Ahad, 31 Julai 2011

Selamat Datang Penghulu Segala Bulan

video

nota kaki : semoga puasa tahun ini lebih baik dari sebelumnya.lipatkan segala amal ibadat nescaya kalian adalah orang yang paling beruntung.Marhaban Ya Ramadhan

Sabtu, 30 Julai 2011

orang baik lawan orang tak berapa baik

sempena nak countdown kedatangan bulan mengawal nafsu di siang hari,gua nak tunjuk cerita ilmiah sikit.baru ada ciri-ciri lelaki muslim ye dok?kahkah


nota kaki : orang yang tak bertudung tak semestinya jahat,TETAPI orang yang baik semestinya bertudung.
orang yang jahat tak semestinya tak solat,TETAPI orang yang baik semestinya menunaikan solat
berpuasa tetapi tidak menunaikan solat tiada gunanya.ianya seperti berlapar semata-mata kerana solat adalah perkara pertama yang dihisab selepas mati.

Jumaat, 29 Julai 2011

ramai masih tak sedar

bola,bola,bola.


lu semua duk sibuk pasal bola ni,lu semua sedar tak acik ni dah bersara?
kalau dah acik ni bersara,sape nak umum tarikh puasa?
kalau dah acik ni bersara,sape nak umum tarikh raya?

lu semua ni sedar ke tak?
gamaknya sia-sia lah baju raya dan biskut raya yang ditempah

nota kaki : Engku Tan Sri Ibrahim bersara pada 7 Januari 2011 selepas 22 tahun yakni 22 kali umum tarikh raya dan puasa kat dalam TV.

Kenapa Malaysia kalah?

sebab-musabab kenapa Malaysia kalah dan nampak macam gampang:

1. defence macam gampang.cilake!
2. defence main macam mintak maki.
3. defence barua.

nota kaki : semua pemain dah main power macam cempiang termasuklah percaturan pecah otak dari Dato' K.Rajagempal,kecuali defence!


luahan hati : Khairul Fahmi Che Mat sudah menempah nama menjadi lagenda penjaga gol di Malaysia.entah mana salah silap pakwe Jejari Runcing ini tak diturunkan lebih awal.pesen pilih kasih!

Rabu, 27 Julai 2011

Singapura tidak boleh menang

Kenapa Singapura tak boleh menang esok malam?gua sudah buat kajian dan menyenaraikannya:

1. Singapura tak biasa main kat padang rumput.
2. Singapura pesen main depan penyokong 5000 sahaja.esok malam 13 kali ganda.percayalah!
3. Aaron Aziz yang juga rakyat Singapura,kelihatan goyang dan tak segangster dalam filem KL Gangster ketika gua jumpa kat bundle semalam.
4. Rakyat Malaysia sudah gila.serius!gua baru nampak Malaysia dah jadi macam Eropah.

nota kaki : Malaysia boleh menang dan kena menang sebab Malaysia ada lagu 'Inilah Barisan Kita' yang cukup memberi semangat berbanding lagu Taufik Batisha,penyanyi Singapura.kahkah

Selasa, 26 Julai 2011

Anugerah Bang Berahim

cakap dun dam dun dam macam mercun papan pun orang nak buat jadi idola.cilake,cilake!gua mintak-mintak gua dijauhkan dari anugerah ini memandangkan gua pesen kelas datang awal,keje rumah anta awal,periksa pun keluar awal.kahkahkah!


nota kaki : Ibrahim Ali,Ahli Dewan Undangan Negeri di Kelantan yang memenangi pilihanraya dengan tiket PAS,kemudian berpaling tadah dengan PAS untuk menyokong AMNO.pelajar UiTM yang suka tikam belakang,paling layak untuk anugerah ini.

sedikit-sedikit,lama-lama jadi bukit

sedikit-sedikit,lama-lama jadi bukit.cilaka simpan duit dalam tabung ayam boleh beli cincin.kahkah


nota kaki : menabung amalan mulia.kahkahkah

Isnin, 25 Julai 2011

kami boleh ubah IM chat FaceBook

dikala ramai yang memaki IM Chat terbaru di MukaBuku,gua tampil dengan lagak SuperHero.bukan CicakMan tapi gua SuperHero Cempiang!

tukarlah IM Chat kalian.


khidmat masyarakat nan satu yang ikhlas dari gua selain dari membersih kubur pada hari Jumaat.

nota kaki : Mark 'Yahudi' Zukernberg pesen nak tunjuk terer tak bertempat tukar pengaturcaraan IM Chat kat MukaBuku tanpa dengar suara rakyat jelata MukaBuku.

Ahad, 24 Julai 2011

Rimau ajak Singa repeat

ini yang akan jadi hari Khamis ni di Bukit Jalil.gua yakin.gua yakin Singa pasti kena titik dengan Rimau.

nota kaki : Perlawanan ke-2 di Stadium Bukit Jalil 28 Julai 2011.Perlawanan pertama Malaysia bangkit tapi tak cukup padu,kalah 5-3.apa ada hal 3 jaringan tempat lawan dalam tangan.Tanah Tumpah Darahku.

Sabtu, 23 Julai 2011

Encik Sponge

cilake punya kreatif pemikiran.tak tercapai akal manusia normal.lagu kartun kegilaan bebudak kecik sehinggalah mama bebudak kecik dalam dialek Kelate.

Ready dok budok-budokkk?
Ho laa, keptenn!
Gaapo diiioooo?
HO LAA, KEPTEN!
oooo..Podio dok dalae buoh lanah bowoh laut?
Spongebob Sluar Kkotok!
Sene meresap bewarno kuninggg...
Spongebob Sluar kotok!
Kalu demo suko bendo laut hok ngarut...
Spongebob Sluar Kkotok!
Pah mari la pakat nnopat supo ikae...
Spongebob Sluar Kkotok!
Ready?
Spongebob Sluar Kkotok,(3x) 
Spongebobbb Sluar Kkotokkkkkk!

nota kaki : dari kartun bahasa penjajah,dialih suara kepada bahasa Melayu,mungkin akan dialih suara kepada bahasa Kelantan.kahkah satu lagi kartun yang akan jadi sejarah dan kenangan manis masa kecik sama macam DragonBall

Jumaat, 22 Julai 2011

penjual biskut raya

gua dapat tahu dari sahabat gua bahawa,di perkarangan Stadium Bukit Jalil semalam ketika pertemuan Celsi menentang HarimauMalaya,ada orang jual biskut raya.kahkah.cilake punya strategi pemasaran.tak menunjukkan kematangan.orang nak pergi tengok bola bukan nak makan biskut raya.
tapi menurut sahabat gua,chicken-chicken yang jadi penyeri gerai biskut raya menjadi tumpuan penyuci mata sebelum masuk ke stadium.lagi cilake strategi pemasaran!kahkah

kalau gua jadi penyokong Celsi,baik gua lepak kat gerai biskut raya tu dengan chicken-chicken pelaris biskut raya daripada masuk tengok game barisan bintang pasukan kegemaran main macam cilake.kahkah

nota kaki : disebabkan chicken-chicken sudahpun mula menjual biskut raya sehingga ke tempat orang nak tengok bola,ini bermakna fenomena biskut raya dah semakin dekat yakni IdulFitri juga bakal menjelma.yee dokk?

Harimau baru asah kuku

nak datang freindly dengan Malaysia mereka gelak sakan.ingat boleh bantai lebih dari 10-0.cilake!dia tak tahu steroid dan hormone SuperMokh dah disuntik ke dalam minda dan semangat generasi baru bolasepak Malaysia.

*****************

cerita kalah 4-0 kepada TheGunners,tak payah nak cerita.gua tak pegi tengok.sebab dah tahu pesen TheGunners reti ayam pasukan baru nak naik,tapi piala pertandingan mahupun pertandingan bolasepak dun KotaLondon adalah haram nak disentuh.

cerita kalah 6-2 kepada pasukan kampung TheBeatles,tak berapa nak cerita jugak.sebab penyokong mereka buli penyokong Mecester.semangat asabiyah!lagipun tiada apa yang nak dibangga dengan pasukan merah ni.kalau setakat menang liga 18kali tak berapa tersohor jepp.ada pasukan menang 19kali jepp.kahkah.

*****************

cerita Celsi menang 1-0 lah yang menjadi buruan hinaan gua malam ini.amacam terkedu tak acik-acik kat kampung tengok corak permainan Malaysia?
*dalam breket;kecuali Norhafiz Zamani Musibah yang memang sedikit sebanyak boleh mendatangkan musibah kalau main macam celaka macam tadi.
budak-budak lain gua tak tahu apa yang deme makan.laju,padu,kencang,gampang!

main macam tadi untuk semua game dibantu dengan pembangunan bola speak yang jauh dari unsur risyuah,nescaya PialaDunia 2018 Malaysia jadi kuasa Asia Tenggara yang baru.

nota kaki : setakat menang 1-0,itu pun dibantu pengadil yang rabun,tapi bodoh sombong tak nak pakai cermin mata,jangan nak bermegah.tiru macam kami.cilake!

Rabu, 20 Julai 2011

Lagi penyokong Mecester dibuli

cilake!lagi isu pemakaian jersey dimainkan.mungkin Malaysia sudah tidak bebas untuk memakai pakaian yang digemari.yang penyokong Mecester pun satu,dah tahu ramai orang dengki dengan kejayaan pasukan kita,hindari dari perangai menganjing yang berlebihan.kahkahkah

nota kaki : kami mahu tengok adakah pasukan lain setanding dengan kehebatan pasukan Mecester kami!kahkahkah.jangan nak menganjing sangat lain kali.mungkin kali ini Abdul Rooney sendiri kena turun Bukit Jalil backup budak-budak Mecester.

Isnin, 18 Julai 2011

Rooney masuk campur

dalam isu yang lepas telah gua tunjukkan bagaimana isu pemakaian jersey dimainkan,lebih kurang isu pengharaman baju KUNING oleh kerajaan Amno.kini,tuan empunya nama yang terpampang di belakang jersey budak India itu tampil mebuat kenyataan.kahkah
nota kaki : Rooney adalah penyerang yang sentiasa digeruni pihak lawan temasuklah pasukan Liverpool.kahkah.di sini tiada unsur perkauman.terima kasih!

Ahad, 17 Julai 2011

Nisfu Syaaban

buku amalan baru dibuka.semoga buku ini lebih baik dari buku yang lepas.Nisfu Syaaban.gua ingat nak berubah,tak nak jadi gangster lagi.kahkah
video

nota kaki : Rasulallah bersabda "barangsiapa yang mengingatkan sesama mereka tentang kedatangan bulan ini,maka api neraka adalah haram baginya"

Sabtu, 16 Julai 2011

isu pemakaian baju

video
segelintir penyokong pasukan bola sepak kampung kelahiran The Beatles berperangai macam orang Amno.isu pemakaian baju sekali lagi dimainkan.cilake!Amno tak suka baju KUNING,Liverpool tak suka baju Red Devil.cilake!

nota kaki : Manchester United memenangi kejuaraan EPL sebanyak 19 kali seraya memecahkan rekod Liverpool dengan 18 kali.

Khamis, 14 Julai 2011

cukup BERSIH

gua sokong BERSIH sebab gua masih muda.gua nak kehidupan tua gua tiada penyesalan tak sokong kerajaan yang benar.kahkah.

cukup dulu cakap pasal BERSIH.gua dah kena buka buku baru.dah seminggu gua dicerca,disinis,dan tidak kurang dibackup dari belakang.tapi gua jenis cool dan jejaka mental tebal.gua telan semua cercaan dengan penuh kesabaran.kalau gua tak sabar gua dah buat macam seorang akak di California,yang potong alat sulit hubby dia lalu dikisar dengan blender.nak buat lemak cili api katanya!

suka hati gua nak sokong apa.ini negara demokrasi.bak kata leader gua merangkap pensyarah gua,"suka hati depa nak sokong apa,itu hak depa".dengan angkuh gua senyum sinis dekat budak yang menganjing gua.

nota kaki : lepas tengok video pembongkaran kat TiubAnda,gua terus melangkah keluar dari rumah menuju ke kedai makan dengan perasaan amarah dan memberontak.selamber gua pakai baju BERSIH pergi kedai makan yang agak laku tanpa menghiraukan akan dibaling gas pemedih mata.senang gua nak tengok reaksi rakyat jelata.amarah punya pasal,gua tak berapa nak senyum bila ada dua baris panjang rapat ke jalan raya remaja-remaja dan pak cik-pak cik yang beratur nak salam dengan gua sambil laung 'Hidup Rakyat'.rupanya mereka masih mencari leader di kawasan gua ini.cilake!

Makcik BERSIH

"Semasa muda saya tidak berbuat apa-apa. Saya dalam perkhidmatan pendidikan dan terpaksa menerima apa sahaja (arahan kerajaan) kerana mereka bayar gaji saya.”,Anne Ooi,65 tahun a.k.a 'Lady of Liberty' Malaysia.

nota kaki : suara rakyat ibarat banjir.bila banjir disekat dengan empangan,nescaya lama kelamaan empangan akan pecah dan akan menghanyutkan semua benda yang menghalangnya

Selasa, 12 Julai 2011

BERSIH 3.0 mungkin

 
Bersih Bersih Bersih........
hahahahaha
rakyat turun tanpa dibayar,
rakyat turun tanpa dipaksa,
rakyat turun tanpa keraguan...........

Bersih Bersih Bersih.......
hahahahaha
kuning di Australia,
Kuning di London,
Kuning di Malaysia,
kuning di seluruh dunia.......

Bersih Bersih Bersih........
hahahahahah
kamu di pukul,
kamu di tembak,
kamu di sembur,
kamu semua tetap pejuang
pejuang untuk rakyat......

Bersih Bersih Bersih......
hahahahahaha
siapa ambiga,
siapa anwar,
siapa mat sabu,
siapa hadi,
siapa mereka tanpa rakyat......
tanpa mereka rakyat tetap kehadapan......
tanpa mereka rakyat tetap merempuh......
tanpa mereka rakyat tetap gagah...........

Bersih Bersih Bersih......
hahahahaha
melayu disini,
cina disana,
india disitu,
semua bangsa dimana-mana.......
semua agama dimana-mana.....

Bersih Bersih Bersih.........
hahahahaha
satu tujuan,
satu matlamat,
satu impian,
mahukan PILIHANRAYA YANG BERSIH!!!!!!!!!!!!!!!!!

nukilanku: mikael alex joe......
Kuning Kuning Kuning 

nota kaki : ingin ditegaskan BERSIH 2.0 bukan kerana menyokong Ambiga,bukan kerana Anwar tetapi kebangkitan rakyat yang ingin Bersihkan pilihanraya di Malaysia dari segala 'kekencingan' dari pihak pentadbir Malaysia.kami juga bukan mahu guling kerajaan,tetapi mahu suara kami didengar.payah nak paham,bebal!

Isnin, 11 Julai 2011

Allahyarham Baharudin Ahmad

selamat tinggal Syuhada,pejuang agama,bangsa dan negara.pemergian anda tidak sia-sia.
pemergian seorang Baharudin Ahmad akan melahirkan 1000 lagi Baharudin Ahmad.

nota kaki : sesiapa yang bertemu pemerintah yang zalim dan menyatakan kebenaran kepadanya,lalu dia dibunuh,matinya adalah SYAHID dan hari qiamat ia akan bersama dengan Hamzah bin Abdul Mutalib,penghulu para syuhada' (mafhum Al-Hadith). Doakan beliau syahid dan kematiannya menjadi pembakar semangat rakyat untuk bangkit menghadapi keangkuhan rejim yang memerintah.

Ahad, 10 Julai 2011

tahniah

setakat cakap dun dam dun dam macam mercun papan lepas tu rakyat tepuk tangan dari bawah setiap kali lu berucap baik tak payah.tuhan sahaja yang tahu bagaimana hati gua memaki hamun dan mencerca lu.lu tak layak dipanggil pemimpin.rakan-rakan gua dari parti lu sendiri mengkritik sepedas-pedasnya tentang diri lu,inikan pula kami di parti berhaluan kiri.

cukup bercakap tentang pemimpin hipokrit,diktator dan firaun.

Tahniah,semoga tuhan merahmati kalian semua para pejuang negara,para pejuang keadialan.


gua ada soalan yang ringkas je,lu semua di parti kerajaan selesa ke dengan liputan media massa negara?menghentam parti pembangkang semahunya.mana tempat untuk kami bersuara?mana yang dipanggil demokrasi?macam ni demokrasi?jika YA jawapannya,maka lu semua lebih teruk dari Amerika yang zalim lagi kafir tetapi mengamalkan demokrasi.

gua cadangkan macam ni je la,pukul 8.00 malam lu semua pergi tengok berita kat TV kerajaan,pukul 9.00 malam atau pukul berapa sahaja yang lu rasa lu lapang,lu buka pula satu-satunya liputan untuk pihak pembangkang iaitu internet.

malas nak cakap banyak,malas dah nak bertekak dengan anjing-anjing Najib sebab,gua tahu mereka sama macam Najib.banyak alasan.bila gua bangkang,mereka kata gua belajar pun guna duit kerajaan,ini nak tentang pulak kerajaan.

abis depa duduk kat Bumi supaya menjadi khalifah,yang depa jadi macam peimipin yang banyak khilaf kenapa?

nota kaki : tahniah para pejuang BERSIH 2.0.
                  terima kasih brader Polis
                  al-Fatihah kepada Allahyarham Baharudin Ahmad

Khamis, 7 Julai 2011

gudang garam

keretek keluaran Indonesia
 
siapa tak kenal Rokok Gudang Garam,atau dengan nama lain Surya Baja Hitam,jangan layak sesekali digelar perokok.dengan harga serendah 2 hengget tak silap gua,perokok dapat menikmati sedutan nikotin yang konon-kononnya pernah dikhabarkan pernah memenuhi ruang paru-paru mendiang Kurt Cobain.

jangan kata gua bukan perokok yang berjaya sebab tak pasti harga sebenar rokok ini!gua tak pasti sebab gua tak layan rokok ni.macam orang tua.lagipun kerajaan Malaysia tak suka berpendirian tetap.harga rokok mesti sentiasa naik,barulah orang pandang rakyat Malaysia kaya.tak gitu?kahkah.

tapi AWAS!dalam pembelajaran terbaru gua tentang penyalah gunaan dadah,cikgu gua telah menceritakan bahawa rokok ini boleh menghasilkan ujian positif dadah jika diambil ujian air kencing.bukan gua gebang,bukan juga cikgu gua yang gebang,tetapi inilah realitinya.tidak terlintas langsung dihati gua nak menggertak para penggemar keretek ini.

kalau sangsi,boleh merujuk dengan pegawai narkotik yang berhampiran.gua hanya sampai khidmat masyarakat.amacam boleh kerja dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan tak gua?kahkah.cilake!

nota kaki : jangan sampai dengan niat hanya mahu merasa perisa bunga cengkih di dalam setiap sedutan Gudang Garam,lu semua diCOP mat gian.jejaka yang berjaya kena BERSIH dari sebarang bentuk dadah mahupun alkohol.setakat rokok tak de hal.kahkahkah

milik kami

ambo ore Kelate.demo ore gapo?kahkah cilake angkuh ayat gua.
1 musim memang kami ambik 1 piala je.tak nak tamak.
ok silap,kami tamak sebenarnya.lupa pulak awal-awal musim kami dah rembat Piala Sumbangsih.
kini buat kali pertama dalam sejarah dan piala kedua kami rembat di musim ini iaitu Liga Super.kahkah!

nota kaki : Pemilihan pasukan Malaysia menentang Chelsea pada 21 Julai. Pemain TRW yang dipanggil: Piya, Daudsu, Rizal, Izuan dan Subra.

sumber : Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan

Rabu, 6 Julai 2011

syurga kaki pancing

sesungguhnya para kaki pancing akan memilih lubuk yang benar-benar mempunyai banyak ikan untuk memancing haiwan alam air ini.kalau setakat ikan gapi,ikan laga,para kaki pancing tak berapa nak pandang.kalau pandang pun setakat nak buat umpan.ikan arowana,ikan siakap lah sebenarnya yang menjadi buruan.

bagi kaki pancing di manakah sebenarnya lubuk yang mennjadi kegememaran lu?mana?habaq mai sat.
ok jawapan gua senang,di kampus pengajian tinggi.jangan jadi benak sampaikan gua nak bagitahu satu-satu apa itu 'ikan'.

video


batang joran yang digunakan tak penting,yang penting umpan dan dedak yang berkualiti.gua tegaskan supaya terang dan senang faham mesej gua kepada para pemancing atau juga dikenali sebagai Pemain Lelaki,batang joran di sini bermaksud penampilan atau dengan nada menganjing rupa paras.

nota kaki : para pemancing yang tidak seberapa rupa paras,jangan nak jadi kaki pancing sangat.itu meloyakan.pegi sekolah belajar.gua marah ni.jangan jadi macam Padeli dalam cerita brader-brader Primary

Selasa, 5 Julai 2011

takziah orang kampung

5 Julai 2011

4 pagi,baru mula nak masuk ke alam mimpi.sepatutnya masuk ke alam mimpi lebih awal dalam anggaran pukul 2 pagi tetapi dek kerana rasa ingin berborak kosong datang bertubi-tubi maka dilayanlah perasaan itu walhal tubuh sudah diselimuti selimut tebal.

8.15 pagi,kali ini kali ketiga gua bangun setelah bangun pada pukul 6.30 pagi,dan pukul 7 pagi.macam biasa orang Melayu,suka sambung tidur.salah siapa?salah sesi borak-memborak pukul 4 pagi mungkin.ok 8.15 pagi,berlari-lari anak gua menuju ke bilik air untuk mandi mandi dan seterusnya ke Gym.dah kalau ke gym buat apa lagi kalau bukan untuk mengangkat besi takkan untuk jual besi-besi berat itu pulak.ye dok?bukan niat gua untuk melawan otai Malek Nor jauh sekali untuk meniru Sazali Samad,tetapi dah memang itulah subjek yang gua perlu pelajari untuk semester ini.tapi kalau nak digambarkan secara ringkas tubuh gua,lu semua pergi tengok kat kotak spender atau boxer Renoma.macam tu lah senang cerita tubuh gua sekarang.kahkah cilake!

11 pagi,malas nak cerita panjang,yang gua nak bagitahu,gua tertidur dalam kelas sampai nama gua dipanggil berkali-kali oleh pensyarah.

2 petang,gua amek peperiksaan Ekonomi untuk kali pertama.kacang bagi gua sebab gua memang terer ekonomi.memang agak bongkak kenyataan gua di sini tetapi itulah hakikatnya.mana tak terernya kalau gua sudah dapat clue jenis soalan yang akan keluar.God Dammit! orang putih kata.

2.10 petang,baru menulis nama di muka depan kertas jawapan,telefon gua bergetar yakni petanda ada pesanan ringkas.gua dapat berita mengejut orang kampung gua meninggal.orang lama.sedikit terkejut.gua pernah rapat dengan anak-anak arwah.terus gua fikir tentang anak arwah.

3 petang,sedang berusaha untuk menyiapkan peperiksaan secepat yang mungkin supaya dapat gua mengesahkan berita yang baru gua terima,terdengar suara sumbang bergelak ketawa kegembiraan di dalam perpustakaan.memang gua buat peperiksaan di dalam perpustakaan sebab gua yakin ia adalah satu-satunya tempat yang senyap dan sunyi cukup tenteram.ini lain situasinya.

perenggan baru supaya senang lu semua baca dan amek perhatian cerita gempak gua ni.gua pegi sound direct dekat budak bising tu.gua tarik dia,gua cakap "nak buat test".3 suku kata je,cukup buat dia mengangguk tanda faham dan berlalu dengan muka cuak.gua dah la tengah gundah gulana,memang silap masa dia mahu bergelak ketawa.tak puas lagi mungkin bergelak ketawa masa musim Maharaja Lawak.

4.30 petang selemat mengepilkan kertas jawapan dan menghantarnya kepada pensyarah yang bertugas mengawasi gua dan kawan-kawan.gua tergesa-gesa bersalaman dengan pensyarah yang kelihatan mengantuk itu dan terus gerak keluar dari hell library yang bising.

5 petang,berita tersebut memang benar.Al-Fatihah.

nota kaki: Takziah kepada Wan Zamani Wan Omar,Wan Hafizul Wan Omar,Wan Diana Wan Omar dan Wan Nini Adila Wan Omar sekeluarga di atas pemergian ayahanda tercinta.semoga rohnya di tempatkan di sisi orang beriman.Al-Fatihah

Isnin, 4 Julai 2011

duit pinjaman

kalau mak gua tahu gua belum hantar borang permohonan pinjama PTPTPU gua ni,mesti gua kena bebel sampai berdarah telinga.belum lagi dihantar borang pinjaman,tapi gua sudah siap siaga membuat kira-kira hingga larut malam,ala-ala tauke mini market yang maju.

setelah ditolak yuran pengajian,laburan untuk kenderaan bertayar dua dan simpanan di hari muka,gua mendapati masih ada lebihan wang pinjaman yang mana ianya mampu membuat gua riak.kali ini gua tak gusar untuk makan MekDonal,mahupun masuk tengok barangan jenama omputeh.

yang paling penting gua rasa,gua kena beli pemain muzik.tapi gadget elektronik yang melekat di hati gua setakat ini adalah Sony PSP.cukup untuk buat gua untuk bermain mainan video,dengar lagu mahupun tengok cerita.

kali ini,baru lah gua nampak macam anak Mat Saleh.naik bas,naik komuter dengan telinga tersumbat earphone,dan tangan pulak menekan tanpa segan silu.kahkaka cilake!

BERSIH untuk sukan bolasepak

lebih kurang Ben William je gua tengok pengadil Vietnam yang mengadili dengan tak adil perlawanan antara Taiwan menentang Malaysia.Perlawanan kelayakan Piala Duia 2014 yang kedua itu berlangsung agak panas.gua yang berkain pelikat terpaksa membuka baju berkolar kolej gua disebabkan panas dengan tindak tanduk pengadil lahanat itu,dan panas selepas gua melompat kegembiraan menyambut jaringan sepakan percuma yang awesome oleh Malaysia.

boleh dinyatakan Malaysia adalah jaguh sepakan percuma di rantau Asia Tenggara.betulkah persoalan bahawa David Beckham pernah menuntut ilmu sepakan percuma di Jempol,Negeri Sembilan bersama Aidil Zafuan?rembat tak hengat punya laju membuatkan pertahanan Celsi,Alex terkejut,atau mungkin tergugat kerana sudah ada saingan.Safiq Rahim jangan cerita,sepakan percumanya cukup lawa mengalahkan kelawaan rupa parasnya.

sejarah bagi pengadil yang agak bangang dan tanpa segan silu bagi 3 sepakan penalti.nampak sangat anti-Malaysia.kalau ye pun marah kat Najib,jangnlah sampai aniaya budak-budak Harimau Malaya.

kalau mungkin ada BERSIH 3.0 untuk menentang ketidak adilan pengadil,gua rasa dengan Najib,dengan kroni-kroninya sekali akan sertai.

nota kaki: Malaysia seterusnya akan membuat perhitungan terbaru dengan Singapura dalam pusingan seterusnya kelayakan Piala Dunia 2014 selepas perhitungan berkaitan Pulau Batu Putih suatu masa dahulu

Ahad, 3 Julai 2011

kenapa tidak

gua rasa tidak perlu jadikan blog gua ini satu blog yang cukup sempurna,cukup sifat tanpa sebarang cacat cela.cukuplah gua menulis blog ini sebagai santapan hati gua yang ingin melontar kata-kata dan berkongsi dengan segelintir ummat manusia yang membaca.dan ianya tak perlu jugak terlalu informatif

blog pengganti diari,
tidak perlu ditulis,
tidak perlu diliquid paperkan jika tersalah tulis,
tidak perlu guna kertas A4,
tidak juga perlu letak bedak Follow Me supaya wangi.

semoga gua berubah menjadi seorang penulis blog yang poyo tetapi rajin.kahkah!

Jumaat, 1 Julai 2011

BERSIH 2.0

terasa begitu bersalah kepada anak tiri gua yang bernama Penakabur ini.ketika diawal lahirnya,gua tatang bagai minyak yang panas,tapi kini gua jenguk jarang-jarang sahaja.maaf dari abah mu wahai blog cikai.kahkah.

ok terus ke tajuk post terbaru setelah sekian lama tidak menulis.

susahkan untuk memenuhi tuntutan Kumpulan BERSIH wahai kroni-kroni parti berhaluan kanan?jangan takut kalau lu semua di pihak yang betul.macam kami,kami tetap akan turun di Bandaraya Kuala Lumpur dek kerana kami yakin,kami di pihak yang benar!