Pages

Rabu, 21 Disember 2011

hadiah untuk LU anak muda


INI HADIAH UNTUK LU,
HADIAH UNTUK SEMUA YANG MENYERTAI DEMONSTRASI AMAN,

INGAT INI ZAMAN KEBANGKITAN ANAK MUDA,
INI ZAMAN ANAK MUDA MEMERINTAH DUNIA,
INI ZAMAN SOLIDARITI ANAK MUDA,
ZAMAN KEBANGKITAN MAHASISWA DAN MAHASISWI,

DARI DATARAN TAHRIR, MESIR,
OCCUPY WALL STREET DI US,
OCCUPY STOCK EXCHANGE DI LONDON,
AMSTERDAM,
MADRID,
AFRICA,
DAN SELURUH DUNIA,
ANAK MUDA MACAM LU TELAH BANGUN,
ANAK MUDA YANG BERJIWA KENTAL,

MAJALAH TIME KALI INI,
TIDAK MENGIKTIRAF LAGI TOKOH POLITIK YANG TUA,
MAJALAH INI TIDAK LAGI MENGIKTIRAF BUSINESSMAN YANG TUA,
TUKANG SONGLAP DUIT NFC,
TUKANG BUNUH ALTANTUNYA,

TAPI MAJALAH INI MENGIKTIRAF,
LU YANG TELAH TURUN KE JALAN RAYA,
DAN SEMUA ANAK MUDA YANG HEBAT KETIKA BERSIH 2.0,
DEMONSTRASI MAHASISWA MANSUH AUKU,
PENURUNAN BENDERA NAJIB,

MARI DENGAR KENAPA
"PROTESTOR" MACAM LU TELAH DI PILIH DUNIA,

nota kaki : baca biar paham,jangan jadi bebal,jangan jadi tak reti bahasa

Isnin, 19 Disember 2011

Bendera Pak Jib diturunkan

selepas penurunan bendera Pak Jib di PWTC maka tertubuh la page


mahasiswa yang cerdik pandai sudah ramai bersuara,anda bila lagi?

nota kaki : ini luahan pemuda koya.kehkeh

Ahad, 18 Disember 2011

pemulihan

'biasalah budak-budak,follow Kurt Cobain.honestly aku pernah bawak anak aku pergi menyambar',Radhi.



nota kaki : terima kasih Mohd Afiq dedahkan video.cilake,cilake

Khamis, 15 Disember 2011

Oley!

kalau video gampang ini yang menjadi kebanggaan Kerajaan Persekutuan,dengan menampilkan makcik yang gemuk lagi menjengkelkan dengan rambut berminyak tidak disyampu,mamat yang dagu panjang berlakon jadi penjahat geng pusher dadah dalam cerita Tentang Dhia,dan pakcik,tambi,apek yang bajet 1Malaysia....

bagaimana dengan video ini?


nota kaki : jangan reti cakap macam barua dalam 'Sembang Rakyat',nanti jadi 'Sembang Ahli Neraka'.

Ahad, 4 Disember 2011

Encik Lepat



SUDAH LAMA AKU DIAM SAJA

KINI TIBA RASA UNTUK BERTANYA
KHABAR APA MEREKA YANG DI SANA
BAGAIMANAKAH 
ADAKAH SIHAT SEMUA



KERETA BESAR MEREKA MILIKI
RUMAH BESAR DUA TIGA BIJI
DUIT BANYAK ENTAH MANA MARI
ALAMAK, KERJANYA MAKAN GAJI



MEMANG PELIK TAPI BENAR
KERJA BIASA, DUIT BANYAK
JANGAN, JANGAN
BAWAH MEJA
"MAKAN SUAP"
ITU PERKARA BIASA



AIR LAUT ADA PASANG ADA SURUT
SUATU HARI PASTIKAN MEREKA SANGKUT
BAGAI TUPAI MEREKAKAN TERSUNGKUR
KEKERANCANG BELUT TAK KAN KE MANA

nota kaki : gua bercadang nak tulis tentang Encik Lepat.ya,Encik Ismail 'Lepat' Ariffin.lu tunggu,lu tunggu!

Sabtu, 3 Disember 2011

EURO 2012


KUMPULAN A
Poland
Greece
Russia
Rep.Czech

KUMPULAN B
Belanda
Denmark
Jerman
Portugal

KUMPULAN C
Sepanyol
Itali
Rep.Ireland
Croatia

KUMPULAN D
Ukraine
Sweeden
Perancis
England

nota kaki : Kumpulan B macam celaka payah.Target pergi jauh England,Sepanyol,Belanda,Itali

Jumaat, 2 Disember 2011

Rabu, 30 November 2011

Selasa, 22 November 2011

Gelora Bungkarno bergelora








nota kaki :

"MEREKA tak hormati kamu, tak hormat bendera kita, tak hormat raja kita dan mereka tak hormat ibu bapa KAMU. Kalau KAMU benarkan ia (kekalahan) berlaku, maka KAMU adalah pengecut. Kamu mesti ajar mereka kehebatan seorang warganegara Malaysia.."Kita kalahkan mereka bukan sekali tapi dua kali dihadapan jutaan penyokong setia mereka. Kita tunjukkan bagaimana melakukannya"

- Ong Kim Swee -

otak Firaun

ada saje perangai Firaun,Yahudi,Majusi budak budak Indon ni


nota kaki : nak buat ujian saringan air kencing,kencing dalam mulut baru tahu!

Pingat Emas ke-59

lagi cantik kalau kemenangan penentuan pingat emas yang dimenangi semalam adalah pingat emas ke-60 sekaligus menepati sasaran 60 pingat emas Sukan Sea yang disarsarkan.tetapi sekalung tahniah diucapkan kepada semua pemain Harimau Muda ketika membenam ribuan perangai bangang penyokong Indonesia dan membenam serangan 11 pemain Indonesia di atas padang.tahniah kepada semua.hmmm bukan semua,Fakri Saarani hmmm,hmmm.kehkehkeh.

nota kaki : Harimau mengamuk,Garuda dibaham,baham Garuda maka kena naik Baraguda.macam macam pesen tajuk berita wartawan cakap besar.

Isnin, 21 November 2011

Bersatu dan Bangkit

'United and Rising' atau jika di Melayukan ianya berbunyi Bersatu dan Bangkit.nampak gaya macam suci dan bersemangat kesukanan.

TAPI

macam punai!temasya Sukan Sea yang penuh dengan kepincangan dan provokrasi.

nota kaki : Indonesia sememangnya anti-Malaysia;tujuan sebenar Sukan SEA diadakan adalah untuk mengeratkan perpaduan negara anggota ASEAN.gagal.

Isnin, 31 Oktober 2011

Hairuddin Omar

edisi main angin.
brader ni dah boleh di label sebagai lagenda.di kala entah di mana rakan seperjuangan beliau seperti Rosdi Talib dan Khalid Jamlus,beliau masih gah dipersada bola sepak Malaysia yang penuh dengan taik-taik orang FAM.
tabik Encik Hai-O.3 tahun berturut-turut julang Piala Malaysia dan tiga tahun berturut-turut juga menjaringkan gola di pentas perlawanan akhir Piala Malaysia.

nota kaki : di mana ada Hai-O di situlah tempat persinggahan Piala Malaysia.dengar cerita Hai-O nak berhijrah ke pasukan Pahang,bolehlah Pahang julang Piala Malaysia.kehkehkeh.

Jumaat, 28 Oktober 2011

hidup FAM

sumber Sokernet blog bola terhebat di Malaysia.majulah bola sepak Malaysia untuk ummat 1Malaysia.

nota kaki : apo kono eh jang,berat nanang ni!kehkehkeh

Khamis, 27 Oktober 2011

RM50

Selangor tak masuk final,harga mesti tiket mesti naik.
Pahang tak masuk Piala 1Malaysia,harga mesti naik.
ini semua kerja Sultan Bola dan koncu koncu.
RM50 boleh harga tiket,lagi mahal dari harga tiket bas untuk ke Stadium Shah Alam,Perlawanan Akhir Negeri Sembilan dan Terengganu 29 Oktober 2011.

nota kaki : Menteri Sukan,Dato Shabery Chik naik hangin dengan kerja gila oraganisasi Sultan Bola ni.

Selasa, 25 Oktober 2011

Marco Simoncelli


lagi berita kematian.Marco Simoncelli (1987-2011),pelumba Itali ini meninggal dengan tragis selepas terbabas dan dilanggar oleh Collin Edward dan Valentino Rossi di pusingan kedua perlumbaan Moto GP di Sepang.

nota kaki : cuak anak Mahathir,tauke Sepang International Circuit.

Muammar Gaddafi


Kematian pemimpin yang dikatakan diktator dan kuku besi bagi sesetengah rakyat Libya.Muammar al-Gaddafi (1942-2011).ini semua pesen kerja orang putih yang nak tengok Islam berpecah.

nota kaki : Saddam Hussein,Hosni Mubarak,Gaddafi.pemimpin Arab yang tumbang seorang demi seorang.pemimpin Israel bila lagi?

Rabu, 12 Oktober 2011

susulan bajet 2012 2.0

versi ampu:

terima kasih kek keladi yang tidak terhingga kepada pucuk pimpinan kita Pak Jib dan para kabinet Dato Seri di atas pelancaran bajet yang sungguh cakna rakyat.
inilah Bajet Negara yang paling efektif dan paling hebat sepanjang negara Merdeka.
tahniah kerajaan Barisan Nasional!

nota kaki : Dato,Dato,Dato..harga rokok boleh turunkan tak?ecececeh

Isnin, 10 Oktober 2011

susulan bajet 2012 1.0

* jangan la jadi mangkuk hayun sangat percaya kata gua tak reti bahasa Inggeris.
   tak ada sense of humour langsung nak hukum orang berlawak.cilake!

* jangan jadi pengkritik tegar cakap gua menciplak blog orang lain.gua jugak ada kerja lain selain dari            
   mencatat satu satu benda yang diucap oleh Najib.dari gua tulis satu satu,baik gua ambil kandungan Bajet 2012
   dari artikel yang dah tersedia.yang penting gua boleh sampaikan kepada pembaca blog terpencil gua ini tentang
   kandungan Bajet 2012.

nota kaki : blog gua,gua punya suka nak tulis apa.tak suka,lu gerak.dah terang lagi bersuluh gua anti-kerajaan,jadi penyokong kerajaan tahan biji mata la kalau rasa sangap sangat nak bace tulisan gua.

Sabtu, 8 Oktober 2011

bajet 2012

Bajet 2012,Pak Jib bajet smart,bajet matang.kepala bana.tapi apa yang baik gua telan je.makan jangan memilih.

************************

- Budget 2012 allocates RM232.8bil for Government plans, including RM181.6bil for management and RM51.2bil for development.
- RM29.8bil has been allocated for investment in infrastructure, industrial and rural development.
- RM13.6bil has been allocated for the social sector, including education and training, welfare, housing and community development.
- Total revenue for 2012 is forecast to increase 1.9% to RM186.9bil and the deficit to decrease to 4.7% of GDP from 5.4% in 2011.
- The theme for Budget 2012 is “National Transformation Policy: Welfare for the Rakyat, Well-Being of the Nation”.
- We will focus on accelerating investment and further liberalise 17 services sub-sectors, in places enabling 100% foreign equity.
- RP2 will be implemented in 2012, and it will be allocated RM98.4bil, to be split evenly between 2012 & 2013
- RP2 main projects will include the East Coast Highway from Jabor to T’ganu and road upgrades from Kota Marudu to Ranau
- RM18bil of the RM20bil PPP Facilitation Fund will be used for high impact projects, with RM2 billion for bumiputera entrepreneurs
- In 2012, the Government will allocate RM978mil to accelerate the development in five regional corridors
- The Treasury Management Centre will be established and offer incentives to develop M’sia as a competitive financial centre
- We will develop the Kuala Lumpur International Financial District, with incentives including income tax exemptions for firms
- We will develop the Kuala Lumpur International Financial District, with incentives including income tax exemptions for firms
- Income tax exemptions for non-ringgit sukuk issuance and transactions will be extended for another 3 years
- To promote the development of Exchange Traded Funds products I-VCAP will provide RM200mil for Shariah-compliant ETFs
Felda GVH will be listed on Bursa Malaysia by mid-2012 to raise funds for the company to become a global conglomerate. Felda settlers are expected to receive a windfall, and the amount will be announced before listing (durian runtuh buat para peneroka. yg pasti aku bukan dr keluarga peneroka. so, melepaslah…).
- A RM2bil shariah-compliant SME Financing Fund managed by selected Islamic banks will be established in 2012
- A RM100mil SME Revitalisation Fund offering loans up to a maximum of RM1mil for entrepreneurs will be available from Jan 2012
Full exemption of import duty and excise duty on hybrid cars and electric cars will continue to be given until 2013 (masih sempat lagi untuk beli kereta Hybrid; Toyota Prius @ Honda Insight)
- To promote tourism, the Langkawi Five Year Tourism Development Master Plan will be launched with an allocation of RM420mil
- The real property gains tax will be reviewed so it doesn’t jeopardise the ability of low- and middle-income groups to buy homes
- The Malaysia Healthcare Travel Council will be privatised to promote and develop Malaysia as a healthcare destination
- Budget focuses on developing human capital, creativity and innovation and 2012 will be the National Innovation Movement year
- The Govt has allocated RM100mil promote innovation including the 1Malaysia Award (C1PTA) for innovative student inventions
- To enable SMEs to commercialise research products a Commercialisation Innovation Fund totalling RM500mil will be established
- RM50.2bil will be allocated to the education sector so that it can continue to develop talented, creative and innovative people
- RM1bil will be provided through a special fund for the construction, improvement and maintenance of schools
We will abolish payments for primary and secondary education, making these free for the first time in our history (harap pihak sekolah jangan kenakan bayaran yuran2 yang tak berkenaan…)
- Private schools registered with the Education Ministry will be given incentives including an Investment Tax Allowance
The Govt will give tax exemption for contributions to educational institutions and all places of worship (kempen utk menggalakkan rakyat menderma. bagus tuu…)
- To encourage private sector human capital development incentives including a double deduction on scholarships will be offered
- Budget 2012 introduces a Rural Transformation Programme, so that rural areas can attract private investment and create employment
- RM5bil to develop rural infrastructure, including RM1.8bil to the Rural Road Programme & Village-Link Road Project
- RM500mil to expand the programme to supply clean water to the rural community in Sabah
- RM400mil to upgrade the water supply infrastructure in selected Felda areas
- To provide greater access to bank services for the rural population, Bank Simpanan Nasional will appoint agents in rural areas
- RM90mil for the Orang Asli for basic necessities, including the expansion of the clean water supply project. For the Orang Asli affected by the landslides at Sungai Ruil, RM20mil is provided for their relocation to new homes
- 600,000 Govt pensioners will benefit from an additional annual pension increment of 2%
- Civil servants get pay rise between RM80 to RM320 (rezeki orang kerja Gomen. pastinya tersenyum simpul…)
Govt will extend the compulsory retirement age from 58 to 60 years old to optimise civil servants’ contribution (semakin sempitlah peluang utk bekerja di sektor awam jika tiada orang dalam. tp mgkn ramai yg tak sanggup kerja sampai umur 60 kotss!!!..)
- Civil servants will be offered tuition fee assistance for part-time studies, including 5,000 masters and 500 doctoral scholarships (senyum lagieeee org kerja Gomen. kenapa pekerja swasta tak dpt kemudahan nie? jgnlah membezakan rakyat…)
- A special programme will be introduced for 175,000 army personnel who are not eligible for pensions
- RM3,000 will be given to ex-members of the special constable and auxiliary police as well as widows and widowers
- The Govt is mindful of the plight of the rakyat due to rising food prices and will take measures to address this
- The National Agro-Food Policy 2011-2020 will be launched and RM1.1bil allocated for the development of the agriculture sector
In the spirit of “People First,” all subsidies, incentives and assistance totalling RM33.2bil will be continued (harap harga minyak petrol tak naik lagie…)
- 500,000 will benefit from KAR1SMA, which provides assistance to poor senior citizens and children and disabled people
- My First Home Scheme will be expanded to increase the limit of house prices from a maximum of RM220,000 to RM400,000
- Govt will identify areas in the vicinity of MRT, LRT and other public transport to be developed by PR1MA
- Govt will continue to implement the Program Perumahan Rakyat by building 75,000 units of affordable houses
- Govt will establish the Special Housing Fund for Fishermen to build and refurbish houses
- Healthcare will be allocated RM15bil operating expenditure and RM1.8bil development expenditure
- Hospitals will be upgraded and constructed as well 81 rural health clinics upgraded and 50 new 1Malaysia clinics launched
- Hospital Kuala Lumpur – the oldest in Malaysia – will be upgraded to be the country’s premier hospital
- Skim Amanah Rakyat (SARA) 1Malaysia will benefit 100,000 households with income below RM3,000 per month
- To assist taxi owners facing increased operating costs, measures will be introduced including tax exemptions on taxi purchases
- The National Legal Aid Foundation will ensure that every individual who is charged in court will be given free legal aid
- To assist the homeless, the Govt established a social assistance centre known as Anjung Singgah
- A training allocation of RM10mil will be provided for women to develop leadership and managerial skills
- To prevent cervical cancer, the Government will provide free Human Papilloma Virus immunisation nationwide
- MyCreative Venture Capital with an initial fund of RM200mil to be established
- RM15mil will be allocated to build 150 futsal courts to achieve the “One Court for One Mukim” target
- To ensure the welfare of retirees measures including a tax relief on Private Retirement Schemes contributions are introduced
- Senior citizens aged 60 years & above will be exempted from outpatient registration fees in Govt hospitals & health clinics
One-off assistance of RM500 to households with a monthly income of RM3,000 and below will be provided (nampak gaya aku tak layak nak mohon..huhuhu…)
- For those in private sector earning RM5000 and below, employers’ EPF contribution will increase from 12% to 13%
- Book voucher worth RM200 will be given to Malaysian students in all private and public institutions of higher learning
- Civil servants will be given an additional bonus of half-month salary and pensioners RM500 



****************************


nota kaki : sepatah haram pun gua tak paham.tapi satu je yang gua pasti,ini semua membawa kebaikan kepada rakyat jelata,dan ini juga umpan pilihanraya.kahkah

Jumaat, 7 Oktober 2011

perlawanan Epik

pertembungan epik,abang adik,sepupu sepapat.ulangan Perlawanan Akhir Piala FA 2010.
Suku Akhir 1 : 10 Oktober 2011 (Away)
Suku Akhir 2 : 14 Oktober 2011 (Home)


BESUT?Kelantan atau Terengganu?Jawapannya Terengganu TETAPI Kelantan pegang!


nota kaki : buleh menang ko doki sek kito sekali ni?mestiiiiii.nasaboh!

Isnin, 3 Oktober 2011

balik kampung

periksa dah habis,buat apa lagi di perantauan?balik kampung la baru terfaktab punya sedap!


nota kaki : balik kampung jugok linam.duit tak habis.makan tak tala.kehkeh

Ahad, 2 Oktober 2011

Chan Ho Nam


perangai bagai bagai macam celaka ni buat darah anak muda mengalir laju.jangan sampai lahir Chan Ho Nam nombor dua.dah tua buat perangai orang yang tua rumah kata pergi kubur kata mari.kang tak pasal elok elok kaki boleh bawak cucu jalan jalan naik moto,terus berkerusi roda duduk depan rumah ditolak ke sana sini oleh cucu.gampang!

nota kaki : betul betul marah!bukan pengaruh rakan sebaya.pengaruh filem.

Sabtu, 1 Oktober 2011

kaum Adam


Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik
masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka
yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga
amanah itu. Mereka ialah:


1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."..!!!!



nota kaki : karya Amirul Mujahidin

Jumaat, 30 September 2011

Ribut Taman Syahbandar Terengganu

Ribut Taman Syahbandar Terengganu Darul Amno.27 September 2011.





mungkinkah disebabkan tempias Taufan Nesat yang melanda Filipina?
atau mungkinkah ini sebabnya?

pentas tarian,pertunjukan berlantaikan papan tanda Maulidur Rasul.

nota kaki : Alhamdulillah kebanyakan tempat di Malaysia selamat dari Taufan Nesat,ini semua berkat doa pemimpin kita Dato Seri Najib Tun Razak.hanya doa pemimpin agong,yang paling mustajab.puiiih!

Khamis, 29 September 2011

Undilah

bukan Jamal Ubaidillah tetapi Undilah.
Undilah untuk Malaysia.
Undilah untuk anak cucu kalian.


karya Pete Teo.ada Tunku Razleigh Hamzah,Izah Anwar,Afdlin Shauki dan acik acik yang gua sendiri tak tahu nama.

nota kaki : video ini kena HARAM.biasalah kerja koncu koncu ayah Jib.dia tak nampak mungkin semua kritiria 1Malaysia,mungkin tak nampak jugak Tunku Razaleigh.

Rabu, 28 September 2011

Theyab Awana


Innalillah hi wainna ilai hiroji'un.semoga tenang bersemadi di sana bersama orang beriman Theyab Awana.

nota kaki : saudara ini pernah memikat hati seluruh peminat bola satu masa dahulu.beliau meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika pulang dari latihan.

Isnin, 26 September 2011

Yuri Boyka

entah pesen apa gua buka komputer dalam perpustakaan kolej,semua penuh dengan gambar brader kental ni jadi wallpaper


mula mula nak terkeluar juga perkataan bangang,tapi bila dipikir pikir balik ini adalah langkah pertama dan langkah baik oleh orang Melayu untuk melahirkan penggodam.baru boleh lawan Yahudi.

nota kaki : pihak kolej,ini semua kerja budak budak sukan.gua nampak dengan mata gua sendiri.kahkah

Ahad, 25 September 2011

UiTM


Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk Bumiputera,
bantu Bumiputera,
soalan final jangan nak kejam sangat sampai bebudak nak menangis.

Susah soalan final,
ulang kertas yang sama,
lambat grade,
kesian Bumiputera.

nota kaki : gua hafal Abraham Maslow Hierarchy,Ivan Pavlov Theory,Piaget Theory,The Big Five Theory (OCEAN).satu benda pun tak keluar,yang keluar hanyalah makian!

Sabtu, 24 September 2011

Raul Mireles


gua dah cakap nak tiru gua,kena main Mecester,jangan pakai tatoo.ni pesen tak reti bahasa la ni!


nota kaki : gua tunggu masa je nak muat turun video aksi gua.nanti.nanti!

seksa hujung minggu

"sesungguhnya dicipta Hari Minggu Sabtu dan Ahad untuk menonton EPL dan beristirehat",anjingan bangsat dari seorang taulan.

nota kaki : 24 September (Sabtu) 0900 pagi - SPS211 Exercise Physiology
                  25 September (Ahad) 0900 pagi  - SPS215 Understanding Human Behaviour


                 25 September (Ahad) 0030 pagi - Stoke Siti lawan Mecester
                 sumbat.sumbat.

Jumaat, 23 September 2011

Yahudi,Jews

"orang orang Yahudi adalah satu pembaziran dan mereka adalah benih benih yang tidak bermakna",Merneptah Stele (1208BC)

walaupun Yahudi banyak menguasai bidang keduniaan,peduli apa gua!

nota kaki : ramai yang marah Mark Fuckenberg dan kawan kawan.kahkah

Khamis, 22 September 2011

Jepun 2-0 Malaysia

ke hadapan
brader brader pengulas sukan,pakcik pakcik kaki kedai kopi yang main dam sambil meneguk kopi,awek awek cun yang kononnya minat bola dan peminat bola sekalian,

tujuan blog kali ini dikarang untuk menyatakan dan meminta supaya disampaikan kepada saudara Ong Kim Swee supaya jangan menyenaraikan di dalam kesebelasan utama pemain bernama Izzaq Faris dalam game seterusnya dan jangan lupa nak marah pemain kalau kerap sangat main bola tinggi.main macam lawan Celsi.

nota kaki : jangan tiru macam Arsenal.gampang!

Rabu, 21 September 2011

Fesbuk koya hebat

Fesbuk dan otak Mark Zukernberg dah makin menjadi-jadi ganasnya.

sekali lagi dia cuba ubah dan memajukan Fesbuk dengan niat nak uji ketereran dan keganasan gua menyelesaikan permasalahan yang diberi,gua tak teragak-agak nak menyeru rakyat jelata supaya main Frenster balik.gampang!

nota kaki : budak budak yang nak tukar Fesbuk ke bentuk lama,pegi kat akaun setting,tukar English US kepada English UK.ni semua keje Yahudi.

Selasa, 20 September 2011

Pusingan Roda

bukan cerita Roda Impian.
bukan cerita Roda-Roda Kuala Lumpur.

dulu mungkin rumah besar,sekarang rumah kecil.mungkin tiada rumah atau mungkin rumah sewa.
dulu mungkin kereta besar,sekarang kereta kecil.mungkin tiada kereta atau mungkin kereta sewa.

dulu mungkin pasukan gagah,tapi sekarang pasukan lembik.mungkin cap ayam.
dulu mungkin 18 piala,tapi sekarang mungkin emmmmmm nehi piala hey.
dulu mungkin nak maki guna bangsat,guna babi.mugkin sekarang guna sahajalah Liverpul.


nota kaki : makan dalam

Selasa, 13 September 2011

lama senyap

lama senyap.
bukan mati,masih hidup.
bukan juga beraya sakan.
ketupat dan rendang antara punca berlakunya masalah malas ini.

nota kaki : sedang berusaha mencari pelanggan dan peminat bolo yang ingin memakai jersi bolo.

Khamis, 25 Ogos 2011

Gua Musang dan Pasir Puteh


sekut raya bau dohni di hidung masing-masing.buleh bayang doh gano suasana pakat main bedil malam raya,dengan dengar ore takbir di sejid gapo.tapi bukan semo balik malam raya dih?aci gapo balik 4,5,60,70 ari sebelum raya.tok RARE la balik lambat-lambat.xsoh nak Amerika sangatlah balik lambat.abis musim doh amerika.

tapi amerika dok amerika,kalu di amerika pun accident mati jugak,soh ko di malaysia.tadi berito ada oyak statistik jalan maut di Malaysia sempena musim ore raya tupat ni.salah satunyo di KUALA LIPIS-MERAPOH-GUA MUSANG.mitok tulong lajok lah saing-saing,anak beranok bawak keto,bawok muto molek.jangan duk laju.naik 120 sudoh.haha.ok gura bodo jah tu.ni hok sengoti.JANGAN BAWAK LAJU.xlari eh umah kito di kampung.tera mikir,kito nk ore kampung sambut kito nga kompang ko or nga bacaan Yaasin?jangan loghat deh.sabar!tapi hok sebenarnya jalan mano-mano pun bahaya.asal ko nama jalanraya jah,meme bahaya la.

hok mano naik bus,pese etek ko drebar bus jangan bawok bus laju-laju.hok mano ayoh,abe,anak beranok hok ada drebar bus,pakat hello laluh.pese biar nanoh telingo dio.suruh berhati-hati di jalan raya.tahulah demo bowok bus besar,tapi jange duk MESENG sangat.nyaknyo ore hok bowok keto nate hok kecik2..supo keto kancil.tok kiro la kancil convert TURBO pun.de tepuh hacur po tulo.kalu brutuk lajok drebar bus ngatuk,gi la wat neme dio bual.go head la bual gapo pun asalkan hilang ngatuk dio.nok suruh segar lagi ajak sore duo adik-adik manis gi duk sebelah dio.tak po lah tahan la untuk kali ni jah.asalkan selamat sapa kampung masing-masing.tapi JANGAN buat maksiat pulok.koho berat nanang jadinyo.

untuk ore kampung dan kerajaan negeri buleh doh la pasang kain retang besar sikit di sempadan negeri,GUA MUSANG dan PASIR PUTEH.hok mano balik kot Merapoh,tubik di Gua Musang,hok mano lalu kot Ganu tubik di Pasir Puteh.tapi kalu de masuk jah sempadan negeri,jangn duk lonjok pulok..gamak ko di Kelate tok leh accident.po kaweo oyak tadi ah.bowok slow jah..xpo lambat,asal sapa.INGAT anok bini,ore tuo di umoh etek.

po kawe kato tadi lah,sekut raya bau doh ni kot bira idung.SELAMAT HARI RAYA lah belako-lako.maaf zahir batin.bedil nak main buleh,tapi pekong derah-derah jangan duk main niti kot bira tangan.

nota kaki : Gua Musang dan pasir Puteh sempadan bagi negeri Kelantan dengan negeri Pahang dan Terengganu

Isnin, 22 Ogos 2011

balik berpuasa part 2

memandangkan bas slow macam siput babi,gua sudah mula menyesal gosok gigi sebelum naik bas.
kalau tak gosok gigi,boleh la gua buat daging yang melekat celah gigi sebagai juadah sahur atas bas.

macam perlumbaan Racing Car Merdeka di Sepang,sampai je separuh perjalanan,tukar pemandu.sama macam bas.driver kedua macam superhero.naik bas macam pelesit.

nota kaki : pukul 5 makan sahur dengan keluarga,selamber!

Jumaat, 19 Ogos 2011

balik berpuasa part 1

cerita 2 minggu lepas.nak cerita jugak moga mendapat pengajaran.
pilih bas yang betul,cepat dan selamat

*****************************************

sudah menjadi kezaliman dan keinginan setiap anak perantau untuk menjalani ibadah puasa di awal bulan Ramadhan bersama keluarga di kampung halaman.
gua melangkah gagah dengan saki baki tenaga yang gua dapat dari karbohidrat roti yang gua telan semasa sahur ke terminal bas.niat di hati gua nak balik tengahari,lepas naik bas 6 jam,paling bangsat pun gua akan sampai di kampung lebih kurang tok bilal tengah pegang mikrofon nak laung azan Maghrib.

apakan daya,bukan gua sorang nak balik berpuasa di kampung ye dok?maka habislah tiket.yang ada cuma tiket sebelah malam.
"tiket ke Kota Bharu ada pukul 11 malam jah adik,nak ko dok ni?",kata akak penjual tiket bas.
selepas berkira-kira,dari tak balik langsung,baik balik je.
"ok,boleh",jawab gua pendek sambil tengok suasana terminal dengan orang ramai yang ke hulur ke hilir dari satu kaunter ke kaunter yang lain cari tiket bas.macam orang tak puasa.tak reti penat.

***************************************

11 malam,naik bas yang agak sederhana baru,aircond ada.chantek bisik hati gua.sedar-seddar mesti dah masuk sempadan negeri ni.
5 minit je perjalanan bas,gua dah memaki!

nota kaki : kalau naik macam siput khinzir,volkswagen kuning dekat Karak boleh potong berpuluh kali dengan hanya tekan separuh pedal minyak.nak masuk gear bas tak reti.pesen lesen memandu bas masih P.cilake!

Selasa, 16 Ogos 2011

pakai inai bagi abang-abang

ni cerita brader-brader je.yang rasa tak sampai seru nak naik jinjang pelamain main jauh sikit.usya dari jauh sudah.

memandangkan raya nak dekat,lepas raya konferm ada banyak orang kahwin,bina masjid.kalau ada orang kahwin,ada juga adat dan upacara yang dilakukan.gua harap gua mampu mengubah dan mengkongsi sedikit pesanan.

cerita ni gua pun baru tahu.silap gua.tahulah gua kenapa leader gua kat rumah marah-marah kalau gua tak pegi dengar kuliah agama kat masjid.kalau gua berdebat pasal hal sekecik ini dengan mengenengahkan hukum yang salah,malu gua kena nganjing.


ye.ianya HARAM bagi kaum Adam.


nota kaki : dah jangan nak gatal buat dah lepas ni.yang dah buat tak apa lah sebab tak tahu.gua juga harap gua dapat banyak undangan makan kenduri musim raya ni.

Isnin, 15 Ogos 2011

EPL musim 2011/2012

ye fenomena bola di hujung minggu sudah datang.entah untuk kali ke berapa.walaupun beribu dugaan hadir antaranya bulan puasa dan Riot! anak muda di England,namun fenomena ini masih berjalan seperti biasa.


macam blog bola kebanggaan rakyat Malaysia iaitu Sokernet!,gua juga ingin menayang jata kelab yang bakal menjadi juara English Premier League atau nama barunya Barclays Premier League untuk kali ke-20,seraya meninggalkan para pencabar yang tahu cakap besau tapi main macam taik.Antaranya:

A untuk Arsenal.main macam gampang.game lawa selalu,tapi tak reti jaring gol.Gervinho pemain baru yang laju dan juga seorang pahlawan Ivory Coast yang panas baran.nak tunjuk belang,baru je datang London.


B untuk Bangang Team a.k.a Liberpul,tak terer main macam The Beatles terer main muzik.malu.

C untuk Celsi,macam biasa juga cakap besau.Torres tak reti bahasa orang suruh jaring gol.bagi lawan Harimau Malaya pun tak boleh jaring jugak.bebal.Drogba,malas nak komen,terer tapi dah tua.

nota kaki : permulaan yang gampang dari 3 kelab pencabar Mecester yang selalu laung amaran nak jatuhkan anak buah Ahmad Alex Ferguson.tetapi perlawanan pembukaan pun dah seri.macam cap ayam.tak pergi jauh.musim ni kelab dijangka naik Bolton Wanderes dengan West Bromwich

Sabtu, 13 Ogos 2011

lampu isyarat

nak adu kat Aduan Rakyat TV3,gua malu pulak muka masuk TV.gua sembang sini je la.

nak kata rumah sewa gua terletak kat Hulu,memang tak lah.setakat kalau ada ekspo kat bandar tu,duduk di rumah gua masih dengar bunyi lagu dangdut murahan.tapi macam mana benda ni boleh jadi.

kali pertama gua diamkan diri,dah masuk kali kedua,nak terbalik motor gua mengelak kereta celaka,memang menimbulkan amarah.macam mana kawasan dekat dengan bandar lampu isyarat nan satu itu boleh rosak.bukan sekali,bahkan sudah berkali-kali.

hal ini harus dielakkan agar keselamatan pengguna jalanraya terjamin.celaka!

nota kaki : rosak sekali lagi,gua tak teragak-agak nak gantung lampu liplap-liplap kat tiang lampu isyarat tu.kena sikit dengan tema nak raya ni

Jumaat, 12 Ogos 2011

belajar tulisan jawi

gua sekarang nak belajar tandatangan guna tulisan jawi.
tak kira lah agreement pinjaman bank ke,saman polis ke,gua nak guna tandatangan jawi.mana tahu usaha gua ni berbaloi.omakaihhh bertuah nasib badan.

nota kaki : gua sedang menuju ke kedai berhampiran,nak beli pen bermuncung serong,senang nak buat tulisan khat.

Rabu, 10 Ogos 2011

Riot!

acik-acik yang mana ada anak yang belajo jauh-jauh terutamanya di Kota London,jangan bersedih mereka tak pulang beraya.kemungkinan mereka akan dihantar pulang ke Malaysia seraya dengan itu hajat nak beraya di kampung dapat terlaksana.



nota kaki : agak-agak jadi ke tak EPL nak start hujung minggu ni?gua dah tak keruan ni memikirkan hal ni memandangkan United Kingdom tengah bergolak.

Isnin, 8 Ogos 2011

meriam buluh

lebih kurang macam ni lah meriam yang guat nak cipta lawan budak-budak yang pesen main mercun dekat area surau.
nota kaki : budak-budak pesen tak berapa nak ingat Usop Sontorian.mereka ingat Boboi Boy.

Rabu, 3 Ogos 2011

budak-budak main mercun

pesen budak-budak main mercun time orang nak terawih ni menyirap jugak kadang.ooo mak aihh terkejut acik-acik yang tengah solat.terus memaki time solat.terus terlari khusyuk solat.rakaat pertama dan kedua khusyuk bebenor.tiba time tahyat akhir,boom meletup mercun bola,mercun telur mahupun mercun pop-pop.

kekhusyukan yang dipupuk sedari awal solat terus lari,macam gaya Usain Bolt lari.mana dapat kejar jepp.bagi je salam terus mengomplain perangai budak-budak.macam acik-acik tak pernah buat time muda dulu.

ok,gua tengah balut luka kat tangan gua ni,kena buluh tadi.

nota kaki : esok lepas buat lapan rakaat,gua nak usung buluh yang gua tebang semalam.budak-budak ni memang pesen nak cabar gua suruh tunjuk kehandalan gua beraksi meriam buluh.nak berentap sangat gayanya ye.kalau nak main,pegi main dalam balai polis.cilake!

Isnin, 1 Ogos 2011

ganjaran berterawih

kalau lu dah puasa,lengkapkan bulan Ramadhan lu semua dengan berterawih di malam hari.
BESAR ganjarannya.

Kelebihan Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
 
Kelebihan Malam Ke-2
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
 
Kelebihan Malam Ke-3
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
 
Kelebihan Malam Ke-4
Akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
 
Kelebihan Malam Ke-5
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
 
Kelebihan Malam Ke-6
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
 
Kelebihan Malam Ke-7
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
 
Kelebihan Malam Ke-8
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
 
Kelebihan Malam Ke-9
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
 
Kelebihan Malam Ke-10
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
 
Kelebihan Malam Ke-11
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
 
Kelebihan Malam Ke-12
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
 
Kelebihan Malam Ke-13
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
 
Kelebihan Malam Ke-14
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
 
Kelebihan Malam Ke-15
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
 
Kelebihan Malam Ke-16
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
 
Kelebihan Malam Ke-17
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
 
Kelebihan Malam Ke-18
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
 
Kelebihan Malam Ke-19
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
 
Kelebihan Malam Ke-20
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
 
Kelebihan Malam Ke-21
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
 
Kelebihan Malam Ke-22
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
 
Kelebihan Malam Ke-23
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
 
Kelebihan Malam Ke-24
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
 
Kelebihan Malam Ke-25
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
 
Kelebihan Malam Ke-26
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
 
Kelebihan Malam Ke-27
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
 
Kelebihan Malam Ke-28
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
 
Kelebihan Malam Ke-29
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
 
Kelebihan Malam ke-30
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.


sama-sama tunaikan.Insyallah.Marhaban Ya Ramadhan.

nota kaki : amacam,ada gaya Ustaz Zamri Mari Mengaji tak gua?dekat dihati.kahkah

Ahad, 31 Julai 2011

Selamat Datang Penghulu Segala Bulan


nota kaki : semoga puasa tahun ini lebih baik dari sebelumnya.lipatkan segala amal ibadat nescaya kalian adalah orang yang paling beruntung.Marhaban Ya Ramadhan

Sabtu, 30 Julai 2011

orang baik lawan orang tak berapa baik

sempena nak countdown kedatangan bulan mengawal nafsu di siang hari,gua nak tunjuk cerita ilmiah sikit.baru ada ciri-ciri lelaki muslim ye dok?kahkah


nota kaki : orang yang tak bertudung tak semestinya jahat,TETAPI orang yang baik semestinya bertudung.
orang yang jahat tak semestinya tak solat,TETAPI orang yang baik semestinya menunaikan solat
berpuasa tetapi tidak menunaikan solat tiada gunanya.ianya seperti berlapar semata-mata kerana solat adalah perkara pertama yang dihisab selepas mati.

Jumaat, 29 Julai 2011

ramai masih tak sedar

bola,bola,bola.


lu semua duk sibuk pasal bola ni,lu semua sedar tak acik ni dah bersara?
kalau dah acik ni bersara,sape nak umum tarikh puasa?
kalau dah acik ni bersara,sape nak umum tarikh raya?

lu semua ni sedar ke tak?
gamaknya sia-sia lah baju raya dan biskut raya yang ditempah

nota kaki : Engku Tan Sri Ibrahim bersara pada 7 Januari 2011 selepas 22 tahun yakni 22 kali umum tarikh raya dan puasa kat dalam TV.

Kenapa Malaysia kalah?

sebab-musabab kenapa Malaysia kalah dan nampak macam gampang:

1. defence macam gampang.cilake!
2. defence main macam mintak maki.
3. defence barua.

nota kaki : semua pemain dah main power macam cempiang termasuklah percaturan pecah otak dari Dato' K.Rajagempal,kecuali defence!


luahan hati : Khairul Fahmi Che Mat sudah menempah nama menjadi lagenda penjaga gol di Malaysia.entah mana salah silap pakwe Jejari Runcing ini tak diturunkan lebih awal.pesen pilih kasih!

Rabu, 27 Julai 2011

Singapura tidak boleh menang

Kenapa Singapura tak boleh menang esok malam?gua sudah buat kajian dan menyenaraikannya:

1. Singapura tak biasa main kat padang rumput.
2. Singapura pesen main depan penyokong 5000 sahaja.esok malam 13 kali ganda.percayalah!
3. Aaron Aziz yang juga rakyat Singapura,kelihatan goyang dan tak segangster dalam filem KL Gangster ketika gua jumpa kat bundle semalam.
4. Rakyat Malaysia sudah gila.serius!gua baru nampak Malaysia dah jadi macam Eropah.

nota kaki : Malaysia boleh menang dan kena menang sebab Malaysia ada lagu 'Inilah Barisan Kita' yang cukup memberi semangat berbanding lagu Taufik Batisha,penyanyi Singapura.kahkah

Selasa, 26 Julai 2011

Anugerah Bang Berahim

cakap dun dam dun dam macam mercun papan pun orang nak buat jadi idola.cilake,cilake!gua mintak-mintak gua dijauhkan dari anugerah ini memandangkan gua pesen kelas datang awal,keje rumah anta awal,periksa pun keluar awal.kahkahkah!


nota kaki : Ibrahim Ali,Ahli Dewan Undangan Negeri di Kelantan yang memenangi pilihanraya dengan tiket PAS,kemudian berpaling tadah dengan PAS untuk menyokong AMNO.pelajar UiTM yang suka tikam belakang,paling layak untuk anugerah ini.