Pages

Khamis, 21 Oktober 2010

Abdul Rooney

gua terkejut dengar kenyataan dari Rooney yang mengatakan bahawa dia tidak cedera.sedangkan Encik Wan Ferguson mengatakan dia cedera.gua dah cakap dah,jangan bangkang cakap Wan Ferguson.kan dah keluar cerita yang hang nak kena jual.gua dah habaq banyak kali dah.

tengok dulu apa jadi kat abang Nik Beckham,kan kena kasut kat kepala.tak kiralah dia model Pepsi ke,Safi ke.Wan Ferguson bila nak marah,keputusan di luar jangkaan yang akan dia buat.

tapi bagi sebuah negeri di sebuah negara kecil,adalah beruntung pergaduhan Abdul Rooney dengan Wan Ferguson kerana dengan ini,pasukan yang digelar 'Pahlawan Merah' boleh mencongak untuk menjual tanah mahupun haiwan ternakan untuk membeli pemain ini.

khabar angin ini yang gua maksudkan

Tiada ulasan: