Pages

Ahad, 7 November 2010

kuasa Asia

jika dulu Jepun,mahupun Korea hanya menjadi bahan makanan dedak ayam kepada Malaysia di bawah era Allahyarham Mokhtar Dahari.tapi dewasa ini,jarak penglihatan untuk membandingkan antara Malaysia dengan mereka amatlah kabur bagai melihat kapal terbang di sebalik kepulan asap Gunung Merapi.

sudah lama tidak menulis mengenai pasukan idola gua semasa kecil iaitu Manchester United.prestasi yang tidak menentu dan moto MU yang baru iaitu 'bermain untuk seri' yang diamalkan menyebabkan gua sedikit pun tidak memandang mahupun mencium bau kehangatan perlawanan melibatkan MU.

jika sebelum ini walaupun hujan batu,hujan panas,mahupun hujan air gua tempuhi untuk menonton pasukan 'peberet' gua beraksi di kaca televisyan tapi musim ini berbeza.bukan disebabkan pembelian Hernandez,bukan juga disebabkan kemenangan Kelantan merangkul Piala Malaysia,tetapi disebabkan moto terbaru kelab gergasi tersebut.

asal main lawan pasukan cikai,serilah keputusannya.terbaru,perlawanan yang baru tamat lebih kurang 10minit.MU seri lagi dengan pasukan 'Musang'.tapi itu hanyalah untuk minit ke 92.minit ke 93,pemain yang sentiasa dalam keadaan koma dan tidur,berasal dari Korea Selatan menggegarkan jaring untuk kali kedua dalam perlawanan tersebut.


tak sia-sia Encik Nik Ferguson memancingnya dari kelab PSV Eindhoven dulu.betul ke kelab tu?dua gol menentang Wolves membuatkan matanya terbeliak luas.bila pula gua nak tengok Idlan Talaha atau K.Soley menyumbang gol untuk Totenham Hotspurs!

2 ulasan:

admin berkata...

guano sbut2 k.soley tuh??? ntah jadi ke dop xtau nga kelate aye tuh...kah2

apis judin berkata...

jadi boh.
mene lbih kurang kunalan.laju!