Pages

Khamis, 25 November 2010

ini baru REAL!

list pasukan jantung hati gua.

di kedudukan no 1,pasukan bolasepak kampung gua Selising FC.
no 2 jatuh kepada pasukan negeri gua,Askar Merah.
tempat ke 3 dikongsi dua pasukan Manchester Ubusted dan Barsilona.
tidak ketinggalan tempat ke 4 Totenham dan Everton.
sekarang ada pasukan yang ingin mengisi slot tempat ke 3 dengan menyingkirkan salah satu pasukan peberet gua yang lama.

yang dimaksudkan adalah ini


pasukan yang bertaraf bintang di alam semesta ini.semua ada bakat dan karisma dalam bola sepak.tapi bukan SEMUA meminati pasukan ini.ada yang mencaci tidak kurang yang dengki seperti Habil dan Qabil.mana taknya kalau semua bintang,siapa yang nak jadi bintang realiti?kalau semua bintang,siapa yang berani lawan mereka?jika dulu walaupun pasukan 'bintang' ini dibarisi bintang-bintang macam bintang madu,tapi pasukan ini mempunyai corak permainan macam 'binatang'.semua nak tunjuk kebolehan dan 'kebintangan' mereka sehingga pasukan porak peranda.

sehinggalah mereka mendapat ayah tiri yang baru yang dipanggil Encik Wan Mourinho yang gayanya seperti mafia dan amat tegas dengan anak-anak tiri mereka.lihat sahaja gaya permainan si Abdul Ronaldo sekarang.amat berubah.amat merendah diri dan tidak tinggi hidung seperti dulu .dulu ketika bersama Manchester Ubusted,mahunya dirembat penalti sampai tiang gol patah,tapi sekarang cukup tenang dan bola seperti di sepak dengan jari jemari halus.dan gaya sambutan gol tidak se'over' dulu.

mungkin budak Islam Mesut Ozil mengajar mereka untuk merendah diri.tapi itulah dia,tak tahu nak gambarkan macam mana hati gua telah dicuri oleh pasukan bintang ini.maksud gua Real Madrid yang baru.gandingan Ozil,Panguin dan Ronaldo cukup serasi ditambah kekentalan anak buah gua Sergio Ramos.tidak ketinggalan kelicikan Indra Putra dan Nurfarhan.

oh silap rupanya.sengaja gua selitkan bintang Kelantan ini yang dikhabarkan akan berhijrah ke T-Team.
lalu berkumandanglah lagu P.Ramlee (di mana..kan ku cari ganti..serupa dengan mu) di telinga para penggemar bola sepak Cik Siti Wan Kembang.

Tiada ulasan: