Pages

Rabu, 27 Oktober 2010

hati kering

gua kalau diikutkan berhati kering.amat susah mahu senyum apatah lagi untuk gelak.jauh ayam panggang dari api.tapi bila gua baca cerita ngeri berunsur kematian gua akan gelak.gua tak gebang.gua ada bukti.sekarang nak tanya RARE tak gua bila gelak baca cerita ngeri?hati keringkan?

__________________________________________________________

Di bawah ini karangannya:



Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.
Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip
tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan
dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu
emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar.

Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan
garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120
kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8
kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan
laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke
dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!".

Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut
berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu
pula.
Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu
sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju
iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat
menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi
jalan lalu bertembung dengan sebuah feri.

Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya
mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan
memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia.
lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak
saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting
Highlands dan terus ke tempat kemalangan.

Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.
Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula
lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat
takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia
menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia
menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan
kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.
Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke
tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya
sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu
tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori
itu mati.
Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu
pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat
polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian
kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi.
Polis yang bertugas cubamenyuraikan orang ramai lalu dia menjerit
menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai
lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada
penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang
mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus
berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah
kami pun mati.
Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya
mati.

p/s: gua terbaca karangan budak darjah empat ini kat internet lalu mencuri hasil karya budak yang berimaginasi tinggi ini

3 ulasan:

muyukerukatika berkata...

mAK aih perenggan awalan je nak tampar laptop ney.gelak habis la ouh

apis judin berkata...

budak2 punya imaginasi.
bnyak sgt tgk cite spongebob dan makan pemadam kat skolah

muyukerukatika berkata...

apa je yang dye pk time tulis, yang kita dah imagine bende lain sambil buat muke pelik.