Pages

Isnin, 27 Disember 2010

satu tangan sudah pegang

"woi kenapa Rock The World tak ada orang ni?tadi ramai je"..laung mat rempit a.k.a bukan peminat bola bila tiba di perkarangan Stadium Bukit Jalil jam 7 malam.sementara itu kelihatan ramai pegawai imigresen yang diketuai abang misai lebat berari anak mengejar sekumpulan pemuda yang memakai baju merah.

persoalan yang diajukan mat rempit tadi boleh di jawab dengan berbunyi:

para anak muda meminati bola dan bersemangat patriotik untuk menyokong pasukan sukan no 1 di dunia iaitu bola sepak.

persoalan imigresen tadi pula boleh dijawab dengan berbunyi:

pihak imigresen mengambil kesempatan menangkap pendatang tanpa ijin yang datang ingin beradu kekuatan suara dengan 70 000 penyokong harimau Malaya.





sebelah tangan kapten Malaysia iaitu Shafiq Rahim sudah memegang piala agung Suzuki ini.dengan berbekal kelincahan pengantin baru Shahrul Idlan Talaha a.k.a pemain baru yang dibeli Real Zaragoza,2 gol oleh Safee Balqis,1 gol oleh anak Terengganu Ashaari Samsudin sudah cukup untuk memberi kepuasan bersorak oleh orang kampung di warung,nelayan yang menyorak di tengah lautan dan para pengawal keselamatan yang menyorak sambil curi tulang.

mahu apa lagi di Stadium Gelombang Bukarno?bukan mahu Luna Maya.bukan juga mahu Nia Ramdhani.kita hanya mahu seri.tapi kalau kalah stakat 2-0 nak buat macam mana.piala masih dalam tangan.tapi kalau rasa boleh bolos gol Khairul Fahmi dan benteng pertahanan Muslim Ahmad dan Fadhli Sas,cubalah.berani,cubalah.

tapi bawaklah semangat yang ada di dalam lagu ini


dan ingat juga lagu dendangan kugiran The Official.kata mereka "we are proud to be Malaysian,we wanna foght for you".bawalah balik Piala AFF Suzuki ke Kuala Lumpur,jadikanlah hadiah tersevut sebagai hadiah perkahwinan paling bermakna untuk Shahrul Idlan Talaha dan yang paling penting kedudukan tangga Malaysia di mata FiFA turut akan naik.

Jumaat, 24 Disember 2010

tidak logik

adalah tidak adil dan tidak masuk akal bila membawa alat kawalan jauh k dalam gelanggang sehinga lu boleh tekan butang 'pause' dan meniup bola itu untuk masuk.seterusnya tekan butang 'play'

olahragawati tahunan

gua pun tak tahu dari segi mana budak ni dipilih menjadi olahragawati tahunan bag Kampung Panas Selalu.dari segi pencapaiannya kah,dari segi pemakaiannyakah.tapi yang gua pasti budak ni tersalah ilmu keakhiratan.


sumber dari ohtidak.com.mereka lebih otai sebab itu gambar ini disonglap dari mereka

Rabu, 22 Disember 2010

lu langsi lu mati

setelah 2 individu rapat dengan diri gua bercerita tentang frasa 'lu langsi lu mati',akhirnya gua terpanggil untuk mengKONGSI sedikit sebanyak tentang karya baru dari Malaysia yang pasti akan memeriahkan dan meartabatkan lagi industri seni tanah air.

selepas muzik Malaysia diusung dan didendangkan sehingga ke Eropah dan Amerika apatah lagi di Asia,pasukan bola sepak Malaysia pula yang semakin melakukan transformasi bergaya sehingga harga jersi Malaysia naik mendadak,kini tiba masa industri perfileman pula tampil dengan filem yang mencuri hati para penonton dengan banyaknya seperti tidak kekeringan idea.Malaysia semakin padu!

Sabtu, 11 Disember 2010

hukuman untuk diri sendiri

"dengan ini saya menjatuhkan hukuman penjara 1 jam dan cubit sampai gatal sebanyak 5 kali",dakwa si pendakwa kepada dirinya dan para hadirin.
cilakak!lalu ditanya kepada hakim tersebut,"kenapa sekejap sangat tuan hakim dipenjara?".
"saya mana ada masa.sekejap lagi saya ada 5 kes nak dakwa orang berkhalwat.ramai bini balik kampung sekarang",jawab hakim tersebut tanpa rasa sedikit sutikan rasa malu ke atas dirinya.

Sabtu, 4 Disember 2010

hanya makian

edisi post kali ini tiada gambar,tiada pujian dan tiada perasaan.hanya makian dan kalau kalian boleh nampak jari tengah sedang mengacung ke arah muka pemimpin 1 Malaysia di dalam akhbar tempatan.

faking!itu perkataan yang pertama terpacul dari mulut gua bila mengetahui adik RON97 iaitu RON95 telah mengikut jejak langkah abangnya telah naik harga sebanyak 25 sen bermula petang tadi.tidak hairanlah kenapa gua tengok banyak stesyen minyak di tepi jalan telah meletup dan terbakar.mungkin dibakar oleh  rayat jelata yang mogok.

walaupun gua sudah lama berhenti memaki,tetapi kali ini gua tidak dapat menahan amarah lagi.cilakak.mungkin lepas ini gua nak guna minyak dagu atau minyak pengasih untuk sang kancil gua.tahniah.lu dan kroni-kroni lu memang PADU!

Jumaat, 3 Disember 2010

BAHANA si BANA!

"Rakyat semua jangan panik,ini semua sementara sahaja untuk merangsang ekonomi negara.anda tolong saya,saya tolong anda.tolong naikkan harga barang.itu pun tolong jugeeeeeek.kalau saya tak tolong siapa lagi mahu tolong.salam 1Malaysia",terang Najib Altantu sambil mengangkat tangan ke atas dan ke bawah dengan muka yang cukup serius tapi sempat senyum sinis bila sampai di bahagian 'anda tolong saya,saya tolong anda'.






prankkkk!seraya dengan itu,bunyi kaca pecah berderai.rupanya televisyen LCD Viera 52 inci milik Pak Kemut pecah kerana dibaling tukul besi.peristiwa berlaku ketika beliau menonton berita harian pukul 8 malam.keluar je muka individu di atas,terus sahaja Pak Kemut berlari sekeliling rumah mencari tukul besi.marah bebenor ye lu dengan si Altantu.

mana idaknya,Pak Kemut merupakan perokok DUNHILL tegar,dengar cerita harga rokok yang berharga lebih mahal dari seekor ayam iaitu 10 hengget akan naik lagi menjadi 14 hengget 30 sen.dengar cerita lagi,niat dan nawaitu sebenar kerajaan untuk menjadikan harga rokok genap kepada 20 hengget.maknanya sebatang rokok berharga 1 hengget.dengan alasan senang pekedai dan peruncit nak jual,tak perlu bagi baki duit syiling apabila rokok berharga 60sen mahupun 70sen.Pak Kemut juga amat memarahi pemimpin di atas kerana Pak Kemut bukan sahaja AJK AMNO Kawasan Bermuda tetapi dia juga pengguna setia RON97.AJK AMNO pun marah tau kalau minyak naik.si kroni-kroni besar tak apalah,bagi rakyat biasa seperti PakKemut ianya satu bebanan.

hari tu gua dah cerita pasal kenaikan RON97,belum sampai 100 post jarak post kenaikan RON97 dengan post ini,harga RON97 naik lagi.gua malas nak sembang tentang harga RON97 sebab gua tak layan minyak mahal-mahal ni.tapi yang pastinya harga RON97 2 hengget lebih untuk 1 liter.lagipun gua rasa,gua nak beli Toyota Hybrid tak lama lagi dengan duit jual rokok kat sekolah.gua rasa,rokok berharga 50 hengget sekotak pun masih ramai yang akan terus membelinya.setiap sedutan tidak membawa padah,tapi membawa linangan air mata.macam tu je duit dihabiskan.

kesimpulannya,seperti Najib Altantu kata,jangan panik.anda bantu saya.saya bantu anda.ini hadiah untuk kemenangan di Galas dan di Sabah ye.ANGKAT JARI TENGAH!

Khamis, 2 Disember 2010

aksi biadap


Piala AFF Suzuki 2010 Indonesia.jadi,memang sudah menjadi makanan buat Indonesia membalas dendam dengan musuh serumpun.siapa lagi kalau bukan Malaysia.ketika inilah mereka ingin membalas segala dendam pembantu-pembantu rumah yang didera di Malaysia,para perompak-perompak dari Indonesia yang ditembak mati oleh polis di Malaysia dan sebagainya.


aksi biadap perlawanan pertama semalam dimulakan dengan aksi bising dan jeritan 'boo' ketika lagu Negaraku berkumandang.tapi gol pertama dari Norshahrul cukup untuk membuat para penonton 'biadap' Indon menelan air liur mereka sendiri selama beberapa minit.tapi itu hanya beberapa minit,apabila mereka menyamakan kedudukan mereka kembali biadap memprovokrasi pemain Malaysia.

walaupun gua minat ramai awek yang bermuka licin dan mulus di dalam sinetron yang penuh di kaca televisyen,tapi semangat patriotik gua mengecam tindakan kurang beradap dari mereka.gua tidak tengok sinetron Indon tapi kadang-kadang terpandang juga bila adik-adik gua menonton dengan penuh asyik.

ok lupakan Luna Maya mahupun Acha Sepertibiasa,kembali kepada perlawanan semalam,aksi biadap diteruskan lagi tapi kali ini dibarisan pemain Malaysia.tidak seperti prestasi di sukan Sea mahupun di sukan Komanwel,mereka sungguh biadap membuatkan Malaysia diganyang Indonesia 5-1.

Rabu, 1 Disember 2010

lupakanlah si dia

semakin banyak teman taulan dan saudara mara yang ingin menamatkan zaman bujang membuatkan gua berasa teruja dan terkesima.seperti yang gua katakan di post yang lepas,angka 20 merupakan masa yang tepat untuk melakukan anjakan paradigma memiliki teman dan membina keluarga.

tapi dalam kehangatan rakan taulan membina keluarga,ada juga di antara rakan taulan yang kecundang di tengah jalan dalam usaha membawa balik menantu kepada ibubapa mereka.ada yang kecewa ditinggalkan,ada yang suka berjaya meniggalkan teman mereka.

maka diringkaskan cerita dari perkongsian didalam muka buku,gua ada terbaca doa untuk melupakan si dia.si dia ok!bukan si Dia!si Dia tempat kita berdoa untuk melupakan si dia.



"Jika benar kamu sygkan dia..maka lepaskannya..jika dia kembali padamu..maka dia adalah milikmu..jika tidak..dia  bukan milikmu.."

"Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untukmendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya..."