Pages

Isnin, 8 November 2010

Malaysia 2-1 Krygystan

bangun dari tidur di hari yang gelap dek kerana cuaca yag sejuk membuatkan gua sedikit keliru tanpa ingat walaupun sedikit tentang perlawanan bolasepak Sukan Asia di Guongzhou,China yang melibatkan Malaysia.perlawanan pertama Malaysia adalah melawan kelab ke 173 ranking FIFA iaitu Krygystan.manakala Malaysia di rangking yang jauh lebih baik iaitu rangking 149.kahkah

bukan mahu menganjing dan tidak berpatriotik,tapi post gua kali ini lebih kepada kesedaran dan ingin membuka mata ramai pihak yang bolasepak Malaysia sudah ada perkembangannya dan ramai sebenarnya anak muda Malaysia yang berbakat.

jika sebelum ini post gua tentang semangat bola yang gua selongkar kehebatan seorang anak muda Malaysia yang menetap di luar negara bersama keluarganya iaitu Wan Kuzain.jika Singapura sibuk dan bertungkus lumus memberi taraf kerakyatan dan kewarganegaraan kepada omputih mahupun Niger,kenapa Malaysia tidak mengguna sedikit insiatif pelbagai teknik dan taktik seperti digunakan dalam pelbagai kempen pilihanraya di negara kita terhadap Tadeshi Takeda,Brendan Gan dan Shaun Maloney.

mereka semua dilahirkan di Malaysia kecuali Brendan Gan  yang sememangnya mempunyai darah Cina Malaysia.bukan tidak yakin dengan anak muda kelahiran negara kita,tapi ini salah satu langkahnya.gunakan semua langkah yang ada ibarat anda ingin menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.kahkah.

diharapkan jersi baru Malaysia kali ini membawa keramat dan sekurangnya membawa pulag pingat gangsa kepada negara.


dalam perlawanan menentang Kryhystan,Malaysia telah menang dengan jaringan 2-1 hasil sentuhan Nurshahrul Idlan Talaha dan S.Chanturu.berbangga lagilah penyokong Red Warriors dengan perkembangan yang terbaru yakni pemain dari pasukan Kelantan berjaya mengangkat martabat negara.bukan 2 Kelantan yang penting di dalam misi kali ini,tetapi 1 Malaysia yang teramat lagi penting kerana kali ini mereka membawa maruah negara.



Tiada ulasan: