Pages

Rabu, 24 November 2010

salahkah melaungkan MERDEKA?

shrekkk!shrekkk!bunyi koyakan kertas dua kali kedengaran di dalam dewan peperiksaan yang sunyi sepi selepas laungan MERDEKA oleh seorang pelajar yang pandai tapi hidup penuh dengan ketidak seriusan.

ketika itu waktu peperiksaan kertas 'Mengenal Huruf dan Mengira Dalam Angka 100 Juta' baru sahaja sejam berlalu dan masih ada baki masa selama 3jam lagi untuk menghabiskan peperiksaan yang agak 'pretty tuff"kahkah.mungkin soalan ujian tersebut terlalu senang ataupun mungkin pelajar tersebut teruja untuk menyudahkan dengan secepat mungkin peperiksaan yang sebulan lamanya mengongkong kehidupan pelajar tersebut.

selesai sahaja menulis huruf yang terakhir,pelajar tersebut melaungkan Merdeka!Merdeka!Merdeka.!sungguh bersemangat.kalau masuk kejohanan melaung perkataan Merdeka,sudah tentu pelajar tersebut mendapat pingat Perak manakala pingat Emas tetap menjadi milik Tunku Abdul Rahman.lantas kertas ujian pelajar tersebut diambil dan dikoyak.

dengan tentang tanpa digenangi sebarang airmata,pelajar tersebut menyoal pengawas peperiksaan,
"Salahkah saya cuba bersikap patriotik?"

kepada calon SPM mahupun calon ujian memandu,jangan tiru aksi di dalam cerita dongeng tersebut.adalah menjadi kesalahan mengganggu ketenteraman calon peperiksaan yang lain.jika ingin bersikap patriotik,lakukan sahaja di luar dewan peperiksaan.

Tiada ulasan: