Pages

Rabu, 16 Mac 2011

hari kesembilan dan terakhir

kenyang melantak makanan di malam hari sudah hilang dibenak perut tetapi bauan sisa makanan semalam masih dapat dihidu.lupakan keenakan semalam,kita fikirkan keenakan hari ini iaitu hari kesembilan yakni hari terakhir Kem Outdoor Recreation Sesi 2011.keenakan yang bakal dikecapi beberapa jam sahaja lagi.

TETAPI

sebelum pulang,segala peralatan haruslah dibersihkan dengan kadar segera sementara hari masih panas untuk mengeringkan peralatan tersebut.antara barangan yang harus dibersihkan adalah khemah,periuk dan kuali,serta kanvas.dengan kadar segera kalau takut dimarah peserta membuat dengan tekun dengan terik mentari membakar kulit peserta yang sedia ada terbakar.jangan risau,makanan tengahari disediakan.






hari yang agak ringkas tetapi bukan 'ringkas' tenaga yang diperlukan apabila melakukan tugas ini.segala peralatan haruslah diperiksa terlebih dahulu takut-takut ada yang rosak.semua peralatan tersebut juga haruslah disusun dan dimasukkan ke dalam bilik simpanan barang termasuklah kayak yang anggaran beratnya 50kg.tugas ini bukanlah tugas yang boleh dipandang enteng macam memaki anting-anting.

sesudah aktiviti menyusun dan membersihkan peralatan,tibalah di majlis penutup yang kedua.sesi bersalaman dan bermaafan jika ada tersalah kata,terlanjur kata,terlebih budi bicara.tidak lupa si teruna dan si dara masing-masing bertukar nombor telefon mudah alih dan nama samaran di Muka Buku untuk terus saling berhubung di masa hadapan.

berapa bintang mahu kasi untuk aktiviti ini?untuk kepenatan,2 bintang sahaja.untuk ilmu yang dipelajari,sebanyak bintang di dalam bijirin Honey Star.semua berjalan lancar seperti lancarnya kenderaan di Bandaraya Kuala Lumpur di musim orang pulang berhari raya di kampung halaman.

anggran pukul 4 petang majlis bersurai dan semua peserta termasuklah kami perserta Diploma Sains Sukan dan Rekreasi (SR113) Kolej Universiti Shahputra bertolak pulang dengan pengangkutan masing-masing.lambain dan senyuman diberi dengan seribu satu kegembiraan.jika kalian harus mengulang kertas subjek Outdoor Recreation ini nescaya senyuman itu akan hilang kerana sekali lagi kalian terpaksa mengikuti perkhemahan ini.kahkah.

semua dikhabarkan selamat sampai ke kolej maisng-masing tanpa ada sebarang aral melintang mahupun angin lintang seperti di Lebuhraya Pedas Negeri Sembilan.jangan lupa singgah makan Mek Donald di Kawasan Rawat dan Rehat Genting Sempah.ecececeh.

TAMAT

Tiada ulasan: