Pages

Ahad, 28 November 2010

ramalan tepat!


dengan nikmat yang terbesar pemberian yang maha Esa iaitu akal fikiran,para pakar di Jabatan Meteologi Malaysia telah mengira tepat pergerakan awan yang membawa hujan lebat di negeri Pantai Timur Semananjung Malaysia.dengan ramalan 26 November menjadi titik tolak penurunan hujan,maka penduduk di kawasan yang kerap dilanda banjir membuat persiapan awal.tidak cukup dengan 'menyediakan payung sebelum hujan' tetapi mereka turut menyediakan pelampung,sampan dan banana bot.hujan dijangka akan berterusan selama seminggu dan tanpa perlu pengisytiharan dari penyimpan mohor besar Raja-raja Melayu orang ramai dengan sedia maklum telah mengetahui bermulalah pesta air ataupun musim tengkujuh di negeri-negeri Pantai Timur.bukan di Kemboja sahaja ada pesta air,di Malaysia juga ada.

maka para belia dan orang veteran yang sudah berkeluarga,pastikan rumah anda dilengkapi pemanas air mandian ataupun kalian perlu bangun awal pagi untuk memanaskan air untuk mandi supaya tidak kedengaran ura-ura alasan yang kalian kesejukan untuk mandi hadas besar selepas melakukan amalan 'sunat' di malam hari.

para ibubapa dan penjaga dinasihati mengawal gerak geri anak yang belum berfikiran matang supaya tidak menjadi mangsa air yang mampu meragut nyawa.jika kalian berfikir adalah wajar mengikat tali pada kaki mereka,maka lakukan demi keselamatan mereka.moto di musim tengkujuh ini 'biar kejam,asal selamat'.para komuniti masyarakat bersatu padulah membantu jiran tetangga yang kesusahan di musim tengkujuh ini.ringankan tangan dan kaki untuk melangkah menghulurkan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik atau yang ditimpa masalah.

Tiada ulasan: