Pages

Rabu, 3 November 2010

Mahatma Gandhi

sebelum ini tokoh yang pertama gua postkan di dalam blog daif gua adalah Encik Adolf Hitler.memandangkan perayaan Depavali telah hampir menjelma,gua selaku rakyat yang tidak menyokong gagasan mahupun pucuk pimpinan 1 Malaysia tetap akan berlaku anti-perkauman dengan memaparkan serba sedikit tentang tokoh terkemuka dari kaum India.
setiap negara ada tokoh kemerdekaan mereka sendiri.haruslah kita menghormati dan menyanjungi mereka.Contohnya Tunku Abdul Rahman yang mana individu yang bertanggungjawab membebaskan negara dari cengkaman penjajah.

sebut sahaja nama Mahatma Gandhi mungkin ada sahaja yang akan mengeluarkan bunyi dari kotak suara di dalam kerongkong 'ahhhh' menandakan mereka kenal nama itu.mungkin sedikit kelebihan mengenali rupa paras tokoh itu.tapi tahukah kalian tentang sejarah tokoh tersebut.hasil daripada bacaan internet dan sumber dari wikipedia,inilah hasil rumusannya.
____________________________________________________________



Mohandas Karamchand Gandhi (Gujarati: મોહનદાસ કરમચંદ ગાંધી, Devanāgarī: मोहनदास करमचंद गांधी) (2 Oktober, 1869 - 30 Januari, 1948) juga dipanggil Mahatma Gandhi (bahasa Sanskrit: "berjiwa hebat") adalah seorang pemimpin spiritual dan tokoh politik tersohor dari India.Beliau hidup semasa di bawah jajahan Britain.sebab itulah India dapat menganjurkan temasya Sukan Komanwel yang lepas.

Beliau dilahirkan pada 2 Oktober, 1869, di Porbandar, sebuah pekan kecil di wilayah Gujarat. Keluarganya dari kelas pertengahan dari kasta Vaishya. Bapanya, Karamchand, merupakan seorang Dewan atau Perdana Menteri di pekan tersebut. Manakala ibunya bernama Putlibai, adalah seorang wanita yang lemah lembut dan warak, dan menjadi sumber inspirasi bagi beliau.
Mengikut adat orang India pada waktu itu, beliau telah dikahwinkan pada usia yang muda iaitu pada umur 13 tahun kepada Kasturbai, seorang gadis yang sebaya dengannya.
Pada usia 18 tahun, beliau melanjutkan pelajarannya di Southampton, England dalam bidang undang-undang. Di samping mempelajari undang-undang, beliau mula menunjuk minat dalam bidang keagamaan. Pelbagai kitab serta buku-buku keagamaan seperti Hindu, Kristian, Yahudi dan Islam telah menjadi bahan bacaannya. Pada 1891, beliau lulus peperiksaan akhirnya dan pulang ke India sebagai seorang peguam.

Semasa di Bombay, beliau mencuba nasib sebagai seorang peguambela tetapi gagal. Beliau kemudiannya diarah untuk membela seorang klien di Afrika Selatan. Lantas beliaupun pergi ke negara yang asing ini. Disana, beliau menyaksikan diskriminasi yang sangat teruk. Bangsa India, samada peniaga mahupun buruh dianggap sebagai golongan kelas kedua dan dipanggil "kuli" atau "sami".
Pengalaman diskriminasi yang pertama berlaku di Maritzburg, ibunegeri Natal. Sewaktu didalam keretapi, seorang berkulit putih telah membantah kehadiran seorang "berwarna" di kelas pertama dan mengarah beliau untuk pindah ke kelas ketiga. Beliau enggan menurut kemahuannya kerana mempunyai tiket kelas pertama. Akhirnya beliau serta begnya telah dihumban keluar dari keretapi tersebut.
Peristiwa ini merupakan satu tamparan hebat kepada Gandhi. Beliau kemudian memutuskan untuk menjadi seorang aktivis politik agar dapat mengubah undang-undang diskriminasi tersebut. Gandhi kemudiannya membentuk sebuah gerakan bukan kekerasan disana.

Ketika kembali ke India, dia membantu dalam proses kemerdekaan India dari jajahan British; hal ini memberikan inspirasi bagi rakyat di koloni-koloni lainnya agar berjuang mendapatkan kemerdekaannya.
Rakyat dari agama dan suku yang berbeza yang hidup di India kala itu yakin bahwa India perlu dipecah menjadi beberapa negara agar kelompok yang berbeza ini dapat mempunyai negara mereka sendiri. Ramai yang ingin melihat penganut agama Hindu dan Islam berpisah dan mempunyai negara sendiri. Walaupun, Gandhi adalah seorang Hindu, beliau menyukai falsafah dari agama-agama lain termasuk Islam dan Kristian. Beliau percaya bahawa manusia tak kira agama harus mempunyai hak yang sama dan hidup bersama secara damai di dalam satu negara.
Pada 1947, India mencapai kemerdekaan dan berpisah menjadi dua negara, India dan Pakistan. Hal ini tidak disetujui Gandhi.
Prinsip Gandhi, satyagraha, serasi berbagai generasi aktivis-aktivis demokrasi dan anti-rasisme seperti Martin Luther King, Jr. dan Nelson Mandela. Gandhi sering mengatakan nilai-nilai ajarannya sangat sederhana, yang berdasarkan kepercayaan Hindu tradisional: kebenaran (satya), dan bukan-kekerasan (ahimsa).
Pada 30 Januari 1948, Gandhi dibunuh seorang lelaki Hindu yang marah kerana kepercayaan Gandhi yang menginginkan rakyat Hindu dan Muslim diberikan hak yang sama.

jangan terperanjat kalau Alber Einstein lelaki terhebat otak pemikirannya pernah memuji Mahatma Gandhi
"(Mungkin) para generasi berikutnya akan sukar mempercayai bahawa ada orang seperti ini yang pernah hidup di dunia ini."
_______________________________________________________________
 

Tiada ulasan: