Pages

Khamis, 30 September 2010

migrasi part 1

tiba-tiba gua rasa nak bercereka di sini.elok saje gua nak cuba lelapkan mata selepas penat berulang alik dari Kolej dari kediaman ibarat air mencari pisau supaya dicincang.tapi apakan daya kemahuan gua tak diturut,ada pulak pekerja ruamh di rumah jiran gua memasang alat bantuan yang digelar mesin untuk diubah suai rumah jiran gua.terus tersedar dari lamunan.panas hati gua.tapi satu inspirasi nak karang cerita gua dapat
.
________________________________________________________________

Boom!Boom!bunyi ketukan hati anak-anak muda dan kecil apabila terpaksa mengikut kata kedua orang tua untuk bermigrasi dari kampung yang indah aman damai ke bandar kecil yang sibuk ketika orang ramai mahu pergi kerja di awal pagi.

amat kasihan si abang melihat adiknya yang keemapat terpaksa mencari kawan baru di sekolah yang baru.terpaksa mencari kawan baru,guru yang baru dan membeli buku yang baru untuk persekolahan.si adik yang dulunya aktif keluar menunggang basikal keliling kampung dan bermain bola sepak di petang hari kini hanya terperap di rumah ibarat ayam perapan untuk BBQ.murung sahaja.di mana ada abangnya keluar untuk melepak di bandar,si adik dengan perlahan kata mahu ikut.bukan si abang tak mahu bawa,tapi dengan usianya yang masih belum baligh adalah tidak patut untuk mengikut si abang dan kawan-kawannya yang berasap menghembus asap rokok sehingga lewat malam.

bila si abang keluar untuk menyepak bola di padang tiruan yang kecil yang dinamakan futsal,samapi tahap menitis air mata si adik mahu masuk ke dalam beg kasut futsal si abang kerana mahu menikmati permainan orang menyepak bola ke sana kemari.sayu hati si abang kerana dia juga bermain bola seperti adiknya.si abang tahu perasaan si adik yang rindukan dunia bola yang telah ditinggalkan selama sebulan lamanya.si abang cuba untuk mengecilkan keluasan rumah dengan bercadang untuk merobohkan garaj kereta bapanya untuk membina dan mencipta padang kecil untuk si adik.tapi itu mungkin hanya membuat si ayah murka dan mencerca tindakan itu.mahu tidak mahu,si abang terpaksa melupakan hasrat itu dan hanya MAKAN HATI setiap kali melihat kemurungan si adik yang keempat ini.

Tiada ulasan: