Pages

Rabu, 20 Oktober 2010

paramore!

ok semalam 19/10/2010.bukan gua nak cerita pasal apa-apa tragedi yang berlaku.tapi gua hanya nak bagitahu semalam gua naik bas dari bandar kechil White Sand ke bandar besar Kuantan.dalam gua naik bas tu,baru gua terfikir betapa tak sosialnya gua.patutlah gua tengok ayahanda dan bonda gua tersenyum sinis saja semasa gua pulang ke kampung halaman.

rupanya malam gua naik bas,kugiran Paramore telah datang hentak Kuala Berlumpur.jadi gua sudah tahu motif kenapa ayah dan bonda gua tersenyum sinis.mereka gembira gua tak mengikuti konsert tersebut.sayu je hati gua tapi tak apa.gua tak kesah sangat.gua pun tak berapa layan kugiran yang mempunyai vokalis perempuan yang agak 'panas' itu.

cuma gua akan rasa sungguh hiba bila kugiran The Libertines mahupun The Strokes yang datang tapi gua hanya melepak di dalam bas yang mempunyai perjalanan selama 6 jam.tak dapat dua kugiran itu,bagi Mando Diao pun dah cukup.gua bukan memilih sangat.

ok sebenarnya itu kugiran-kugiran yang diimpi-impikan oleh para anak muda untuk memuaskan nafsu muzik mereka dengan datang menyanyi lagu rancak di Malaysia.terima kasih.ecececeh..

Tiada ulasan: