Pages

Isnin, 11 Oktober 2010

10.10.10

tarikh yang cukup gempak bila ditengok,dipandang dan dikahwin.dikahwin?ya!kahwin.dah berminggu berkumandang di TV3 lagu dendangan Dato Siti dan Atuk M.Nasir sempena perkahwinan angkasawan Sheikh Muzafar.hari dan tarikh yang cukup bermakna bagi pasangan Sheikh MUzafar dan isteri beliau.TAPI bukan hari yang baik untuk mangsa dan keluarga mangsa kemalangan ngeri di Rembau Negeri Sembilan.

gua petik sedikit berita mutakhir dari Harian Metro:

REMBAU: Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat di sini, petang tadi.

dan ini video orang biasa yang dirakam pada kejadian petang tadi.Al-Fatihah dan takziah kepada mangsa.

10.10.10

Tiada ulasan: