Jumaat, 28 Januari 2011

hafal dan nyanyi

video
ok jangan dengar sahaja irama dan bait lagu nyanyian mak cik Ella yang belum kahwin.dengar dan hafal atau kalian akan diseksa di kem tahanan Tasik Chenderoh.ini lagu tema katanya.

Khamis, 27 Januari 2011

semua diam

diam seribu,dua ribu,beribu-ribu bahasa apabila menerima sedikit gertakan dari pensyarah.mungkin bahang dan tekanan semakin dirasai apabila hanya tinggal lebih kurang 20 jam lagi ke perkhemahan yang akan disertai seramai 225 orang pelajar jurusan Diploma Pengajian Sukan di bawah naungan UiTM.

kemuncak segala kemuncak.bukan kemuncak dalam hubungan jimak,tapi kemuncak aktiviti yang akan kami lakukan di musim perayaan Tahun Baru Cina.semakin dekat dengan kemuncaknya,semakin besar tekanan yang dapat dirasai baik dari tenaga pengajar mahupun dari pelajar.tetapi pujian harus diberi kepada semua tenaga pengajar dan pelajar yang menelan segala pahit,berkorban tenaga dan wang ringgit untuk memastikan aktiviti ini berjalan dengan lancar.

seminggu dikuaritin di hutan Tasik Chenderoh,Perak.tarikh keramatnya adalah esok.esok bermula segalanya.semua diharapkan berjalan dengan lancar dan selamat tanpa sebarang kecelakaan atau musibah.Amin.

p/s: TAHNIAH kepada tenaga kerja,tenaga pengajar dan budak-budak yang menuntut ilmu di Shahputra kerana dengan perkenan Kementerian Pelajaran Malaysia,Shahputra telah dinaik taraf kepada Kolej Universiti Shahputra.

Jumaat, 21 Januari 2011

murka

aiseeemen.sedangkan hari kelahiran ibunda gua,gua boleh buat karangan di dalam blog serabai ni,macam mana gua boleh lupa nak buat karangan yang sedemikian rupa kat ayahanda gua.dah hampir 5 hari berlalu.

kalau ayahanda gua tahu,murka dan dukacitanya beliau membesarkan gua sehingga berumur baligh dan berbadan tegap macam dewasa ini.ampun maaf dipinta,mensuci hening dosa ayahanda.anakanda bukan sahaja lupa malahan anakanda tidak sampai seru untuk mengarang karangan ulang tahun kelahiran kepada ayahanda.

bukan mahu jadi anak derhaka,tetapi pada masa tepat jam 12 malam 16 Januari yang lepas,anakanda berpedapat cukup sahaja dengan menghantar sistem pesanan ringkas.10 jari disusun sekali lagi,ampun maaf dipinta mensuci hening dosa.

jadi dengan ini,nak ucap beribu-ribu maaf dan selamat menyambut hari kelahiran yang ke (masih muda dan mampu) ecececeh.semoga ayahanda dipanjangkan umur kerana kami sekeluarga masih memerlukan ayahanda untuk menyara keluarga,membimbing anak-anak dan menjaga ibunda.semoga segala usaha dan penat lelah ayahanda dalam mencari rezeki untuk keluarga dan sanak saudara membuahkan hasil dan diredhai Dia.

'saya sayang Ayahanda saya'.itu frasa yang gua nak ucap dan gua telah ucap kat ayahanda gua pada malam 16 Januari yang lepas seperti yang terpampang di banyak baju T para anak muda 'indie-indon' di Malaysia.kahkah.akhir kata,sayangi ibubapa kalian dunia dan akhirat

bahang

bahang perkhemahan subjek Rekreasi Luar Pintu untuk tahun 2011 sudah semakin hampir.semakin dekat dengan tarikh keramat dipenjara di Tasik Chenderoh,semakin tekanan yang melampau dapat dirasai.macam hipotesis yang selalu dibuat di dalam latihan latih tubi untuk peperiksaan UPSR sekian lama dahulu.

ketika saat genting itulah,ada ahli yang berselisih faham,saling membangkang antara satu sama lain,dimarahi tenaga pengajar dan ada juga yang pura-pura sibuk sedangkan di dalam hati melonjak gembira dapat goyang kaki.ecececeh.ayat macam ada dendam di dalam hati,tetapi hanya untuk menggambarkan situasi tegang dan semakin meruncing.

tinggal lebih kurang seminggu untuk ke hari yang ditunggu-tunggu oleh para fasilitator perkhemahan tersebut untuk mendera para pelajar,bekalan seperti ubatan,khemah mahupun pengangkutan masih dalam perbincangan dan masih dalam usaha gerakan mencari.dan hari ini,pelajar Kolej Shahputra telah mencuri khemah tetapi diatas persetujuan dan pengetahuan pensyarah kami kerana khemah itu milik beliau sendiri.kuantiti khemah 2 biji.kedua-duanya ada cacat celanya dan dengar cerita dimakan anai-anai.kahkah.

tapi sebuah khemah yang agak berjenama dan berkualiti masih boleh digunakan dengan baik.walaupun batang pendokong khemah tersebut bermasalah,tetapi dengan usaha dan pemikiran kreatif dan kritis seorang rakan,kami telah berhempas pulas memasang khemah tersebut di perkarangan rumah untuk melihat kondisinya terlebih dahulu sebelum dibawa ke perkhemahan.

kuantiti manusia yang boleh diisi ke dalam khemah seramai 6 orang.

jenama yang berkualiti tidak menghalang ianya dari dimakan anai-anai tetapi mujurlah kesanyya hanya sedikit dan hampir tidak kelihatan

sebuah khemah lagi tidak dapat dihurai disebabkan kami kepenatan dan lantas kami cepat berputus asa untuk mendirikan khemah nan satu itu.


Rabu, 19 Januari 2011

ujian makanan

satu tugasan telah diberi kepada kami untuk menghuraian langkah-langkah ujian makanan jika tersesat di dalam hutan ataupun jika menghadapi situasi genting.manusia boleh hidup 3 hari tanpa air dan 3 minggu tanpa makanan.namun begitu makanan penting untuk memberi tenaga kepada tubuh badan kita.

ujian makanan ataupun di dalam bahasa penjajahnya 'Edibility Test' mempunyai beberapa langkah.antara makanan yang perlu diuji sebelum makan adalah seperti tumbuh-tumbuhan atau buah-buahan.makanan seperti Sate Kajang ataupun McD tak perlulah diuji terlebih dahulu.kalau diuji jugak,maknanya anda kelihatan agak lembap dan bangang.

antara langkah yang perlu diambil adalah:

1. Pisahkan bahagian yang ada pada tumbuhan yang ingin diuji seperti akar,daun,batang dan sebagainya.

2. Pilih satu bahagian daripada tumbuhan tersebut dan biasanya kitra akan menguji daun atau buah tumbuhan.

3. Cuba hidu bau yang dikeluarkan oleh bahagian yang telah dipilih tersebut.

4. Sebelum menguji makanan tersebut,jangan makan apa-apa makanan.kalau dah sampai tahap nak uji makanan,saya percaya bukan setakat 8 jam kalian tidak menjamah makanan,tapi mungkin 8 hari.ye dok?

5. Letak bahagian tumbuhan tesebut di pergelangan tangan atau siku selama 15 minit.jika tiada reaksi seperti gatal ataupun panas,maknanya tumbuhan tersebut layak untuk melalui langkah ujian yang seterusnya.

6. Uji bahagian tumbuhan tersebut di bibir pula.pastikan tiada rasa panas atau gatal yang dialami di bibir.

7. Selepas 3 minit,jika tiada reaksi pada bibir kalian,letak pula bahagian tumbuhan tersebut di lidah pula.proses ini juga mengambil masa selama 15minit.aiiii lama bebenor nak boleh makan ni ye.

8. Jika tiada reaksi seperti gatal,kunyah bahagian tumbuhan tersebut dan tunggu selama 15 minit tetapi makanan yang dikunyah itu tidak boleh ditelan.tunggu da tunggu.hampir 45 minit dah.kalau tengok bola ni,mesti dah abis separuh masa pertama.

9. Jika tiada sebarang reaksi seperti gatal,ataupun rasa terbakar,barulah kalian boleh menelan makanan tersebut.

10. Tunggu sehingga 8jam,jika muntah,minum air dengan banyak.

begitulah ujian pemakanan jika berada di dalam situasi darurat.berdoalah kita agar kita tidak berada di dalam situasi ini.jika tidak mahu berada di dalam situasi ini,jangan berkhemah di dalam hutan,berkhemahlah di kawasan yang dekat dengan kedai Tujuh Sebelas.

Isnin, 17 Januari 2011

sepak mula

setelah sekian lama gua tak mengeluarkan post,tiba-tiba terdetik mahu mengeluarkan post pasal bolasepak.satu bidang yang menjadi kegilaan gua sedari kecil lagi.tak tahulah ketika mengandungkan gua,mak gua demam Piala Dunia di Itali yang kali ke 14.

gua hadir dengan post terbaru ini,bukan kerana mahu mengkritik si tua Ryan Giggs yang agak macam haram pada pertemuan lewat malam dengan pasukan yang berpengkalan di White Heart Lane.tapi gua hadir mahu menghebahkan dengan semangat Harimau Melaya yang masih berkobar ekoran berjaya menjulang Piala AFC Suzuki yang mana dulunya diketahui peminat bolasepak sebagai Piala Arak Tiger Beer,berlogokan harimau.


tanggal 29 Januari 2011,sepak mula Liga Super Malaysia akan bermula dengan satu-satunya perlawanan pada hari tersebut.iaitu pertemuan seteru sekian lama iaitu Perlawanan Sumbangsih antara Pendekar Merah dengan Gergasi Merah Kuning.hasrat yang disimpan sekian lama untuk pergi sekali lagi ke Stadium Bukit Jalil menyaksikan Piala Sumbangsih,semenjak Kelantan menjulang Piala Malaysia buat julung kalinya,terpaksa dibatalkan ekoran gua telah direkrut kedalam 225 pelajar yang akan menyiksa diri mereka di satu perkhemahan di lokasi tersorok di semenanjung Malaysia.

agak berat hati untuk gua melangkah pergi,tetapi itulah tanggungjawab gua untuk mendapat segulung diploma buat ibubapa gua di kampung halaman.jadual selebihnya berkaitan liga di Malaysia boleh di rujuk di web Organisasi Sultan Bola atau FAM.kahkah.selamat berentap,majulah bolasepak Malaysia untuk menjulang Piala Dunia bila semua budak-budak sebaya dengan gua berjanggut dan bercucu.

Sabtu, 15 Januari 2011

anda nilai

bukan mengkritik,bukan provokrasi,cuma ingin berkongsi.
lu rakyat yang CEMERLANG,GEMILANG dan TERBILANG.tambah satu lagi,BERBILANG.berbilang bangsa dan agama.1Malaysia katanya.

jadi anda nilai kesahihan dan kritikan ini.kita rakyat ada hak bersuara dan untuk mengetahui.gua bukan berhaluan kiri,gua cuma mahu berkongsi.kata negara DEMOKRASI.kepada pemilik eyesdotcom gua mencuri dan menghebahkan informasi dari blog lu.terima kasih kek keladi.

p/s: gua dah 21 tahun,gua berhak memangkah di Pilihanraya di Malaysia

Jumaat, 14 Januari 2011

raya dan bersara

video

adakah raya tahun ini akan sama dengan tahun lepas.jawapannya TIDAK.setiap tahun seluruh warga dan umat Islam menunggu beliau muncul di kaca televisyen tepat jam 8 malam untuk melompat gembira dan bersiap sedia membakar lemang dan bunga api.

dengan bersaranya Engku Tan Sri Ibrahim ,raya tahun ini pasti akan mengimbau kegarauan suara seorang pak cik tua yang telah mengumumkan raya dan tarikh puasa selama 22 tahun.beliau yang bersara pada 7 Januari 2011 akan digantikan dengan Datuk Syed Danial Syed Ahmad.jasamu dikenang.

Khamis, 13 Januari 2011

belasungkawa

seniman agung Ramlee bin Putih meninggalkan dunia ini dengan penuh kenangan dan khazanah seni.menjadi idola dan ikutan para muda mudi mahupun penggiat seni sudah semestinya.atas dasar penghormatan dan penyanjungan yang tinggi ke atas insan yang digelar P.Ramlee,barisan anak muda dan anak dara menyegarkan kembali karya allahyarham.Tribute to P.Ramlee dari Loque,The Ramlees,Seven Collar T-Shirt,Bittersweet,They Will Kill Us All,Couple,Hujan dan ramai lagi.boleh melihatnya di sini!ini adalah cuma sebahagian daripadanya.

video


video


video 


video 


video

Rabu, 12 Januari 2011

tugas bertugas

setelah UiTM Shah Alam selaku kuasa besar dalam program perkhemahan di Tasik Chenderoh pada 29 Januari ini bermesyuarat,maka telah diputuskan bahawa tugas utama yang telah diberi kepada Kolej Shahputra adalah menguruskan segala hal-hal berkaitan keselamatan.tugasan ini memerlukan Kolej Shahputra mengembeling tenaga dan idea bersama Kolej INSTEDT.

setelah berbincang dengan semua biro keselamatan,kami perlu menyediakan kelengkapan keselamatan seperti PETI KESELAMTAN dan JADUAL KAWALAN TAPAK PERKHEMAHAN.

sementara itu,bagi semua biro di Kolej Shahputra,mereka telah mula bertungkus lumus memberikan 110% perhatian dalam menjalankan tugas yang diberi.Biro Keselamatan menguruskan insuran untuk para peserta dari Koelj Shahputra yang berjumlah seramai 18 orang.sementara itu Biro Pengangkutan akan menguruskan hal-hal seperti pengangkutan yang akan digunakan untuk ke tapak perkhemahan.

Biro Makanan pula menguruskan segala kelengkapan yang berkaitan makanan disamping membantu UiTM Jengka yang mana mereka telah menerima tugas utama mereka untuk menguruskan segala hal berkaitan dengan pemakanan sepanjang perkhemahan berlangsung.

Selasa, 11 Januari 2011

panggilan

pagi sejuk dikejutkan dengan panggilan dari Pengarah Program Outdoor Recreation bahagian UiTM Shah Alam.terima kasih panggilan anda membuat saya bangkit menuju ke bilik yang mempunyai paip untuk bersedia ke kolej.

selepas diberitahu dalam percakapan berdurasi lebihan kurang 2 minit,saya cukup faham bahawa tugas perkhemahan Outdoor Recreation bagi wakil Shahputra adalah berkenaan keselamatan.ini termasuklah keselamatan keseluruhan peserta sepanjang perkhemahan tersebut dijalankan.kami akan memulakan tugas dengan gabungan bersama INSTEDT Johor.beberapa perkara seperti bahagian kelengkapan,makanan dan sebagainya akan di kemaskini dari semasa ke semasa.

sesungguhnya para pelajar di bawah kendalian saya begitu teruja dan menjalankan tugas yang telah diberi dengan  penuh dedikasi tanpa paksaan walaupun ianya perlu disuruh dan diingatkan.segala nombor untuk dihubungi dan jalinan kerjasama juga telah diambil dan langkah dari satu tahap ke tahap yang lain turut dimulakan.

perkhemahan bagi subjek Outdoor Recreation ini akan  diadakan di Tasik Chenderoh, Lenggong Perak pada 29 Jan - 5 Feb depan.

sahabat,rakan,kawan,teman

bila ada anda mungkin tidak dihargai,anda mungkin juga tidak akan pernah dibayangkan oleh sahabat taulan anda bagaimana hari esok jika anda tiada.

SEKARANG

anda memang tiada lagi.kali terakhir memandang wajah anda ketika cuti semester yang lepas.tidak dapat dipastikan apa perubahan yang anda tunjukkan sebelum meninggalkan kami.tiada yang dimaksudkan pergi menghadap Pencipta alam semesta.yang maha suci Allah.

mendapat panggilan dari seorang taulan mengenai ketiadaan anda,mengejutkan kami bernama kawan-kawan.terkejut dan sukar menerima kenyataan.bukan menentang ketentuan Ilahi,tetapi kami seakan tidak percaya dan seakan masih belum bersedia untuk kehilangan anda yang bernama sahabat.anda satu dalam sejuta.susah untuk ditemui lagi.

setiap gurauan melampau,gurauan ringan mahupun pelbagai gelaran yang diberi,anda hanya mampu tersenyum.semakin diumpat,semakin anda gelak.tidak sedikit pun riak wajah anda berubah bila menerima gurauan dari kami.jika kami tahu ajal yang tersurat ke atas anda sebegitu,pada tarikh dan masa itu,tidak akan kami berfikir panjang untuk meminta maaf buat kali terakhir terhadap anda sahabat.

jangan pedulikan salah dan silap kami terhadap anda,kerana bagi kami,anda merupakan sahabat yang sempurna.tiada salah.sesungguhnya kami yang mempunyai banyak salah dan silap terhadap anda.semoga anda tidak menyimpan sekelumit amarah mahupun dendam terhadap kami.anda cukup menyenangkan hati,menghiburkan hati.setiap pertuturan anda,percakapan besar anda membuat kami meluat tetapi dalam masa yang sama perasaan meluat itulah membangkitkan suasana meriah dan gamat.dan sesungguhnya jaminan 100% dapat kami beri,bahawa perasaan rindu percakapan dan tindak tanduk anda itu akan dirindui seumur hidup kami.tiada seorang pun mampu menggantikan tempat anda.

ingatkah lagi para sahabat setiap kali cuti semester kita akan adakan BBQ tetapi cuma cuti semester yang lepas sahaja kita tidak adakan BBQ untuk kali ke-6.terhenti di BBQ ke-5 sahaja.tidak disangka BBQ ke-5 adalah yang terakhir bersama anda dan jika ada BBQ ke-6,sudah pastinya tidak akan semeriah dulu ketika anda masih bersama kami.





bagaimana pula dengan BBQ ke-3?ingatkah kalian semasa BBQ ke-3 kita telah membuat sehelai baju tema khas untuk geng yang tidak diberi nama ini.mungkin elok kumpulan ini dipanggil adik-beradik berlainan ibu dan ayah.


di saat baju ini hilang entah kemana,pada hari ini,anda masih menyarungkannya di tubuh anda tanpa mempedulikan sindiran gurauan oleh sahabat.

di saat anda pergi meninggalkan kami,di sekujur tubuh yang kaku anda jugalah masih tersarung baju ini.anda juga pernah bersuara akan meninggalkan dunia ini dengan memakai baju ini.nampaknya semua itu betul.

dapat kami lihat di mana letaknya KAWAN di mata anda.anda sungguh hebat dan cukup hebat dalam berkawan.


gelagat anda selalu membuat sahabat handai geram dan meluat tetapi dalam masa yang sama itu semua hanya untuk gurauan.bukan sampai ke taraf membenci anda.bagi kami,anda merupakan penghibur,pemecah kesunyian melepak kami.dan itulah antara perkara yang akan kami rindui dan kenang sehingga akhir hayat kami.lihat sahaja gelagat anda:



Al-Fatihah..
Wan Firdaus Wan Mustafa (23 Februari 1990 - 8 Januari 2011)

KAMI sayangkan anda wahai sahabat sejati.
hilang anda tiada ganti.
semoga anda ditempatkan di kalangan orang beriman.

p/s: takziah kepada keluarga arwah dan semoga ibunda arwah yang sakit disembuhkan penyakit beliau dan tabah menghadapi dugaan dari Ilahi.Amin..

Khamis, 6 Januari 2011

belum terlambat

terlebih dahulu ini bukan edisi 'esaimen aiseeemen' gua yang berkenaan subjek rekreasi luar pintu.jika tiada label 'outdoor recreation' maknanya itu hasil karya bebas penulisan cikai,lagi menyembah Bumi blog gua yang satu ini.

belum terlambat edisi mengagungkan pasukan bolasepak Malaysia bukan?bukan selalu dapat mengagungkan mereka.lainlah kalau gua ni hidup di zaman SuperMokh.dan masih belum terlambat rasanya untuk menganjing pasukan yang kalah tak bermaruah dan penuh dengan fitnah berunsur kebudak-budakan.

kali ini gua bawakan edisi menganjing untuk pasukan yang mempunyai peminat setia yang penuh dengan 1001 muslihat dan alasan.daripada aspek laser dipancar ke mata sehinggalah aspek bomoh yang digunakan oleh pasukan Malaysia.sesungguhnya kalian nggak terer main bola sepak.lihat sahaja pemain ke 12 kalian.WATEHEL!

video

bab pertama

bab pertama untuk subjek SPS133.akan saya ringkaskan sedaya yang mampu.segala khilaf amat dikesali.kelas yang berlangsung 2 jam diselangi lawak jenaka berilmu cukup membuatkan pelajar-pelajar menumpu perhatian.di kelas ini juga lengkaplah bab pertama.

**********************************************************

Outdoor Recreation bergerak di Malaysia sudah lama dan ianya dipromosikan secara agresif sekitar tahun 1980.
Outdoor Recreation juga bernaung di bawah Kementerian Belia dan Sukan dan di bawah kementerian ini juga lahirnya program Rakan Muda yang diilhamkan oleh Dato' Abdul Ghani Othman pada tahun 1994.
Pada tahun 1996,program 'Malaysian Cergas' diperkenalkan kembali untuk mempromosikan kehidupan yang sihat di kalangan rakyat Malaysia.

berdasarkan terminologi dan definisi,Torkildsen (1992) pernah mengfaktakan bahawa rekreasi berasal dari perktaan latin 'recreatio' yang bermaksud pembaikan ke arah kesihatan.

secara definisinya kita boleh menyebut bahawa outdoor recreation bermaksud aktiviti yang dilakukan di dalam persekitaran terbuka.

sementara itu ada satu kategori di dalam outdoor recreation yang mana ia dinamakan outdoor pursuits.outdoor pursuits bermakna aktiviti yang dilakukan menggunakan sepenuhnya tenaga manusia tanpa sebarang bantuan dari anasir lain seperti haiwan mahupun mesin.

antara sumber outdoor recreation di Malaysia adalah seperti hutan,taman,tempat bersejarah,gunung,sungai,pulau,gua dan hidupan liar.

maka bermulalah

"alkisah,alkisah maka tersebut la kisah".mencuri sedikit bait dialog di dalam filem Ramlee bin Putih.saja saya mencuri bait dialog tersebut untuk memulakan post kali ini berkenaan subjek SPS133 Outdoor Recreation.tanggal 6 Januari tepat jam 2.35 petang saya melangkah masuk ke kelas pembelajaran bab pertama subjek ini dengan kadar kelewatan sebanyak 5 minit bersamaan 300 saat kerana hari yang cukup gelap disertai air yang turun dari langit.

melangkaui cerita yang saya hampir dikenakan saman oleh pensyarah kerana berpakaian yang tidak bertatasusila,hari sejuk pada pembelajaran bab pertama dimulakan dengan berita undian mengejut dan keputusan mengejut apabila saya dilantik menjadi Pengarah.ok huruf besar sedikit biar semua orang sedia maklum PENGARAH.

pengarah apa?haa itu yang kita tak tahu.subjek ini memerlukan setiap pelajar mengambil bahagian dalam ssatu kem yang menelan belanja sebanyak 350 hengget.maka tanpa persetujuan saya para adik-adik di kelas telah melantik saya sebagai Pengarah untuk segala urusan kem yang kami harus sertai tersebut dan dijadualkan akan berlangsung di lokasi yang masih samar pada penghujung bulan Januari.

kem tersebut akan melibatkan pelajar jurusan Sains Sukan dan Rekreasi dari UiTM Jengka,UiTM Shah Alam dan INSTEDT.dengan tangan terbuka dan tanpa sekelumit rasa amarah pun saya mengambil jawatan Pengarah tersebut dan akan membawa saya kepada beberapa tugas untuk dibincangkan dengan Pengarah-Pengarah lain dari IPTA dan IPTS yang terlibat.dimaklumkan pengarah seperti Yusuf Haslam dan Khabir Bakhtiar tidak terlibat.eceeeeeceee.

kem ini akan memastikan semua peserta bersatu,berkerja di dalam kumpulan dan mempraktikkan segala ilmu yang akan diturunkan oleh para pensyarah.ok cukup!

Rabu, 5 Januari 2011

pengenalan

"yes",bisik hati nurani saya untuk label ketiga 'outdoor recreation' ini.cukup 3 post khas untuk minggu ini berkenaan rekreasi luar pintu.

apa itu outdoor rcreation?ok memandangkan kelas sebenar belum bermula,dan sesi pembelajaran hanya memasuki bab asas,saya mengambil sedikit inisiatif berani mati berdasarkan maklumat yang diciplak dan dicuri dari Wikipedia berkaitan Outdoor Recreation,saya dapat rumuskan outdoor recreation merupakan aktiviti yang diluar daripada sebarang tempat persembunyian seperti dewan mahupun khemah mahupun rumah.

untuk difahami dengan lebih mendalam dan dengan senang,tiada jalan lain lagi selain daripada memberi contoh.contoh yang dapat diberikan adalah seperti bekhemah,kayak,mendaki gunung dan merentas desa.sudah cukup kan?tak perlu tamak,fikirlah sendiri.jika mahu diberi contoh outdoor recreation yang lain,bermakna saya tidak akan sempat untuk mengupdate post yang lain hatta nak makan dan ke kelas juga tidak akan dapat dilaksanakan.

outdoor recreation lebih kepada aktiviti yang menyihatkan badan dan menyeronokkan selain dapat memupuk semangat kerjasama diantara ahli kumpulan.itupun jika seseorang itu melakukan aktiviti secara berkumpulan tanpa mengamalkan semangat asabiyyah.

p/s: page SR113 under UiTM Kolej Shahputra di MukaBuku

pembelajaran bermula

seperti biasa,seperti kebanyakan subjek di sekolah mahupun di Institusi Pengajian Tinggi yang lain,seawal minggu pertama,kelas pertama sesi pembelajaran bermula.tidak kiralah hanya berkenalan dengan nama penuh pensyarah yang telah diberikan nama oleh ibubapa mereka,mengenalpasti ceraian markah yang akan dibawa untuk ke peperiksaan akhir semester mahupun sukatan pelajaran yang akan dipelajari,ianya tetap di panggil sesi pembelajaran.

tugasan 'esaimen aiseeemennnn' yang pertama yang telah diberikan kepada pelajar jurusan Diploma Pengajian Sains Sukan dan Rekreasi under UiTM (SR113) Kolej Shahputra,adalah mengadaptasi pembelajaran bagi subjek SPS133 Outdoor Recreation ke dalam blog para pelajar.satu misi yang agak susah kerana dipaksa mengeluarkan cetusan minda sepanjang sesi pembelajaran sebanyak 3 post untuk 1 minggu.alangkah bagusnya jika hanya subjek ini menjadi satu-satunya yang diambil untuk semester ini.

terima kasih kepada Encik Mutakim Hashim kerana menerima saya sebagai pelajar anda dan segala kerjasama anda untuk memberi seberapa banyak markah pembawa (carry mark) terlebih dahulu didahului dengan ucapan terima kasih kek keladi.

rekreasi luar pintu

tugasan esemen yang aisemennnn gua dapat dari tenaga pengajar di musim pembalajaran yang baru.seperti mukabuku mahupun twitter,blog juga menjadi salah satu medan perantaraan untuk dijadikan medium pembelajaran.jadi gua terpaksa kerana dipaksa dan malas untuk membuka blog baru menulis berkenaan rekreasi luar pintu atau dalam bahasa penjajahnya Outdoor Recreation.

******************************************************

jadi saya terpaksalah menukar gaya bahasa saya buat julung kali untuk setiap post yang berlabelkan outdoor recreation.untuk kalian teman taulan yang boleh membantu untuk tidak membantutkan esaimen saya ini,ringankan tangan hulurkan bantuan mahupun idea di ruangan komen.tank kasih daun keladi.ini adalah post pertama outdoor recreation.majulah SR113 under UiTM Kolej Shahputra.(dengan senyum sinis)

bintang baru

andai kata Indonesia menjaringkan gola penalti yang diambil oleh kapten mereka Firman Utina tempoh hari di perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki di Stadium Gelora Bung Karno,mungkin itu hampir melenyapkan impian Malaysia untuk mengangkat buat julung kalinya piala berprestij Asia Tenggara.

akan tetapi dengan nasib yang baik dan teknik yang sempurna penjaga gawang nombor satu Malaysia pada dewasa ini dapat menangkap kemas bola rembatan ke penjuru kanan gol Malaysia.dengan berbekalkan aksi tangkas dan kemas,dan hanya melepaskan 3 gol sepanjang kejohanan tersebut,nama Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apek meniti dibibir para peminat bola sepak Malaysia termasuklah para artis seperti Nora Danish.

walaupun nama Apek sudah sinonim dibibir para peminat Red Warriors tetapi bagi peminat bola sepak di luar negeri Kelantan masih tertanya-tanya dari manakah datangnya budak Jepun ini.pemuda yang berasala dari Machang,Kelantan ini pernah bersekolah di Sekolah Sukan Bandar Penawar dan seterusnya bersekolah di Sekolah Sukan Bukit Jalil,yang mana sekolah yang melahirkan ramai bintang-bintang dan bakat sukan negara kita.





jika dulu,wajah ini tidak dikenali walaupun bagi peminat bola sepak di Kelantan sendirir,apatah lagi bagi orang-orang luar bagi negeri Kelantan.bagi mereka ini hanyalah muka baru dan penjaga gawang muda yang diletakkan di posisi no 3.

tapi kini,beliau merupakan bintang baru menyinar.aksinya memukau kelab besar seperti Manchester Ubusted sehingga ada berita beliau akan menggantikan Edwin Van Der Sar.benar atau tidak,kita gelak terlebih dahulu dengan gelakan yang agak sinis.

namun begitu,pemuda yang mirip Yakuza Jepun ini cukup menunduk ke Bumi seperti di dalam temuramah bersama Sokerleaks Blogspots.tahniah.lu memang PADU!

lagi dan lagi

selepas gunungan tahniah diucapkan kepada pasukan bolasepak Malaysia,kali ini gunungan tahniah kepada kerajaan pimpinan Abdul Najib Altantun yang menaikkan lagi RON97 dari semasa ke semasa.

beberapa bulan yang lepas,harga RON95 bercambah,kali ini RON97 pula yang mengambil bahagian kerana tidak mahu kalah kepada RON95.tahniah,tepukan yang besar ke atas anda dan kroni-kroni anda.ini adalah hadiah untuk kemenangan jentera kita untuk PRK yang lepas.


tapi bagaimana pula dengan nasib para perokok tegar yang sentiasa dahagakan sentuhan asap nikotin?dengar cerita harga 20 batang rokok untuk rokok berjenama agak RARE seperti DUNHILL akan naik lagi kepada 14hengget.slogan 1Malaysia patut ditukar kepada "tiada molekul yang akan turun di Malaysia kecuali hujan"
 

yang utama

selepas gua mengundur diri dari menulis dan mengemaskini blog kerdil gua ini,kali ini gua datang kembali.beberapa faktor negatif yang membuatkan gua susah untuk menulis post yang terbaru.jutaan kemaafan macam dilakukan di pagi raya gua hulurkan.

kali ini gua cuba untuk aktif dalam masa 4 bulan sepanjang tempoh dipenajara menuntut ilmu.YANG TERUTAMA gua ingin mengucapkan sekalung tahniah yang setinggi gunung ganang di Sabah dan Sarawak untuk pasukan bolasepak Malaysia.jangan ditanya mengapa.kalau ditanya jugak?hah,kalau ditanya jugak jari tengah ditangan gua akan gua acungkan ke arah lu tanpa segan silu.jangan jadi kuno dan berada di bawah tempurung.

sedangkan ummat manusia seperti Rio Ferdinand yang jauh berada di London boleh mengetahui berita hebat ini,tak kan kita rakyat Malaysia tak tahu.Rio Ferdinand siap bagi ucapan tahniah lagi kepada para pemain Malaysia.gua bukan kaki gebang,tapi itu memang realiti.

walaupun mereka di GANYANG dari segi mental dan fizikal,tetapi mereka tetap kental membawa pulang Piala Aff Suzuki yang telah ditunggu selama 14 tahun.ayuh kembalikan kegemilangan bolasepak negara.tidak musathil kita akan layak ke Piala Agung Piala Dunia.

video