Pages

Khamis, 30 September 2010

migrasi part 2

hari pertama ke sekolah,adik keempat sudah kena buli.kalau diikutkan adik keempat memang gangster di rumah.di rumah kakak-kakak nya hanyalah bahan bulian yang selalu menjadi tukang membancuh air dan menyedok nasi ke dalam pinggan.akan tetapi masuk sahaja hari pertama ke sekolah,dia pulang dengan berita sadis.dibuli dengan rakan sekelas yang baru.bila diajukan soalan kenapa berpindah,asal dari mana,si adik keempat menjawab dengan tenang dan macho ibarat bakal Hero Remaja tahun 2020.tetapi bila jawapan yang diberi ibarat memberi jawapan kepada insan pekak,maka si adik keempat merasa sakit hati yang teramat.walaupun si adik keempat selalu makan Quaker Oat namun hatinya tetap sakit.

maka kumpulan pembuli tadi bertanya soalan yang sama berulang-ulang kali sehingga sujud ke Bumi mulut si adik menjawabnya.maka menitislah air mata si adik kerana dibuli.

tepat jam 2 petang waktu di bandar baru kawasan hijrah,si abang dengan bermodalkan motosikal bergear automatik,mengambil si adik yang tengah tunggu untuk pulang ke rumah setelah seharian berada di neraka buatan si pembuli.selama seminggu dan dua minggu lamanya si adik bercerita betapa tidak seronok dan funky nya berada di sekolah baru.dengan tenaga pengajar yang garang,kawan yang tiada,kerja rumah yang banyak dan persekitaran yang baru.si abang sekali lagi makan hati setiap kali mendengar cerpen budak yang digarap oleh mulut si adik.si abang begitu bersimpati dengan nasib si adik yang masih budak dan belum baligh.

terpaksa mengahdapi semua dugaan yang maha hebat.akan tetapi selepa itu,sedikit demi sedikit kawan dikumpul dan dalam masa yang sama ada juga bertambah bilangan lawannya.sedikit demi sedikit gundah si abang telah hilang.si adik sudah pandai berbalas SMS yang kononnya berSMS dengan aweknya dan dengan nada yang gedik mengatakan ingin berkahwin.si abang yang juga sudah biasa dengan perangai kasanova hanya tersenyum sinis dan memaki hamun secara gurauan terhadap si adik keempat itu.sekarang bagaimana cerita si adik keempat itu?bagaimana keadaannya di tempat baru?TERGANTUNG

Tiada ulasan: