Pages

Isnin, 27 Disember 2010

satu tangan sudah pegang

"woi kenapa Rock The World tak ada orang ni?tadi ramai je"..laung mat rempit a.k.a bukan peminat bola bila tiba di perkarangan Stadium Bukit Jalil jam 7 malam.sementara itu kelihatan ramai pegawai imigresen yang diketuai abang misai lebat berari anak mengejar sekumpulan pemuda yang memakai baju merah.

persoalan yang diajukan mat rempit tadi boleh di jawab dengan berbunyi:

para anak muda meminati bola dan bersemangat patriotik untuk menyokong pasukan sukan no 1 di dunia iaitu bola sepak.

persoalan imigresen tadi pula boleh dijawab dengan berbunyi:

pihak imigresen mengambil kesempatan menangkap pendatang tanpa ijin yang datang ingin beradu kekuatan suara dengan 70 000 penyokong harimau Malaya.





sebelah tangan kapten Malaysia iaitu Shafiq Rahim sudah memegang piala agung Suzuki ini.dengan berbekal kelincahan pengantin baru Shahrul Idlan Talaha a.k.a pemain baru yang dibeli Real Zaragoza,2 gol oleh Safee Balqis,1 gol oleh anak Terengganu Ashaari Samsudin sudah cukup untuk memberi kepuasan bersorak oleh orang kampung di warung,nelayan yang menyorak di tengah lautan dan para pengawal keselamatan yang menyorak sambil curi tulang.

mahu apa lagi di Stadium Gelombang Bukarno?bukan mahu Luna Maya.bukan juga mahu Nia Ramdhani.kita hanya mahu seri.tapi kalau kalah stakat 2-0 nak buat macam mana.piala masih dalam tangan.tapi kalau rasa boleh bolos gol Khairul Fahmi dan benteng pertahanan Muslim Ahmad dan Fadhli Sas,cubalah.berani,cubalah.

tapi bawaklah semangat yang ada di dalam lagu ini


dan ingat juga lagu dendangan kugiran The Official.kata mereka "we are proud to be Malaysian,we wanna foght for you".bawalah balik Piala AFF Suzuki ke Kuala Lumpur,jadikanlah hadiah tersevut sebagai hadiah perkahwinan paling bermakna untuk Shahrul Idlan Talaha dan yang paling penting kedudukan tangga Malaysia di mata FiFA turut akan naik.

Tiada ulasan: