Pages

Ahad, 19 September 2010

raya ke 4 bermakna



gua nak cerita pasal Sosilawati,gua tak tahu lagi apa keputusan DNA tulang yang dijumpai.jadi gua nak cerita sikit perihal negeri gua,Cik Siti Wan Kembang.tanggal 13 September,4 Syawal maka nak dijadikan cerita gumbira,bertukarlah tampuk pemerintahan negeri gua.

Dari Tuanku Ismail Petra,diperturunkan kepada anakanda sultan iaitu kebawah duli yang maha mulia Tuanku Faris Petra.ada sedikit konflik,tapi gua malas nak campur hal keluarga orang.memang sedari dulu tampuk pemerintahan memang akan diperturunkan kepada anak yang lebih sulung.jadi,anak yang lebih muda atau kedua,ketiga,kebongsu bolehlah lepak sekejap.tunggu giliran.

Sultan baru,apa lagi nak dikata.bak kata member gua,setakat ni rekod peribadi Tuanku Faris Petra masih lagi bersih.mana taknya,mana anak raja dan bakal ketua negeri nak masuk kampung,pakai kain pelikat dan menziarah rakyat jelata.jadi imam terawikh jangan cerita la pulak.gua yang dapat cerita dari member gua di Kota Bharu yang mana ketika itu bercerita Tuanku Faris akan menjadi imam terawikh.gua lupa malam terawikh keberapa tapi yang pasti itu bukan cerita dongeng.

gua yang ketika itu jadi anak perantau di negeri orang,nak saje hidupkan enjin helikenter peninggalan atuk gua,tapi dah lepas dah lapor kat menara kawalan udara negeri,gua lupa kipas helikenter gua dah tercabut ketika gua guna nak hidupkan api masa BBQ raya tahun lepas.apalagi,sedih jugak gua.sadiskan cerita gebang gua,jadi biarkan jangan ambik layan sangat.

ok gua dengar cerita majlis pertabalan agak RARE.kalu Sultan lain dimasyhur dengan laungan Daulat Tuanku,tapi yang Sultan baru negeri gua ni guna perkatan ALLAHUAKBAR.rare tak rare?tak nak cakap banyak,gua cuma nak cakap gua bangga mendapat Sultan baru yang diwar-warkan seorang yang alim dan baik hati.gua harap bolehlah ikut serba sedikit Khalifah ar-Rasyidin.

Tiada ulasan: