Pages

Khamis, 25 Ogos 2011

Gua Musang dan Pasir Puteh


sekut raya bau dohni di hidung masing-masing.buleh bayang doh gano suasana pakat main bedil malam raya,dengan dengar ore takbir di sejid gapo.tapi bukan semo balik malam raya dih?aci gapo balik 4,5,60,70 ari sebelum raya.tok RARE la balik lambat-lambat.xsoh nak Amerika sangatlah balik lambat.abis musim doh amerika.

tapi amerika dok amerika,kalu di amerika pun accident mati jugak,soh ko di malaysia.tadi berito ada oyak statistik jalan maut di Malaysia sempena musim ore raya tupat ni.salah satunyo di KUALA LIPIS-MERAPOH-GUA MUSANG.mitok tulong lajok lah saing-saing,anak beranok bawak keto,bawok muto molek.jangan duk laju.naik 120 sudoh.haha.ok gura bodo jah tu.ni hok sengoti.JANGAN BAWAK LAJU.xlari eh umah kito di kampung.tera mikir,kito nk ore kampung sambut kito nga kompang ko or nga bacaan Yaasin?jangan loghat deh.sabar!tapi hok sebenarnya jalan mano-mano pun bahaya.asal ko nama jalanraya jah,meme bahaya la.

hok mano naik bus,pese etek ko drebar bus jangan bawok bus laju-laju.hok mano ayoh,abe,anak beranok hok ada drebar bus,pakat hello laluh.pese biar nanoh telingo dio.suruh berhati-hati di jalan raya.tahulah demo bowok bus besar,tapi jange duk MESENG sangat.nyaknyo ore hok bowok keto nate hok kecik2..supo keto kancil.tok kiro la kancil convert TURBO pun.de tepuh hacur po tulo.kalu brutuk lajok drebar bus ngatuk,gi la wat neme dio bual.go head la bual gapo pun asalkan hilang ngatuk dio.nok suruh segar lagi ajak sore duo adik-adik manis gi duk sebelah dio.tak po lah tahan la untuk kali ni jah.asalkan selamat sapa kampung masing-masing.tapi JANGAN buat maksiat pulok.koho berat nanang jadinyo.

untuk ore kampung dan kerajaan negeri buleh doh la pasang kain retang besar sikit di sempadan negeri,GUA MUSANG dan PASIR PUTEH.hok mano balik kot Merapoh,tubik di Gua Musang,hok mano lalu kot Ganu tubik di Pasir Puteh.tapi kalu de masuk jah sempadan negeri,jangn duk lonjok pulok..gamak ko di Kelate tok leh accident.po kaweo oyak tadi ah.bowok slow jah..xpo lambat,asal sapa.INGAT anok bini,ore tuo di umoh etek.

po kawe kato tadi lah,sekut raya bau doh ni kot bira idung.SELAMAT HARI RAYA lah belako-lako.maaf zahir batin.bedil nak main buleh,tapi pekong derah-derah jangan duk main niti kot bira tangan.

nota kaki : Gua Musang dan pasir Puteh sempadan bagi negeri Kelantan dengan negeri Pahang dan Terengganu

Isnin, 22 Ogos 2011

balik berpuasa part 2

memandangkan bas slow macam siput babi,gua sudah mula menyesal gosok gigi sebelum naik bas.
kalau tak gosok gigi,boleh la gua buat daging yang melekat celah gigi sebagai juadah sahur atas bas.

macam perlumbaan Racing Car Merdeka di Sepang,sampai je separuh perjalanan,tukar pemandu.sama macam bas.driver kedua macam superhero.naik bas macam pelesit.

nota kaki : pukul 5 makan sahur dengan keluarga,selamber!

Jumaat, 19 Ogos 2011

balik berpuasa part 1

cerita 2 minggu lepas.nak cerita jugak moga mendapat pengajaran.
pilih bas yang betul,cepat dan selamat

*****************************************

sudah menjadi kezaliman dan keinginan setiap anak perantau untuk menjalani ibadah puasa di awal bulan Ramadhan bersama keluarga di kampung halaman.
gua melangkah gagah dengan saki baki tenaga yang gua dapat dari karbohidrat roti yang gua telan semasa sahur ke terminal bas.niat di hati gua nak balik tengahari,lepas naik bas 6 jam,paling bangsat pun gua akan sampai di kampung lebih kurang tok bilal tengah pegang mikrofon nak laung azan Maghrib.

apakan daya,bukan gua sorang nak balik berpuasa di kampung ye dok?maka habislah tiket.yang ada cuma tiket sebelah malam.
"tiket ke Kota Bharu ada pukul 11 malam jah adik,nak ko dok ni?",kata akak penjual tiket bas.
selepas berkira-kira,dari tak balik langsung,baik balik je.
"ok,boleh",jawab gua pendek sambil tengok suasana terminal dengan orang ramai yang ke hulur ke hilir dari satu kaunter ke kaunter yang lain cari tiket bas.macam orang tak puasa.tak reti penat.

***************************************

11 malam,naik bas yang agak sederhana baru,aircond ada.chantek bisik hati gua.sedar-seddar mesti dah masuk sempadan negeri ni.
5 minit je perjalanan bas,gua dah memaki!

nota kaki : kalau naik macam siput khinzir,volkswagen kuning dekat Karak boleh potong berpuluh kali dengan hanya tekan separuh pedal minyak.nak masuk gear bas tak reti.pesen lesen memandu bas masih P.cilake!

Selasa, 16 Ogos 2011

pakai inai bagi abang-abang

ni cerita brader-brader je.yang rasa tak sampai seru nak naik jinjang pelamain main jauh sikit.usya dari jauh sudah.

memandangkan raya nak dekat,lepas raya konferm ada banyak orang kahwin,bina masjid.kalau ada orang kahwin,ada juga adat dan upacara yang dilakukan.gua harap gua mampu mengubah dan mengkongsi sedikit pesanan.

cerita ni gua pun baru tahu.silap gua.tahulah gua kenapa leader gua kat rumah marah-marah kalau gua tak pegi dengar kuliah agama kat masjid.kalau gua berdebat pasal hal sekecik ini dengan mengenengahkan hukum yang salah,malu gua kena nganjing.


ye.ianya HARAM bagi kaum Adam.


nota kaki : dah jangan nak gatal buat dah lepas ni.yang dah buat tak apa lah sebab tak tahu.gua juga harap gua dapat banyak undangan makan kenduri musim raya ni.

Isnin, 15 Ogos 2011

EPL musim 2011/2012

ye fenomena bola di hujung minggu sudah datang.entah untuk kali ke berapa.walaupun beribu dugaan hadir antaranya bulan puasa dan Riot! anak muda di England,namun fenomena ini masih berjalan seperti biasa.


macam blog bola kebanggaan rakyat Malaysia iaitu Sokernet!,gua juga ingin menayang jata kelab yang bakal menjadi juara English Premier League atau nama barunya Barclays Premier League untuk kali ke-20,seraya meninggalkan para pencabar yang tahu cakap besau tapi main macam taik.Antaranya:

A untuk Arsenal.main macam gampang.game lawa selalu,tapi tak reti jaring gol.Gervinho pemain baru yang laju dan juga seorang pahlawan Ivory Coast yang panas baran.nak tunjuk belang,baru je datang London.


B untuk Bangang Team a.k.a Liberpul,tak terer main macam The Beatles terer main muzik.malu.

C untuk Celsi,macam biasa juga cakap besau.Torres tak reti bahasa orang suruh jaring gol.bagi lawan Harimau Malaya pun tak boleh jaring jugak.bebal.Drogba,malas nak komen,terer tapi dah tua.

nota kaki : permulaan yang gampang dari 3 kelab pencabar Mecester yang selalu laung amaran nak jatuhkan anak buah Ahmad Alex Ferguson.tetapi perlawanan pembukaan pun dah seri.macam cap ayam.tak pergi jauh.musim ni kelab dijangka naik Bolton Wanderes dengan West Bromwich

Sabtu, 13 Ogos 2011

lampu isyarat

nak adu kat Aduan Rakyat TV3,gua malu pulak muka masuk TV.gua sembang sini je la.

nak kata rumah sewa gua terletak kat Hulu,memang tak lah.setakat kalau ada ekspo kat bandar tu,duduk di rumah gua masih dengar bunyi lagu dangdut murahan.tapi macam mana benda ni boleh jadi.

kali pertama gua diamkan diri,dah masuk kali kedua,nak terbalik motor gua mengelak kereta celaka,memang menimbulkan amarah.macam mana kawasan dekat dengan bandar lampu isyarat nan satu itu boleh rosak.bukan sekali,bahkan sudah berkali-kali.

hal ini harus dielakkan agar keselamatan pengguna jalanraya terjamin.celaka!

nota kaki : rosak sekali lagi,gua tak teragak-agak nak gantung lampu liplap-liplap kat tiang lampu isyarat tu.kena sikit dengan tema nak raya ni

Jumaat, 12 Ogos 2011

belajar tulisan jawi

gua sekarang nak belajar tandatangan guna tulisan jawi.
tak kira lah agreement pinjaman bank ke,saman polis ke,gua nak guna tandatangan jawi.mana tahu usaha gua ni berbaloi.omakaihhh bertuah nasib badan.

nota kaki : gua sedang menuju ke kedai berhampiran,nak beli pen bermuncung serong,senang nak buat tulisan khat.

Rabu, 10 Ogos 2011

Riot!

acik-acik yang mana ada anak yang belajo jauh-jauh terutamanya di Kota London,jangan bersedih mereka tak pulang beraya.kemungkinan mereka akan dihantar pulang ke Malaysia seraya dengan itu hajat nak beraya di kampung dapat terlaksana.



nota kaki : agak-agak jadi ke tak EPL nak start hujung minggu ni?gua dah tak keruan ni memikirkan hal ni memandangkan United Kingdom tengah bergolak.

Isnin, 8 Ogos 2011

meriam buluh

lebih kurang macam ni lah meriam yang guat nak cipta lawan budak-budak yang pesen main mercun dekat area surau.
nota kaki : budak-budak pesen tak berapa nak ingat Usop Sontorian.mereka ingat Boboi Boy.

Rabu, 3 Ogos 2011

budak-budak main mercun

pesen budak-budak main mercun time orang nak terawih ni menyirap jugak kadang.ooo mak aihh terkejut acik-acik yang tengah solat.terus memaki time solat.terus terlari khusyuk solat.rakaat pertama dan kedua khusyuk bebenor.tiba time tahyat akhir,boom meletup mercun bola,mercun telur mahupun mercun pop-pop.

kekhusyukan yang dipupuk sedari awal solat terus lari,macam gaya Usain Bolt lari.mana dapat kejar jepp.bagi je salam terus mengomplain perangai budak-budak.macam acik-acik tak pernah buat time muda dulu.

ok,gua tengah balut luka kat tangan gua ni,kena buluh tadi.

nota kaki : esok lepas buat lapan rakaat,gua nak usung buluh yang gua tebang semalam.budak-budak ni memang pesen nak cabar gua suruh tunjuk kehandalan gua beraksi meriam buluh.nak berentap sangat gayanya ye.kalau nak main,pegi main dalam balai polis.cilake!

Isnin, 1 Ogos 2011

ganjaran berterawih

kalau lu dah puasa,lengkapkan bulan Ramadhan lu semua dengan berterawih di malam hari.
BESAR ganjarannya.

Kelebihan Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
 
Kelebihan Malam Ke-2
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
 
Kelebihan Malam Ke-3
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
 
Kelebihan Malam Ke-4
Akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
 
Kelebihan Malam Ke-5
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
 
Kelebihan Malam Ke-6
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
 
Kelebihan Malam Ke-7
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
 
Kelebihan Malam Ke-8
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
 
Kelebihan Malam Ke-9
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
 
Kelebihan Malam Ke-10
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
 
Kelebihan Malam Ke-11
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
 
Kelebihan Malam Ke-12
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
 
Kelebihan Malam Ke-13
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
 
Kelebihan Malam Ke-14
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
 
Kelebihan Malam Ke-15
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
 
Kelebihan Malam Ke-16
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
 
Kelebihan Malam Ke-17
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
 
Kelebihan Malam Ke-18
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
 
Kelebihan Malam Ke-19
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
 
Kelebihan Malam Ke-20
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
 
Kelebihan Malam Ke-21
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
 
Kelebihan Malam Ke-22
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
 
Kelebihan Malam Ke-23
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
 
Kelebihan Malam Ke-24
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
 
Kelebihan Malam Ke-25
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
 
Kelebihan Malam Ke-26
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
 
Kelebihan Malam Ke-27
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
 
Kelebihan Malam Ke-28
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
 
Kelebihan Malam Ke-29
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
 
Kelebihan Malam ke-30
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.


sama-sama tunaikan.Insyallah.Marhaban Ya Ramadhan.

nota kaki : amacam,ada gaya Ustaz Zamri Mari Mengaji tak gua?dekat dihati.kahkah