Pages

Ahad, 27 Mac 2011

harimau masih garang

masih segar lagi dengan kemenangan dan kenangan menjuari Piala Suzuki AFF tempoh bulan yang lalu begitulah juga masih segar dan pekat darah yang mengalir di kaki dan tangan gua saat tika post ini digarap.ini semua dek kerana dua ekor kucing yang tidak berperikehaiwanan bermain kejar mengejar di tengah jalan.lantas dengan sifat ingin menjadi superhero dan menyelamat kucing berdua itu dari dipijak oleh tayar tubless jenama viva gua,terus gua membrek motor tersebut dengan kadar segara.maka inilah hasilnya.

lupakan pasal kesakitan penghapus dosa tersebut,cerita sekarang aksi anak buah K.Rajagopal yang masih garang dengan mengikat kelab dari Perancis yang bermain di Liga Singapura iaitu Etoile FC dengan jaringan 1-1 dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Jalan Besar,Singapura.tahniah dan semoga terus kuat mengaum.

p/s: panggilan untuk menyarung jersi kebangsaan yang diterima Rizal Fahmi Rosid menjadikan EMPAT orang pemain Kelantan beraksi dalam skuad kebangsaan selepas Khairul Fahmi Che Mat,Idlan Talaha dan S.Chanturu.tahniah!

Tiada ulasan: