Pages

Isnin, 11 Oktober 2010

gula dalam air kencing

pelik juga melihat seorang mak cik yang separuh abad yang terpaksa dipimpin ibarat orang buta sedangkan matanya terbuka.kejadian berlaku semasa gua menyertai rombongan sepupu gua pergi bertunang.ke mana sahaja mahu pergi,mak cik tua ini terpaksa dipimpin oleh si anak yang setia menghulurkan tangan.tahnia kepada si anak yang soleh.

tapi dengan nada pelik gua beranikan diri bertanya kepada sepupu gua yang ingin bertunang itu,sedangkan gua tahu dia sedang berdebar.tapi gua tidak peduli.gua bukan bertanya soalan adakah tunangnya itu mempunyai adik perempuan yang lawa,mahupun berapa hantaran perkahwinan nanti,tapi gua bertanya apa sudah jadi dengan si mak cik tua itu.maka jawapannya amat ringkas.KENCING MANIS a.k.a DIABETES.terpana gua seketika.kencing manis juga boleh buat seseorang tidak dapat melihat.lalu gua terpandang muka ayahanda gua.

gua berharap dapat dielakkan penyakit itu keatas ayahanda gua.tapi,mengikut khabar berita dari bonda melaluli percakapan lisan di talian,penyakit ayahanda semakin buruk.gua cuba mencari segala info dan penawar melalui internet berkenaan penyakit tersebut.mana taknya,sekarang ni sibuk promosi jalur lebar di televisyen.gua siap hafal lagi lagu jalur lebar tu,"Dengan Jalur Lebar Semua Dapat".

sekarang gua nak tengok betul ke tak,semua dapat dengan jalur lebar.gua tak mintak banyak,gua mintak yang bersimpati atau yang tahu serba sedikit tentang penawar diabetes,tinggalkan komen anda.kalau tak dapat,maknanya iklan tersebut salah!

gua pun nak berbakti kepada kedua orang tua gua.nak berbakti kesenangan sudah tentu tak mampu dengan keadaan gua yang masih merantau mencari ilmu.ini sahaja yang gua mampu.

Tiada ulasan: