Pages

Selasa, 2 November 2010

tengkujuh

tidak kaget mahupun terkesima menerima perkhabaran dari kampung yang telah mula dilanda tengkujuh.memang sudah sedia maklum tengkujuh akan melanda negeri pantai timur sekitar November dan Disember.mungkin tengkujuh kali ini membawa seribu satu rahmat dengan kepulangan Piala Malaysia di bumi Cik Siti Wan Kembang.


bagaikan satu pesta bila tibanya musim tengkujuh.kanak-kanak bergelimpangan di atas jalanraya.sory agak 18SG penerangan gua,maksud gua di sini kanak-kanak bermain air di tepi jalanraya dan longkang besar bagaikan rumah mereka tiada lagi air untuk mandi.namun akitiviti masa lapang tersebut agak berbahaya.kepada ibubapa yang pandai memproses anak dan menambah bilangan penduduk manusia di Bumi,perhatikan gerak geri anak-anak lu semua nescaya mereka akan terselamat dari mati di dalam air.

tapi ada juga dukanya bagi sesetengah bagi mereka yang mengalami kerosakan harta dek kenaikan air di kediaman mereka umpama naiknya harga rokok.

nasib baik gua tak merokok.jangan gelak.jengan kata gua gebang.memang itulah hakikatnya bila perokok tegar mendapat hadiah dan hidayah dari maha Esa untuk berhenti menyedut Nikotin dan Tar.rare tak gua?kahkah.dah genap dua hari gua tak menyedut Marlboro mahupun Dunhill.agak tabah gua kali ni,walaupun hampir menangis setiap kali mengisi makanan ke dalam perut.

ok itu sampingan sahaja.berbalik kepada cerita tengkujuh,tak dapatlah gua mempraktikkan ajaran guru gua Allayarham Mokhtar Dahari di tanah lapang berumput hijau yang digenangi air.selamat musim tengkujuh.Raya Haji dalam hujan.darah lembu membasahi bumi bersama linangan air hujan.

2 ulasan:

Liyanadiba berkata...

banjirr doooh?????????????????????waaaaaaaaaaaaaaa...deki gilo!!!!apih,kat mesir jarey hujan,hujan pom ciket jah..hurmmm..
nak kelip men boh!

apis judin berkata...

okkk aloh.gi duk denuh la.xsoh balik.
dibah bukan reti berenang.awok doh la kurang ketinggian.lemas gak sapo nak selamat haha