Pages

Khamis, 15 Julai 2010

tikam depan

biasa kita dengar kena tikam belakang.tapi gua kena tikam depan.tapi sebenarnya bukan tikam mungkin gua akan ubah perkataan tikam kepada hempuk.

sedang gua ingin menyembah yang Esa pada kadar waktu 8 malam gua telah dihempuk dengan pintu.cilakak!pernah korang dengar kena hempuk ngan pintu?omel si bustard.sengaja gua announce nama dia biar dia menjadi wanted seantero dunia.dah rakaat ke3 der.watefak dia dah batalkan solat gua.tengah gua sujud dibukanya pintu bilik sekuat hati dengan berfikiran tak matang bahawa tiada orang di sebalik pintu.lahabau tu tak tahu ada hamba Allah yang sedang bersujud maka batallah solat gua dengan diiringi gelak tawa ibarat kanak-kanak riang bermain bunga api dan hasilnya kepala gua dah macam Thierry Henry membengkak

paul si sotong

sotong bukan sebarang sotong.jikan sotong yang patah-patah yang melawan takdir yang sudah ditetapkan oleh Ilahi memang tak ada guna.tapi bagi 1 sotong ni ia memang berguna.apa benda setiap ramalan dia betul.lahanat!sape lagi kalau bukan si sotong Paul yang berasal dari England tapi sekarang menetap kat German.

binatang ni bukan sahaja membuat ramalan dengan betul tapi ia jugak membantu penjudi di seantero dunia untuk menang judi.watefak.patunya kerjaan Malaysia beli sotong ni memandangkan kerajaan meng'halal'kan judi di musim WC.bagi team dan peminat yang kalah tak usahlah nak salahkan si sotong tu.itu hanyalah ramalan.mungkin nasib dia yang baik untuk sebulan ni.jika undurkan masa untuk sebulan yang lepas dan bawak sotong tu pegi judi kat Genting mesti dah gempar 1 dunia haiwan pertama yang menang besar judi.bezanya cuma ia menggunakan 'nasib baik' itu dengan meramal pemenang setiap perlawanan WC.

ibarat puasa

ibarat puasa.itulah situasi ketika world cup.berlalulah sudah world cup.sebulan tido lewat malam.juara sudah semua orang tahu.bukan Brazil,bukan Argentina dan bukan juga Malaysia.gua minat peminat Spain tapi gua taknak announce team mane juara.banayk pejabat,kolej mahupun sekolah mengadakan cuti peristiwa sempena tamatnya WC dengan menangnya sang juara baru dari benua eropah.jumpa lagi 4 tahun akan datang di Brazil.

ok,gua nak cerita saat yang paling kemuncak atau klimaks.kalau bulan puasa bagi gua saat klimak adalah ketika lepas je buka puasa last day ataupun malam raya.semua busy buat persiapan nak raya,pegi kesana kemari meninjau rumah saudara agar tidak kalah dalam perubatan takhta rumah sape yang lagi lawa.jalan raya lak sibuk ibarat highway karak.ada yang keluar meronda dan melepak,ada jugak yang baru sampai dari bandar metropolitan,ada jugak yang jalan-jalan lepak ngan kawan atau lawan setelah setahun lamanya tak jumpa.

WC situasinya sama.cuma bezanya kita tak perlulah puasa.masuk je malam perlawanan akhir,masing-masing dah sibuk keluar dari kepompong samada rumah atau tempat kerja untuk mencari port menonton game tersebut.ada jugak individu yang tak sibuk tapi berlagak macam sibuk kesana kemari meninjau kubu pihak lawan sambil menganjing satu sama lain.

malam WC ataupun malam raya,moment yang gempak dan dasyat.gua rasa macam nak stopkan masa untuk moment itu berlangsung sampai gua tak larat.bila masa tu dah blah lambat la plak boleh jumpa.kalau malam raya kena tunggu lagi setahun,kalau WC 4 tahun lagilah maknanya

Jumaat, 2 Julai 2010

peterPORN

kecoh 1 nusantara pasal lelaki depan band Peterpan.tapi semenjak bermenjak ni dia dah dipanggil peterporn.disaat gua buka email gua,ada makhluk halus anta gambar budak Ariel dan aweknya merangkap bekas awek gua Luna.benda ni 18sx.harus ada bimbingan orang dewasa.nah hambek!

musim bola

tak de ulasan bola.ta de kutukan untuk pasukan yang gua tak suka.tak de pape.cuma nak habaq,piala dunia da semakin nak tamat.dikala gua tengah bernukilan pada waktu ini,WC telah berada pada tahap Suku Akhir dimana ada 4 game.Belanda vs Brazil.Uruguay vs Ghana.Jerman vs Argentina.Spain vs Paraguay.

sengaja gua tak menaip ulasan bola di musim WC ni.apa kejadahnya lagi mahu mengarang sedangkan akhbar-akhbar termasuk Akhbar Shaari sibuk mengulas isu bola 24 jam,7 hari seminggu selama sebulan.dari isu bola Lampard yang dah masuk tapi saje nak berguarau keluar balik hingga ke isu Mr.Casilass yang dikacau aweknya ketika sedang bertonggeng untuk mencuba menyelamatkan pintu golnya dari dibolosi.nak-nak pulak awek dia yang HOT tu sentiasa ada dibelakang gol Casilass dengan alasan untuk membuat liputan.ok cukup gua da macam Azwan Ali dah ni.amboi-amboi.damn it!

senang cerita musim WC memang betul-betul happening abis.kejam sungguh peminat bola sepak yang senantiasa memenuhi kedai menonton bola,mengoder beratus gelas air tapi membayar hanya setengah dari bilangan gelas air yang dioder.cilakak!dari yang kecik hingga ke yang bercicit sanggup bangun awal pagi bukan untuk bersahur tapi untuk menonton bola.benda 4 tahun sekali.tak kesah kalau kenapa beleter dengan ibu,isteri untuk masa sebulan.ketika ini juga dapat kita lihat sifat hipokrit para manusia yang tak minat bola,menjadi pelakon yang memegang watak sebagai Die Hard Fan Football.aiseiimann.ni mesti takut orang tanya keputusan bola.takpelah.sekali sekala jadi badut apa salahnya

panas sejuk tahi ayam

ibarat panas sejuk tahi ayam.itulah gua.sory da lama xupdate bolog.kekangan masa dan kemalasan diri sendiri.itu khilaf gua.gua dah mula fasa perubahan dalam hidup gua.tempat baru,kawan baru,suasana baru.janggal itu perkara biasa tapi harapan ia dapat diatasi dan dibawahi.

tak banyak gua nak cerita.kalau cerita,menitis air mata,hancur binasa,rosak frasa kata.nak pegi memberi nafkah perut,nak pegi menuntut ilmu mengambil masa dan memerlukan langkah yang banyak sebelum hajat tersebut dapat gua kecapi.dalam perkataan singkatnya JAUH.ini ibarat orang asli nak keluar ke bandar.

hal ini sedikit sebanyak membantut usaha gua unutuk bangun dari zaman kejatuhan.gua akan try jadi kuat macam badang.gua cuba!sory kepada si Capik yang selalu gua susahkan untuk menjemput dan menghantar gua walaupun sepanas cahaya matahari di atas kepala,walaupun sesejuk pagi pukul 6 ibarat di antartika.gua berjanji akan gua rekemenkan seorang awek untuk lu.