Pages

Selasa, 31 Ogos 2010

Gadoh

Dr.M guna Wawasan 2020,Pak L pula guna Cemerlang,Gemilang dan Terbilang.dan apa slogan terbaru?gua lupa dah sape nama pak cik ni,guna 1 Malaysia.ok chantek ah tu.dah banyak sangat kaum di Malaya.dari kerja kampung,kerja di ladang kelapa sawit,dan kerja di lombong membawak kepada kumpul ramai-ramai jadi 1 negara.dulu ada ke China ngan India kat Malaya?itu persoalan.dan jawapannya mereka dibawa masuk dulu.untuk menaik taraf ekonomi Malaya.

dan sekarang dah 53 tahun BEBAS jadi jangan ada lagi yang nak menyakat antara 1 sama lain,dengar pulak suara sumbang yang kata itu dan itu asalnya hanya pelancong di negara kita.atau dengan kata lain hentikan perkauman.takkan nak ada lagi GADOH antara kaum.nah tengok sikit thriller filem anak Malaya tentang 1 Malaya.tajuk filem pendek ni GADOH tapi tak ada keluar majalah mangga atau maggis review tentang filem ini.lepas tu pandai-pandailah mencari di laman sesawang.ok,mintak maaf,kurang bernafsu untu berblog petang hari cam gini.petang hari yang lagi gempak kalau ceq pi mandi air terjun.

Isnin, 30 Ogos 2010

oh Tuhan saya

gua tak percaya.gua ingat pakcik Lodin belakang umah gua dah bersiap nak gi kedai gunting rambut dah sebab dia dah nazar,kalau K.K.Kiat dan T.B.Heong menang jura dunia acara badminton beregu,dia nak potong rambut Reggae beliau tu.lepas menang je set pertama,gua bukan main suka lagi,sebab malam tu lah malam terakhir dalam masihi ni,gua dapat tengok rambut pakcik Reggae tu,tapi bila dah star game kedua dan kalah dan game ketiga start,dan kalah lagi,apa lagi nak cerita.jangan potong rambut itu..gua ingat kemenangan semalam boleh jadi hadiah merdeka unutk Malaya yang akan menyambut kemerdekaan ke 53.tulah sape suruh tak pegi terawih tadi.

tapi mungkin kekalahan MC di tangan Sunderland membuat mulut gua boleh meregang tersenyum gembira.gua bukan apa,mana-mana pasukan yang tamak dan takabur,memang gua tak berapa nak sokong.mana 'kuasa duit' yang ada?lawan Sunderland je kan?sunderland tak ada adik beradik Toure,tak ada winger terpantas Spain.aduhh malu.

Ahad, 29 Ogos 2010

merDAYka

tahun ni negara kita nak sambut bulan kemerdekaan dalam bulan Ramadhan.sama macam bulan lepas.kalau sebelum ni kita sambut merdeka dengan mengountdown pada detik 12 malam dan ketika itu jugalah ramai anak adam dan hawa berjimak,kalau boleh jauhilah benda terkutuk itu,jangan sampai terketuk perut ditendang anak dalam stomach lu.tahun ni,try anak muda semua sambut merdeka di masjid,buat doa selamat sikit,doa kesejahteraan 53 Malaya dapat dikekalkan.kasi up lagi bilangan tahun merdeka walaupun kita tak tahu bila alam semesta ini nak ditarik balik oleh maha Esa.gua pun tak de la tahap nasionalisme tinggi macam Encik Hitler tapi gua rasa bersyukur yang amat dan nak la jugak negara ini kekal aman damai,baru best gua nak lepak kat umah,mahupun pergi ke bazar ramadhan.kalau tak aman,jalan je nak pegi bazar dah kena tetak ngan parang.rare tak rare imaginasi gua.

jadi untuk semua pengunjung blog gua,nah ameklah lagu merdeka dari otai scene music di Malaya.tepat jam 12 malam hari Selasa,yakni 2 hari lagi,lu semua pasanglah lagu ni,dan ajak pakcik-pakcik di era pemerintahan Jepun dan komunis nari sikit.bia dieorang tahu anak muda sekarang juga berhati Malaya.

Khamis, 26 Ogos 2010

pendatang

gara-gara menulis review tentang pemimpin Nazi Encik Adolf Hitler,gua ditanya beberapa soalan oleh sorang 'akak' yang agak otai dan ber'knowledge'.memang gua minat cara dia melontar pandangan.bukan dia ingin membangkang tapi berdiskusi.jelas gua perlu banyak melakukan kaji selidik lagi pasal Encik Hitler yang diagung-agung oleh segelintir anak muda.itu tidak salah.sebabnya konklusi yang dapat dibuat setelah berdiskusi secara singkat dengan 'akak' tersebut,gua dapat sinopsiskan bahawa Encik Hirtler sebenarnya mempunyai semangat NASIONALISME terhadap Jerman yang tinggi.sayangkan tanah tumpah darah beliau.jadi kepada peminat Encik Hitler,sematkan semangat NASIONALISME terhadap negara kita Malaysia walaupun mungkin kurang bersetuju atau bercanggah pendapat dengan segelintir pemimpin samada pemimpin berhaluan kanan atau kiri.

jadi tengok berita kah lu semua selepas berbuka puasa?jika tengok mesti lu semua merasa sedikit sebanyak memberontak untuk mencari tiket ke Indonesia memadamkan api yang membakar JALUR GEMILANG.bermula dari isu tarian yang dikatakan dicuri oleh Malaya dari Indonesia pada tahun lepas,isu tersebut sedikit demi sedikit sejuk tapi kembali dihangatkan oleh microwave.Microwave yang dimaksudkan adalah kejadian tempoh hari apabila Pasukan Laut Indon menahan nelayan Malaysia yang dikatakan menceroboh ke perairan negara tersebut,dan Malaysia pula menahan tiga orang anggot pengutkuasa Pasukan Laut Indon.bermula dari situ sedikit demi sedikit menyebabkan rakyat negara itu nak menunjuk hero membantah dan menunjuk perasaan mereka yang terlalu emosi.sanggup membakar bendera negara serumpun dan memijaknya.walaupun hanya serentang kain yang hanya diconteng dengan 14 jalur berwarna merah dan putih,berbulan sabit dan berbintang 14 bucu,tapi nilai sentimental dan patriotisme ada pada kain nan serentang itu.

jangan tunjuk panas,kerana masing-maisng mempunyai panas diri sendiri.nak nak pulak yang tengah demam panas atau demam denggi.biar pihak atasan bermuzakarah menyelesaikan segala kemelut.jangan mengancam keselamatan rakyat KAMI di sana kerana rakyat lu semua yang ada di Tanah Malaya ketika ini hampir 1 juta.yang mana datang belajar,kerja secara haram atau merompak kediaman rakyat KAMI.kalau lu semua boleh mencederakan Ashraf Sinclair yang berbinikan orang Indon,bagaimana pula Acha Seperiasa yang belajar di KLumpur?

jangan berbangga sangat dengan pasukan badminton dan bolasepak anda yang boleh dikatan hebat,kerana takut nanti Malaya ajak lawan skuasy.cukuplah membangkitkan pertempuran.kata negara serumpun.fikir sejenak negara mana yang jadi kumpulan pertama menghantar bantuan ketika Ombak Besar di Sumatera.same-same Islam,warna kulit sama,apa mahu bising?kalau nak ikut dalam cerita Rompers Stompers,komuniti rakyat anda yang menDATANG di negara gua ni,dah lama kena tibai.nak ke semangat Encik Hitler menyemarak?walaupun ahli kumpulan kugiran negara anda ada koleksi 'video',ada ke antara kami membakar bendera tanah air lu semua.tak ada kan?

kalau kugiran HUJAN dan DERIA KEENAM boleh bergabung rukun mencipta karya agung dikenang zaman,kenapa tidak kita semua?masih tak faham atau bahasa Melayu terlalu moden untuk difahami?gunalah Google Trranslater yang lu semua ada dan tetapkan lah tetapan kepada bahasa Indonesia itu lagi senang.tak rapi lagi penerangan gua,buat pasport datang Malasyia dan jumpa di unit rawatan rapi.

allayarham MJ.dongengkah atau realiti

gua hanya copy dan paste.sekali lagi ingin menyebarkan.
moh la kito bace same-same nye yob.sumber dari.http://rezqi.com/michael-jackson-dibunuh-untuk-sekat-islam-berkembang

Cerita ni ada kebenarannya, cuba kita imbas kembali peristiwa yang sama telah berlaku keatas Puteri Diana yang bercinta dengan lelaki muslim. CIA yang menjadi tali barut Yahudi memang cukup licik dalam hal2 ini. Mereka sanggup untuk melakukan apa sahaja untuk memburuk dan menghentikan sebarang usaha dakwah, tambahan pula bintang seperti Puteri Diana dan MJ mempunyai jutaan peminat/pengikut diseluruh dunia. Sebab itulah, ada puak dan kumpulan yang dianggap pengganas oleh Amerika sanggup menggadaikan nyawa mereka untuk memusnahkan rangkaian kepentingan Amerika/Yahudi. Betapa gobroknya mereka ini, mereka sentiasa menafikan kebenaran dan Al-Fatihah untuk Mikael.

Konspirasi Kematian Michael Jackson
Michael Jackson (MJ) adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong gerakan-gerakan amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi.
Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ masih gagal mencari ketenangan hati. Dia cumalah seorang budak yang terperangkap di dalam badan seorang lelaki. Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ.

Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca tentang konspirasi pembunuhan Michael Jackson. Namun MJ telah membuat satu keputusan yang bakal memberikan impak yang sangat besar di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan ketenangan yang dimiliki oleh abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ telah membuat satu kenyataan gempar di satu press conference pada tahun 1989.
“Saya telah melihat Islam di dalam abang saya, saya telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu”.
Sejak kenyataan itu hidup MJ tidak sama seperti dahulu lagi. Dituduh berasmara dengan kanak-kanak, ditambah dengan pandangan-pandangan negatif daripada media Amerika Syarikat, membuatkan MJ berada di tahap tertekan. Semua ini dilakukan agar peminat-peminat MJ melihatnya sebagai satu ikon yang gagal seterusnya membuatkan influence MJ berkurangan.

Melarikan diri daripada tekanan pihak Media USA, MJ telah tinggal di England selama beberapa tahun. Di England, MJ berkawan rapat dengan Yusof Islam, Dari Yusof Islam, MJ belajar serba sedikit tentang Islam. Malah semasa di England, MJ telah berkawan rapat dengan seorang pencipta lagu, Zain Bhika yang telah menciptakan lagu “Give Thanks To Allah” khas untuk dinyanyikan oleh MJ bila-bila masa dia bersedia..
Semasa kes asmaranya dengan kanak-kanak dijalankan, MJ telah melarikan diri dan menetap di Bahrain . Di sana dia  menjadi tetamu khas kepada anak Sultan Bahrain . Di sinilah MJ mula mendalami Islam. MJ belajar sembahyang, baca  Al-Quran dan macam-macam lagi selama 3 tahun.. Akhirnya pada November 2008, MJ pulang ke Los Angeles dan membuat majlis memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan karibnya. Pada December 2008, MJ telah pun pergi  menunaikan haji bersama Sultan Bahrain dan anaknya..

Untuk konsert terakhirnya, MJ mempunyai agenda yang tersendiri. Dia memaklumkan yang ini adalah konsert terakhirnya dan berhasrat untuk mengumumkan yang dia adalah seorang Muslim. Malah MJ juga mahu menyanyikan lagu Give Thanks to Allah pada konsertnya tersebut bersama Yusof Islam. Sebab itulah MJ memilih London sebagai tempat konsert terakhirnya bukannya di USA kerana takutkan pihak berkuasa USA . Pada 12.30 25 June, MJ memeluk managernya dan mengucapkan selamat malam. MJ berkata ” Selepas berlatih selama 2 bulan akhirnya saya dah bersedia untuk konsert ini”.. Selepas melambaikan tangan dan mengucapkan selamat malam, MJ pun pulang ke hotel. Tapi kira-kira jam 2.26 pagi, MJ didapat telah meninggal dunia..

Semasa 911 dihubungi, banyak soalan yang ditanya seolah-olah mereka tak tahu siapa itu MJ dan di mana MJ berada. Nampaknya ada pihak yang cuba melengahkan masa bantuan tiba Tambah pelik bila pihak hospital mengatakan hasil autopsy hanya boleh diperolehi selepas 2 bulan sedangkan teknologi sekarang dah bertambah canggih.
Oleh kerana itu, keluarga MJ telah pun mengupah private doktor untuk membuat autopsy kepada MJ. Keputusannya dikeluarkan hanya selepas 4 hari. Ternyata MJ mati kerana terlalu banyak dos anaethestic, satu ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti berdenyuti jika diambil secara berlebihan. Satu keputusan yang tidak diwar-warkan di media ialah perut MJ tidak mempunyai langsung ubat ini. Tapi darahnya dipenuhi dengan ubat tersebut. Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikan seolah-olah ada orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan MJ.

Dalam CNN semasa diinterview, Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik. “Saya suka MJ… Saya membesar mendengar lagunya. Ia satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam kematiannya” . Pelikkan kenapa seorang Presiden beria-beria cakap tiada konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi autopsy MJ dikeluarkan? Kalau betullah MJ nak bunuh diri, buat apa dia beria-beria nak berlatih selama 2 bulan untuk konsert dia nie? Tak gitu?

Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Tapi CIA telah muncul dan memberi ugutan jika pengebumian secara Islam dilakukan secara awan (dalam TV). Ugutannya ialah Katherine, mak MJ tidak akan mendapat hak penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat. Akhirnya mereka bersetuju untuk MJ dikebumikan secara Islam di Neverland. Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara Kristian mesti diadakan. Itulah yang anda semua tengok di Tv. Sebab itulah keranda MJ ditutup dan tak dibukak. Sebab mayatnya tak pernah ada dalam tue. Ini semua dilakukan semata-mata nak bagitau dunia yang kononnya MJ bukan seorang Islam.
(Sheikh Ha**d)
The Brotherhood of Islam
Buletin of Bahrain

Demi anda semua, kami sanggup bersengkang mata untuk terjemahkan email yang kami terima ini. Tak tahu kebenaran tentang wujudnya konspirasi kematian Michael Jackson. Mungkin benar mungkin tidak. Hanya ALLAH yang tahu…

Rabu, 25 Ogos 2010

Hitler pengganas atau Idola?

gua terpanggil lagi.gua nak kongsi dengan semua.sedang gua melepak melayan kerenah nafsu merokok depan laptop gua terbaca status seorang remaja.tentang Hitler.sapa tak kenal Hitler yang dilabel sebagai pengganas dan Nazi.tapi gua tertarik dengan komen Hitler pasal Yahudi,memandangkan dia dah bunuh ramai Yahudi dulu.bila dah mengucap 'tank kayu' kepada remaja itu,gua diberi link tentang Hitler.baca.KAGUM!jangan judge berdasarkan cerita.baca dahulu.nah linknyer.

http://www.lubuk.net/forum/viewtopic.php?f=13&t=5271

si yahudi

dalam post gua muhasabah part 1 lu semua dah boleh gambarkan macam mana 1 gereja kristian dah dimalukan oleh seorang orang Islam yang dari Malaysia sampai semua nak masuk Islam.gua nak tunggu je si Yahudi pulak kena malukan.bangkitlah kuasa besar islam Iran,UAE,Lubnan dan Malaysia sendiri.gunakan kekayan minyak lu semua.bila lagi,asyik mereka je tindas KITA


Saya boleh bunuh semua yahudi ketika saya berkuasa. Saya tinggalkan sedikit pada kamu agar kamu kenal siapa itu yahudi dan mengapa saya bunuh mereka'

-Adolf Hitler (Pemimpin Nazi German 1889-1945)

cerebrum rosak

dalam last post gua pasal hypothalamus.gua dah terang dengan sedetailnya fungsi hypothalamus yang mengawal perasaan,suhu badan,nafsu mahupun rasa mengantukkalau seseorang mental atau bahasa pujangga menyebur gila mungkin bukan salah hypothalamus.kemungkinan cerebrum dia yang rosak.cereberum salah satu dari 4 bahagian dalam otak.tapi mungkin otak dia dah rosak gara-gara zaman muda banyak minum air ada semut.sadis.tapi gua ingain kongsi jugak gambar budak disembelih bapak dia.kejadian terbaru dan menggemparkan negeri Cik Siti Wan Kembang.kejadian berlaku semalam.

budak ni tak berdosa tetapi di situ dan pada masa itulah sudah sampai ajalnya.cuba ke link Harian Metro untuk membaca pautan berita selanjutnya.ajal dan maut tak akan dapat dicepatkan atau dilamabtkan walau sesaat pun.bersediakah KITA?

Selasa, 24 Ogos 2010

muhasabah part 2


ok siap.4 video di upload dengan kadar waktu yang agak peritmenunggu.tapi harap ini tak seberapa dengan ganjaran dari DIA.gua tak nak ganjaran beriban dari nuffnag,gua jugak tak nak orang ramai mengfollow blog gua,jauh sekali nak publisiti sehingga keluar di dada mahupun anggota lain akhbar.gua hanya ingin KONGSI!

muhasabah part 1

gua bukan baik,itu pengakuan jurjurnya.selalu lalai juga.post ini bukan juga nak menunjukkan gua yang kononnya baik.gua tak mahu menulis panjang sebab bukan gua yang akan muhasabah diri para pengunjung blog.pedulikan apa orang nak cakap.pedulikan apa kawan-kawan di sebelah yang sibuk berFB nak kata apa.tapi sempena bulan puasa ini,gua mintak satu sahaja.letakkan tangan di dagu,tumpukan perhatian,buang jauh-jauh assignment mahupun test.dengar sebaiknya.itu sahaja.lepas tu,sambunglah apa sahaja aktiviti lu semua.2 video untuk part ini.2 video lagi akan menyusul.AMIN!


ceramah ini diambil ketika khutbah jumaat.kabur lokasi masjid dan tarikhnya.disampaikan oleh Ustaz Abdullah Khairi.semoga tuhan merahmati beliau.ok video pertama,cerita pertama.CNN,al-JAzera,TV3 mahupun TV80 tak siar cerita ini.gua nak siar.biar lu semua tahu cerita ini.kemudian nilai agama kita

julung kali

sedikit perubahanlah bulan puasa ni.gelak,gelak jugak,tapi agak-agak,yang penting jangan belagak,nak gelak ajak gua.kihkih.ok tukar kepada mood serius balik.julung kali gua rasa terpanggil nak tulis sedikit tazkirah tapi bukan kasi zakat fitrah.

puasa datang setahun sekali.kecuali puasa ganti mahupun puasa sunat.puasa dimaksudkan adalah puasa di bulan barakah bulan Ramadhan.puasa merupakan rukun Islam yang ketiga.setiap orang Islam yang tidak mempunyai keuzuran diharuskan berpuasa.huruf besar sikit nak kasi nampak.HARUS!MESTI!WAJIB!di akhirat kelak,sesipa yang berpuasa disediakan satu syurga khas bagi mereka iaitu syurga ar-Rayyan.ops sory.untuk orang berpuasa sahaja ye.lu tak puasa,duduk diam-diam.biasa mulut orang berpuasa sedikit berbau tetapi ianya paling harum di sisi Allah S.W.T.tapi bagi golongan berpuasa,tapi tak solat,lu agak bangang.baik pegi beli mcD drive thru dan bebuka kat mana-mana lombong.ingat.ok huruf besar berserta tanda seru untuk menunjukkan tegas.INGAT!perkara pertama yang dihisab adalah solat bukan berpuasa.ramai yang berpuasa,tapi tak bersolat.puasa ibarat satu kewajipan kerana ianya setahun sekali.atau lu puasa sebab nak main mercun di malam raya?

gua nak memetik kata-kata dari sahabat gua yang agak bangang tetapi entah kenapa malam itu cukup ilmiah percakapannya.

PADANG MAHSYAR

Nabi bersabda di pdg Mahsyar ada 120 saf panjang..
panjang 1 saf 40000 tahun perjalanan..
lebar saf 20000 tahun perjalanan..orang yang beriman hanyalah 3 saf  Di DEPAN SAHAJA....
di manakah kedudukan SAF kita?


hypothalamus

banyak dah berubah sekarang.dah belajar membuat smiley,dan tidak tidur selepas sahur selagi tidak terdengar azan subuh.tahniah!kihkih.malas nak buat banyak smiley tapi ameklah satu,:)...ke nak satu lagi?cukuplah dulu.kihkih.hari ni lepas sambung tido lebihan kurang pukul 6.15,gua bangun dan macam biasa pegi menunaikan amanah bonda iaitu pegi menuntut hutang.hutang dari pensyarah gua.hutang apa lagi kalau bukan hutang ilmu.orang dah penat-penat bayar yuran tak kan tak nak mengajo ye yob!

kelas pertama hari ini apalagi kalau bukan tubuh badan manusia ciptaan Tuhan yang sedia ada sempurna dan cukup Kompleks,lebih kompleks dari Kompleks membeli belah Mid Valley.dari sekecil-kecil tulang,membawak kepada saraf sampailah ke otak.ok otak.itu salah satu yang gua dan rakan seperjuangan belajar.nak gua ringkaskan,salah satu pembalajaran gua adalah HYPOTHALAMUS.

menatang cilaka apa pulak hypothalamus.ok tak baik mencerca perkataan itu.kalau tak ada benda tu tak membiak lah lu semua.itu bukan organ pesenyawaan,mahupun alat sulit.ok jangan gelabah pegi tanya cikgu biologi apa itu hypothalamus.relax.biar gua tunjuk kepekaan gua dalam kelas tadi.sebenarnya gua tulis panjang-panjang ni sebab gua nak amek masa ingat balik apa itu bendasing hypothalamus.ok dah dapat

OTAK MANUSIA TERBAHAGI KEPADA 4 DIVISION SEPERTI KUGIRAN joy division.ANTARANYA CEREBRUM,DIENCEPHALON,BRAINSTERM dan CEREBELLUM.hypothalamus NI BERADA DALAM SEKSYEN DIENCEPHALON.FUNGSI hypothalamus NI ADALAH UNTUK MENGAWAL SUHU BADAN,RANGSANGAN SEKS,MARAH,RINDU dan KAWALAN TIDO.

sebab tu gua cakap kalau tak de benda ni lu semua tak wujud.tak ada rangsangan macam mana nak berjimak.part kedua last fungsi hypothalamus tu yang gua sikit konfius.dah reti nak rindu-rindu dah otak gua sekarang.lepak je,nak berTEXT,relax jap nak berinteraksi kat laman sesawang.tapi kalu dapat berinteraksi,mahakarya,melonak gembira,tak terkata,terbeliak mata,tahik mata jawabnya sebab menangis terharu.aishh bahaya betol situasi ini.sume salah hypothalamus dalam otak gua.gua pun sekarang dah pandai curi pasu bunga umah jiran dah,sebab nak amek bunga kasi kat 'budak itu kan'..kihkih.ok tidak,itu fitnah gua terhadap diri gua sendiri.

makcik-makcik yang tak nak laki dia kawin lagi sorang,janngan amek pisau belah dadanya,jangan juga amek asid simbah di mukanya tapi,amek mesin gerudi jenama BOCH,gerudi kepala laki makcik dan sedut hypothalamus keluar.biar laki mak cik tak berperasaan.tapi bukan setakat tak berperasaan je,bernafsu pun tidak lah jawab nye.ate teman ni saje je nak kabo,tapi kome jangan la ikut pulok ye yob.tapi itulah hebat sungguh ciptaan DIA,maha Esa.bersyukurlah

Isnin, 23 Ogos 2010

kad raya

berbalas nampaknya.kata-kata perangsang juga disertakan ibarat menghantar kad ucapan raya dari luar negara.apalagi gumbira lah hati bonda di kampung halaman.itulah yang disiratkan perasaan sahur gua ini pagi.walaupun semalam gua dah dikhianati oleh lauk yang pedas hingga 1 rumah menjadi sesak terutama di ruang jamban.tapi itu tak penah patah semangat gua untuk bersahur.tapi agak sentap dek ke'seri'an yang dipamerkan Mu last game semalam.
tank kayu untuk penyeri Samporna.'jangan terburu',ketika memburu,nak tembak kanggaro,tak ada peluru.itu kata lu.AMARAN!jangan terburu

perpindahan masih berjalan

apa nak gua kata.nak berpaling tadah takut dipulau peminat MU tapi itulah luahan rasa hati.hati kecil gua kata MU gampang seperti Gambang Holy Waterparks!dah bagi penalti tak nak skor.nah amek team jahat skor.kan dah berkongsi mata.memang awal musim,tapi itulah pembaziran mata orang dulu-dulu cakap.ingat!ok kejap,nak buat huruf besar sikit INGAT!musim lepas tak leh challenge Chelsuck disebabkan 1 mata je.panas dalam cuaca sejuk ibarat 'akak sejuk di Warta Bangi'.berdasarkan match sengit dan tengit itu tadi dua player masing-masing 1 dari MU,1 dari Fulham akan berpindah.atau dengan kata lain pertukaran pemain secara percuma.

Luis Nani move to Fulham (penalti missed)
Hangeland move to MU (own goal)

pertukaran ini kerana kedua-dua kelab berterima kasih ke atas pemain lawan dan mencerca pemain sendiri.Hangeland dipuji Ferguson,Nani diangkat Mark Hughes!

amuk KotaBharu

Where do you come from dude?NewCastles bitch.I repeated NewCastles!
antara ungkapan yang gua akan cakap bila orang tanya gua jenis soalan itu.baru nampak gangster.sesuai dengan amuk yang berlaku di kota Britain.sedang gua enak dilamun mainan tido,gua terjaga dek kerana beberapa anasir melompat riang tengok cerita gusti.agak terencat!lantas gua bangun mencapai aset gua,membuka laman sesawang keputusan semasa bola.terkejut memang terkejut tapi bangga KotaBharu,Kelate mengamuk.pelikkah lu apabila amuk itu membuat gua bangga?ok.tengok betul-betul.

Newcastles 6-0 Aston Villa

p/s: nak royat buwi sikit.KotaBharu bandar negeri Kelate.ambo ore Kelate.kihkih gelak setan.sentiasalah berbangga dengan negeri,negara tanah Tumpah darah anda.tapi elakkan RACIST dan tikam depan!

Sabtu, 21 Ogos 2010

Twilight dan sendawa

memang agak pelik.pro dan contra.atau mungkin tak ada kaitan langsung.tapi gua nak cite juga part yang tak best dulu.diingatkan kepada orang yang di sekelililng gua mahupun yang akan berada dekat dengan gua,gua amat pantang kalau lu sendawa kuat-kuat.teman-teman gua sudah sedia maklum tentang pantang gua itu.ibarat wanita berpantang selepas bersalin.tapi baru kali ini gua warwarkan.sebabnya?adakah lu rasa beradab bila sendawa dengan mengeluarkan volume yang tinggi.bukan eardrum sahaja yang akan pecah malah deria hidung juga akan rosak dek kerana bauan yang dikeluarkan.tolonglah wahai hamba Allah.itu menjijikkan.gua dah kena,gua tahu azabnya.kalau nak sangat mempertikaikan teori gua ini,pegilah letak hidung lu dekat dengan mulut sesiapa yang sendawa dan sedutlah sepenuh keikhlasan hati.gua kena lagi masa berbuka puasa tadi.itulah yang membuatkan gua terpanggil ke depan meng'AMARAN' lu semua.

Twilight.terima kasih membantu.gua bebrbangga walaupun gua tak tengok cerita itu.maaf.agak tersirat tapi bernasib baik difahami.sekali lagi memuji kecantikan ciptaan Tuhan lengkap dengan kurniaan yang lebih mahal dari emas putih,iaitu OTAK.terima kasih.

budak ni kan!

what a beatiful creation from Him!tengok sebab lu gua dah cakap bahasa penjajah.ye.sebab anda dalam bahasa sopannya.ouhhh Tuhan.hebat ciptaan anda.gua tanpa segan silu mengaku dengan penuh keikhlasan dah jatuh hati dengan ciptaan Tuhan yang seorang,sebiji,sebidang,sebuah,segerombolan itu.sempurna.teramat sekali (titik noktah dan tanda seru diikuti koma dan noktah bertindih)dah lama kenal sedari sebelum baligh tapi hanya kenal namanya,tidak pernah bertegur sapa tapi ingin bertegur.bersyukurlah anda atau sesiapa yang memiliki anda terutama ibubapa anda.ingin ditegaskan sekali lagi anda sempurna ibarat rokok Samporna!

TAPI(buat pertama kali gua mengubah saiz huruf di dalam post gua,cm geGURL)

sekali lagi menyedari kerdil diri gua dan tak berapa nak layak.jadi,kepada sesiapa pengarang cerpen jumpalah gua dan karang lah cerpen dongeng tentang gua dan hajat di hati yang nak digapai tak tercapai hingga terkapai-kapai dan babai!

anak muda

baru je nak insaf tapi lalai balik.ibarat apam balik dah hidup gua.kembali ke pangkal jalan.kali ini secara jujur dan penuh tawadduk gua ingin reviewkan pasal muzik.maaf ini sedikit lari dari hal keagamaan tapi hanya sekadar hiburan jangan sampai lalai.

bukan main banyak lagi kumpulan kugiran yang timbul ibarat 'cendawan tumbuh selepas hujan ais'.ada yang menarik perhatian ada yang mencacatkan pemandangan.sebelum gua menyiarkan rakaman amature dan profesional dua band dalam review ni,gua terlebih dahulu nak buat ucapan ibarat ucapan hari raya kepada ahli band Correctamundo dan Primary atas dasar meng'post' video kalian tanpa kebenaran.gua bukan ada nombor talian pascabayar lu semua.jadi jangan saman gua ok.gua nak tolong kembangkan sayap lu semua jugak.

Correctamundo.kugiran budak-budak UTEM Melaka.vokalis dia,abang ipar jiran arwah ayah atuk gua.dia yang membawa gua kepada pengenalan band ini.tak ada hasilan album lagi tapi dengar cerita dah jadi Juara Batlle of The Band UTEM tahun 2010.nah ameklah santapan jiwa muda kalian.

Primary.pengenalan gua kepada band ini terjadi apabila gua menyelongkar blog bolasepak kegemaran gua,Sokernet.dari situ gua kenal brother yang agak grunge brother Pipi.gua je kenal dia,dia jauh panggang dari api liter Aladin nak kenal gua.nak dijadikan cerita gua dapat tahu dia ada band dinamakan Primary.ala-ala The Cure gitu tapi arrangement muzik yang funky menepati citarasa halwa telinga ibarat Maggi Cukup Rasa.tau tak apa!kedengaran suara budak kecik menyampuk.dah ada lagu yang dicipta dan boleh didengar mahupun di selidik di TubeAnda.ini salah satu daripadanya.

Miss Doctor

sudah lama gua menyimpang dari hala tuju sebenar blog gua.dari nawaitu sebenar untuk menjadi blog bolapenyepak dan muzik gua di bawah paras normal telah menulis tentang isu dan konflik hidup gua.gua lalai.tapi tak ape.tak kena kompaun so who cares!

gua terbaca blog CH GF gua,dulu lain,tapi semenjak nak jadi warga pengubat orang kesakitan dan melanjutkan pelajaran ke bumi Anbia,Tuhan Maha Esa...memang banyak berubah.gua gembira,agak kaget di awalnya tapi itulah realiti hidup.kadang-kadang gua malu untuk berinteraksi dengan beliau.siapa gua nak dibandingkan dengan beliau.dari segi perwatakan mahupun latarbelakang keagamaan.kerdil betul rasanya ibarat 'makcik pendek di Seksyen 16 Bangi'.semakin ayu dan cantik ditambah dengan kebijaksanaan.hati mana tak tertarik.kihkih.barang siapa yang merasa golongan Adam yang ingin mengenalinya boleh lah contact gua,akan gua bagi no fon bapak dia.ok itu hanya gurauan sampingan.motif gua,etiap kali gua tengok blog dia,mahupun baca status di FB beliau,gua rasa amat kerdil.layakkah gua berkawan dengan beliau.sungguh baik budi pekerti ibarat Sumaiyah.dulu gua kenal dia sebagai gadis yang lain tapi hari ini,dia lain.Terima kasih tuhan.kerdil sungguh diri gua.gua harap gua jugak dapat hidayah untuk berubah seperti dia.

gua banyak lalai.gua rasa bolehlah gua start kumpul duit nak pegi ke Tanah Arab,mungkin gua juga boleh jadi seperti Yasir.kihkih

Jumaat, 20 Ogos 2010

menjelang hari jalang

biasa kita dengar menjelang hari raya.tapi kali ini tidak.gua ubah sikit kepada menjelang hari jalang.kepada orang ganu ini bukang 'jalang-jalang cari ikang' ye!apa yang gua maksudkan dengan jalang itu,hahh itu yang gua sendiri tak tahu.jalang sungguh situasi dewasa ini.gua sangat cemburu dengan insan-insan yang seronok membuat persiapan berhari raya ibarat tiada tiada lagi raya tahun depan bagi mereka.agak kejam ye di situ!

bukan ape,gua sedikit terkilan dan cemburu kerana disaat bulan Ramadhan melangkah pergi secara perlahan-lahan dan kita semakin menghampiri Aidilfitri,ramailah makhluk yang bernaung dibawah agama Islam membuat persiapan meraikan hari raya.kehulu kehilir mengalahkan penghulu.abis semua barang start dari stokin sehingga ke stokin kepala telah diborong.tapi bagi gua bukan sibuk membuat persiapan raya,tetapi sibuk buat persiapan nak sempurnakan sem 1.assignment jangan cerita,test pulak asyik ketawa,presentation macam orang gila.ouhh sory sedikit beremosi gua,tapi itulah tanda protes diri gua.kalau ada 1 meter untuk menyukat ke'busy'an diri gua,gua tentu dapat rangking ke 2 di belakang Karam Singh Walia tetapi di atas Berat Obamama Ladies.

Jumaat, 13 Ogos 2010

sumbangsih versi omputeh

liga omputeh atau liga Britain dah buka pintu.ngam-ngam dengan waktu umat Islam menyambut Ramadhan.tapi tak pe,majoriti mereka adalah golongan yang masuk neraka yakni tidak berpuasa.sumbangsih merupakan nama bagi piala pebukaan di Malaysia,tapi di Britain negara lahirnya The Beatles dan Oasis ia dikenali Community Shield.

pertembungan untuk tahun 2010 ini antara The Blues dengan The  Red Satan.itu di Britain.jika di Malaysia sudah tentu The Blues akan bertemu dengan The Green,kumpulan yang menyokong Robert Green.entah kenapa dalam hati agak hambar untuk perlawanan ini.jika diikutkan cerita dari nenek moyang dahulu kala,kedua-dua team ini merupakan musuh tradisi.tapi mengikut padangan cornea,perlawanan pembukaan kali ini agak lesu.port melepak untuk peminat EPL di kampung gua sedikit hambar.yang ada hanyalah pekerja dan pemilik restoran serta beberapa kerat pakcik-pakcik yang bini mereka malas untuk memasak sehingga memaksa mereka makan di kedai.mungkin dapur rumah mereka rosak kot.JANGAN HUKUM BUKU DARI KULITNYA kata omputeh.






lupakan itu semua,marilah kita menghulurkan kata-kata pujian dan tahniah kepada pasukan Satan Merah yang berjaya menundukkan pasukan yang berpengkalan di Jambatan Stamford dengan kemenangan 3-1.angka 3 itu memang dirancang dan angka 1 itu juga turut dirancang,dengan memberinya secara percuma agar pasukan biru tidak pulang dengan tangan kosong.ketika post ini ditulis gua mulai sedar bahawa gua tidak menganjing atau bahasa saintifiknya menDOGGY kawan gua yang mana merupakan peminat tegar si baju biru.patutlah gua tengok percakapan member gua itu agak sopan dan tersusun frasanya bila berhadapan dengan gua.mungkin takut gua menDOGGY beliau.tak apa.gua pun bukan ada nafsu untuk membahan orang sekarang.gua ingin membuka lembaran baru dalam hidup gua.mungkin kamu semua mengatakan ini hangat-hangat tahi ayam,gua tak kesah dan gua tak mahu komen kerana yang terpijak dan merasa kehangatan tahi ayam itu kamu semua,bukan gua.

ok jumpa lagi di POST seterusnya.glory glory MANU walaupun gua kurang berminat jersi terbaru kalian semua.BTW,wtf,wwf,sms,gua juga nak umum pembelian baru pasukan MU.mereka telah mengambil autigraf pemain penyerang muda Portugal yang mak dia kasi nama Bebe,jiran kepada Pepe,bapak dia dipanggil Papa.menjadi atau tidak,setanding Rooney atu tidak,haa itu yang kita tak tahu.kita kenalah tengok dan nilai.

Rabu, 11 Ogos 2010

sape lawan sape kawan

hari ni hari pertama puasa.
hari pertama puasa di tempat baru.
hari pertama puasa dengan tiada lagi 'habitat' lama.
hari pertama memulakan langkah hidup baru dengan sedikit longlai.
sedikit goyang disitu,goyah usah cerita.hati dan tuhan sahaja tahu.
tapi ada je hamba Allah yang dari jauh dan dekat menghulur bantuan.
dari segi kata-kata,tempat berteduh hingga kepada pakaian.semua bergabung menjadikan kita dapat kenalpasti yang mana kawan,yang mana lawan,yang mana Palestin,yang mana Israel,yang mana pengebom berani mati,yang mata penikam belakang.
terima kasih semoga Tuhan merahmati kalian itu sahaja yang dapat diucap,diungkap kepada kalian semua.
tidak putus-putus memberi semangat,dorongan dan sentiasa menghulur tangan agar kami tidak terjunam jatuh.
dari adik beradik,membawak kepada ibu dan bapa saudara,sepupu,dua pupu,dan bernombor sepupu,kaum kerabat,saudara mara,sahabat,jiran tetangga,penghulu kampung dan orang-orang kampung.terima kasih.
KAMPUNG SELISING dalam ingatan.tak akan gua lupa jasamu.ada masa ketemu lagi.

Selasa, 10 Ogos 2010

pedih RAMADHAN

sikit lagi.sikit lagi.
sikit lagi nak kena,sikit lagi nak hancur.lari-lari si ibu membawa si anak lari.
kasih ibu kepada anak.si bapa keluar mencari rezeki balik hancur hatinya,lembik tubuh badannya melihat wang yang dikumpul dari lapang sawah di kampung yang diconvert kepada batu bata yang digabung menjadi sebuah objek dipanggil rumah rebah menyembah Bumi Allah.

baru ingin menjadi pemimpin pertama selepas ibubapa.mencuba telan dan serap pahit manis adik dan ibu ketika saat sukar ketiadaan ayah.tidur pukul12 tapi dikejutkan keluar jalankan tugas pemimpin sehingga awal pagi.penat,perit dah rasa.memang berat.demi semua gua cuba.cuba yang terdaya walaupun dicerca dan dihina.gua tak akan diam diri kepala dipijak bertubi-tubi walaupun mendapat sokongan ramai.sebab ini keluarga gua,gua punya rasa sendiri untuk bertanggungjawab.

sikit lagi.sikit lagi nak puasa,sikit lagi nak raya.tapi lokasi dulu dah menjadi gudang berhabuk dan hancur.mana perasaan berbuka puasa dan membakar mercun di malam raya di lokasi itu?hilang mungkin.mungkin seperti batu bata yang dibina oleh si ayah yang hancur menjadi debu dan diterbangkan angin.setiap malam melihat deraian air mata adik yang mempersoalkan karier bola sepak di kampung,kawan-kawan yang berlari seirama kesana kemari,si ibu pula menangis memikirkan nasib anak,hancur hati melihat hancurnya istana yang menjadi saksi proses tumbesaran 6 makhluk tuhan yang tergabung dari sperma dan ovum.

mana hati?mana perasaan?mana akal?kalau dah hilang baik baik jadi gila,mungkin boleh mati.kalau nak mati,kalau nak lumpuh hubungi lah gua.khusus untuk lu insan TERSAYANG yang buat gua bermonolog makian keatas kamu sekeluarga.tunggu masa,tapi jangan tanya bila,jumpa kena,tak jumpa ok saja.

Khamis, 5 Ogos 2010

ummi,bonda,ibu,mami monster,mama

act post ni bukan gua punyer.gua cuma amek dan foward balik.bukan apa,gua yang hati gersang tak ada air menitis air mata laju seperti air di Gampang Holllywaterparks.bacalah kalau rasa gangster.kalau tak nanges maknanya lu gangster bro,kalau nanges tak dapat teman nak tolongnye yob.



Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal

Mak.....
Terlalu bosan rasaa duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.......
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni......

mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu......
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih......
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak......
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam .......
kengkadang siaran indonesia ..
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi......
ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm...bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran... ....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ..
ampon kan kiter.....
Mak.....
Jam 4.30 pagi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital.....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.......
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn

Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. .....
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Mak......
Kiter masih ingat lagi....
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak.....?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni...
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak....!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak.....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib....
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak.....
nak cakap dengan mak.....
anak mak yang ni dah tak betul kan ..?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong....
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma....
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih....
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...k
Kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk univesiti....
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang... s
ampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,

harta karun

tunggang moto laju-laju,di bawah suhu -5 ferenhait di Belgium.seamata-mata nak cari harta karun encik Harun.yang jumpa hanya encik Harun dan kunco-kunco.harta nye tak boleh dikasi kerana tiada peta dan petunjuk untuk ke lokasi tersebut.
alang-alang menebas lalang biar sampai jumpa belalang,biar putih tulang jangan Rumah Putih di Amerika yang berputih mata.habis perumpaan digunakan tapi semua sia-sia.nasib baik tak ada bahana yang menimpa.
esok pergi berenang dan menelan air sehingga kembung perut di Gampang Hollywaterpark.tak dapat ikan Jaws,dapat ikan Blue Whale pun jadilah untuk menjadi menantu ibu gua kat kampung,gua tak memilih sangat.
jam dah pukul 4.30am waktu di Indera Mahkota,dengan pintu yang berbunyi ibarat ditolak oleh etiti buat gua sedikit goyang walaupun gua gangster.bukan gua takut tapi gua trauma.pintulah yang menjadikan kepala gua benjol macam Thiery Henry.elok gua beradu dulu

Rabu, 4 Ogos 2010

macam biasa

malas untuk berPOST dan berUPDATE blog.kenapa?haa itu yang gua tak tahu.jadi gua apabila dah berbincang dengan senat dan AJK blog gua,gua dengan ini isytihar sape-sape individu yang nak jd pengePOST untu blog gua,boleh lah hantar kat email gua tekateki_malaya@yahoo.com.sekarang gua nak tanya ada bran ke tak bran?