Pages

Rabu, 3 November 2010

HAI-O

HAI-O bukanlah produk penapisan air di rumah.tapi yang gua maksudkan adalah Hairuddin Omar.mencatat sejarah manis yang tersendiri apabila menyumbang gol bagi 2 Piala Malaysia berturut-turut tapi dengan dua pasukan yang berbeza.jika musim lepas,Hairudin dipinjamkan oleh pasukan Negeri Sembilan dari T-Team dan menyumbangkan gol bagi Negeri Sembilan pada perlawanan akhir menentang Kelantan yang menyaksikan Kelantan tewas 3-1.

bagi perlawanan ulanga peringkat akhir pada tahun ini,Hairuddin yang telah dibeli oleh Kelantan sekali lagi menyumbangkan satu gol untuk Kelantan bagi membantu Kelantan mencatat sejarah merangkul kejuaraan Piala Malaysia buat julung kalinya.ironi dan magiknya,kedua-dua gol dihasilkan melalui kepala botakknya

p/s: kredit kepada encik Obefiend dari sokernet.blogspot.com kerana gambar dibawah.dan gua meminta izin mencuri hasil karya anda.sesungguhnya blog kalian menjadi inspirasi gua.