Pages

Rabu, 10 November 2010

hilang

murung,merana dan hilang punca.hilang sekelip mata barang yang siyangi,nikmat yang diberi,dan kesenangan dari Ilahi.tentu ada silapnya.

'jika kita tidak suka,tidak hargai barang yang diberi,oleh itu yang Maha Esa akan mengambil balik pemberiannya'

tapi gua rasa gua sayangi semua yang telah hilang tersebut.di'tendang',di'roboh' dan akhir sekali di'lupakan' cukup perit ditelan.satu persatu datang menimpa bak hujan dimusim tengkujuh yang datang tiada hentinya.mana lagi tempat bergantung?mana lagi mahu digapai?mana lagi sumber kekuatan?HILANG.

maka eloklah dirujuk kembali,diimbas kembali mana silapnya,mana lalinya kita sebagai hamba.sesungguhnya gua banyak silap terhadapMU Ya Rahman Ya Rahim Ya Kuddus.

kemungkinan gua akan menutup blog ini untuk sementara waktu.mencari sesuatu yang adanya di situ cuma zahir dan batin gua yang tak nampak benda ITU.benda apa?haaaa itu yang kita tak tahu.ecehcehceh.

masih sempat berjenaka nampaknya.kahkah.belum puas lagi menangis tadi?
ok,buat rakan taulan di Bandar Baru Bangi,kemungkinan peratusan untuk gua menghadirkan diri untuk menyepak sebiji bola di atas karpet tiruan adalah sangat rendah.bukan tidak mahu,bukan kekangan masa,tapi kehancuran yang telah ditimpa oleh diri gua berserta dengan kehabisan tiket untuk pulang ke kampung.

jika ada sumur di ladang,
boleh gua tumpang mandi,
jika ada umur panjang,
jumpa dan jumpa lagi.

ecececeh berpantun pulak gua dalam hancur-hancur pun.tapi itulah diri gua.gua tak nak hipokrit.jadi diri sendiri.maaf dipinta kerana penulisan kali ini agak peribadi,tetapi gua juga ada masalah,manusia mana yang tiada masalah.manusia mana yang tidak dihisab di padang mahsyar.

kepada lembu-lembu,unta mahupun kambing,selamat disembelih.jangan malu mati disembelih kerana daging kalian amat berguna untuk diagihkan kepada fakir miskin dan orang yang kurang bernasib baik.

selamat sejahtera dan semoga berbahagia.

nota ringkas: esok(10 NOV 2010) RTM akan menyiarkan siaran SECARA LANGSUNG saingan Bolasepak Sukan Asia MALAYSIA vs JEPUN jam 3.50ptg di TV1.Sukan Terbaik Hanya di RTM.

Tiada ulasan: