Pages

Selasa, 5 Oktober 2010

migrasi part 4

apabila si abang mempunyai masa yang terluang,si abang guna sebaik mungkin.menyogok si adik bongsu dengan gula-gula yang mana akan merongakkan lagi giginya.tapi tak apalah.kena berkorban sedikit.si adik bongsu yang sudah petah berbicara dan si abang yakin setiap perkataan dari kanak-kanak adalah lebih jujur.

maka soalan yang pertama ditanya kepada si adik bongsu adalah adakah dia cukup gembira tinggal di rumah baru.jawapan si adik,gembira jugak sikit-sikit tapi kadang-kadang membosankan.tiada teman dan kawan.maka si abang menyoal balik,kenapa dia gembira tinggal di rumah baru.si adik bongsu menjawab lagi,kerana dekat dengan TUJUH SEBELAS.agak langsi jawapan dari si adik tapi mujurlah disambut dengan hilai tawa dari si abang.tapi dalam hati si abang sebenarnya berduka kerana dia tahu betapa terseksa hati si adik bongsu yang baru belajar mewarna kerana teramat bosan dan tiada kawan untuk bermain.jika dulu adanya ank jiran untuk menemaninya bermain namun kini mereka dipisahkan dengan jarak 20 km.

tapi mujurlah muncul watak baru iaitu sepupu si abang,si adik keempat dan si adik bongsu.si sepupu sudah berumur lewat 20-an dan sudah berumah tangga dan sudah mempunyai anak kecil yang sebaya dengan si adik bongsu.jika dulu,kekerapan mereka bermain bersama-sama adalah sangat jarang.tapi semenjak keluar si adik bongsu berpindah ke bandar,kekerapan mereka bermain bersama-sama adalah sangat kerap.

sedikit kegembiraan lahir di hati si abnag melihat si adik bongsu sudah ada teman untuk bermain dan teman untuk tidur bersama.walaupun kadang-kadang mereka akan bermusuh anatara satu sama lain kerana berebut pensil warna mahupun buku untuk menconteng tapi itu cukup memusakan hati si abang.malah si abang dapat mengagak si ayah dan si ibu juga cukup berbangga dapat melihat si adik bongsu dapat membingitkan telinga setiap pnghuni di rumah baru.

Tiada ulasan: