Pages

Selasa, 5 Oktober 2010

migrasi part 3

si adik yang keempat sedang menduduki peperiksaan bulanan.maka sibuklah si adik keempat-keempat ini menelaah pelajaran.tapi lagi sibuk menonton TV dan mbermain permainan komputer jika dibandingkan kesibukannya menelaah pelajaran.

si adik bongsu seorang ini seorang kanak-kanak perempuan.yang hanya perlu makan,mandi dan emakai baju jika tidak mahu dimarahi oleh ibu atau abang-abangnya.mudah bukan tugas si adik bongsu ini.tugas sampingan yang lain mencari bahan untuk menghiburkan hatinya seperti menconteng buku sekolah si adik keempat mahupun menekan segala butang yang ada di komputer riba si abang sulong.TAPI tidak boleh dimarah.jika di marah nescaya merajuklah jawabnya dan peratusan si adik bongsu untuk OK dari merajuk adalah sangat tipis kecuali dengan membawanya ke kedai TUJUH SEBELAS.

jika dulu penghibur hati si adik bongsu adalah dengan melepak dan bermain dengan anak jiran sebelah rumah.bermacam permainan dimainkan mereka untuk menghabiskan masa yang terluang dengan mengeluarkan sedikit peluh.bagus bukan?bolehlah obesiti dielak.TAPI itu semua kenangan terindah si adik bongsu yang masih tak mengenal dunia yang hanya tahu untuk bermain di sana dan sini.

kini bandar telah mengongkong kehidupan si adik bongsu.yang menjadi teman bermain hanyalah si adik keempat,ibu dan ayah.di kala si abang sibuk di sekolah,si ibu sibuk di dapur dan si ayah ke pejabata,hanya TV dan buku mewarna menemani si adik.tragis sungguh kehidupan seharian si adik.betapa bosannya hait si adik dapat si abang ramal.nak berMUKA BUKU konfem dia tak reti.

sedikit kegembiraan di hati si adik bongsu apabila musim cuti ataupun di kala hujung minggu berselang seli 2 kali di mana si kakak yang bersekolah asrama akan pulang bercuti selama dua hari.maka merekalah tempat si adik bermanja dan berbuli.dibuli si kakak sepenuh hati ibarat melepaskan dendam kesumat.

Tiada ulasan: