingkan kerajaan sekutu kafir sebab

Syaikh al-Qaradhawi menganggap rakyat Mesir yang berdemonstrasi menuntut Husni Mubarak berundur sbg ‘ahrar’, iaitu orang-orang yang berjiwa merdeka dan menyifatkan demonstrasi itu sebagai ‘kebangkitan yg diberkati rakyat Mesir’. Ini bermakna, demonstrasi tersebut tidak bercanggah dengan syarak pada pandangan al-Syaikh al-Imam al-Qaradhawi.

dititik

perlawanan pertama selepas berpindah bagi Nik Torres adalah menentang kelab lama beliau.belot punya belot terus kena kitai dengan kelab lama.tu la,sape suruh nak belot.nak belot,hang pi la main kelab jauh sikit.main dengan budak-budak Ferguson ke.



main-main dengan anak buah The Beatles,kan dah kena.kini,Liverpool tidak berjalan keseorangan lagi.itulah hakikatnya Liverpool 1-0 Chelsea.Liverpool membuktikan mereka boleh hidup berdikari tanpa kehadiran Nik Torres.terima kasih.persaingan semakin rancak dengan kebangkitan kelab lain selain Manchester United yang senantiasa bangkit.

Ahad, 6 Februari 2011

lebur

puas gua melantak burger sedap mcD yang berkuantiti sebanyak 2 biji hasil duit pemindahan akaun dari ayahanda gua,gua terpandang seorang sahabat handai memakan bubur ayam mcD.walaupun banyak burger,kentang goreng yang tersedia di atas meja tanda semua sahabat ingin membalas dendam dengan pemakanan yang tidak memuaskan hati di perkhemahan seminggu,entah mengapa bubur itu juga yang gua tatap dengan durasi masa yang agak lama.bukan terliur mahupun mahu mencilok sesuap dua bubur itu,tapi ada simboliknya bubur itu.

***

pukul 11 malam,cuba melelapkan mata dan memberi sedikit rehat kepada tubuh badan yang berkerja seminggu lamanya tapi persoalan tentang kenapa gua tertarik dengan bubur itu masih bermain di fikiran.pukul 6 pagi,buka mata tengok keputusan terkini dan terbaru.

rupanya ini jawapan kepada bubur mcD tersebut.nasi telah menjadi bubur,pasukan kerdil telah meranapkan rekod tanpa kalah anak didik Encik Abdul Ferguson dengan kiraan gol 2-1.watehel!tapi nasib baiklah sang juara masih di atas.ececececeh.jangan bermimpi sangat untuk memintas pasukan handalan gua ini.rekod tanpa kalah bukan penentu kepada kedudukan di dalam liga England tersebut.sekurangnya pasukan gua ini masih memegang rekod paling sedikit mengalami kekalahan.

p/s: Nik Ahmad Torres masuk Chelshit?maka di situlah tamatnya riwayat kerjaya cemerlang bintang Sepanyol itu.dan Liverpol yang 'selalu berjalan bersendirian' tak nak kalah bawak masuk Tengku Carrol dan si telinga cacat Mohd Suarez.bala bala

bebas

seminggu yang penjang bagi gua.gua dah macam soljar sekarang ni.badan dah keras macam batu,kalu beca kat Melaka langgar gua dengan kadar kelajuan 30km/j pun gua tak akan rasa apa-apa.sekarang,gua dah bebas dari kem tahanan rekreasi luar pintu.bebas dari segala aspek rohani dan jasmani.naik je bus kolej gua yang mempunyai kesejukan penghawa dingin yang boleh menghilangkan deria saraf kulit gua,terus gua dengar lagu BEBAS dari kugiran JariMentega.tapi lagu tema yang paling gua nak tujukan kepada diri gua sendiri adalah lagu MERDEKA dari kugiran yang sama.Merdeka!Merdeka pekik,bisik hati kecil gua selepas selesai berpeluk,bersalam mesra dengan rakan baharu,pensyarah dan pembimbing rakan sebaya ecececeh.


seminggu tidak menyiram air keseluruh badan,cukup dengan hanya menyapu air ke badan dan kepala unuk menyejukkan tubuh,seminggu tanpa sedutan maut nikotin dan tar,seminggu tidak bersila di depan televisyen berwarna setiap jam 8 malam untuk menjadi katak di luar tempurung,seminggu tanpa bahan bacaan yang diberi nama akhbar,seinggu tidak berMUKA BUKU,seminggu juga tanpa rangkaian perhubungan dengan dunia luar yang selalu melekat di tangan mahupun di dalam poket seluar gua.

tapi seminggu juga berjemur dan bermandi peluh,seminggu bersenaman dan menyanyikan lagu negaraku di pagi hari (benda yang gua tak bermimpi nak bangun nyanyi negaraku setiap pagi,yang gua selalu buat gua baca doa bangun tidur.ececece),seminggu juga gua dengar intonasi marah dan kelantangan suara mengira no 1 hingga 10.cukup sampai disitu!tapi gua nak tegaskan,gigi gua masih diberus walaupun tak mandi ok?ditegaskan MASIH BERUS!

sebab itulah gua terputus hubungan dengan dunia luar,tanpa gua tahu siapa yang menang PRK Dun Tenang walaupun dalam hati gua,gua dah jangka Parti Antagonis akan menang dengan taktik busuk mereka dan kroni mereka.
gua juga tak tahu apa dah jadi dengan Mesir yang bergolak semahu-mahunya sehingga gua masih bertanya-tanya punca sebenar pegolakan.itu juga gua tak jangka.
yang satu lagi gua tak jangka adalah kemenangan pasukan negeri gua merangkul Piala Sumbangsih buat kali pertama dan kali ini,dendam pasukan Gergasi Merah Kuning masih belum berbalas.gua tak pegi stadium pun boleh menang ye Kelate!aisemeeen!(bertungkus lumus gua mencari jawapan dan keputusan perlawanan ini masa kat dalam hutan,akhirnya ada juga pembimbing rakan sebaya yang memberi jawapan.
tapi jawapan yang gua dapat tahu masa di dalam bas untuk keluar dari hutan adalah kemenangan Jepun ke atas Australia pada perlawanan akhir Piala AFC.

tengok!bukan main banyak lagi cerita yang gua ketinggalan.gampang dan tempang hidup gua seketika.gua kena belajar lebih masa sedikit ni untuk baca semula akhbar yang telah keluar selama seminggu lamanya.gua mana boleh kalah kalau orang cakap tentang isu semasa ni.ecececeh