Sabtu, 30 Oktober 2010

bo lawe staro demo

menuju ke bandar metropolitan Kuala Lumpur selepas menonton cerita Ahmad Dhurah menjadi hala tuju dan tema hidup gua pada hari esok.

sebelum melangkah pergi memberi semangat kepada pasukan Kijang Emas,mahu sahaja gua memberi salah satu sumbangan.mungkin ini post yang terakhir sebelum bermulanya saingan akhir Piala Malaysia di Bukit Jalil antara Kelantan dan Negeri Sembilan.

kenapa pula kita tidak boleh berbuat benda sama?Encik Sathia sendiri sudah mengatakan ingin bebenor hatinya menghadiahkan Piala Malaysia yang edisi ke-83 kepada Sultan Mohamad V iaitu Sultan Faris Petra.ayuh Red Warrior.main bijok,mene bijok,bijok sokmo.Go more Kelate Go more!

lupakan seketika tentang harga tiket yang memaksa kita bersengkang mata buat OT kerja,menahan lapar ke kolej,mencuri duit tabung adik dan sebagainya.Fokuskan semangat dan sokongan untuk sabtu ini.hanya sabtu ini.peluang ke peringkat akhir bukan selalu datang,gunakan sebaik mungkin.

agak serius post gua pada malam ini.gua sememangnya seorang yang serius.tak minat nak bergurau.kahkah.nah amek dulu lagu dikir barat sep kito.semangat sikit boh-boh sekalian.

Khamis, 28 Oktober 2010

ya'juj dan ma'jud manusia?

amatlah gua tertarik dengan sebarang berita mahupun cerita yang berunsur pengetahuan,yang benar semata-mata benar.terbaru gua dapat informasi dari post seorang sahabat gua dalam muka buku.

betul atau tidak hanya yang maha Esa mengetahui.tapi gua hanya ingin berkongsi.kita sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran haruslah memikirkan kebesaran yang maha Esa dan segala ciptaan-Nya di muka Bumi.

selami dan bacailah ini

Ya'juj dan Ma'juj adalah manusia?

semangat kepada Kelantan


Sokernet.blogspot.com
begitulah domain web blog bolasepak yang agak bertaraf antarabngsa dan bersense of humour.segala informasi tentang bola sepak di dunia termasuk di dalam negeri ada di dalam blog tersebut.
mempunyai ramai penulis tetapi gua tak pasti ada atau tidak penulis datangnya dari Kelantan Darul Naim.

tapi bukan itu yang menjadi keutamaan.
yang menjadi keutamaan sekrang adalah blog yang mempunyai pengikut di seantero pelusuk Malaysia,membuat review pemberi semangat kepada pemain Kelantan,penyokong Kelantan yang akan bertandang ke Bukit Jalil Sabtu ini.
walaupun terdapat sedikit anjingan dari penulis,tapi anjingan tersebut benar belaka.
"jangan jadi perangai nate beruk".sokong bijok,main bijok,jadi bijok,bukan bate cok!

nah cuba tengok:
http://sokernet.blogspot.com/2010/10/red-warriors-sejati.html

Web Cam jom!

gua nasihatkan supaya lu semua jangan sesekali berwebcam ketika di dalam krisis perhubungan.bukan gua jeles jauh sekali nak iri hati dengan pasangan merpati sejoli tapi gua takut lu terlihat aksi 'siaran langsung' seperti ini.kahkah

Rabu, 27 Oktober 2010

hati kering

gua kalau diikutkan berhati kering.amat susah mahu senyum apatah lagi untuk gelak.jauh ayam panggang dari api.tapi bila gua baca cerita ngeri berunsur kematian gua akan gelak.gua tak gebang.gua ada bukti.sekarang nak tanya RARE tak gua bila gelak baca cerita ngeri?hati keringkan?

__________________________________________________________

Di bawah ini karangannya:



Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.
Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip
tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan
dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu
emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar.

Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan
garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120
kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8
kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan
laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke
dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!".

Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut
berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu
pula.
Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu
sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju
iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat
menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi
jalan lalu bertembung dengan sebuah feri.

Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya
mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan
memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia.
lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak
saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting
Highlands dan terus ke tempat kemalangan.

Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.
Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula
lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat
takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia
menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia
menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan
kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.
Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke
tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya
sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu
tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori
itu mati.
Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu
pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat
polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian
kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi.
Polis yang bertugas cubamenyuraikan orang ramai lalu dia menjerit
menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai
lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada
penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang
mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus
berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah
kami pun mati.
Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya
mati.

p/s: gua terbaca karangan budak darjah empat ini kat internet lalu mencuri hasil karya budak yang berimaginasi tinggi ini

2 lawan yang besar

jika pilihanraya di Dun Galas pertembungan anak jantan satu lawan satu antara PAS dan BN,tetapi di sumatera Indonesia,DUA lawan besar melawan ratusan ribu rakyat jelata.

agak RARE dua lawan yang besar itu sehingga boleh membunuh.apa maksud gua?letusan gunung berapi dan tsunami yang melanda yang menjadi tajuk utama post gua kali ini.

sungguh maha dasyat dugaan dan cubaan dari yang maha Esa ke atas Indonesia.sekali lagi kepulauan Sumatera Indonesi dilanda tsunami.sebelum ini di Aceh tetapi kali ini di Kepulauan Mentawi pula.gempa bumi berukuran 7.7 pada skala ritcher mencetuskan fenomena tsunami dan mengorbankan 160 nyawa manakal 502 lagi masih dicari.lebih memburukkan keadaan apabila pada masa sama Gunung Merapi akan meletus dan muncarahkan lava pada bila-bila masa.

semoga Malaysia dijauhi dari segala malapetaka dan bencana.dunia akhir zaman.

Selasa, 26 Oktober 2010

pengacara terbaik

gua tak tahu kenapa gua suka cara brother ni.hidup dia macam tak ada masalah.dia serba boleh dan tidak stereotype.tepukan gemuruh untuk penghilang tekanan di musim peperiksaan.

    



matinya seekor peramal

Sepanyol mahupun Selangor patut berterima kasih dengan ramalan Paul si sotong.bagi pasukan yang menang,Paul disanjung bagai putera raja tapi bagi pasukan yang kalah,Paul lebih enak dijadikan santapan makan malam.

dengan ini gua nak menghebahkan pemergian si Paul sang peramal pada usia 2 tahun setengah di akuarium hidupan laut Jerman.adakah akan timbul generasi peramal di hari muka?hah itu yang kita tak tahu.

terkilan gua tak sempat nak suruh Paul ramal keputusan Piala Malaysia sabtu ni antara Gomo Kelate Gomo dengan Hobing Jang Hobing

anti FAM

selepas satu,dua,tiga dan permasalahan yang cuba ditimbulkan oleh FAM keatas pasukan Kelantan.gua yakin dan berpegang teguh dengan perasaan gua yang mana bukan penyokong Kelantan sahaja yang benci dan mengacung jari tengah ke arah FAM tetapi,seluruh peminat bola juga amat ANTI-FAM.

selepas menggantung jurulatih Kelantan selama 6 bulan lamanya bersamaan 1 semester pengajian di institusi pengajian tinggi,kali ini harga tiket pula dinaikkan kepada 30 hinggit.mahal tak hingat.gua rasa ini salah satu nak halang dari penyokong Kelantan dari memenuhi Bukit Jalil.maklumlah selama ini FAM makan duit lumayan dari kebanjiran penyokong Red Warrior walau di mana pasukan Merah Putih itu beraksi.

kenapa?dah tak nak makan duit rakyat Kelantan.gua cakap macam tu ada sebab relavannya.jika mercun,botol air mahupun kapal terbang kertas dibaling kepadang oleh penyokong Kelantan,dengan lantang macam binatang FAM kenakan tindakan.ingat insiden ini?

1. pemain Kelantan berjersi 6,Farisham terkena balingan mercun ketika terbaring di atas padang ketika perlawanan menentang Perlis di Kangar Piala Malaysia yang lepas.

2.insiden balingan batu ke arah penjaga garisan yang berlaku di Paroi pada separuh akhir pertama Piala Malaysia di Paroi.

cukuplah dua insiden tu dulu.nak sebut banyak-banyak bukan FAM ambik tindakan pun.ambik tindakan ke atas dua insiden ni dulu,barulah anada hukum Kelantan.

terkesima gua,bila blog bolasepak terkemuka Malaysia,SOKERNET juga mencerca dan membenci FAM
Kami F**K FAM

mutu bolasepak takkan kemana jika badan induk seperti FAM menggunakan otak macam pelanduk yakni haiwan semata-mata.

Isnin, 25 Oktober 2010

jasa anak

nilai dan harga ibunda dan ayahanda yang mendidik dan menjaga kita sedari kecil sehingga menjadi manusia yang makan sehingga berpinggan-pinggan nasi adalah tak ternilai harganya.jika menjuarai program Who Wants To Be A Millionaire sekalipun belum tentu dapat membayar harga penat lelah dan wang ringgit yang telah diberi oleh kedua orang tua.

sebagai anak kita hruslah membayar balik segala budi baik ibunda dan ayahanda kita dengan sehabis baik walaupun tak setimpal.selain membawa ibunda dan ayahanda ke kota Makkah,apakah jasa dan hadiah terakhir kita setelah ibunda dan ayahanda kita meninggalkan kita?

ini jawapannya




gua rasa ramai lagi anak muda termasuk gua yang jahil bab solat jenazah.mari belajar moga kita dapat memberi bakti kepada ibunda dan ayahanda kita sebelum mereka disemadikan.

jika Ragbi boleh,kenapa tidak Bola Sepak

terkesima gua baca artikel di Berita Harian Online pagi ni.ok silap tengahari ni.rupanya tidur gua terbabas sampai tengahari.

berita yang gua baca adalah tentang sukan ragbi bagi negeri Cik Siti WanKembang.gua tak nak ulas banyak,tapi jika skuad ragbi boleh melakukannya kenapa tidak pasukan bola sepak?

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SkuadragbiKelantanjulangtrofiPialaAgong/Article

Ahad, 24 Oktober 2010

penceraian

hentikan penceraian.itu yang gua ingin katakan di sini.tanpa mempedulikan buku di sebelah,gua nekad menulis post berunsur kekeluargaan ini kerana rasa terpanggil selepas disoal siasat oleh sahabat zaman kecik gua tentang nasib sahabat gua yang di kampung halaman yang sudah bercerai tetapi mempunyai seorang anak.bak kata kugiran dari Amerika,Blink 182 'its not right,its not right!'


hentikan penceraian kerana bukan kerana nafkah batin yang terseksa tapi kesiankan hasil penyatuan ovum dan sperma kalian yang dipanggil anak.anak-anak memerlukan kasih sayang dan pembimbing di masa datang.jika bercerai anak-anak terabai,tersisih,kesempitan hidup lantas akan adalah segelintir anak malang ini yang akan menjadi bakal pengedar dadah mahupun perompak.sayangilah keluarga anda dan anak-anak anda.

boleh jadi pakar motivasi jugak gua ni.silap-silap boleh jadi kaunselor kat sekolah Henry Gurney.

di bawah tekanan

sudah tiba musimnya.bukan musim mengundi di Dun Galas,Gua Musang tapi musim peperiksaan bagi seluruh unversiti dan kolej di Malaysia.gua yakin dengan sepenuh hati ada di antara pelajar yang di bawah separa sedar mengalami tekanan.jangan belajar 'hard' tapi belajar 'smart'.gua tak tahu mana pepatah ini timbul.tapi ada benarnya.untuk semua pelajar,selamat berjuang.terimalah Permaisuri dengan lagu bertajuk Di Bawah Tekanan

naik semangat!

nah amek lagu ciptaan Kurt Cobain kepada pasukan Kelantan nak suruh semangat main bola

sejarah atau tragedi?

begitulah persoalan dalam benak fikiran gua tahun lepas bila perlawanan akhir Piala Malaysia Kelantan tunduk kepada skuad Hobing Jang Hobing.tragedi apa?hah itu yang kita tak tahu.
sejarah tercipta bila Kelantan layak ke perlawanan akhir,tapi tragedi apabila Kelantan yang baru nak menempa sejarah memenangi Piala Malaysia kecundang dengan jaringan 3-1.

tahun ini bagaimana?gua doakan yang terbaik.tapi andai kata tiada rezeki Kelantan tewas,gua tetap berbangga kerana Kelantan berjaya menundukkan Gergasi Merah dan Sang Kenari.satu pencapaian yang 'awesome' bak kata penjajah.

suasana ini dapat dilihat lagi tanggal 30 Oktober 2010 di perkarangan Bukit Jalil.jangan hampakan penyokong setia yang menyewa beratus-ratus bas,menaiki dan memandu kenderaan selama 8jam perjalanan sehingga ada yang kemalangan.Go more Kelate Go more!
















Sabtu, 23 Oktober 2010

bukan nak riak

malas gua nak tulis panjang-panjang.tapi gua dapat 'ole' atau nama kampungnya gelekkan bola ke celah kangkang pemain yang bajet 'bintang' dan berskill,serta dapat gigit medal plastik berwarna gangsa sudah cukup buat gua puas.gua target suku akhir dah dapat no 3 nak buat macam mana.

gua nak bangkang kata-kata seorang budak yang kata gua tak berkeyakinan kerana target hanya suku akhir tapi gua ada baca hikayat tupai.
'tupai nak melompat dia akan target yang paling rendah kerana bila dia dapat lompat lebih dari targetnya,dia akan bersemangat nak melompat lebih tinggi'.
seraya dengan itu gua masukkan lagu tupai kahkah.


ini yang gua nak banggakan.kahkah

Khamis, 21 Oktober 2010

kebangkitan yang lambat

secara serius dan jujur tanpa berselindung gua tak paham apa yang dihebahan oleh pengulas perlawanan.tapi yang gua paham apabila penyokong bergegak gempita sambil melompat itu tandanya GOAL dijaringkan.

semalam Liga Juara-Juara Eropah telah berlangsung.gua tak berapa minat nak ulas pasukan Setan Merah gua sebab gua lebih berminat nak tunjuk video pasukan ketiga gua selepas Barcelona dan MU.walaupun juara Liga Eropah dah mendahului 4-0,tapi saki-baki semangat melawan mereka tetap ada dan hampir menyamakan kedudukan.

hatrick hero,Gareth Bale.gua rasa lama dia praktis sepakan itu sebab semua gol dijaringkan di dalam posisi yang sama dan arah tujuan bola yang sama.Penjaga gol pulak sama jugak,sama bangang.tak boleh baca sepakan tersebut

Abdul Rooney

gua terkejut dengar kenyataan dari Rooney yang mengatakan bahawa dia tidak cedera.sedangkan Encik Wan Ferguson mengatakan dia cedera.gua dah cakap dah,jangan bangkang cakap Wan Ferguson.kan dah keluar cerita yang hang nak kena jual.gua dah habaq banyak kali dah.

tengok dulu apa jadi kat abang Nik Beckham,kan kena kasut kat kepala.tak kiralah dia model Pepsi ke,Safi ke.Wan Ferguson bila nak marah,keputusan di luar jangkaan yang akan dia buat.

tapi bagi sebuah negeri di sebuah negara kecil,adalah beruntung pergaduhan Abdul Rooney dengan Wan Ferguson kerana dengan ini,pasukan yang digelar 'Pahlawan Merah' boleh mencongak untuk menjual tanah mahupun haiwan ternakan untuk membeli pemain ini.

khabar angin ini yang gua maksudkan

Rabu, 20 Oktober 2010

paramore!

ok semalam 19/10/2010.bukan gua nak cerita pasal apa-apa tragedi yang berlaku.tapi gua hanya nak bagitahu semalam gua naik bas dari bandar kechil White Sand ke bandar besar Kuantan.dalam gua naik bas tu,baru gua terfikir betapa tak sosialnya gua.patutlah gua tengok ayahanda dan bonda gua tersenyum sinis saja semasa gua pulang ke kampung halaman.

rupanya malam gua naik bas,kugiran Paramore telah datang hentak Kuala Berlumpur.jadi gua sudah tahu motif kenapa ayah dan bonda gua tersenyum sinis.mereka gembira gua tak mengikuti konsert tersebut.sayu je hati gua tapi tak apa.gua tak kesah sangat.gua pun tak berapa layan kugiran yang mempunyai vokalis perempuan yang agak 'panas' itu.

cuma gua akan rasa sungguh hiba bila kugiran The Libertines mahupun The Strokes yang datang tapi gua hanya melepak di dalam bas yang mempunyai perjalanan selama 6 jam.tak dapat dua kugiran itu,bagi Mando Diao pun dah cukup.gua bukan memilih sangat.

ok sebenarnya itu kugiran-kugiran yang diimpi-impikan oleh para anak muda untuk memuaskan nafsu muzik mereka dengan datang menyanyi lagu rancak di Malaysia.terima kasih.ecececeh..

Selasa, 19 Oktober 2010

penggemar stuff ngeri

ok blog gua diklasifikasikan oleh Kementerian Komunikasi sebagai blog cacamarba.sebabnya blog gua bercampur aduk dari pelbagai cabang,simpang mahupun flyover.

tapi blog satu ni yang gua jumpa memang RARE!kalau ada anugerah blog ngeri,blog inilah yang menang.blog ini memberi 110% kepada pengunjungnya untuk mencuri gambar atau video ngeri di dalam blog itu.sungguh murni hati admin blog itu.semoga tuhan merahmati anda.

www.karingeri.blogspot.com

Sabtu, 16 Oktober 2010

raya di bulan Zulkaedah

Alhamdulillah.jangan terperanjat gua ucap tahmid.gua Islam tau!bagi rakyat jelata Kelantan Darul Naim kali ini kami semua beraya lagi di bulan Zulkaedah.tak cukup raya di bulan Syawal,beraya lagi di & Zulkaedah.raya ape yang gua maksudkan.nah raya ini.

ehh silap.ni bukan ke pasukan yang kena belasah tadi.takpelah abaikan

ehh tadi bukan ke bendera merah puteh yang menang?kali pertama Paul Si Sotong salah ramal.ye memang gua bongkak dan takabbur malam ni.pasukan gua menang,jadi gua punya sukalah

ya,inilah maksud gua.kemenangan Kelantan ke atas pasukan 'pembunuh' yang selalu buat buat gua cuak selama 90 minit permainan sebenar.errr silap,minit ke 80 gua dah tak cuak.gua dah boleh hidu kemenangan.tak sia-sia Fasha Sandha sokong Kelantan.

memang Holigan.go more Kelate go more.

Jumaat, 15 Oktober 2010

EPL ganas

gua terima panggilan dari Alex Ferguson untuk ganti tempat O'Shea kat posisi pertahanan kanan.tapi gua kena fikirkan banyak benda dan risiko.selain dari risiko meninggalkan kambing dan ayam di kampung gua juga kena fikir risiko tragedi ni





                                           

kenyataan gua ini disokong oleh member gua yang beraksi di EPL.beliau telah email kat gua kenyataan yang baru dikeluarkan melalui Harian Metro.gua tak gebang.tak caye,buka link di bawah

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Muambabidasorangkuatpadang/Article

Khamis, 14 Oktober 2010

RIOT!

Sedih dan pilu mengenang peristiwa yang menimpa salah seorang penyokong Kelantan di Stadium Shah Alam Selangor selasa lalu. Malah lebih perit dan pilu apabila membaca luahan salah seorang penyokong Selangor yang berbangga memukul mangsa setengah mati. Apa yang ingin didedahkan ini bukan untuk mengapi-apikan suasana tetapi ingin minta jasa baik kekawan yang menyaksikan kejadian ini membantu pihak sukarela yang ingin membantu kes ini untuk bertindak mengikut undang-undang.
Amat kecewa bercampur geram setiap kali memgimbau kembali peristiwa ini apabila membuka laman web sosial tetapi ini bukan alasan untuk seluruh penyokong Kelantan membalas dendam, dimana ianya akan dilihat lebih memburukkan keadaan dan persepsi masyarakat luar apabila isu keganasan penyokong sering dilaporkan secara berat sebelah.
Kami cuba merungkai kejadian mangsa yang dipukul ini samada masih hidup atau mati kerana salah seorang yang mendapatkan mangsa telah mengemailkannya kepada kami gambar-gambar. Sinopsis kes ini cuba dirungkai dan masih perlukan bantuan dari mereka yang tahu kejadian ini.





Berdasarkan Pengakuan Si Pemukul:









KAMI BERHARAP MEREKA YANG TAHU KEADAAN MANGSA SEKARANG SILA HUBUNGI info@theredwarriors.com.
 p/s: gua copy paste terus dr theredwarrior.com memandangkan media tidak berlaku adil, so gua berasa bertangunggjawab selaku ank kelantan mengunakan medium blog ini menyebarkan berita ini walaupun copy paste....satu lg persoalan yg bermain di pemikiran ak, siapa lelaki ini, adakah dia arwah yang sesak nafas yang berumur 39tahun ( kelihatan mangsa dalam gmbar ni berumur 20an, menyebabkan gua confius, then memikirkan adakah benar khabar angin mengatakan 2 org mati dipukul)

bagi penyokong Selangor demi keselamatan gua ingin sampaikan jangan cuba datang ke Kota Bharu pada hari Jumaat ni.nescaya padah dan mimpi ngeri tengah malam yang lu semua akan alami.kematian seorang penyokong kelantan masih tak dapat diterima oleh penyokong kelantan.tambahan pula ada seorang perempuan mengandung yang memberitahu telah dipukul oleh penyokong Red Giant.suaminya pula terpaksa menerima 10 jahitan.

bagi media pula,teruskan memburukkan negeri Kelantan.ya!kami sedar kami negeri mundur,negeri pantai timur!tapi jangan anka tirikan kami disebabkan politik.mula dari politik sehingglah sukan,kami ditindas.watefak.BEWARE!

Rabu, 13 Oktober 2010

semangat bola

dalam kehangat bahang Piala Malaysia yang melanda,gua teringat kata-kata sahabat gua berkenaan bola sepak di Malaysia.katanya,melihat di ruangan sukan setiap 1.30 petang dan 8.45 malam di kaca televisyen berkenaan aksi-aksi bola sepak di Malaysia memang penuh drama.penyudah memang profesional bertaraf dunia,skill,kemahiran menggelecek juga tidak jahat atau bahasa omputih panggil NOT BAD.tapi kenapa ranking FIFA masih lagi di bawah paras norma malah masih merudum.

Malaysia tak dinafikan mempunyai banyak bakat besar.dari dulu sehingga kini.dulu pernah gempar dengan penemuan Titus James,tapi entah kemana bakat muda itu.bukan gua nak gebang,gua nak cerita dan tunjukkan seorang bakat muda bakat besar bola sepak.gua tak delah bangang sangat nak tunjukkan bakat budak-budak negara luar,tapi budak ni memang berada ni negara luar.TETAPI darah yang mengalir dalam badan budak ni dan sperma dan ovum yang menghasilkan budak ni memang BUATAN MALAYSIA.

nama budak ni Wan Kuzain.sekarang berada di Amerika atau England.daya ingatan gua pun dah lemah.umur semasa budak ni kemungkinan besar dalam 12 atau 13 tahu.video ini ketika dia umur 10 tahun.ayuh Wan Kuzain,lu adalah pengganti Mokhtar Dahari

Isnin, 11 Oktober 2010

sukan negara jajahan British

kehangatan bola sepak Piala Malaysia diselang seli dengan pasang surut,suam kejohan Sukan Commonwealth di New Delhi.sedang sedap menyedut nikotin di dalam bilik kurugan,satu suara nyaring memanggil nama gua.katanya sukan untuk penggemar perempuan seksi.gua sangkakan gimnastik rupanya sukan terjun.bukan bidan terjun,tapi terjun ke dalam kolam renang.

7 pingat emas sehingga jam 11 malam 11 Oktober 2010 waktu di Kuantan,Pahang,Malaysia Darul Najib.emas ketujuh dipungut dari aksi saspen dan konsisten dari penerjun muda Malaysia Padalela Ruyong.betol atau tidak ejaan atau sebutan namanya,tapi gua percaya begitulah lebihan kurang bunyi sebutan namanya.apa bapak dia bagi nama susah-susah.sekarang anak dah femes,kan susah rakyat jelata nak menyebut nama anak lu.

sebelum ini malaysia mendapat pingat melalui angkat berat.Amirul dan Arico Jummith menyumbang 2 pingat emas.diikuti Josiah Ng dalam lumba asikal trek.Badminton berpasukan turut menjadi penyumbang emas,diikuti Ratu Skuasy Alam Semesta Dato Nicol.Pingat keenam dihasilkan oleh dua orang gadis bertudung yang manis tetapi mempunyai pistol.jangan main-main atau mengacau gadis manis dua orang ini kerana mereka memberi Malaysia pingat emas keenam dalam menembak air raifel.

tak mahu baca ulasan blog gua tentang sukan jajahan British,nah tengok sahaja di web ini.

Sukan Negara Jajahan British

gula dalam air kencing

pelik juga melihat seorang mak cik yang separuh abad yang terpaksa dipimpin ibarat orang buta sedangkan matanya terbuka.kejadian berlaku semasa gua menyertai rombongan sepupu gua pergi bertunang.ke mana sahaja mahu pergi,mak cik tua ini terpaksa dipimpin oleh si anak yang setia menghulurkan tangan.tahnia kepada si anak yang soleh.

tapi dengan nada pelik gua beranikan diri bertanya kepada sepupu gua yang ingin bertunang itu,sedangkan gua tahu dia sedang berdebar.tapi gua tidak peduli.gua bukan bertanya soalan adakah tunangnya itu mempunyai adik perempuan yang lawa,mahupun berapa hantaran perkahwinan nanti,tapi gua bertanya apa sudah jadi dengan si mak cik tua itu.maka jawapannya amat ringkas.KENCING MANIS a.k.a DIABETES.terpana gua seketika.kencing manis juga boleh buat seseorang tidak dapat melihat.lalu gua terpandang muka ayahanda gua.

gua berharap dapat dielakkan penyakit itu keatas ayahanda gua.tapi,mengikut khabar berita dari bonda melaluli percakapan lisan di talian,penyakit ayahanda semakin buruk.gua cuba mencari segala info dan penawar melalui internet berkenaan penyakit tersebut.mana taknya,sekarang ni sibuk promosi jalur lebar di televisyen.gua siap hafal lagi lagu jalur lebar tu,"Dengan Jalur Lebar Semua Dapat".

sekarang gua nak tengok betul ke tak,semua dapat dengan jalur lebar.gua tak mintak banyak,gua mintak yang bersimpati atau yang tahu serba sedikit tentang penawar diabetes,tinggalkan komen anda.kalau tak dapat,maknanya iklan tersebut salah!

gua pun nak berbakti kepada kedua orang tua gua.nak berbakti kesenangan sudah tentu tak mampu dengan keadaan gua yang masih merantau mencari ilmu.ini sahaja yang gua mampu.

hallalan toyyiba

macam belajar arab dah gua.isu halal harm memang sentiasa timbul dan tidak seleai.ada sahaja yang berbangkit.kali ini gua bawakan informasi gua dapat dari muka buku lagi.tapi gua post dengan kadar suka hati sebab McD disahkan halal.oh McD betapa gua rindu penangan lu.kahkah.
_______________________________________________________________

Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) McDonald
2) A&W
3) Secret Recipe

Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :
1) Victoria Station
2) Kam Lun Ta
3) Lotus Family Restoran 

Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM : 
1) San Francisco Steakhouse
2) Chicken Rice Shop
3) Kiwi Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies  dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIMkecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai  kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM  .

3. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada :
i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja.
ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda. iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua. 
iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan. 
v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami.  
Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak ? Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya.  
JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja .
 
4. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.

5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM,  maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.

6. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiadapapan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome CafĂ©, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.   Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

7. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS  ( JabatanAgama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM , Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM , manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.
 
8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .

9. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

10. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk  Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM  dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM , maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.

10.10.10 lagi

gua sudah goyang nak guna perkhidmatan bas untuk pulang ke kampung bersama orang tersayang.goyang bukan sahaja sebab bas bergoyang tapi mungkin sebab bas terbalik dan sebagainya.pemandu bas yang bawak laju,gua rasa mereka kononnya sedang memandu jentera F1.kesian mangsa yang tak berdoa.ini sebahagian gambar dan video tragedi berdarah 10.10.10.









untuk Setan Merah

khas untuk peminat bola sepak kelab Setan Merah.gua nak terjemah balik,gua tak reti sangat bahasa penjajah.yang gua paham certain of faking word.ececececeh.berskeaping pulak gua.langgar polisi blog gua.nah baca,gau harap dengan betulnya cerita ini,ada lah pengganti si lagenda abang Abdul Paul Scholes.
_______________________________________________________________

Defour to replace Scholes at United?


Manchester United are winning the race to sign Standard Liege captain Steven Defour in January, according to reports in the UK.
The highly-rated midfielder has been linked with a move to England, with the likes of Liverpool and Everton among previously speculated destinations.
But sources now claim that the player is keen on a move to Old Trafford after being moved by the sincerity of Sir Alex Ferguson, who wrote a note of encouragement to him during his recovery of his leg break in 2009.And the latest comments by the 22-year-old's agent Paul Stefani further hints of a possible move during the January transfer window for his client.
Stefani told Sport.co.uk: "It is very early in Defour's return from injury, and it is early to talk about a transfer, but January is a possibility for him.
"In January if we can do something for him we will do it. He has recovered well and is playing really well at the moment, so maybe something could happen.
"He is playing very well and is the leader of the side, everyone is very impressed with him at the moment. So you never know in football, a move could be possible.
Stefani was also asked if United are eying Defour as a possible replacement for the aging Paul Scholes and the answer was positive.
"Yes I think he can play this position, it is natural for him. He was excellent at the weekend and his recovery from injury has been impressive. But it is not up to me to decide if he can play in that position."
It is not clear how much United are willing to fork out for the Belgian international, something that may be affected by the latest financial losses the club has announced.

10.10.10

tarikh yang cukup gempak bila ditengok,dipandang dan dikahwin.dikahwin?ya!kahwin.dah berminggu berkumandang di TV3 lagu dendangan Dato Siti dan Atuk M.Nasir sempena perkahwinan angkasawan Sheikh Muzafar.hari dan tarikh yang cukup bermakna bagi pasangan Sheikh MUzafar dan isteri beliau.TAPI bukan hari yang baik untuk mangsa dan keluarga mangsa kemalangan ngeri di Rembau Negeri Sembilan.

gua petik sedikit berita mutakhir dari Harian Metro:

REMBAU: Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat di sini, petang tadi.

dan ini video orang biasa yang dirakam pada kejadian petang tadi.Al-Fatihah dan takziah kepada mangsa.

10.10.10

Ahad, 10 Oktober 2010

tak puas hati

sedang gua tak memberi banyak harapan kepada siaran langsung malam tadi pertemuan penentuan negeri cik siti wan kembang di tayangkan di kaca televisyen,tiba-tiba gua mendapat khabar berita dari adinda gua di kampung halaman.katanya
"Abe,malam ni 8.45pm live KL 100 Plus vs Kelate"
watefak.gua terkesima seketika.betulkah mesej yang dihantar tu.minggu lepas dah tunjuk siaran langsung,minggu ni ada lagi.nampaknya RTM dah jadikan Kelanan sebagai anak emas.gua dapat rasakan hati kecil peminat bola sepak di negeri lain memaki hamun RTM dengan berulangnya siaran langsung untuk 2 kali berturut-turut membabitkan negeri pantai timur ini.

gua malas nak kata ape.tak kan gua nak maki pulak sebab ada siaran langsung melibatkan negeri tanah tumpah darah gua,gua hanya tersenyum sinis melihat penderitaan peminat bola sepak di negeri lain.gua lupakan sukan Commonwealth yang telah memberi 5 pingat emas kepada Malaysia di hari keenam ini.gua bersila di sofa ditemani BUDDIES gua yang juga orang Kelantan dan hasilnya.
tamat 94 minit termasuk masa tambahan Kelantan ke suku akhir dengan kemenangan 4-0.






ini sahaja yang gua mampu berikan walaupun gua tahu B.Sathianathan tak akan baca blog gua.tapi gua dan rakyat jelata mengharapkan semangat ini yang akan di bawa ke Bukit Jalil.dengan kata lainnya The Red Warrior akan MAKAN The Red Giant di suku akhir.rekod di dalam buku rekod sekolah mahupun rekod jenayah lampau Polis Bukit Aman memang menunjukkan Selangor berkelebihan ke atas Kelantan.tapi bola itu bulat.semua bola bulat kecuali bola ragbi.segala kemungkinan boleh berlaku.

gua tak nak banyak,gua nak kalau Kelantan bertandang ke Shah Alam selasa ni,12 Oktober 2010,kelantan bolehlah menang 2-0.kalau tak dapat 2-0 menang 3-1 pun cukuplah.gua tak memilih.tak payah cerita pasal lawan yang menanti di separuh akhir,kita tengok je dulu permainan suku akhir pertama di Shah Alam.SELESAI.

p/s: gua dapat logo kat atas tu melalui muka buku.kata ketua penyokong kelantan,rakyat Kelantan diseru supaya menggunakan logo tersebut untuk satu tempoh masa suku akhir piala Malaysia berlangsung.gua kena pikir dulu nak buat ke tak,nanti atuk dan nenek gua tak cam gua kalau diaorang nak add gua kat mukabuku

Sabtu, 9 Oktober 2010

no 4

no 4.no yang dipakai oleh Sergio Ramos yang menjadi kegilaan gua.no yang dipakai Fabregas tapi gua tak minat sangat ngan brader ni.tapi gua nak cite 4 benda yang gua dapat dari nota kawan gua yang telah gua curi tanpa pengetahuan dieorang.
__________________________________________________________________

  • Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

  • Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

  • Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

  • Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

  • Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

  • 4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABITidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAHMiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solatmalam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBAMiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyakdimakan.
4. TIDUR SYAITANMenelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Selasa, 5 Oktober 2010

penutup migrasi

bukan drama ataupun filem sahaja yang ada muzik latar atau video klip.tapi cerpen elektronik gua ni juga ada muzik latar.gua punya blog,suka hati gualah.tak kisahlah gua amek karya dari mana untuk penutup cerpen gua yang penting gua rasa sedikit tersentuh dengar lagu budak Indon ni.sape-sape yang rasa nak bertaubat dan nak hidayah bolehlah dengar dan hayati sedikit lagu ini.itulah orang kata bukan semua lagu melalaikan.
gua rasa muzik video ni yang paling sesuai.


migrasi part 5.LAST!

dum dush dum dush....intro lagu Killamangiro nyanyian kugiran Babyshambles berdentum di telinga si abang yang menggunakan lagu ersebut sebagai ringtones.mulanya si abang mengajak para penonton menyanyi bersama tetapi entah kenapa ahli kugiran tersebut memainkan bahagian intro lagu itu berulang kali.maka tersedarlah si abang bahawa dia sedang dalam mimpi yang dikejutkan oleh panggilan telefon dari si ibu.ciss,gua ingat gua jadi pengganti Pete Doherty yang mati sebab overdose!itulah bisik hati si abang.

maka berboraklah si ibu dan si abang dengan penuh rasa kerinduan.maka perkhabaran berita baik ibarat Malaysia memenangi Piala Dunia.kihkih.si ibu memberitahu si ayah telah membeli 2 ekor haiwan yang boleh di makan sebagai peneman dan penyeri rumah.haiwa tersebut telah menjadi adik agkat si adik bongsu dan teman bermain setiap hari.dimandi,dibagi makanan sehinggalah memaksa si ayah untuk membina banglo kayu untuk haiwan tersebut.

si ayah turutkan sahaja permintaan si adik bongsu asalkan dia dapat gembira seperti dulu.bila si abang bertanya apakah nama haiwan itu,dengan agak kurang ajar si adik bongsu jawab namanya arnab.si abang kena GAME disitu.memanglah nama arnab tapi apakah nama khas bagi arnab itu.arab itu nama umum.si abang mula untuk mengajar kata ganti nama Bahasa Melayu tahap dua kepada si adik bongsu.tapi si adik bongsu belum memutuskan lagi apa nama yang ingin diletakkan kepada kedua-dua ekor arnab itu.

si ibu bercerita lagi tentang karier bola sepak si adik keempat yang sudah bermula kembali setelah lebih sebulan membesarkan tubuh di rumah.tiada berita gembira yang pernah didengar oleh si abang selain berita itu.berita si ayah ingin menghadiahkan sebuah sang Kancil kepada si abang juga tidak menggembirakan si abang segembira berita bola sepak mengisi kemblai ruang kosong hidup si adik keempat.

kata si ibu,si adik akan bermain bola sepak di sekolah berhampiran dan dia akan pergi ke sekolah tersebut dengan mengayuh basikal di tengah-tenagh bandar bersama si adik ketiga dan kawan-kawan baru mereka.si abang jelas cukup gembira dengan berita tersebut dan berasa tidak sabar untuk pulang ke rumah.

sebelum si ibu sempat memutuskan panggilan si abang sempat lagi mengganggu emosi si ibu dengan meminta sedikit duit belanja.kahkah

si adik pertama,kedua dan ketiga tidak atau kurang diceritakan di dalam cerpen buda ini oleh kerana mereka sudah bersekolah menengah dan sudah boleh mengadaptasi dengan suasana kehidupan dewasa ini.SEKIAN.

migrasi part 4

apabila si abang mempunyai masa yang terluang,si abang guna sebaik mungkin.menyogok si adik bongsu dengan gula-gula yang mana akan merongakkan lagi giginya.tapi tak apalah.kena berkorban sedikit.si adik bongsu yang sudah petah berbicara dan si abang yakin setiap perkataan dari kanak-kanak adalah lebih jujur.

maka soalan yang pertama ditanya kepada si adik bongsu adalah adakah dia cukup gembira tinggal di rumah baru.jawapan si adik,gembira jugak sikit-sikit tapi kadang-kadang membosankan.tiada teman dan kawan.maka si abang menyoal balik,kenapa dia gembira tinggal di rumah baru.si adik bongsu menjawab lagi,kerana dekat dengan TUJUH SEBELAS.agak langsi jawapan dari si adik tapi mujurlah disambut dengan hilai tawa dari si abang.tapi dalam hati si abang sebenarnya berduka kerana dia tahu betapa terseksa hati si adik bongsu yang baru belajar mewarna kerana teramat bosan dan tiada kawan untuk bermain.jika dulu adanya ank jiran untuk menemaninya bermain namun kini mereka dipisahkan dengan jarak 20 km.

tapi mujurlah muncul watak baru iaitu sepupu si abang,si adik keempat dan si adik bongsu.si sepupu sudah berumur lewat 20-an dan sudah berumah tangga dan sudah mempunyai anak kecil yang sebaya dengan si adik bongsu.jika dulu,kekerapan mereka bermain bersama-sama adalah sangat jarang.tapi semenjak keluar si adik bongsu berpindah ke bandar,kekerapan mereka bermain bersama-sama adalah sangat kerap.

sedikit kegembiraan lahir di hati si abnag melihat si adik bongsu sudah ada teman untuk bermain dan teman untuk tidur bersama.walaupun kadang-kadang mereka akan bermusuh anatara satu sama lain kerana berebut pensil warna mahupun buku untuk menconteng tapi itu cukup memusakan hati si abang.malah si abang dapat mengagak si ayah dan si ibu juga cukup berbangga dapat melihat si adik bongsu dapat membingitkan telinga setiap pnghuni di rumah baru.

migrasi part 3

si adik yang keempat sedang menduduki peperiksaan bulanan.maka sibuklah si adik keempat-keempat ini menelaah pelajaran.tapi lagi sibuk menonton TV dan mbermain permainan komputer jika dibandingkan kesibukannya menelaah pelajaran.

si adik bongsu seorang ini seorang kanak-kanak perempuan.yang hanya perlu makan,mandi dan emakai baju jika tidak mahu dimarahi oleh ibu atau abang-abangnya.mudah bukan tugas si adik bongsu ini.tugas sampingan yang lain mencari bahan untuk menghiburkan hatinya seperti menconteng buku sekolah si adik keempat mahupun menekan segala butang yang ada di komputer riba si abang sulong.TAPI tidak boleh dimarah.jika di marah nescaya merajuklah jawabnya dan peratusan si adik bongsu untuk OK dari merajuk adalah sangat tipis kecuali dengan membawanya ke kedai TUJUH SEBELAS.

jika dulu penghibur hati si adik bongsu adalah dengan melepak dan bermain dengan anak jiran sebelah rumah.bermacam permainan dimainkan mereka untuk menghabiskan masa yang terluang dengan mengeluarkan sedikit peluh.bagus bukan?bolehlah obesiti dielak.TAPI itu semua kenangan terindah si adik bongsu yang masih tak mengenal dunia yang hanya tahu untuk bermain di sana dan sini.

kini bandar telah mengongkong kehidupan si adik bongsu.yang menjadi teman bermain hanyalah si adik keempat,ibu dan ayah.di kala si abang sibuk di sekolah,si ibu sibuk di dapur dan si ayah ke pejabata,hanya TV dan buku mewarna menemani si adik.tragis sungguh kehidupan seharian si adik.betapa bosannya hait si adik dapat si abang ramal.nak berMUKA BUKU konfem dia tak reti.

sedikit kegembiraan di hati si adik bongsu apabila musim cuti ataupun di kala hujung minggu berselang seli 2 kali di mana si kakak yang bersekolah asrama akan pulang bercuti selama dua hari.maka merekalah tempat si adik bermanja dan berbuli.dibuli si kakak sepenuh hati ibarat melepaskan dendam kesumat.