Pages

Selasa, 5 Oktober 2010

migrasi part 5.LAST!

dum dush dum dush....intro lagu Killamangiro nyanyian kugiran Babyshambles berdentum di telinga si abang yang menggunakan lagu ersebut sebagai ringtones.mulanya si abang mengajak para penonton menyanyi bersama tetapi entah kenapa ahli kugiran tersebut memainkan bahagian intro lagu itu berulang kali.maka tersedarlah si abang bahawa dia sedang dalam mimpi yang dikejutkan oleh panggilan telefon dari si ibu.ciss,gua ingat gua jadi pengganti Pete Doherty yang mati sebab overdose!itulah bisik hati si abang.

maka berboraklah si ibu dan si abang dengan penuh rasa kerinduan.maka perkhabaran berita baik ibarat Malaysia memenangi Piala Dunia.kihkih.si ibu memberitahu si ayah telah membeli 2 ekor haiwan yang boleh di makan sebagai peneman dan penyeri rumah.haiwa tersebut telah menjadi adik agkat si adik bongsu dan teman bermain setiap hari.dimandi,dibagi makanan sehinggalah memaksa si ayah untuk membina banglo kayu untuk haiwan tersebut.

si ayah turutkan sahaja permintaan si adik bongsu asalkan dia dapat gembira seperti dulu.bila si abang bertanya apakah nama haiwan itu,dengan agak kurang ajar si adik bongsu jawab namanya arnab.si abang kena GAME disitu.memanglah nama arnab tapi apakah nama khas bagi arnab itu.arab itu nama umum.si abang mula untuk mengajar kata ganti nama Bahasa Melayu tahap dua kepada si adik bongsu.tapi si adik bongsu belum memutuskan lagi apa nama yang ingin diletakkan kepada kedua-dua ekor arnab itu.

si ibu bercerita lagi tentang karier bola sepak si adik keempat yang sudah bermula kembali setelah lebih sebulan membesarkan tubuh di rumah.tiada berita gembira yang pernah didengar oleh si abang selain berita itu.berita si ayah ingin menghadiahkan sebuah sang Kancil kepada si abang juga tidak menggembirakan si abang segembira berita bola sepak mengisi kemblai ruang kosong hidup si adik keempat.

kata si ibu,si adik akan bermain bola sepak di sekolah berhampiran dan dia akan pergi ke sekolah tersebut dengan mengayuh basikal di tengah-tenagh bandar bersama si adik ketiga dan kawan-kawan baru mereka.si abang jelas cukup gembira dengan berita tersebut dan berasa tidak sabar untuk pulang ke rumah.

sebelum si ibu sempat memutuskan panggilan si abang sempat lagi mengganggu emosi si ibu dengan meminta sedikit duit belanja.kahkah

si adik pertama,kedua dan ketiga tidak atau kurang diceritakan di dalam cerpen buda ini oleh kerana mereka sudah bersekolah menengah dan sudah boleh mengadaptasi dengan suasana kehidupan dewasa ini.SEKIAN.

Tiada ulasan: