Pages

Khamis, 25 November 2010

misi terlaksana

'misi terlaksana'.itulah pesanan ringkas yang betul-betul ringkas dihantar oleh pemberi maklumat gua di Gungzhou untuk Sukan Asia.cilakak!sekurangnya hantarlah pesanan ringkas yang awalnya bertanyakan khabar gua di tanah air atau sudah makan ke belum.ini main hantar je 'misi terlaksana'.




lupakan masalah remeh tersebut,motif sekarang yang gua ingin sampaikan,angka 6 pingat emas yang tidak berganjak selama 2 atau 3 hari yang lepas telah berubah dan mencapai target MSN untuk merangkul 9 pingat emas.dalam post yang lepas,gua ingatkan target pingat emas Sukan Asia kali ini adalah 10.ok,gua silap.

semalam Malaysia menambah 2 emas dari atlet veteran karate Malaysia yang akan bersara selepas Sukan Asia kali ini.Ku Jin Kieat dan R.Puwaneswaran menyumbang 2 emas dalam sukan karate menjadikan pungutan emas Malaysia meningkat kepada 8.hari ini,pasukan lubuk emas skuasy wanita menambah 1 lagi emas menjadikan target 9 emas sudah tercapai.bolehlah MSN pulang dengan sembang kencang di atas kapal terbang sepanjang perjalanan pulang ke tanah air.

Malaysia boleh menambah 2 lagi emas melalui skuasy berpasukan lelaki dan yang paling penting perlawanan akhir yang mencatat sejarah sendiri pertemuan akhir antara Malaysia menentang Pakistan.siapa menang bukan sahaja dapat hamper 'cikedis' dan air kotak,malah pemenang pingat emas juga akan mendapat tiket automatik ke sukan dunia,Sukan Olimpik.

Malaysia PADU!

Tiada ulasan: