Pages

Jumaat, 5 November 2010

4 November

20 tahun yang lepas.tanggal 4 November seorang perempuan yang mengandung telah selamat melahirkan zuriat sulungnya yang berjantina lelaki.cukup sifat dan sempurna cukup membuatkan hati si ibu dan ayah gembira tak terkira walaupun dengan menggunakan kalkulator.

setelah azan dilaungkan ditelinga bayi tersebut,dipotong jambul rambutnya,dibesarkan dalam serba kekurangan dan cerita ini dicepatkan kepada 20 tahun selepas tarikh kelahiran bayi tersebut.

tepat jam 12,perkarangan futsal di Indera Mahkota,Pahang bergema gegak gempita.ingatkan depa dah raya.maksud gua Deepavali.tapi rupanya ada sedikit pergelutan.ditoleh ke kiri dan ke kanan,bammmmmmm,crittttttttttttttttttt.satu hentakan sekuat 20 km/h telah hinggap ke muka gua.disertai dengan aksi beberapa orang pemuda melompat lopak air untuk memberi sesuatu.

ingatkan mahu mengelap cairan di muka gua,tapi sebiji,dua biji,dan berbiji-biji lagi objek berbentuk bola gua dapat di serata alam tubuh badan gua.apa salah gua?salahkah gua menggelakkan bola ke celah kangkang mereka sekerap yang boleh?salahkah gua merembat muka penjaga gol sekuat yang boleh?inikan futsal.

belum cukup dengan hentakan objek bulat yang dipanggil telur,dicurahnya pula air berbau harum tapi cukup meloyakan.apakah bahan yang terkandung gua sendiri tak tahu dan gua yakin ianya tidak disahkan halal oleh JAKIM.tidak cukup dengan itu mereka menyanyi pula supaya Allah selamatkan gua.tapi pada ketika itu memang gua tak selamat.yang gua boleh buat berlari sehingga terputus selipar Dr.Cardin gua dan merangkak di tepi jalan.lebih kurang macam ni lah aksi gua pada malam tersebut.


sungguh dasyat.lebih baik gua hidup di Kosovo.tapi ianya hanyalah satu majlis sambutan hari jadi yang cukup bangsat dan gua tak tahu dari mana ritual ini datang.ianya salah di sisi agama kerana ianya hanya akan merosakkan harta benda dan membazir.
telur itu bukankah elok dibuat telur dadar?
pakaian yang terkena telur dan air Holy Water itu bukankah memerlukan bergelen air sabun untuk membersihkannya?
selipar gua putus sape nak ganti?

bahana dan bahaya sambutan hari jadi bangsat.tahun lepas lagilah bangsat.bila gua disimbah dengan air alkali dan tepung.ok,air alkali yang dimaksudkan adalah air sabun.air jus oren mahupun ribena sekalipun,kalau dah campur dengan tepung bukannya boleh buat roti canai.tapi membuatkan lantai teramatlah licin.barangsiapa yang melarikan diri dari terkena balingan objek bernama telur,yakni dalam cerita inilah adalah gua sendiri,maka terhempaplah kepala di lantai konkrit.

hentakan tersebut cukuplah untuk membuat otak gua bergegar dan gua mengulang kertas akaun dan matematik.cilaka!
tapi di sini juga gua ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat handai,rakan taulan dan musuh terdekat yang menyampaikan salam hari lahir.tapi ada insan yang gua gelar Cikgu B tidak menelefon mahupun berutus pesanan ringkas kepada gua.agak terkilan gua.kahkah
semoga tuhan merahmati gua.

Tiada ulasan: