Pages

Selasa, 23 November 2010

perak dalam genggaman,emas jadi kejaran

bak kata pengulas perlawanan hoki,suatu masa dahulu nama Malaysia di persada sukan amat digeruni seperti Leeds United dalam EPL.tapi sekarang tak digeruni ke?bukan tak digeruni langsung tapi mungkin rasa gerun tu kurang sedikit seperti Leeds United lagi kerana mereka telah tersingkir ke liga bawahan England.begitulah konklusi yang dibuat oleh pengulas di dalam TV mahupun pengulas yang berada di depan TV di rumah;kedai.banyak ulasan,sejarah dirungkai mahupun makian yang dilemparkan terhadap para atlet.maklum sahaja sukan Asia sedang rancak berlangsung di Guangzhou.


lupakan pasal target 10 pingat emas yang disasarkan oleh Majlis Sukan Negara,lupakan juga tentang kekalahan Lee Chong Wei kepada Lin Dan.tumpukan perhatian dan doakan pngat emas berjaya dirangkul skuad hoki Malaysia yang melangkah ke pusingan akhir setelah menundukkan musuh tradisi India,4-3 pada perlawanan separuh akhir sebentar tadi.

tatkala post ini dikarang,gua percaya pemain Malaysia tengah sembang kencang sesama mereka di dalam bilik persalinan disebabkan kemenangan mengejut ke atas India.perlawanan akhir,Malaysia akan menentang Pakistan.jika dalam badminton,Pakistan boleh dibuat sayur lemak,tapi di dalam sukan hoki,tak dapat la jepp.sesungguhnya pingat perak sudah di dalam genggaman tap,kita mahukan lebih lagi macam 'bagi betis nak peha'.kita nak emas ok.selamat berjuang.selamat!

Tiada ulasan: