Pages

Rabu, 13 Oktober 2010

semangat bola

dalam kehangat bahang Piala Malaysia yang melanda,gua teringat kata-kata sahabat gua berkenaan bola sepak di Malaysia.katanya,melihat di ruangan sukan setiap 1.30 petang dan 8.45 malam di kaca televisyen berkenaan aksi-aksi bola sepak di Malaysia memang penuh drama.penyudah memang profesional bertaraf dunia,skill,kemahiran menggelecek juga tidak jahat atau bahasa omputih panggil NOT BAD.tapi kenapa ranking FIFA masih lagi di bawah paras norma malah masih merudum.

Malaysia tak dinafikan mempunyai banyak bakat besar.dari dulu sehingga kini.dulu pernah gempar dengan penemuan Titus James,tapi entah kemana bakat muda itu.bukan gua nak gebang,gua nak cerita dan tunjukkan seorang bakat muda bakat besar bola sepak.gua tak delah bangang sangat nak tunjukkan bakat budak-budak negara luar,tapi budak ni memang berada ni negara luar.TETAPI darah yang mengalir dalam badan budak ni dan sperma dan ovum yang menghasilkan budak ni memang BUATAN MALAYSIA.

nama budak ni Wan Kuzain.sekarang berada di Amerika atau England.daya ingatan gua pun dah lemah.umur semasa budak ni kemungkinan besar dalam 12 atau 13 tahu.video ini ketika dia umur 10 tahun.ayuh Wan Kuzain,lu adalah pengganti Mokhtar Dahari

Tiada ulasan: