Pages

Ahad, 10 Oktober 2010

tak puas hati

sedang gua tak memberi banyak harapan kepada siaran langsung malam tadi pertemuan penentuan negeri cik siti wan kembang di tayangkan di kaca televisyen,tiba-tiba gua mendapat khabar berita dari adinda gua di kampung halaman.katanya
"Abe,malam ni 8.45pm live KL 100 Plus vs Kelate"
watefak.gua terkesima seketika.betulkah mesej yang dihantar tu.minggu lepas dah tunjuk siaran langsung,minggu ni ada lagi.nampaknya RTM dah jadikan Kelanan sebagai anak emas.gua dapat rasakan hati kecil peminat bola sepak di negeri lain memaki hamun RTM dengan berulangnya siaran langsung untuk 2 kali berturut-turut membabitkan negeri pantai timur ini.

gua malas nak kata ape.tak kan gua nak maki pulak sebab ada siaran langsung melibatkan negeri tanah tumpah darah gua,gua hanya tersenyum sinis melihat penderitaan peminat bola sepak di negeri lain.gua lupakan sukan Commonwealth yang telah memberi 5 pingat emas kepada Malaysia di hari keenam ini.gua bersila di sofa ditemani BUDDIES gua yang juga orang Kelantan dan hasilnya.
tamat 94 minit termasuk masa tambahan Kelantan ke suku akhir dengan kemenangan 4-0.






ini sahaja yang gua mampu berikan walaupun gua tahu B.Sathianathan tak akan baca blog gua.tapi gua dan rakyat jelata mengharapkan semangat ini yang akan di bawa ke Bukit Jalil.dengan kata lainnya The Red Warrior akan MAKAN The Red Giant di suku akhir.rekod di dalam buku rekod sekolah mahupun rekod jenayah lampau Polis Bukit Aman memang menunjukkan Selangor berkelebihan ke atas Kelantan.tapi bola itu bulat.semua bola bulat kecuali bola ragbi.segala kemungkinan boleh berlaku.

gua tak nak banyak,gua nak kalau Kelantan bertandang ke Shah Alam selasa ni,12 Oktober 2010,kelantan bolehlah menang 2-0.kalau tak dapat 2-0 menang 3-1 pun cukuplah.gua tak memilih.tak payah cerita pasal lawan yang menanti di separuh akhir,kita tengok je dulu permainan suku akhir pertama di Shah Alam.SELESAI.

p/s: gua dapat logo kat atas tu melalui muka buku.kata ketua penyokong kelantan,rakyat Kelantan diseru supaya menggunakan logo tersebut untuk satu tempoh masa suku akhir piala Malaysia berlangsung.gua kena pikir dulu nak buat ke tak,nanti atuk dan nenek gua tak cam gua kalau diaorang nak add gua kat mukabuku

Tiada ulasan: