Pages

Khamis, 31 Mac 2011

Maharaja Lawak

kita jangan ingat negara China sahaja ada maharaja.negara kita juga ada maharaja.Maharaja negara kita tak sampai lagi,tetapi akan sampai.Maharaja apa lagi kalau maharaja ini yang gua maksudkan

gua tak tahu macam mana Astro dapat idea bangang nak seksa perut dan usus para penggemar gelak ketawa di televisyen,dengan mengadakan pertandingan Maharaja Lawak.bayangkan kalau ditengoknya Raja Lawak,sudah ada peserta yang mampu memecahkan perut para penonton,inikan pula rancangan Maharaja Lawak yang dibarisi pelawak-pelawak tanah air yang gila kentang punya lawaknya.siapa peserta-peserta Maharaja Lawak?haaa itu yang kita tak tahu.

Alex,peserta dari Sabah yang juga finalis Raja Lawak musim keempat.lawak dia agak gampang juga.tetapi bukan peserta feveret gua.

Amir peserta dari Kelantan dan datangnya dari Raja Lawak ketiga.juga,semestinya dan tak akan langsung masuk dalam senarai peserta feveret gua.

Jihan,satu-satunya kaum hawa di dalam program ini.tak berapa feveret juga.kaum hawa elok duduk di rumah dan memasak.kahkah

Juara Raja Lawak kelima.posmen yang gampang ni mampu buat semua terburai perut dengan lawaknya.

Juara Raja Lawak yang berasal dari Nogori Sembilan.juga merupakan antara peserta feveret.tapi gua rasa dalam Maharaja Lawak ni dia mungkin dapat nombor 3.kahkah.tapi tak tentu juga sebab budak ni pernah menang Anugerah Bintang Popular,lepas tu peluk awek gua Irma Hasmie.kahkah

dah tengok peserta berseorangan,gua nak tunjuk pulak peserta berkumpulan.haaah yang ni kumpulan feveret gua ada.kahkah

dari Raja Lawak 5.gua tak minat langsung.kahkah

gandingan Juara Raja Lawak Pertama iaitu Yus dengan Tauke,membentuk kumpulan Jambu.gua tengok tak jambu langsung.indah khabar dari rupa.kahkah

kumpulan R2.dari Raja Lawak 5.pun gua tak berapa minat walaupun lawak mereka boleh tahan.senang cite Raja Lawak 5 gua minat si Man je.kahkah

gandingan kumpulan Kechik dengan Juara Raja Lawak 4 iaitu Idlan membentuk kumpulan Wai.kenapa Wai?haaa itu yang kita tak tahu.mungkin kita boleh tanya mereka.wai,wai you put name wai?kahkah

No Entry.finalis Raja Lawak musim ketiga tak silap gua.

hero-hero kena letak last sikit.ni kumpulan yang gua konpem pecah perut,pecah hempedu,pecah ulu hati angkara lawak mereka.

ni gua konpem dapat no 2.kahkah.Juara Raja Lawak 3


selepas Raja Lawak 1,iaitu Raja Lawak yang mereka sertai,mereka terus menjadi hos untuk Raja Lawak 2 sampailah Raja Lawak 5.kali ni,mereka sendiri yang masuk pertandingan.yang ni gua konpemkan mesti jadi Juara.kahkah.semua lawak mereka gampang.siap ada rancangan sendiri lagi,Jozan.

p/s: gua curi semua gambar ini dari blog Amazinggila.blogspot.sory naik lori saudara.

menari kucing berlari

tarian atau aerobik?tidak pasti.yang pasti kejadian tempoh bulan yang lalu menjadi kenangan dan pengalaman yang pahit,manis.tema yang diberikan adalah tarian aerobik,maka dibuatnya tarian aerobik berunsur pertahanan diri.
dengar cerita aksi budak tarian pertahanan diri pada durasi 4.24 masih tidak dapat ditiru oleh Jet Li mahupun Jackie Chan.kahkah

p/s: gua dengar Jackie Chan dah jadi mendiang.

Rabu, 30 Mac 2011

lagenda yang gangster

Ian Brown yang dulunya penyanyi hadapan bagi kugiran The Rolling Stones bertindak gangster setelah ramai kawan-kawan beliau datang memukul lelaki sasa itu.kalau sorang,berani tu ada tapi tak cukup.kehkeh

mendiang Kurt Cobain yang juga Duta Grunge Sedunia pula hanya mampu tunduk ke Bumi setelah ditumbuk pengawal keselamatan.tu la hempuk lagi orang ngan gitar.

jadi,siapa lagi gangster?ye,jawapannya pengawal keselamatan yang gangster.kihkih

Ahad, 27 Mac 2011

harimau masih garang

masih segar lagi dengan kemenangan dan kenangan menjuari Piala Suzuki AFF tempoh bulan yang lalu begitulah juga masih segar dan pekat darah yang mengalir di kaki dan tangan gua saat tika post ini digarap.ini semua dek kerana dua ekor kucing yang tidak berperikehaiwanan bermain kejar mengejar di tengah jalan.lantas dengan sifat ingin menjadi superhero dan menyelamat kucing berdua itu dari dipijak oleh tayar tubless jenama viva gua,terus gua membrek motor tersebut dengan kadar segara.maka inilah hasilnya.

lupakan pasal kesakitan penghapus dosa tersebut,cerita sekarang aksi anak buah K.Rajagopal yang masih garang dengan mengikat kelab dari Perancis yang bermain di Liga Singapura iaitu Etoile FC dengan jaringan 1-1 dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Jalan Besar,Singapura.tahniah dan semoga terus kuat mengaum.

p/s: panggilan untuk menyarung jersi kebangsaan yang diterima Rizal Fahmi Rosid menjadikan EMPAT orang pemain Kelantan beraksi dalam skuad kebangsaan selepas Khairul Fahmi Che Mat,Idlan Talaha dan S.Chanturu.tahniah!

Jumaat, 25 Mac 2011

tabik Tuan!


selamat Hari Polis kepada abang atau kakak polis,abang badan katang atau sarjan misai dan seluruh polis di
Malaysia termasuklah detektif yang berjasa.

tahniah dapat Evo 10 dari kerajaan Malaysia.
tahniah dapat meletakkan Malaysia di tangga ke 22 negara paling selamat di muka Bumi dan tangga ke EMPAT di rantau Asia Pasifik di belakang New Zealand,Jepun dan Australia.
jangan makan bersuap tau!kahkah.

tabik Tuan!

KB Mall bukan tempat menemui ajal

Kota Bharu Mall atau lebih dikenali dengan nama KB Mall di kalangan penduduk sekitar Pantai Timur Semenanjung Malaysia pernah digemparkan dengan tragedi mengorbankan dua orang pelajar kolej kejururawatan di bandar Serambi Mekah tersebut apabila sebuah kereta yang berada di tempat letak kereta di tingkat atas pusat membeli belah tersebut menjunam jatuh dan menghempap mereka.

sekali lagi tanggal 24 Mac 2011 nyawa seorang hamba Allah yang hilang kewarasan menjadi taruhan.dan mungkin mangsa patut menukar identiti agama beliau di dalam kad pengenalan.omputeh cakap 'what a stupid things' yang dilakukan.mungkin kecewa dengan keputusan SPM yang lepas.atau mungkin terkenang keputusan UPSR masa kecik-kecik dulu.tu la pegi sekolah makan pemadam!

tak gangster langsung.

Khamis, 24 Mac 2011

T bukan untuk Dato T

lupakan kisah atau propaganda politik karut berhubung video lucah Dato T.tak cukup lagi dengan video lucah Chua Soi Rilex Sambil Bercangkung dulu timbul pula video lucah Dato T.kolot sungguh politik kita.jangan sampai budak tadika mengklasifikasikan politik (yang mana tujuan sebenar untuk membela rakyat) sebagai pembelajaran seks.

T kali ini merujuk kepada TERABAEK dan gila wildboar apabila keputusan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2010 adalah terbaik sepanjang 4 tahun terdahulu.

 
p/s: tahniah adinda di kampung halaman.sekalian kaum kerabat menyanjungi anda dan anda telah memotong kekanda.cilakak!

Isnin, 21 Mac 2011

Perang Dunia keTiga

takziah kepada negara dan penduduk Matahari Terbit.tidak lupa juga takziah kepada Miss Maria Ozawa walaupun beliau terselamat.tragedi terburuk selepas Perang Dunia keDua.

Rabu, 16 Mac 2011

hari kesembilan dan terakhir

kenyang melantak makanan di malam hari sudah hilang dibenak perut tetapi bauan sisa makanan semalam masih dapat dihidu.lupakan keenakan semalam,kita fikirkan keenakan hari ini iaitu hari kesembilan yakni hari terakhir Kem Outdoor Recreation Sesi 2011.keenakan yang bakal dikecapi beberapa jam sahaja lagi.

TETAPI

sebelum pulang,segala peralatan haruslah dibersihkan dengan kadar segera sementara hari masih panas untuk mengeringkan peralatan tersebut.antara barangan yang harus dibersihkan adalah khemah,periuk dan kuali,serta kanvas.dengan kadar segera kalau takut dimarah peserta membuat dengan tekun dengan terik mentari membakar kulit peserta yang sedia ada terbakar.jangan risau,makanan tengahari disediakan.






hari yang agak ringkas tetapi bukan 'ringkas' tenaga yang diperlukan apabila melakukan tugas ini.segala peralatan haruslah diperiksa terlebih dahulu takut-takut ada yang rosak.semua peralatan tersebut juga haruslah disusun dan dimasukkan ke dalam bilik simpanan barang termasuklah kayak yang anggaran beratnya 50kg.tugas ini bukanlah tugas yang boleh dipandang enteng macam memaki anting-anting.

sesudah aktiviti menyusun dan membersihkan peralatan,tibalah di majlis penutup yang kedua.sesi bersalaman dan bermaafan jika ada tersalah kata,terlanjur kata,terlebih budi bicara.tidak lupa si teruna dan si dara masing-masing bertukar nombor telefon mudah alih dan nama samaran di Muka Buku untuk terus saling berhubung di masa hadapan.

berapa bintang mahu kasi untuk aktiviti ini?untuk kepenatan,2 bintang sahaja.untuk ilmu yang dipelajari,sebanyak bintang di dalam bijirin Honey Star.semua berjalan lancar seperti lancarnya kenderaan di Bandaraya Kuala Lumpur di musim orang pulang berhari raya di kampung halaman.

anggran pukul 4 petang majlis bersurai dan semua peserta termasuklah kami perserta Diploma Sains Sukan dan Rekreasi (SR113) Kolej Universiti Shahputra bertolak pulang dengan pengangkutan masing-masing.lambain dan senyuman diberi dengan seribu satu kegembiraan.jika kalian harus mengulang kertas subjek Outdoor Recreation ini nescaya senyuman itu akan hilang kerana sekali lagi kalian terpaksa mengikuti perkhemahan ini.kahkah.

semua dikhabarkan selamat sampai ke kolej maisng-masing tanpa ada sebarang aral melintang mahupun angin lintang seperti di Lebuhraya Pedas Negeri Sembilan.jangan lupa singgah makan Mek Donald di Kawasan Rawat dan Rehat Genting Sempah.ecececeh.

TAMAT

Selasa, 15 Mac 2011

hari kelapan

tanpa melelapkan mata setelah bermain permainan mencari harta karun seperti lanun-lanun muda yang baru diserap,hari terakhir di tapak perkhemahan Tasik Chenderoh dengan merobohkan kembali segala alatan yang dibina semasa aktiviti Camp Craft.ini untuk memastikan kawasan sekitar perkhemahan bersih dari segala alatan kayu yang dibina seperti ampaian,rak kasut mahupun khemah.

setelah tugas dibahagikan,setiap peserta dari Kolej Shahputra,Kolej Instedt,UiTM Shah Alam dan Jengka mengemas dan menyusun segala peralatan yang dibawa.tugas ini memerlukan setiap peserta mengerah sepenuh tenaga kerana peralatan yang dibawa bukanlah sedikit,mahunya berlori-lori dan bertan-tan.

tekanan juga turut dirasai apabila pengangkutan untuk pulang ke tapak pengunmpulan peserta iaitu di Kolej Kenanga UiTM Shah Alam harus diuruskan 110% oleh peserta terutama biro pengangkutan.ada yang menangis,ada yang bertikam lidah melalui telefon bimbit dengan pemandu bas dan sebagainya.

jika halangan aktiviti Survival dapat diatasi,takkan lah halangan untuk menyediakan pengangkutan tidak dapat dibereskan ye dok?jadi,halangan tersebut dapat diselesaikan dengan bantuan semua peserta tanpa mengira dari mana asal usul tempat belajar,mahupun kolej berlainan.semua menjadi 1 komuniti yang kuat dan saling membantu.ececececeh ayat macam koncu Najib dah.

lebihan kurang jam 12 tengahari,kami semua telah berjaya mengemas dan membersihkan tapak perkhemahan dan masa yang ditunggu oleh semua peserta baik dari para pensyarah dan fasilitator sendiri iaitu pulang dan meninggalkan 1001 kenangan pahit,manis,busuk dan ngeri di Kem Tasik Chenderoh,Lenggong,Perak.peserta dikehendaki berjalan sejauh 2 kilometer sama seperti hari pertama memasuki kem tersebut.ini kerana tapak perkhemahan jauh ke dalam hutan yang telah digondol dan kenderaan berat yakni bas sama sekali tidak dapat menjejakkan tayar mereka ke dalam tapak perkhemahan.semua peserta dibahagikan kumpulan seperti di awal dan kumpulan kecil tersebut bergerak secara beransur-ansur diiringi fasilitator yang bertugas.

rugi dan sia-sia jika tiada kenangan potret berlatar belakangkan bukit bukau yang akan hancur di hari kiamat nanti
penulis bersama Hussin Pendek.

penat berjalan,masa untuk tidur dan rehatkan badan di dalam kenderaan besar berhawa dingin.perjalanan mengambil masa lebihan kurang 4 jam dari Lenggong,Perak untuk ke UiTM Shah Alam.tiada seorang pun yang bergelak tawa,menyanyikan lagu The Beatles mahupun The Smiths dek kerana kepenatan.yang kedengaran adalah hentakan air dari langit menghentam cermin bas.

sesampainya di UiTM Shah Alam jangan bermimpi di petang hari untuk menyambung rehat kalian,kerana barang yang telah dipunggah ke dalam lori mahupun bas harus dikeluarkan untuk dibersihkan dan penyusunan kembali.tetapi bukan masanya untuk membersihkan segala peralatan dan alatan dek kerana hari semakin mencemburui dan matahari sedikit demi sedikit terbenam.

setelah selseai menyusun segala barangan seperti Kayak yang beratnya bersamaan 5 guni beras yang satu beratnya 10kg,semua peserta diberi masa untuk mempersiapkan diri,memanjakan diri dengan air,memberus gigi yang sudah dipenuhi plague dan memakai wangian untuk majlis penutupan sekitar jam 8 malam kelak.

masa berlalu dengan pantas dek kerana beratur berminit lamanya untuk mandi.maka tibalah di upacara penutup.Ketua Dekan Fakulti Sains Sukan UiTM menjadi tetamu kehormat.seperti ucapan yang tidak asing di muka Bumi,ucapan tahniah diberi kepada para peserta dan saat yang ditunggu-tunggu.iaitu membalas segala dendam kesumat perut peserta terhadap makanan.mahu apa?makanan Barat?ada.makanan tradisional?ada.kambing panggang?ada.unta goreng?TAK ADA.

setelah kenyang,tetamu dihiburkan dengan persembahan kurang kreatif dan persedian saat akhir dari para peserta yang tidak malu untuk berinteraksi dihadapan ratusan orang.tidak sehebat persembahan bintang realiti di kaca televisyen,tetapi cukuplah sekadar untuk mengisi masa untuk perut menghadam makanan yang disumbat dalam kuantiti yang banyak ke dalam perut.

sekali lagi dapat dilihat tiada jurang mahupun diskriminasi antara para peserta walaupun datang dari Institut Pengajian yang berlainan.semua seprti 1 komuniti yang bersatu.jadi,penutup hampir sampai masanya,gambar kenangan diambil sebagai kenang,kenangan.




berada di barisan hadapan adalah para pensyarah yang berwibawa dan bertungkus lumus menjayakan kem kali ini.dan pak cik yang ditengah-tengah pensyarah itulah dekan kami.tabik tuan!


fasilitator.tiada komen.kahkah

peserta dari Kolej Shahputra dan duduk di barisan hadapan DUA dari kiri adalah Pengarah Projek dari Shahputra kahkah.RARE tak gua?

antara wajah para peserta yang terdiri dari atlet pelapis Malaya yang berjaya di ambil gambar mereka.

ok!malam yang gemilang dan cukup mengembirakan TETAPI kalian masih di dalam Kem Perkhemahan Outdoor Recreation dan merokok adalah dilarang.terima kasih.
tidur dengan angan dan esok,hari terakhir!yeaaaah.

Rabu, 9 Mac 2011

hari ketujuh

gembira hati dek rentetan kemenangan Barsilona keatas pencabar Red Devils dalam memburu gelaran ke-18 EPL iaitu Arsenal dalam pertemuan 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara Eropah membuatkan saya bersemangat untuk menyambung cerita Perkhemahan Outdoor Recration yang berbaki lebihan kurang tiga hari sahaja lagi.

hari ketujuh.masih dalam emosi terganggu dan tertunggu-tunggu untuk menamatkan aktiviti Survival.jika semalamnya iaitu hari keenam kami memasuki tapak perkhemahan daif kem Survival,tetapi hari ketujuh jangan disangka kami akan dilepaskan dengan begitu senang.pagi hari ketujuh tidak seperti hari-hari lain.tiada santapan sarapan yang menyelerakan,tiada nyanyian lagu Negaraku yang bersemangat,tiada senaman yang menyegarkan tubuh dan tiada mandian yang menyejukkan tubuh apatah lagi tiada pasta ubat gigi yang mengharumkan nafas kami.

dengan berbekalkan tepun dan dan sedikit gula serta garam,kami membuat lempeng yang semestinya tiada di Kedai Kek Resipi Rahsia.dengan berat hati untuk menelan kerana musykil dengan rupa bentuk dan bau hanyir,kami terpaksa menelan dengan senang hati tanpa ada sebarang rasa curiga kerana ini satu-satunya ikhtiar hidup yang mampu memberi tenaga untuk menjalankan aktiviti seteusnya.

TETAPI

ada segunung rasa gembira di hati kami apabila matahari sudah bangun perlahan-lahan dan saat itu,kami yakin yakni pasti dengan sepenuh hati bahawa bila-bila masa sahaja kami akan dijemput oleh fasilitator dan pensyarah untuk meninggalkan tapak perkhemahan kali ini atau dengan kata lainnya aktiviti Survival ini dapat diakhiri.maka dengan ketentuan qada dan qadar memang kami dijemput dipagi yang cerah itu.beruk dan burung berkicauan tanda gembira kami meninggalkan habitat mereka.dikumpulkan kami ditapak perkhemahan utama dan kami diberi penerangan untuk melakukan aktiviti kedua sebelum keluar dari tapak perkhemahan tersebut.

aktiviti tersebut adalah untuk mencari bearing atau dengan kata lain mencari arah petunjuk yang diletakkan oleh kumpulan lain.setiap kumpulan dikehendaki mencari petunjuk yang telah diletakkan oleh kumpulan lain berdasarkan bacaan kompas yang telah diberi.di dalam situasi ini,kemahiran membaca kompas adalah amat penting untuk kita mencari arah sesuatu tempat jika tersesat di dalam hutan mahupun di pusat membeli belah yang besar seperti Mid Valley ecececeh.

selesai tugasan tersebut,kami dikumpulkan lagi dan bersedia untuk pulang.

TETAPI.ye ada tetapi lagi.

bukan masalah teknikal yang menimpa tetapi sejarah bakal dicatat untuk mencacatkan mental kami.ketika inilah terdengar dengusan mental koyak dari para peserta seperti 'alaaaaa'..'okkk aloh'..'pulok'..maka seraya dengan itu,bunyian kegembiraan burung dan beruk yang kegembiraan tadi bertukar menjadi bunyian amarah.ini kerana kami dikehendaki masuk kembali ke tapak perkhemahan dan membina sekali lagi tapak perkhemahan yang telah dirobohkan.tetapi kali ini,setiap kumpulan dikehendaki mendirikan khemah di chek point yang berbeza.jika semalam kumpulan saya berada di chek point 10 tetapi pagi ini,kami diberi chek point pertama.

melangkah dengan penuh longlai dan emntal koyak mengikut jejak fasilitator yang melangkah laju penuh bersemangat.didirikan khemah dengan penuh mental koya.ye hari ini adalah hari mental koyak bagi Kumpulan Tasik Chini.dengan muka bengis dan mental koyak,kami diberi SEBATANG bukan sekotak mancis.SEBATANG!sedikit beras,sebotol air mineral,sebotol air tasik,sepotong ikan.dah itu sahaja!

khemah sudah didirikan,kayu api sudah dicari dengan tekun dan banyak mengambil iktibar hari semalam yang ketandusan kayu api,maka tibalah masa untuk menyalakan api.berbekalkan sebatang mancis,ceeeeretttttttttttt api dinyalakan.tetapi seperti yang dijangka dari awal lagi kerana ketiadaan perasaan maka api padam.mahu nyala pakai apa?guna pemetik api ALLADIN?ke pemetik api CRIKET?kalaulah ada semua tu,memang satu hutan dah berjaya kami bakar.tetapi masalahnya kami hanya diberi sebatang mancis.

sekali lagi mental kami koyak.hari yang panas menyebabkan dengan durasi tidak sampai 2 jam habis sebotol air mineral kami teguk ke dalam tubuh.yang tinggal hanyalah air tasik yang berumpai dan kehijauan.dengan mental koyak,kami semua rehatkan tubuh di atas tanah yang bersemut,berpasir dan berdebu.dengan kata lain tidur.ini sahaja yang kami mampu buat ketika ini.merehatkan minda.

tidur kami dikejutkan dengan kedatangan pasukan PERLU,kami dibantu dan diberi peluang.diberi kami sebatang lagi mancis dan dengan lafaz bismillah dengan sekali lafaz dan gesekan,plummmmmm api menyala.tanpa berfikir panjang target utama kami untuk makan tengahari.ikan bakar dengan nasi putih tanpa kuah.makan sampai tercekik,tetapi air tiada.apa nak buat,air tasik yang menjadi mangsa.dengan menggunakan bibir sabagai penapis rumput dan rumpai di dalam air tasik,kami meneguk ala kadar air tasik tersebut.

sejarah bagi pasukan Tasik Chini kerana terpaksa melalui 2 kali Survival.mungkit pasukan kali ini adalah yang terbaik.ecececeh.ada antara peserta yang bernazar dan tidak kurang yang mengucapkan cita-cita dengan ayat dimulai perkataan 'kalau kita semua dapat keluar kejap lagi....'.bermacam-macam cita-cita didengar sehingga ada yang sanggup minum air tasik apabila di atas bot kelak dek kerana dahaga.

petang redup di hari ketujuh.kami di datangi oleh seorang pensyarah dan fasi pengiring.dikhabarkan mereka gembira dengan pasukan kami yang mental koyak tetapi masih mampu mencari kayu api yang berkuantiti yang amat banyak sehingga mampu untuk tinggal sepurnama lamanya di situ.maka kami dibebaskan.berita disambut dengan penuh kegembiraan lantaran dapat pulang ke tapak perkhemahan induk.

pulang,marilah pulang,marilah pulang bersama-sama.riak wajah gembira tidak dapat disembunyikan jelas terpancar dimuka hitam dan berminyak para peserta.sesampai di tapak perkhemahan induk,kami disambut di jeti dengan senyuman sinis oleh sahabat handai seperti ingin meminta penumbuk.kami diberi makan dan minum.maka target utama adalah air sarsi kurang jimat gula dan air teh tak nak kasi diabetes.selepas penuh dengan air diisi ke dalam perut,bubur yang sudah siap di bungkus pula menjadi santapan.makan sampai lebam.ngam-ngam siap makan,azan maghrib dilaungkan.bergegas pula kami menunaikan solat berjemaah seperti biasa.

anda fikir kami diberi tidur awal dek kerana DUA kali aktiviti Survival?anda silap.selepas post motem dilakukan kami melakukan aktiviti yang panggil berjalan malam atau dalam bahsa penjajahnya NIGHT WALKING.memang bahaya berjalan malam-malam ni,kalau kat kampung Maghrib dah kena masuk rumah sebab banyak syaiton.tetapi kali ini bahaya itu yang kami tempuh.kami diletakkan di atas bukit gondol di dalam kumpulan tetapi dijarakkan antara satu sama lain.kami diminta memuhasabhakan diri dengan mengenang jasa ibu dan ayah dan semangat untuk kami menebus jasa mereka.

TETAPI

kelihatan dari jauh tapak kem kami bergelap tetapi sayup-sayup kedengaran paluan gendang dan nyanyian.pada mulanya saya sangkakan roh John Lennon datang melawat kami seraya dengan itu melakukan konsert kecil-kecilan.tetapi takkanlah John pandai berbahasa Melayu.dengan mempersetankan persoalan yang berlari-lari anak di dalam benak fikiran,kami turun dari bukit tersebut dan menuju kembali ke tapak perkhemahan.keadaan masih gelap gelita.kelihatan barisan fasilitator dan pensyarah menyanyi pelbagai lagu sambil memalu periuk mahupun baldi.agak bingit tetapi lagunya boleh masuk ke dalam lagu etnik kreatif muzik-muzik.jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi,masih ada aktiviti yang dilakukan.penat yang menimpa kami seharian telah hilang begitu sahaja ditelan kesibukan kehulu dan kehilir melakukan aktiviti di hari terakhir ini.

kami melakukan aktivit memburu harta karun.degan berbekalkan lampu,radio,kompas dan sebagainya kami diminta mencari harta karun tersebut.apa motif nyanyian para fasilitator?ye,motifnya adalah segala KLU KABUR boleh ditanya kepada mereka tetapi kalian haruslah menyanyi bersama mereka atau dengan kata lain membina lirik yang berunsur soalan untuk djawab oleh mereka.

tepat azan subuh,nyanyian dihentikan memandangkan semua harta karun telah dijumpai.kami menyambung aktiviti solat subuh dan bersarapan.

OPSSSSSSSss ini sudah hari ke lapan rupanya.maka diminta izin unutk berlabuh!kahkah

Khamis, 3 Mac 2011

penghormatan bukan hinaan

Ini semua bukan gua yang tulis.Sumpah ok!gua ternampak link yang diberi di muka buku,lalu gua baca.jadi tiada sebab kenapa gua tak berbangga menjadi anak jati Kelnatan Darul Naim.ye,memang segelintir dari penyokong Kelantan ada yang berperangai kurang enak atau tak enak langsung,tapi cuba fokuskan di perkataan SEGELINTIR.bermakna bukan semua.

tengok sendiri di negara koncu Amerika iaitu United Kingdom atau dalam bola sepak lebih popular dengan nama England The Three Lions.peminatnya lebih fanatik dari Indonesia.jadi,kalian boleh bayangkan bagaimana kurang ajarnya mereka dan bagaimana tingginya ketaksuban mereka terhadap bolasepak sehingga mereka digelar Hooligans.apa itu Hooligans?buka Google enjin carian internet dan mulakan misi mencari perkataan tersebut.padahal kita tahu England merupakannegara yang maju,negara dimana lahirnya dan meninggalnya Mendiang Puteri Diana,negara yang mempunyai pemain ternama,negara yang adanya The Libertines,negara yang adanya lagenda The Beatles.dan liga negara ini jugalah yang menjadi tatapan kaki bola di negara kita setiap hujung minggu.

tapi bila penyokong negeri Pantai Timur yang satu ini melontar objek,memaki hamun,membakar kerusi,dihentam oleh para Anti-Kelantan dan kroni-kroninya termasuklah media.buka mata,jangan hukum berdasarkan salah segelintir penyokong yang berpewatakan jakun.isu ini hebat diperkatakan apabila nak Final Piala Malaysia,Final Piala FA atau pertembungan yang melibatkan Kelantan dengan nama-nama besar lain seperti Selangor dan Nogori Sembilan.jadi tak salah jika hal ini diungkit supaya semua oranag Malaysia tak kira Erra Fazira atau Najib membuka mata.

bukan gua gebang,baca sendiri tulisan e-mail penyokong setia Nogori Sembilan yang bertandang ke Kota Bharu dalam perlawanan Liga Super beberapa hari yang lalu.memang dari golongan kami yang membakar kerusi,menggangsterkan diri,tapi bukan semua ye,bukan semua.


jangan menilai buku dari kulitnya kata pepatah penjajah.jadi gua tiada motif lain selain ingin menyatakan KAWE ANAK KELATE!

"sokong bia bijok,bertindak bijok,main bijok,napok bijok,bijok sokmo.Gomo Kelate Gomo"

Rabu, 2 Mac 2011

adat kalah

adat perlawanan ada kalah,ada menang.tapi kalu dah kalah mesti ada sebab yang ingin dicerca.tanpa segan silu gua nak menyatakan sebab utama yang menjadikan pasukan Red Devil mangsa anjingan dari penyokong Chelshit diseluruh dunia.

para penonton 94 minit perlawanan Chelshit menentang Manchester United pada jam 3.45 pagi 2 Mac 2011,

adakah pengadil perlawanan mengadili perlawanan dengan baik?Yuri Zhirkov masuk dan dibentes untuk kali pertama terus dapat penalti.Abdul Rooney yang dah ditackle sampai ke kiri dan ke kanan lutut beliau entah untuk keberapa puluh kalian tak diberi apa-apa,cuma diberi senyuman sinis sambil tangan dihulurkan ke depan dan mulut berkata 'advantage'.ADVANTAGE abah ko pengadil tua!

kalah ke,seri ke apa ada hal,kami masih di atas.cubalah kejar koncu-koncu Najib yang mengenakan jersi tradisi biru!tahi lembu!

hari keenam

hari dirasakan bergerak tersangatlah perlahan.tapi dalam sedar tak sedar,dalam kepenatan,dalam kerinduan kepada dunia luar akhirnya hari keenam telah menjelma.tinggal dua hari saja lagi untuk pulang ke dunia luar.tetapi ada satu aktiviti lasak lagi yang perlu dilakukan.tapi harap maaf kamera sama sekali tidak boleh dibawa.dan tiada masa untuk merakam detik-detik aktiviti Survival yang akan dilakukan oleh Kumpulan Tasik Chini.sementara kumpulan tasik lain melakukan akiviti

Tasik Kenyir - Camp Craft
Tasik Bera - Jungle Tracking
Tasik Temenggor - Kayak

bermula di awal pagi selepas senaman dan sarapan,kami diberikan taklimat terlebih dahulu seperti aktiviti-aktiviti sebelumnya.aktiviti ini agak istimewa kerana kami dibenarkan membawa TIGA batang mancis sahaja,SATU botol air mineral,SATU botol air tasik,sedikit beras dan tepung untuk dikongsikan dengan ENAM orang ahli kumpulan,SEBILAH parang,SEBIJI telur,DUA bekas untuk memasak,SATU baju sejuk,SATU sejadah dan kain sembahyang untuk perempuan.

sebelum bertolak ke lokasi hutan di mana tempat yang akan kami ditinggalkan dan bermalam,terlebih dahulu aktiviti biasa dan rutin di mana kami perlu berendam di dalam tasik selama lebih kurang 10 minit.dengan keadaan basah kuyup,kami menaiki bot ke lokasi rahsia di dalam hutan.segala alatan dan barang amanah yang diberi dijaga dengan berhati-hati supaya tidak basah terutama sekali mancis.

sampai di sana,kami diberi penerangan sekali lagi.kami diminta supaya menjaga tingkah laku dan menjaga segala percakapan.maklumlah kita masuk ke tempat 'Orang' bawa otak bukan pisau.ecececeh.wisel akan ditiup jika kami berada di dalam situasi cemas atau genting seperti diserang oleh Cik B atau dengan kata omputihnya WildBoar.kahkah.

lebih kurang pukul 4 petang kami telah dibahagikan tempat untuk didirikan khemah ataupun check point.umpulan saya telah mendapat chek point ke 10 dimana di tepi tasik yang penuh dengan pokok mengkuang.dengan pantas perkara yang pertama kami lakukan adalah membahagikan tugas.ada yang mendirikan khemah,mencari kayu api.ketika mahu membuat bahagian yang paling genting dan cemas tanpa boleh meniup wisel adalah untuk menyalakan api.jika dua hari sebelum ini kumpulan tasik yang ingin menyalakan api menggunakan paling banyak mancis adalah sebanyak dua batang.

bukan mahu riak tapi mungkin tuah meyebelahi kami,hanya sebatang mancis telah kami gunakan.dan api telah menyala dengan marak dan jika pihak bomba datang,ianya belum pasti mampu dipadamkan.kahkah.jika api tidak dapat dinyalakan,dengan kata lain misi Survival anda telah gagal.bersyukur dengan kehendak Ilahi,api dapat dinyalakan.maka tumpuan beralih kepada usaha untuk mengumpul seberapa banyak kayu api yang dapat.akan tetapi kami tidak boleh melebihi jangkauan sejauh 20 meter diameter dari titk tengah khemah kami.maka,kayu api yang berjaya dikutip hanyalah ngam-ngam dan disangkakan cukup.

tengah mencari kayu api,cerita seram sudah nak bermula.seorang ahli kumpulan perempuan di dalam kumpulan saya ternamap seperti sesuatu berjalan disebalik pokok mengkuang dan dia meminta kami memeriksa apa yang ada disebalik pokok tersebut.memang tak dapat lah jepp.kami meminta beliau untuk bertenang dan mengambil wuduk untuk solat maghrib mengikut giliran.setelah bersolat dan membaca yassin,beliau kelihatan tenang kembali.

sementara peserta lelaki sibuk menjaga unggun api,peserta wanita sibuk menyediakan makanan untuk makan malam yang tak seberapa.bayangkan nasi yang sedikit dibahagikan kepada enam perut dengan hanya berlaukka telur.jika anda seorang yang perut boroi dan kaki makan,anda pasti dihentak beramai-ramai jika makan tanpa memikirkan ahli yang lain.ketika inilah baru kita mengisafi diri kita dan membayangkan betapa mewah hidup kita selama ini makan nasi goreng USA,nasi goreng ISRAEL,dan berbagai lagi.bayangkan,nasi putih tanpa lauk,berselera dimakan tanpa ada perasaan 'DEMAND' dalam diri peserta.

sesudah makan,ada yang sudah terlentok di bawah pokok,ada juga yang tidur di bawah khemah yang tidak beralas.ok khemah yang dimaksudkan adalah khemah berbentuk A tanpa ada sebarang alas mahupun tilam yang Ziana Zain jadi model iklan tilam tersebut.semuanya hanya beralas daun-daun yang dikutip.tetapi daun-daun tersebut tidak melitupi keseluruhan khemah dan hanya cukup untuk meletekakkan punggung.maka tanah yang berpasair,berdebu,dipenuhi daun kering dan ranting menjadi alas.tanpa ada sebarang rasa jijik dan sekali lagi perkataan 'DEMAND' digunakan,kami tidur ala kadar sahaja.mahu sahaja menitiskan air mata tetapi itulah kedaifan yang perlu ditempuh sepanjang aktiviti Survival.

ok tidak berhenti disitu sahaja,malam masih muda.tnnpa jam ditangan dan kami hanya mampu menganggarkan sahaja masa yang berlalu dengan perlahan ketika itu.lebih kurang jam 11 malam.kami didatangi sekumpulan fasilitator.ok terlebih dahulu setiap kumpulan diberikan kata laluan.contohnya PISANG LINTANG.jika kami menyebur PISANG,orang yang datang haruslah menyebut LINTANG.jika mereka tidak menyebut perkataan LINTANG tersebut maka kami diharamkan sama sekali untuk berkomunikasi dengan mereka.

setelah kata laluan diberi,fasilitator datang mengomel beberapa perkara.antaranya kami terpaksa membuka kembali khemah kami kerana kedudukannya yang rendah dan kayu api yang kami kumpulkan amatlah sedikit dan tidak sempat untuk menunggu sehingga hari pagi.kami masuk dah pukul 4,pergerakan kami terbatas dalam anggaran 20 meter,maka hanya itulah yang mampu kami kumpulkan.bila malam menjelma,kami tidak dapat bergerak jauh dari kawasan khemah kerana keadaan teramat gelap dan kami tidak mempunyai mata yang cerah seperti kucing atau musang.

maka dalam meraba persekitaran,kami cuba mencari kayu api algi tetapi yang kami dapat hanyalah luka ditangan dan kami tidak pulang dengan tangan kosong.dapatlah juga ranting-ranting kayu yang boleh dibuat pencungkil gigi.amatlah sadis dan tertekan.teramat tertekan sebenarnya.lebih tertekan dari Arsene Wenger yang kalah gol minit terakhir oleh pasukan Birmingham City.

ketika itulah dengan buntunya saya telah memanjat pokok getah yang ada di tepi khemah kami.ketinggian diaangarkan 2 meter.teramatlah sukar untuk memanjat pokok tersebut sehingga saya terpaksa memanjat belakang seorang peserta lain.saya memotong dahan pokok yang telah mati.nak potong bukan main susah dengan keadaan gelap dalam anggaran pukul 12 malam.dapat satu dahan,saya melompat turun dengan tagan melecet dan geram.macam panglima Melayu dah saya rasa ketika itu.

pukul 3 pagi,kami didatangi lagi sekumpulan fasilitator tetapi kali ini mereka datang berserta pensyarah dan PERLU (kumpulan yang bertanggungjawab mengorganisasi segala hal sepanjang kem berjalan).kami ditegur sekali lagi kerana bekalan kayu api memang nazak.bukan sedikit tetapi tak ada langsung!kami diberi lampu suluh oleh pensyarah dan diberi masa yang amat singkat untuk mencari kayu api seberapa banyak yang boleh.nikmat yang tidak terhingga kami dapat ketika itu.alhamdulillah pujian dipanjatkan ke atas Ilahi kami mendapat sedikit kayu api yang agak besar saiznya.setelah kumpulan fasilitator berlalu,kami sedar bekalan kayu api yang diperolehi sebentar tadi masih lagi tidak mencukupi maka kami dengan penuh tawakkal dan dalam meraba-raba dalam kegelapan pergi sekali lagi mencari kayu api.

sebenarnya kami bukanlah sekumpulan budak bandar atau budak bangang yang menghisap ganja,kami sebenarnya telah merancang terlebih awal ketika kami diberi lampu suluh tersebut.kami telah menghafal jalan dan melihat kawasan yang kelihatan banyak kayu api yang bersaiz besar.dengan meraba-raba di dalam gelap dan dengan jalan yang telah dihafal,kami pergi sekali lagi.kali ini tiada istilah TIDAK LEBIH 20 meter bagi kami.yang kami tahu hanyalah mencari seberapa banyak kayu api untuk bekalan sehingga pagi.ini kerana,jika tiada kayu api atau bergelap,ini akan mendedahkan kami kepada risiko untuk diserang oleh binatang buas.

cubaan pertama saya bersama dua orang rakan telah pergi mecari kayu api sementara seorang lagi peserta lelaki menjaga khemah dan unggun api bersama perseta wanita.cubaan kami tidak menghampakan,tidak menang tangan kami membawa kayu api dan cubaan kedua harus dilakukan.tetapi kali ini tangan kami
tidak penuh sebaliknya kami terpaksa bersatu enam tangan membawa kayu api yang bersaiz besar.bersorak gembira kami dengan hasil buruan kayu api kami.macam gembiranya Parameswara gembira dapat memburu kijang pada zaman dahulu.