Pages

Selasa, 15 Mac 2011

hari kelapan

tanpa melelapkan mata setelah bermain permainan mencari harta karun seperti lanun-lanun muda yang baru diserap,hari terakhir di tapak perkhemahan Tasik Chenderoh dengan merobohkan kembali segala alatan yang dibina semasa aktiviti Camp Craft.ini untuk memastikan kawasan sekitar perkhemahan bersih dari segala alatan kayu yang dibina seperti ampaian,rak kasut mahupun khemah.

setelah tugas dibahagikan,setiap peserta dari Kolej Shahputra,Kolej Instedt,UiTM Shah Alam dan Jengka mengemas dan menyusun segala peralatan yang dibawa.tugas ini memerlukan setiap peserta mengerah sepenuh tenaga kerana peralatan yang dibawa bukanlah sedikit,mahunya berlori-lori dan bertan-tan.

tekanan juga turut dirasai apabila pengangkutan untuk pulang ke tapak pengunmpulan peserta iaitu di Kolej Kenanga UiTM Shah Alam harus diuruskan 110% oleh peserta terutama biro pengangkutan.ada yang menangis,ada yang bertikam lidah melalui telefon bimbit dengan pemandu bas dan sebagainya.

jika halangan aktiviti Survival dapat diatasi,takkan lah halangan untuk menyediakan pengangkutan tidak dapat dibereskan ye dok?jadi,halangan tersebut dapat diselesaikan dengan bantuan semua peserta tanpa mengira dari mana asal usul tempat belajar,mahupun kolej berlainan.semua menjadi 1 komuniti yang kuat dan saling membantu.ececececeh ayat macam koncu Najib dah.

lebihan kurang jam 12 tengahari,kami semua telah berjaya mengemas dan membersihkan tapak perkhemahan dan masa yang ditunggu oleh semua peserta baik dari para pensyarah dan fasilitator sendiri iaitu pulang dan meninggalkan 1001 kenangan pahit,manis,busuk dan ngeri di Kem Tasik Chenderoh,Lenggong,Perak.peserta dikehendaki berjalan sejauh 2 kilometer sama seperti hari pertama memasuki kem tersebut.ini kerana tapak perkhemahan jauh ke dalam hutan yang telah digondol dan kenderaan berat yakni bas sama sekali tidak dapat menjejakkan tayar mereka ke dalam tapak perkhemahan.semua peserta dibahagikan kumpulan seperti di awal dan kumpulan kecil tersebut bergerak secara beransur-ansur diiringi fasilitator yang bertugas.

rugi dan sia-sia jika tiada kenangan potret berlatar belakangkan bukit bukau yang akan hancur di hari kiamat nanti
penulis bersama Hussin Pendek.

penat berjalan,masa untuk tidur dan rehatkan badan di dalam kenderaan besar berhawa dingin.perjalanan mengambil masa lebihan kurang 4 jam dari Lenggong,Perak untuk ke UiTM Shah Alam.tiada seorang pun yang bergelak tawa,menyanyikan lagu The Beatles mahupun The Smiths dek kerana kepenatan.yang kedengaran adalah hentakan air dari langit menghentam cermin bas.

sesampainya di UiTM Shah Alam jangan bermimpi di petang hari untuk menyambung rehat kalian,kerana barang yang telah dipunggah ke dalam lori mahupun bas harus dikeluarkan untuk dibersihkan dan penyusunan kembali.tetapi bukan masanya untuk membersihkan segala peralatan dan alatan dek kerana hari semakin mencemburui dan matahari sedikit demi sedikit terbenam.

setelah selseai menyusun segala barangan seperti Kayak yang beratnya bersamaan 5 guni beras yang satu beratnya 10kg,semua peserta diberi masa untuk mempersiapkan diri,memanjakan diri dengan air,memberus gigi yang sudah dipenuhi plague dan memakai wangian untuk majlis penutupan sekitar jam 8 malam kelak.

masa berlalu dengan pantas dek kerana beratur berminit lamanya untuk mandi.maka tibalah di upacara penutup.Ketua Dekan Fakulti Sains Sukan UiTM menjadi tetamu kehormat.seperti ucapan yang tidak asing di muka Bumi,ucapan tahniah diberi kepada para peserta dan saat yang ditunggu-tunggu.iaitu membalas segala dendam kesumat perut peserta terhadap makanan.mahu apa?makanan Barat?ada.makanan tradisional?ada.kambing panggang?ada.unta goreng?TAK ADA.

setelah kenyang,tetamu dihiburkan dengan persembahan kurang kreatif dan persedian saat akhir dari para peserta yang tidak malu untuk berinteraksi dihadapan ratusan orang.tidak sehebat persembahan bintang realiti di kaca televisyen,tetapi cukuplah sekadar untuk mengisi masa untuk perut menghadam makanan yang disumbat dalam kuantiti yang banyak ke dalam perut.

sekali lagi dapat dilihat tiada jurang mahupun diskriminasi antara para peserta walaupun datang dari Institut Pengajian yang berlainan.semua seprti 1 komuniti yang bersatu.jadi,penutup hampir sampai masanya,gambar kenangan diambil sebagai kenang,kenangan.




berada di barisan hadapan adalah para pensyarah yang berwibawa dan bertungkus lumus menjayakan kem kali ini.dan pak cik yang ditengah-tengah pensyarah itulah dekan kami.tabik tuan!


fasilitator.tiada komen.kahkah

peserta dari Kolej Shahputra dan duduk di barisan hadapan DUA dari kiri adalah Pengarah Projek dari Shahputra kahkah.RARE tak gua?

antara wajah para peserta yang terdiri dari atlet pelapis Malaya yang berjaya di ambil gambar mereka.

ok!malam yang gemilang dan cukup mengembirakan TETAPI kalian masih di dalam Kem Perkhemahan Outdoor Recreation dan merokok adalah dilarang.terima kasih.
tidur dengan angan dan esok,hari terakhir!yeaaaah.

Tiada ulasan: