Pages

Ahad, 24 Oktober 2010

penceraian

hentikan penceraian.itu yang gua ingin katakan di sini.tanpa mempedulikan buku di sebelah,gua nekad menulis post berunsur kekeluargaan ini kerana rasa terpanggil selepas disoal siasat oleh sahabat zaman kecik gua tentang nasib sahabat gua yang di kampung halaman yang sudah bercerai tetapi mempunyai seorang anak.bak kata kugiran dari Amerika,Blink 182 'its not right,its not right!'


hentikan penceraian kerana bukan kerana nafkah batin yang terseksa tapi kesiankan hasil penyatuan ovum dan sperma kalian yang dipanggil anak.anak-anak memerlukan kasih sayang dan pembimbing di masa datang.jika bercerai anak-anak terabai,tersisih,kesempitan hidup lantas akan adalah segelintir anak malang ini yang akan menjadi bakal pengedar dadah mahupun perompak.sayangilah keluarga anda dan anak-anak anda.

boleh jadi pakar motivasi jugak gua ni.silap-silap boleh jadi kaunselor kat sekolah Henry Gurney.

Tiada ulasan: