Pages

Jumaat, 3 Jun 2011

halal atau haram

setahun atau bertahun-tahun yang lepas,kemasukan minuman Malt dari tanah suci arab begitu menarik hati golonagn muda atau tua bangka.dengan sebotol Malt,sebalang shisha,tak ubah gayanya seperti di tanah suci arab.di kedai runcit mahupun di kedai serbanika minuman ini senang di dapati dan diminum tanpa segan silu kerana ianya jelas terpampang logo halal dengan dipenuhi segenap ruang dengan tulisan arab.

hari ini,gempar setelah didedahkan minuman yang dikenali sebagai Malt Arab mempunyai kandungan alkohol sebanyak 0.5% walhal dari segi syarak kandungan alkohol yang dibenarkan hanyalah 0.01%.maka terus ditukar nama kepada Bir Halal.kalau dah bir,tak de nak halalnya jepppp.walaupun di dada botol jelas terpampang perkataan 'Bebas Alkohol'.




laporan dari sebuah akhbar tabloid yang dipetik dari sidang akhbar pengusaha minuman tersebut keras menyatakan bahawa minuman tersebut halal dan minuman tersebut dijual di merata tempat di Tanah Suci Mekah termasuk di Masjidil Haram.

keliru bukan?maka jika keliru,ragu-ragu maka ianya dipanggil Syubhah.perkara yang Syubhah haruslah dijauhi.itu hukum.penggemar minuman Malt ini harus menerima dengan hati terbuka setelah pendedahan dibuat bahawa minuman ini TIDAK HALAL.korbankan kesedapan minuman tersebut demi negeri akhirat.

Tiada ulasan: