Pages

Selasa, 24 Ogos 2010

hypothalamus

banyak dah berubah sekarang.dah belajar membuat smiley,dan tidak tidur selepas sahur selagi tidak terdengar azan subuh.tahniah!kihkih.malas nak buat banyak smiley tapi ameklah satu,:)...ke nak satu lagi?cukuplah dulu.kihkih.hari ni lepas sambung tido lebihan kurang pukul 6.15,gua bangun dan macam biasa pegi menunaikan amanah bonda iaitu pegi menuntut hutang.hutang dari pensyarah gua.hutang apa lagi kalau bukan hutang ilmu.orang dah penat-penat bayar yuran tak kan tak nak mengajo ye yob!

kelas pertama hari ini apalagi kalau bukan tubuh badan manusia ciptaan Tuhan yang sedia ada sempurna dan cukup Kompleks,lebih kompleks dari Kompleks membeli belah Mid Valley.dari sekecil-kecil tulang,membawak kepada saraf sampailah ke otak.ok otak.itu salah satu yang gua dan rakan seperjuangan belajar.nak gua ringkaskan,salah satu pembalajaran gua adalah HYPOTHALAMUS.

menatang cilaka apa pulak hypothalamus.ok tak baik mencerca perkataan itu.kalau tak ada benda tu tak membiak lah lu semua.itu bukan organ pesenyawaan,mahupun alat sulit.ok jangan gelabah pegi tanya cikgu biologi apa itu hypothalamus.relax.biar gua tunjuk kepekaan gua dalam kelas tadi.sebenarnya gua tulis panjang-panjang ni sebab gua nak amek masa ingat balik apa itu bendasing hypothalamus.ok dah dapat

OTAK MANUSIA TERBAHAGI KEPADA 4 DIVISION SEPERTI KUGIRAN joy division.ANTARANYA CEREBRUM,DIENCEPHALON,BRAINSTERM dan CEREBELLUM.hypothalamus NI BERADA DALAM SEKSYEN DIENCEPHALON.FUNGSI hypothalamus NI ADALAH UNTUK MENGAWAL SUHU BADAN,RANGSANGAN SEKS,MARAH,RINDU dan KAWALAN TIDO.

sebab tu gua cakap kalau tak de benda ni lu semua tak wujud.tak ada rangsangan macam mana nak berjimak.part kedua last fungsi hypothalamus tu yang gua sikit konfius.dah reti nak rindu-rindu dah otak gua sekarang.lepak je,nak berTEXT,relax jap nak berinteraksi kat laman sesawang.tapi kalu dapat berinteraksi,mahakarya,melonak gembira,tak terkata,terbeliak mata,tahik mata jawabnya sebab menangis terharu.aishh bahaya betol situasi ini.sume salah hypothalamus dalam otak gua.gua pun sekarang dah pandai curi pasu bunga umah jiran dah,sebab nak amek bunga kasi kat 'budak itu kan'..kihkih.ok tidak,itu fitnah gua terhadap diri gua sendiri.

makcik-makcik yang tak nak laki dia kawin lagi sorang,janngan amek pisau belah dadanya,jangan juga amek asid simbah di mukanya tapi,amek mesin gerudi jenama BOCH,gerudi kepala laki makcik dan sedut hypothalamus keluar.biar laki mak cik tak berperasaan.tapi bukan setakat tak berperasaan je,bernafsu pun tidak lah jawab nye.ate teman ni saje je nak kabo,tapi kome jangan la ikut pulok ye yob.tapi itulah hebat sungguh ciptaan DIA,maha Esa.bersyukurlah

Tiada ulasan: