Selasa, 30 November 2010

edisi meng'ayam'kan bintang

menyesal pula pada post yang sebelum ini gua mengagungkan pasukan baru nak 'naik' sehinggakan terlintas nawaitu gua untuk menyingkirkan salah satu pasukan peberet di tangga ke 3 dalam senarai pasukan kegemaran.mungkin tersentak dengan keputusan gua tersebut,pasukan di tangga ke 3 membantai lawan dengan rakus sekali tanpa belas ihsan dan belas kasihan.MU membakar Blackburn dengan 7-1 manakala Barsilona memukul barisan baru nak naik Real Madrid 5-0.maaafkan khliaf gua wahai pasukan di tangga ke 3.

gua tak nak cerita perlawanan Manchester United,gua nak cakap dan bagi sedikit kesimpulan game Barsilona melawan Real.tak 'real' langsung gua tengok perlawanan tadi.seakan-akan gua tengah main FIFA2020 yang mempunyai grafik dan soud yang berkualiti.mana taknya,kebanyakan hantaran bola tepat,permainan kemas teratur seperti buku-buku yang diatur di atas rak perpeustakaan dunia.ok yang gua maksdukan permainan pasukan Barsilona,bukannya pasukan yang gua malas sebut nama mereka sekali lagi ini

 
kesimpulannya mereka adalah

anda rupawan


tahi bersih!itu monolog dalaman yang cuba gua lemparkan tapi tak terdaya bila tengok page Cik Lisa Surihani kita.anda cantik,anda bijak dan anda berbakat.menyesal gua putus hubungan dengan dia dulu masa percintaan monye.kahkah.

apa yang gua terkejut sangat sehingga memaki-maki?disebabkan ini.lihat saja berapa ahli-ahli yang menyokong si rupawan ini.mungkin perlu dibina 'wall of fame' bagi negara Malaysia untuk artis-artis berpengaruh seperti anda.kalah bintang luar negara.Lady Gagap juga mungkin terkejut dengan pengumpulan penyokong anda.

Isnin, 29 November 2010

yeah mari menari

sudah bersediakah wahai para penggemar muzik tanah air?ia datang lagi.acara tahunan bagi muda mudi.siapkan tenaga untuk bergoyang selama 12 jam,siapkan kain pelikat untuk bersolat bila tiba masuk waktunya.ye kain pelikat.tak salah lagi apa yang gua ingin sampaikan.bergembira,boleh.TAPI solat diutamakan.

ok sambung lagi.sediakan stamina yang cukup untuk berdiri sepanjang hari,dan jangan lupa mencari duit yang secukupnya untuk tiket bas,duit makan,duit tambang LRT.kalau tak cukup bolehlah curi duit adik dalam tabung.ini semua kerana ini.INI!


best ke barisan pemain-pemain tahun ini?

peneyelesaian terbaik

mungkin ini cara yang terbaik untuk para remaja mahupun pemuda pemudi yang hangat bercinta tapi takutkan ketelanjuran hasil hasutan orang ketiga.

boleh pandang-pandang,jangan pegang-pegang.kahkah ingatkan lagu apa yang gua dengar nyanyian adik kecil gua,rupanya lagu si cantik manis Ana Raffali.cuti di kampung kali ini membawakan tema ikatan kekeluargaan.sepupu gua 2,3 orang angka bilangannya yang nak kahwin,dan ada yang buat-buat cerita nak kahwin dengan orang negara Malaysia di nun jauh di seberang Laut China Selatan.kawan-kawan pula juga ada yang dah bertunang dan berkahwin.sudah sampai serukah semuanya?mungkin angka 20 merupakan titik tolak yang RARE untuk mempunyai ikatan kekeluargaan.PADU!

Ahad, 28 November 2010

ramalan tepat!


dengan nikmat yang terbesar pemberian yang maha Esa iaitu akal fikiran,para pakar di Jabatan Meteologi Malaysia telah mengira tepat pergerakan awan yang membawa hujan lebat di negeri Pantai Timur Semananjung Malaysia.dengan ramalan 26 November menjadi titik tolak penurunan hujan,maka penduduk di kawasan yang kerap dilanda banjir membuat persiapan awal.tidak cukup dengan 'menyediakan payung sebelum hujan' tetapi mereka turut menyediakan pelampung,sampan dan banana bot.hujan dijangka akan berterusan selama seminggu dan tanpa perlu pengisytiharan dari penyimpan mohor besar Raja-raja Melayu orang ramai dengan sedia maklum telah mengetahui bermulalah pesta air ataupun musim tengkujuh di negeri-negeri Pantai Timur.bukan di Kemboja sahaja ada pesta air,di Malaysia juga ada.

maka para belia dan orang veteran yang sudah berkeluarga,pastikan rumah anda dilengkapi pemanas air mandian ataupun kalian perlu bangun awal pagi untuk memanaskan air untuk mandi supaya tidak kedengaran ura-ura alasan yang kalian kesejukan untuk mandi hadas besar selepas melakukan amalan 'sunat' di malam hari.

para ibubapa dan penjaga dinasihati mengawal gerak geri anak yang belum berfikiran matang supaya tidak menjadi mangsa air yang mampu meragut nyawa.jika kalian berfikir adalah wajar mengikat tali pada kaki mereka,maka lakukan demi keselamatan mereka.moto di musim tengkujuh ini 'biar kejam,asal selamat'.para komuniti masyarakat bersatu padulah membantu jiran tetangga yang kesusahan di musim tengkujuh ini.ringankan tangan dan kaki untuk melangkah menghulurkan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik atau yang ditimpa masalah.

Blackburn Rover hangus terbakar

aiseimen sekali kena titik la di musim tengkujuh ni.mulalah gua nak cakp besar mengenai pasukan nombor 3 gua ni.perlawanan sebentar tadi antara Berbatov dengan Blackburn Rovers.keputusan penuh 7-1.cikai!

  
jika musim lepas Barbitov hanyalah boneka dan menjadi bahan untuk mengeringkan gusi peminat Red Devil dengan gaya larian yang agak pemalas tapi musim ini dia membuktikan kenapa Encik Abdul Alex Ferguson bersungguh-sungguhnya menjeratnya untuk menyertai MU.

Blackburn tersungur dan betul-betul hangus di Old Traford.Glory Glory Man U.

Sabtu, 27 November 2010

imaginasi budak MELAYU

agak kreatif orang Melayu terutama anak muda.pelbagai karya dan kreativiti dikeluarkan dari kotak minda.dari karya agung Lucius Maximus yang gua dapat informasi dari blog brother Pipi,seterusnya baju yang gua hendak gapai bila dapat caruman KWSP dari bapak gua..kahkah



banyak lagi yang belum ditonjol.akan diusahakan dan apa kata kalian belajar berusaha sendiri

el-Clasico

pertarungan el-Clasico datang lagi.jika EPL hangat dan panas bila datangnya pertemuan antara The Red Devil dengan The Blues,di Sepanyol pula pasti hangat dengan pertemuan ini





Jose Mourinho pastinya akan memastikan rekod baik yang dipegang setelah mengambil tampuk pimpinan Real Madrid dikekalkan.mana Pep Guardiola pula ingin memastikan rekod 100% kemenangan ke atas Real Madrid kekal bertahan lagi bagi musim ini.

Isnin di Sepanyol,tetapi pagi selasa bagi Malaysia akan menentukan samada tampuk liga BBVA akan berubah atau tidak dan gua juga perlu membuat sedikit keputusan yang melibatkan matawang Malaysia.jika Real Madrid MENANG,terpaksalah gua beli jersi terbaru kelab tersebut memandangkan hati gua telah dicuri oleh kelab yang berwajah baru tapi masih penuh dengan kehadiran 'bintang' dunia.

Lionel Misai dan Abdul Ronaldo pastinya akan bermain bersungguh-sungguh macam mereka belajar bersungguh-sungguh untuk menghadapi peperiksaan SPM dulu kerana perlawanan tersebut akan menentukan siapa sebenar jogaan bola sepak dunia hari ini.

yeay menang!

cara yang betul meraikan kejayaan menjuarai perlumbaan yang sengit.jangan lupa akan pesaing anda.bagi sedikit hadiah.

video

Jumaat, 26 November 2010

hari PAKISTAN


memang hari ini adalah hari Pakistan.2 emas berjaya dicuri keatas Malaysia.1 dalam acara hoki dan 1 kejutan dalam skuasy berpasukan lelaki.

dalam permaina hoki,Malaysia tewas 2-0,walaupun majoriti pemain hoki Malaysia berkepala botak seperti skinhead,mungkin mereka menunaikan nazar layak ke peringkat akhir,namun ia tidak sedikit pun menggentarkan pasukan Pakistan yang juga musuh tradisi Malaysia.ini sekaligus melenyapkan harapan Mlaysia untuk mendapat hamper cikedis dan tiket automatik ke sukan olimpik.

dalam skuasy pula entah apa yang tidak kena.tapi perkara utamanya adalah ternyata Pakistan lebih ebat pada hari ini.juga kalah dengan kiraan 2-0 setelah Ong Beng Hee dan pemenang pingat emas dalam acara perseorangan Azlan Iskandar tewas kepada pemain Pakistan.

pungutan 9 emas Malaysia tetap kekal da tidak berubah.Malaysia PADU!

Khamis, 25 November 2010

misi terlaksana

'misi terlaksana'.itulah pesanan ringkas yang betul-betul ringkas dihantar oleh pemberi maklumat gua di Gungzhou untuk Sukan Asia.cilakak!sekurangnya hantarlah pesanan ringkas yang awalnya bertanyakan khabar gua di tanah air atau sudah makan ke belum.ini main hantar je 'misi terlaksana'.




lupakan masalah remeh tersebut,motif sekarang yang gua ingin sampaikan,angka 6 pingat emas yang tidak berganjak selama 2 atau 3 hari yang lepas telah berubah dan mencapai target MSN untuk merangkul 9 pingat emas.dalam post yang lepas,gua ingatkan target pingat emas Sukan Asia kali ini adalah 10.ok,gua silap.

semalam Malaysia menambah 2 emas dari atlet veteran karate Malaysia yang akan bersara selepas Sukan Asia kali ini.Ku Jin Kieat dan R.Puwaneswaran menyumbang 2 emas dalam sukan karate menjadikan pungutan emas Malaysia meningkat kepada 8.hari ini,pasukan lubuk emas skuasy wanita menambah 1 lagi emas menjadikan target 9 emas sudah tercapai.bolehlah MSN pulang dengan sembang kencang di atas kapal terbang sepanjang perjalanan pulang ke tanah air.

Malaysia boleh menambah 2 lagi emas melalui skuasy berpasukan lelaki dan yang paling penting perlawanan akhir yang mencatat sejarah sendiri pertemuan akhir antara Malaysia menentang Pakistan.siapa menang bukan sahaja dapat hamper 'cikedis' dan air kotak,malah pemenang pingat emas juga akan mendapat tiket automatik ke sukan dunia,Sukan Olimpik.

Malaysia PADU!

i love u Wanita Pertama

bukan Rosmah Mansor,bukan juga Siti Hasmah.wanita pertama yang gua maksudkan adalah ibu gua.dia adalah wanita pertama dalam hidup gua.sengaja gua tidak menyiarkan namanya kerana atas permintaan ibu gua yang tak mahu 'publisiti' katanya.kihkih.


25 November.sempat gua lukis lukisan tidak seberapa ini dengan arang majlis pembakaran daging korban bersama sanak saudara di hari raya yang lepas.lukisan ni gua bukan nak cerita kencang,gua lukis sambil gua makan ayam kentucky je.terer tak terer,gebang tak gebang,yang penting untuk mu ibu,anakanda ingin mengucapkan selamat hari ulang tahu yang ke (masih muda).kan ibu pakai Safi Rania Gold.mestilah awet muda.ada reunion ke?kahkah.semoga Tuhan merahmati ibu dan sempat bergelar Hajjah bersama ayahnda.terima kasih mengandungkan anakanda selama 9 bulan dan terima kasih selalu masak makanan yang dia tolok banding kelazatannya.

ini baru REAL!

list pasukan jantung hati gua.

di kedudukan no 1,pasukan bolasepak kampung gua Selising FC.
no 2 jatuh kepada pasukan negeri gua,Askar Merah.
tempat ke 3 dikongsi dua pasukan Manchester Ubusted dan Barsilona.
tidak ketinggalan tempat ke 4 Totenham dan Everton.
sekarang ada pasukan yang ingin mengisi slot tempat ke 3 dengan menyingkirkan salah satu pasukan peberet gua yang lama.

yang dimaksudkan adalah ini


pasukan yang bertaraf bintang di alam semesta ini.semua ada bakat dan karisma dalam bola sepak.tapi bukan SEMUA meminati pasukan ini.ada yang mencaci tidak kurang yang dengki seperti Habil dan Qabil.mana taknya kalau semua bintang,siapa yang nak jadi bintang realiti?kalau semua bintang,siapa yang berani lawan mereka?jika dulu walaupun pasukan 'bintang' ini dibarisi bintang-bintang macam bintang madu,tapi pasukan ini mempunyai corak permainan macam 'binatang'.semua nak tunjuk kebolehan dan 'kebintangan' mereka sehingga pasukan porak peranda.

sehinggalah mereka mendapat ayah tiri yang baru yang dipanggil Encik Wan Mourinho yang gayanya seperti mafia dan amat tegas dengan anak-anak tiri mereka.lihat sahaja gaya permainan si Abdul Ronaldo sekarang.amat berubah.amat merendah diri dan tidak tinggi hidung seperti dulu .dulu ketika bersama Manchester Ubusted,mahunya dirembat penalti sampai tiang gol patah,tapi sekarang cukup tenang dan bola seperti di sepak dengan jari jemari halus.dan gaya sambutan gol tidak se'over' dulu.

mungkin budak Islam Mesut Ozil mengajar mereka untuk merendah diri.tapi itulah dia,tak tahu nak gambarkan macam mana hati gua telah dicuri oleh pasukan bintang ini.maksud gua Real Madrid yang baru.gandingan Ozil,Panguin dan Ronaldo cukup serasi ditambah kekentalan anak buah gua Sergio Ramos.tidak ketinggalan kelicikan Indra Putra dan Nurfarhan.

oh silap rupanya.sengaja gua selitkan bintang Kelantan ini yang dikhabarkan akan berhijrah ke T-Team.
lalu berkumandanglah lagu P.Ramlee (di mana..kan ku cari ganti..serupa dengan mu) di telinga para penggemar bola sepak Cik Siti Wan Kembang.

Rabu, 24 November 2010

salahkah melaungkan MERDEKA?

shrekkk!shrekkk!bunyi koyakan kertas dua kali kedengaran di dalam dewan peperiksaan yang sunyi sepi selepas laungan MERDEKA oleh seorang pelajar yang pandai tapi hidup penuh dengan ketidak seriusan.

ketika itu waktu peperiksaan kertas 'Mengenal Huruf dan Mengira Dalam Angka 100 Juta' baru sahaja sejam berlalu dan masih ada baki masa selama 3jam lagi untuk menghabiskan peperiksaan yang agak 'pretty tuff"kahkah.mungkin soalan ujian tersebut terlalu senang ataupun mungkin pelajar tersebut teruja untuk menyudahkan dengan secepat mungkin peperiksaan yang sebulan lamanya mengongkong kehidupan pelajar tersebut.

selesai sahaja menulis huruf yang terakhir,pelajar tersebut melaungkan Merdeka!Merdeka!Merdeka.!sungguh bersemangat.kalau masuk kejohanan melaung perkataan Merdeka,sudah tentu pelajar tersebut mendapat pingat Perak manakala pingat Emas tetap menjadi milik Tunku Abdul Rahman.lantas kertas ujian pelajar tersebut diambil dan dikoyak.

dengan tentang tanpa digenangi sebarang airmata,pelajar tersebut menyoal pengawas peperiksaan,
"Salahkah saya cuba bersikap patriotik?"

kepada calon SPM mahupun calon ujian memandu,jangan tiru aksi di dalam cerita dongeng tersebut.adalah menjadi kesalahan mengganggu ketenteraman calon peperiksaan yang lain.jika ingin bersikap patriotik,lakukan sahaja di luar dewan peperiksaan.

Selasa, 23 November 2010

perak dalam genggaman,emas jadi kejaran

bak kata pengulas perlawanan hoki,suatu masa dahulu nama Malaysia di persada sukan amat digeruni seperti Leeds United dalam EPL.tapi sekarang tak digeruni ke?bukan tak digeruni langsung tapi mungkin rasa gerun tu kurang sedikit seperti Leeds United lagi kerana mereka telah tersingkir ke liga bawahan England.begitulah konklusi yang dibuat oleh pengulas di dalam TV mahupun pengulas yang berada di depan TV di rumah;kedai.banyak ulasan,sejarah dirungkai mahupun makian yang dilemparkan terhadap para atlet.maklum sahaja sukan Asia sedang rancak berlangsung di Guangzhou.


lupakan pasal target 10 pingat emas yang disasarkan oleh Majlis Sukan Negara,lupakan juga tentang kekalahan Lee Chong Wei kepada Lin Dan.tumpukan perhatian dan doakan pngat emas berjaya dirangkul skuad hoki Malaysia yang melangkah ke pusingan akhir setelah menundukkan musuh tradisi India,4-3 pada perlawanan separuh akhir sebentar tadi.

tatkala post ini dikarang,gua percaya pemain Malaysia tengah sembang kencang sesama mereka di dalam bilik persalinan disebabkan kemenangan mengejut ke atas India.perlawanan akhir,Malaysia akan menentang Pakistan.jika dalam badminton,Pakistan boleh dibuat sayur lemak,tapi di dalam sukan hoki,tak dapat la jepp.sesungguhnya pingat perak sudah di dalam genggaman tap,kita mahukan lebih lagi macam 'bagi betis nak peha'.kita nak emas ok.selamat berjuang.selamat!

Sijil Pelajaran Malaysia

22 November,sibuk berlari kesana ke sini remaja belasan tahun dalam lingkungan 17 tahun jangka hayat hidup di dunia.berlari ke rumah kawan belajar bersama,berlari pulang ke asrama,berlari membeli pensil mahupun berlari ke sekolah menyorokkan buku nota di dalam jamban.sebelah malamya tidak lupa kesibukan ibubapa mahupun imam di masjid melakukan solat hajat untuk para generasi keluarga mereka.

23 November,detik penentuan.bermulalah peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.peperiksaan yang paling susah di planet yang ada dalam sistem cakerawala.atuk gua pernah bersuara dalam bahasa penjajah,"study smart NOT study hard".rare jugak atuk gua rupanya.kepada calon-calon SPM dan penjaga dewan peperiksaan SPM sekalung harapan dan ucapan semoga berjaya.

mungkin CARA ini mampu membantu para calon SPM untuk meneruskan baki sebulan berjuang untuk menentukan hala tuju hidup kalian.selamat!

KEMBALI

yeah.merdeka gua seketika dari belenggu kehidupan bersempadan setelah membayar bil jalur lebar yang tertunggak menjadikan gua seorang yang berada di dunia yang tanpa sempadan.jutaan rayuan kemaafan kerana tidak mengupdate bog ini buat kesekian minggunya.

macam Butterfingers kata,selepas Selamat Tinggal Dunia,kita pasti akan Kembali.selemata berblog semula saudara,mungkin itu kata-kata yang dilemparkan oleh Nuffnag kepada gua.kahkah

Rabu, 10 November 2010

hilang

murung,merana dan hilang punca.hilang sekelip mata barang yang siyangi,nikmat yang diberi,dan kesenangan dari Ilahi.tentu ada silapnya.

'jika kita tidak suka,tidak hargai barang yang diberi,oleh itu yang Maha Esa akan mengambil balik pemberiannya'

tapi gua rasa gua sayangi semua yang telah hilang tersebut.di'tendang',di'roboh' dan akhir sekali di'lupakan' cukup perit ditelan.satu persatu datang menimpa bak hujan dimusim tengkujuh yang datang tiada hentinya.mana lagi tempat bergantung?mana lagi mahu digapai?mana lagi sumber kekuatan?HILANG.

maka eloklah dirujuk kembali,diimbas kembali mana silapnya,mana lalinya kita sebagai hamba.sesungguhnya gua banyak silap terhadapMU Ya Rahman Ya Rahim Ya Kuddus.

kemungkinan gua akan menutup blog ini untuk sementara waktu.mencari sesuatu yang adanya di situ cuma zahir dan batin gua yang tak nampak benda ITU.benda apa?haaaa itu yang kita tak tahu.ecehcehceh.

masih sempat berjenaka nampaknya.kahkah.belum puas lagi menangis tadi?
ok,buat rakan taulan di Bandar Baru Bangi,kemungkinan peratusan untuk gua menghadirkan diri untuk menyepak sebiji bola di atas karpet tiruan adalah sangat rendah.bukan tidak mahu,bukan kekangan masa,tapi kehancuran yang telah ditimpa oleh diri gua berserta dengan kehabisan tiket untuk pulang ke kampung.

jika ada sumur di ladang,
boleh gua tumpang mandi,
jika ada umur panjang,
jumpa dan jumpa lagi.

ecececeh berpantun pulak gua dalam hancur-hancur pun.tapi itulah diri gua.gua tak nak hipokrit.jadi diri sendiri.maaf dipinta kerana penulisan kali ini agak peribadi,tetapi gua juga ada masalah,manusia mana yang tiada masalah.manusia mana yang tidak dihisab di padang mahsyar.

kepada lembu-lembu,unta mahupun kambing,selamat disembelih.jangan malu mati disembelih kerana daging kalian amat berguna untuk diagihkan kepada fakir miskin dan orang yang kurang bernasib baik.

selamat sejahtera dan semoga berbahagia.

nota ringkas: esok(10 NOV 2010) RTM akan menyiarkan siaran SECARA LANGSUNG saingan Bolasepak Sukan Asia MALAYSIA vs JEPUN jam 3.50ptg di TV1.Sukan Terbaik Hanya di RTM.

Selasa, 9 November 2010

Malaysia 2-1 Krygystan (versi video)

kali ini gua tampilkan video kemenangan Malaysia pada aksi petang semalam di temasya Sukan Asia di Guongzhou


video

walaupun video ini seperti dianak tirikan kerana amatlah tajam sudut kamera,tapi ianya cukup sekadar melihat aksi Gol dari pemain kita.

Isnin, 8 November 2010

salah lembu

terkedu sehingga keluar nasi goreng USA yang gua sentap untuk makan malam tadi apabila membaca berita sadis dan kuno ini


kenapa dihukum dengan kejam lembu tersebut.gua rela tunggu 9 bulan untuk melihat hasil persetubuhan lelaki tua dengan lembu betina yang subur itu.tetapi pelbagai persoalan timbul di benak fikiran.

macam mana rupa anak lembu,eh silap.anak orang tua.oh mungkin anak mereka?
subur pulak sperma lelaki tua yang berumur 70 tahun tersebut yang masih boleh mengandung betina?

mengarut ritual ini seperti ritual membaling telur pada majlis harijadi.Ya! gua masih berdendam.terima kasih kepada sahabat blogger Amazing Gila kerana meng'share' cerita panas ini.gua curi gambar lu.Tank Kasih.

Malaysia 2-1 Krygystan

bangun dari tidur di hari yang gelap dek kerana cuaca yag sejuk membuatkan gua sedikit keliru tanpa ingat walaupun sedikit tentang perlawanan bolasepak Sukan Asia di Guongzhou,China yang melibatkan Malaysia.perlawanan pertama Malaysia adalah melawan kelab ke 173 ranking FIFA iaitu Krygystan.manakala Malaysia di rangking yang jauh lebih baik iaitu rangking 149.kahkah

bukan mahu menganjing dan tidak berpatriotik,tapi post gua kali ini lebih kepada kesedaran dan ingin membuka mata ramai pihak yang bolasepak Malaysia sudah ada perkembangannya dan ramai sebenarnya anak muda Malaysia yang berbakat.

jika sebelum ini post gua tentang semangat bola yang gua selongkar kehebatan seorang anak muda Malaysia yang menetap di luar negara bersama keluarganya iaitu Wan Kuzain.jika Singapura sibuk dan bertungkus lumus memberi taraf kerakyatan dan kewarganegaraan kepada omputih mahupun Niger,kenapa Malaysia tidak mengguna sedikit insiatif pelbagai teknik dan taktik seperti digunakan dalam pelbagai kempen pilihanraya di negara kita terhadap Tadeshi Takeda,Brendan Gan dan Shaun Maloney.

mereka semua dilahirkan di Malaysia kecuali Brendan Gan  yang sememangnya mempunyai darah Cina Malaysia.bukan tidak yakin dengan anak muda kelahiran negara kita,tapi ini salah satu langkahnya.gunakan semua langkah yang ada ibarat anda ingin menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.kahkah.

diharapkan jersi baru Malaysia kali ini membawa keramat dan sekurangnya membawa pulag pingat gangsa kepada negara.


dalam perlawanan menentang Kryhystan,Malaysia telah menang dengan jaringan 2-1 hasil sentuhan Nurshahrul Idlan Talaha dan S.Chanturu.berbangga lagilah penyokong Red Warriors dengan perkembangan yang terbaru yakni pemain dari pasukan Kelantan berjaya mengangkat martabat negara.bukan 2 Kelantan yang penting di dalam misi kali ini,tetapi 1 Malaysia yang teramat lagi penting kerana kali ini mereka membawa maruah negara.



Malaysia di Cardiff

dalam kemeriahan peminat Red Warriors meraikan kemenangan Piala Malaysia yang pertama selepas 40 tahun menunggu,di Cardiff City pula,bendera Malaysia dan bahasa Malaysia gah berkibaran dan berkumandang di tambah dengan seorang kanak-kanak Malaysia menjadi pengiring Craig Bellamy dan sahabat masuk ke padang.Craig Bellamy?bekas pemain Manchester City?YES!ini menunjukkan Cardiff City bukan kelab cikai-cikai.

tank kasih kepada Rizal Hashim yang mendedahkan dan meng'post' berita yang informatif ini walaupun di dalam keratan akhbar KOSMO! memang telah sedia ada terpampang cerita ini.

ikan kikik mak iloi,ikan gelama mak ilai

gua tumpang berbangga bila mendapat tahu lagu hasil cetusan idea anak muda yang satu ketika dahulu telah di'gam' oleh media Malaysia menjadi idola dan ikutan kugiran luar negara sehingga menjadikan lagu mereka sebagai lagu 'cover' bagi satu persembahan di Jepun.

siapa tidak kenal Butterfingers ataupun jarimentega,dari album 1.2mg,Malayneum,hinggalah kepada KEMBALI,karya mereka memang harus disanjung.lagu mereka tidak melalak tanpa hala tuju ibarat layang-layang terputus tali,tapi lagu yang menyelitkan irama seperti 'ikan kikik mak iloi-iloi,ikan gelama mak ilai-ilai'.
dan tanpa diduga lagu ikan kikik tersebutlah yang telah di'cover' oleh kugiran dari jepun yang menamakan diri mereka D.O.G.S di satu gig di negara matahari terbit itu yang dinamakan Shinjuku-Smokin Bogies.


video

kugiran Nippon tersebut meng'cover' lagu Butterfingers yang bertajuk Chrome

Ahad, 7 November 2010

gambaran KIAMAT!

kiamat,armagedon,hari kemusnahan,hari kehancuran atau apa sahaja bahasa yang digunakan untuk menggambarkan hari yang PASTI akan berlaku satu hari nanti di mana semua makhluk di alam semesta ini termasuk makhluk di planet lain mahupun di alam lain dimatikan dan dunia dihancurkan.

dalam kita bersuka ria melayan konsert Paramore,Rock The World,Teater Natrah,F1 Sepang Circuit mahupun sure heboh,marilah kita berfikir sejenak.di mana kita?tergolong di dalam golongan manakah kita?pernahkah kita menangis kerana takutkan Allah?

memang blog gua cacamarba.ada cerita pasal bersuka ria,pasal awek modeling pun ada dan itu memang khilaf gua.tapi gua juga rasa terpanggil untuk memuhasabah diri gua sendiri dan menyampaikan sedikit oinformasi kepada para pembaca.baca dan fikirkan kerdilkah kita?agungkah kita?biar manusia sejuta orang sekalipun membenci kita,tapi jangan Allah yang benci kita dan jangan sejuta orang menyanjungi kita sedangkan Allah melaknat kita.

_______________________________________________________________



Gambaran Hari Qiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.



☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

kuasa Asia

jika dulu Jepun,mahupun Korea hanya menjadi bahan makanan dedak ayam kepada Malaysia di bawah era Allahyarham Mokhtar Dahari.tapi dewasa ini,jarak penglihatan untuk membandingkan antara Malaysia dengan mereka amatlah kabur bagai melihat kapal terbang di sebalik kepulan asap Gunung Merapi.

sudah lama tidak menulis mengenai pasukan idola gua semasa kecil iaitu Manchester United.prestasi yang tidak menentu dan moto MU yang baru iaitu 'bermain untuk seri' yang diamalkan menyebabkan gua sedikit pun tidak memandang mahupun mencium bau kehangatan perlawanan melibatkan MU.

jika sebelum ini walaupun hujan batu,hujan panas,mahupun hujan air gua tempuhi untuk menonton pasukan 'peberet' gua beraksi di kaca televisyan tapi musim ini berbeza.bukan disebabkan pembelian Hernandez,bukan juga disebabkan kemenangan Kelantan merangkul Piala Malaysia,tetapi disebabkan moto terbaru kelab gergasi tersebut.

asal main lawan pasukan cikai,serilah keputusannya.terbaru,perlawanan yang baru tamat lebih kurang 10minit.MU seri lagi dengan pasukan 'Musang'.tapi itu hanyalah untuk minit ke 92.minit ke 93,pemain yang sentiasa dalam keadaan koma dan tidur,berasal dari Korea Selatan menggegarkan jaring untuk kali kedua dalam perlawanan tersebut.


tak sia-sia Encik Nik Ferguson memancingnya dari kelab PSV Eindhoven dulu.betul ke kelab tu?dua gol menentang Wolves membuatkan matanya terbeliak luas.bila pula gua nak tengok Idlan Talaha atau K.Soley menyumbang gol untuk Totenham Hotspurs!

Hanis Zalikha

pertama sekali gua nak mintak maaf dan meminta izin untuk si empunya nama di atas kerana gua meng'upload gambar saudari tanpa kebenaran.tapi gua MESTI upload jugak.ecehcehceh.ayat sopan gitu gua kasi baik punya.

sedang gua menjelma diri di muka buku,maka gua terpandang sudut di sebelah kanan,rupa seorang gadis yang bernama Hanis Zalikha,tanpa gua berfikir panjang kerana di bawah separa sedar di cucuk ke dalam salur otak gua dengan keayuan dan kecantikan gadis ini.kahkah.

gua kelik je namanya,terus nampak butang "SUKA".siapa gadis ni sampai buat page macam artis?nak kata lawa,memang lawa.tengok punya tengok,nah hambek!30k peminat-peminat si gadis dari Shah Alam ini.tanpa berfikir panjang,gua tekan juga butang "SUKA".sedangkan NAJIB dan kroni-kroninya gua tak pernah tekan butang "SUKA" tapi bagi gadis ini,that not a big deal tu click on "LIKE" button.kahkah.terer tak gua cakam omputih?

almaklumlah gua memang buta hiburan dan kurang peka dengan keadaan sekeliling,maka terpaksa gua search dekat Yahoo tentang gadis ini.maka tahulah gua dia 2nd runner up untuk program Malaysian Top Model musim pertama.paling penting,menepati ciri-ciri untuk menjadi awek gua bila dia umur sebaya dengan gua.kalau lawa macam mana sekalipun,kalau umur dah lebih dari gua,memang tak dapat la jepp gua nak tackel sampai kena kad kuning atau merah.kahkah.

lawakan?boleh sy muat turun gambar saudari di blog saya?gua yakin dengan hati nurani yang jawapannya "boleh abang".kahkah

Sabtu, 6 November 2010

teknik meniru ketika peperiksaan

jika sebelum ini,gua ada mengeluarkan post 'di bawah tekanan' yang mana menyatakan tekanan perasaan dan jiwa para pelajar baik pelajar sekolah mahupun jahat pelajar institusi pengajian tinggi ketika musim peperiksaan.gua dan blog kerdil gua di sini ingin mengucapkan selamat berjuang dan selamat meniru bagi calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan peperiksaan akhir di IPTA mahupun IPTS.bagi calon Pernilaian Menengah Rendah berbulan madulah kalian semua kerana bila sesi tingkatan empat bermula,anda rasailah tekanan untuk mengahdapi SPM.

bagi calon peperiksaan,cara yang terakhir setelah melakukan persiapan peperiksaan dengan pelbagai cara termasuk meminum air rebusan nota ringkas anda adalah dengan meniru ketika peperiksaan.dan ini salah satu caranya.selamat berjuang dan mencuba

video

kenangan bebudak

dalam keboringan yang amat sangat setelah menonton cerita yang gua minat abad ini Ahmad Dhurah yang diselang selikan dengan iklan yang berjam-jam lamanya gua terfikir,tidak tertedikkah di hati pengurusan televisyen untuk menyiarkan cerita yang 1 jam cukup-cukup tanpa gangguan iklan?ni masalah nak kejar duit kejenya!

sebut pasal penyiaran,masih ingatkah lu semua di satu zaman kartun ini?yang menjadi kegilaan kanak-kanak setiap hari sabtu jam 7 malam?kepada RTM buatlah 'tribute' balik untuk kartun ini.genarasi kanak-kanak sekarang belum lagi merasai keseronokan menonton kartun ini


video

Jumaat, 5 November 2010

4 November

20 tahun yang lepas.tanggal 4 November seorang perempuan yang mengandung telah selamat melahirkan zuriat sulungnya yang berjantina lelaki.cukup sifat dan sempurna cukup membuatkan hati si ibu dan ayah gembira tak terkira walaupun dengan menggunakan kalkulator.

setelah azan dilaungkan ditelinga bayi tersebut,dipotong jambul rambutnya,dibesarkan dalam serba kekurangan dan cerita ini dicepatkan kepada 20 tahun selepas tarikh kelahiran bayi tersebut.

tepat jam 12,perkarangan futsal di Indera Mahkota,Pahang bergema gegak gempita.ingatkan depa dah raya.maksud gua Deepavali.tapi rupanya ada sedikit pergelutan.ditoleh ke kiri dan ke kanan,bammmmmmm,crittttttttttttttttttt.satu hentakan sekuat 20 km/h telah hinggap ke muka gua.disertai dengan aksi beberapa orang pemuda melompat lopak air untuk memberi sesuatu.

ingatkan mahu mengelap cairan di muka gua,tapi sebiji,dua biji,dan berbiji-biji lagi objek berbentuk bola gua dapat di serata alam tubuh badan gua.apa salah gua?salahkah gua menggelakkan bola ke celah kangkang mereka sekerap yang boleh?salahkah gua merembat muka penjaga gol sekuat yang boleh?inikan futsal.

belum cukup dengan hentakan objek bulat yang dipanggil telur,dicurahnya pula air berbau harum tapi cukup meloyakan.apakah bahan yang terkandung gua sendiri tak tahu dan gua yakin ianya tidak disahkan halal oleh JAKIM.tidak cukup dengan itu mereka menyanyi pula supaya Allah selamatkan gua.tapi pada ketika itu memang gua tak selamat.yang gua boleh buat berlari sehingga terputus selipar Dr.Cardin gua dan merangkak di tepi jalan.lebih kurang macam ni lah aksi gua pada malam tersebut.


sungguh dasyat.lebih baik gua hidup di Kosovo.tapi ianya hanyalah satu majlis sambutan hari jadi yang cukup bangsat dan gua tak tahu dari mana ritual ini datang.ianya salah di sisi agama kerana ianya hanya akan merosakkan harta benda dan membazir.
telur itu bukankah elok dibuat telur dadar?
pakaian yang terkena telur dan air Holy Water itu bukankah memerlukan bergelen air sabun untuk membersihkannya?
selipar gua putus sape nak ganti?

bahana dan bahaya sambutan hari jadi bangsat.tahun lepas lagilah bangsat.bila gua disimbah dengan air alkali dan tepung.ok,air alkali yang dimaksudkan adalah air sabun.air jus oren mahupun ribena sekalipun,kalau dah campur dengan tepung bukannya boleh buat roti canai.tapi membuatkan lantai teramatlah licin.barangsiapa yang melarikan diri dari terkena balingan objek bernama telur,yakni dalam cerita inilah adalah gua sendiri,maka terhempaplah kepala di lantai konkrit.

hentakan tersebut cukuplah untuk membuat otak gua bergegar dan gua mengulang kertas akaun dan matematik.cilaka!
tapi di sini juga gua ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat handai,rakan taulan dan musuh terdekat yang menyampaikan salam hari lahir.tapi ada insan yang gua gelar Cikgu B tidak menelefon mahupun berutus pesanan ringkas kepada gua.agak terkilan gua.kahkah
semoga tuhan merahmati gua.

Khamis, 4 November 2010

bagi balik tangan anak mu

belum gugur tapi cukulah gua memberi gambaran sedikit sebak dan bergenang air mata lelaki gua membaca cerita tersebut.jika benarlah cerita itu hanya rekaan semata-mata gua rasa ianya cukup lengkap dengan nilai kemanusiaan yang mampu merobek hati manusia yang bergelar ibubapa yang membenci 'hasil kerja' mereka sendiri.gua curi hasil karya ini di dalam salah satu post FB yang gua dapat.
________________________________________________________________




Ini sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya. Kisah ini saya dapat dari seorang rakan melalui e-mail. Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupu manusia memang sering melakukan kesilapan...mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya...


Kisah Si Kecil Ita...

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!

''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...

'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...."

Rabu, 3 November 2010

3 hari tanpa rokok

ya!memang itulah hakikatnya.gua dan tiga hari tanpa rokok dalam hidup.bergelen minuman Koka Kola dan beribu biji gula-gula Mentos telah gua makan untuk menghilangkan ketagihan rokok.satu tempoh yang memeritkan bagi gua sehingga emosi terganggu.kurang bercakap dengan sahabat,memarahi nyamuk yang mengganggu tidur dan memaki perempuan yang membawa kereta macam kura-kura.itulah sintom yang gua alami setelah menjauhi rokok selama tiga hari.

tam!tum!tam!tum!bunyi ketukan kotak rokok ke atas telapak tangan pada pukul 10.53 malam,3 November 2010.ironi perlakuan tersebut adalah untuk memampatkan lagi susunan tembakau di dalam gulungan rokok.itulah juga bunyi pembukaan hisapan maut yang akan bermula ibarat bunyi letupan bunga api sebelum bermlanya tahun baru.

setelah tiga hari mempertahankan mata wang Malaysia dari mengalir keluar kepada negara pembekal rokok,dan tiga hari juga bermegah dengan rekod dunia berhenti rokok dengan mengejut,akhirnya gua tewas dengan nafsu serakah sendiri.tak mampu hidup tanpa kalian 20 batang Marlboro.ampun dan maaf kepada ayahanda dan ibunda di kampung.anakanda sudah mecuba yang terbaik.

HAI-O

HAI-O bukanlah produk penapisan air di rumah.tapi yang gua maksudkan adalah Hairuddin Omar.mencatat sejarah manis yang tersendiri apabila menyumbang gol bagi 2 Piala Malaysia berturut-turut tapi dengan dua pasukan yang berbeza.jika musim lepas,Hairudin dipinjamkan oleh pasukan Negeri Sembilan dari T-Team dan menyumbangkan gol bagi Negeri Sembilan pada perlawanan akhir menentang Kelantan yang menyaksikan Kelantan tewas 3-1.

bagi perlawanan ulanga peringkat akhir pada tahun ini,Hairuddin yang telah dibeli oleh Kelantan sekali lagi menyumbangkan satu gol untuk Kelantan bagi membantu Kelantan mencatat sejarah merangkul kejuaraan Piala Malaysia buat julung kalinya.ironi dan magiknya,kedua-dua gol dihasilkan melalui kepala botakknya

p/s: kredit kepada encik Obefiend dari sokernet.blogspot.com kerana gambar dibawah.dan gua meminta izin mencuri hasil karya anda.sesungguhnya blog kalian menjadi inspirasi gua.






Mahatma Gandhi

sebelum ini tokoh yang pertama gua postkan di dalam blog daif gua adalah Encik Adolf Hitler.memandangkan perayaan Depavali telah hampir menjelma,gua selaku rakyat yang tidak menyokong gagasan mahupun pucuk pimpinan 1 Malaysia tetap akan berlaku anti-perkauman dengan memaparkan serba sedikit tentang tokoh terkemuka dari kaum India.
setiap negara ada tokoh kemerdekaan mereka sendiri.haruslah kita menghormati dan menyanjungi mereka.Contohnya Tunku Abdul Rahman yang mana individu yang bertanggungjawab membebaskan negara dari cengkaman penjajah.

sebut sahaja nama Mahatma Gandhi mungkin ada sahaja yang akan mengeluarkan bunyi dari kotak suara di dalam kerongkong 'ahhhh' menandakan mereka kenal nama itu.mungkin sedikit kelebihan mengenali rupa paras tokoh itu.tapi tahukah kalian tentang sejarah tokoh tersebut.hasil daripada bacaan internet dan sumber dari wikipedia,inilah hasil rumusannya.
____________________________________________________________



Mohandas Karamchand Gandhi (Gujarati: મોહનદાસ કરમચંદ ગાંધી, Devanāgarī: मोहनदास करमचंद गांधी) (2 Oktober, 1869 - 30 Januari, 1948) juga dipanggil Mahatma Gandhi (bahasa Sanskrit: "berjiwa hebat") adalah seorang pemimpin spiritual dan tokoh politik tersohor dari India.Beliau hidup semasa di bawah jajahan Britain.sebab itulah India dapat menganjurkan temasya Sukan Komanwel yang lepas.

Beliau dilahirkan pada 2 Oktober, 1869, di Porbandar, sebuah pekan kecil di wilayah Gujarat. Keluarganya dari kelas pertengahan dari kasta Vaishya. Bapanya, Karamchand, merupakan seorang Dewan atau Perdana Menteri di pekan tersebut. Manakala ibunya bernama Putlibai, adalah seorang wanita yang lemah lembut dan warak, dan menjadi sumber inspirasi bagi beliau.
Mengikut adat orang India pada waktu itu, beliau telah dikahwinkan pada usia yang muda iaitu pada umur 13 tahun kepada Kasturbai, seorang gadis yang sebaya dengannya.
Pada usia 18 tahun, beliau melanjutkan pelajarannya di Southampton, England dalam bidang undang-undang. Di samping mempelajari undang-undang, beliau mula menunjuk minat dalam bidang keagamaan. Pelbagai kitab serta buku-buku keagamaan seperti Hindu, Kristian, Yahudi dan Islam telah menjadi bahan bacaannya. Pada 1891, beliau lulus peperiksaan akhirnya dan pulang ke India sebagai seorang peguam.

Semasa di Bombay, beliau mencuba nasib sebagai seorang peguambela tetapi gagal. Beliau kemudiannya diarah untuk membela seorang klien di Afrika Selatan. Lantas beliaupun pergi ke negara yang asing ini. Disana, beliau menyaksikan diskriminasi yang sangat teruk. Bangsa India, samada peniaga mahupun buruh dianggap sebagai golongan kelas kedua dan dipanggil "kuli" atau "sami".
Pengalaman diskriminasi yang pertama berlaku di Maritzburg, ibunegeri Natal. Sewaktu didalam keretapi, seorang berkulit putih telah membantah kehadiran seorang "berwarna" di kelas pertama dan mengarah beliau untuk pindah ke kelas ketiga. Beliau enggan menurut kemahuannya kerana mempunyai tiket kelas pertama. Akhirnya beliau serta begnya telah dihumban keluar dari keretapi tersebut.
Peristiwa ini merupakan satu tamparan hebat kepada Gandhi. Beliau kemudian memutuskan untuk menjadi seorang aktivis politik agar dapat mengubah undang-undang diskriminasi tersebut. Gandhi kemudiannya membentuk sebuah gerakan bukan kekerasan disana.

Ketika kembali ke India, dia membantu dalam proses kemerdekaan India dari jajahan British; hal ini memberikan inspirasi bagi rakyat di koloni-koloni lainnya agar berjuang mendapatkan kemerdekaannya.
Rakyat dari agama dan suku yang berbeza yang hidup di India kala itu yakin bahwa India perlu dipecah menjadi beberapa negara agar kelompok yang berbeza ini dapat mempunyai negara mereka sendiri. Ramai yang ingin melihat penganut agama Hindu dan Islam berpisah dan mempunyai negara sendiri. Walaupun, Gandhi adalah seorang Hindu, beliau menyukai falsafah dari agama-agama lain termasuk Islam dan Kristian. Beliau percaya bahawa manusia tak kira agama harus mempunyai hak yang sama dan hidup bersama secara damai di dalam satu negara.
Pada 1947, India mencapai kemerdekaan dan berpisah menjadi dua negara, India dan Pakistan. Hal ini tidak disetujui Gandhi.
Prinsip Gandhi, satyagraha, serasi berbagai generasi aktivis-aktivis demokrasi dan anti-rasisme seperti Martin Luther King, Jr. dan Nelson Mandela. Gandhi sering mengatakan nilai-nilai ajarannya sangat sederhana, yang berdasarkan kepercayaan Hindu tradisional: kebenaran (satya), dan bukan-kekerasan (ahimsa).
Pada 30 Januari 1948, Gandhi dibunuh seorang lelaki Hindu yang marah kerana kepercayaan Gandhi yang menginginkan rakyat Hindu dan Muslim diberikan hak yang sama.

jangan terperanjat kalau Alber Einstein lelaki terhebat otak pemikirannya pernah memuji Mahatma Gandhi
"(Mungkin) para generasi berikutnya akan sukar mempercayai bahawa ada orang seperti ini yang pernah hidup di dunia ini."
_______________________________________________________________
 

bila orang putih menyokong Kelantan

ini adalah pelakon Across The Universe,Jim Strugess.dia berasal dari Wakaf Che Yeh.oh silap eh?ok gebang sahaja

video

Selasa, 2 November 2010

RON97

jika Pak Lah Islam Hadhari,Najib Altantun kembali dengan tranformasi baru.1Malaysia.




memang no 1 lah Najib.semua orang nak nombor 1,bukan sahaja di dalam peperiksaan tapi juga di dalam perlumbaan.sperti manusia lain,Najib juga mahukan no 1.no 1 yang dimaksudkan adalah menjadikan harga barangan di Malaysia yang mempunyai harga yang no 1 mahalnya.

semua benda dinaikkan harga termasuklah yang terbaru minyak RON97.di Malaysia semua barangan NAIK harga kecuali hujan yang tiada naiknya,hanya turun je kejenya sehingga negeri pantai timur dilanda tengkujuh.

gembira berbatas

mungkin situasi ini jarang benar berlaku di Malaysia.mungkin juga tidak akan berlaku langsung di Malaysia.




disebabkan kebanjiran di dalam surau yang melimpah ruah sampai ke muka pintu orang beriman yang ingin menunaikan solat,maka inilah jadinya.lokasi berlaku di Stadium Nasional Bukit Jalil ketika perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan lwn Nogori.


bukan gua nak menunjuk baik,mahupun mengangkat martabat orang negeri sendiri tapi hanya mahu berkongsi.'sharing is boring' kahkah.jadi gua pun dengan rasa sedikit berbangga mahu saja melepaskan rembesan idea dan fakta di dalam diari maya ini.negeri lain pun ada juga yang sebegini cuma khilaf gua yang tak mampu dan tak sempat mengambil gambar mereka.

bangga bercampur sayu macam nasi cmapur perasaan gua bila melihat gambar tersebut.walaupun pergi untuk bersuka ria namun,masih lagi taat dengan suruhan Maha Esa dan yang paling terkesima bila bendera,jersi mahupun keratan akhbar dijadikan sejadah.Allahuakbar.

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM


Pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM




Penjaga Gol Terbaik: Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)



Pertahanan Terbaik: Aidil Zafuan Abdul Razak (Negeri Sembilan)



Pemain Tengah Terbaik: Baddrol Bakhtiar (Kedah)



Penyerang Terbaik: Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)



Pemain Muda Terbaik: Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)



Pemain Paling Bernilai (MVP): Norshahrul Idlan Talaha



Jurulatih Terbaik: B Sathianathan (Kelantan)



Persatuan Bola Sepak Terbaik: FA Selangor



Kelab Terbaik: Johor FC



Kelab Penyokong Terbaik: Kedah

 ________________________

TAHNIAH kepada semua pemenang Anugerah Khas 100 PLUS bagi tahun 2010 terutamanya untuk Jurulatih Kelantan B.Sathianathan,Penajaga gol muda Kelantan iaitu Apek,dan penyerang Kelantan Shahrul Idlan Talaha.melihat kepada muka ketiga0tiga individu tersebut jelas mereka adalah 1 Malaysia.kahkah