Pages

Rabu, 2 Mac 2011

hari keenam

hari dirasakan bergerak tersangatlah perlahan.tapi dalam sedar tak sedar,dalam kepenatan,dalam kerinduan kepada dunia luar akhirnya hari keenam telah menjelma.tinggal dua hari saja lagi untuk pulang ke dunia luar.tetapi ada satu aktiviti lasak lagi yang perlu dilakukan.tapi harap maaf kamera sama sekali tidak boleh dibawa.dan tiada masa untuk merakam detik-detik aktiviti Survival yang akan dilakukan oleh Kumpulan Tasik Chini.sementara kumpulan tasik lain melakukan akiviti

Tasik Kenyir - Camp Craft
Tasik Bera - Jungle Tracking
Tasik Temenggor - Kayak

bermula di awal pagi selepas senaman dan sarapan,kami diberikan taklimat terlebih dahulu seperti aktiviti-aktiviti sebelumnya.aktiviti ini agak istimewa kerana kami dibenarkan membawa TIGA batang mancis sahaja,SATU botol air mineral,SATU botol air tasik,sedikit beras dan tepung untuk dikongsikan dengan ENAM orang ahli kumpulan,SEBILAH parang,SEBIJI telur,DUA bekas untuk memasak,SATU baju sejuk,SATU sejadah dan kain sembahyang untuk perempuan.

sebelum bertolak ke lokasi hutan di mana tempat yang akan kami ditinggalkan dan bermalam,terlebih dahulu aktiviti biasa dan rutin di mana kami perlu berendam di dalam tasik selama lebih kurang 10 minit.dengan keadaan basah kuyup,kami menaiki bot ke lokasi rahsia di dalam hutan.segala alatan dan barang amanah yang diberi dijaga dengan berhati-hati supaya tidak basah terutama sekali mancis.

sampai di sana,kami diberi penerangan sekali lagi.kami diminta supaya menjaga tingkah laku dan menjaga segala percakapan.maklumlah kita masuk ke tempat 'Orang' bawa otak bukan pisau.ecececeh.wisel akan ditiup jika kami berada di dalam situasi cemas atau genting seperti diserang oleh Cik B atau dengan kata omputihnya WildBoar.kahkah.

lebih kurang pukul 4 petang kami telah dibahagikan tempat untuk didirikan khemah ataupun check point.umpulan saya telah mendapat chek point ke 10 dimana di tepi tasik yang penuh dengan pokok mengkuang.dengan pantas perkara yang pertama kami lakukan adalah membahagikan tugas.ada yang mendirikan khemah,mencari kayu api.ketika mahu membuat bahagian yang paling genting dan cemas tanpa boleh meniup wisel adalah untuk menyalakan api.jika dua hari sebelum ini kumpulan tasik yang ingin menyalakan api menggunakan paling banyak mancis adalah sebanyak dua batang.

bukan mahu riak tapi mungkin tuah meyebelahi kami,hanya sebatang mancis telah kami gunakan.dan api telah menyala dengan marak dan jika pihak bomba datang,ianya belum pasti mampu dipadamkan.kahkah.jika api tidak dapat dinyalakan,dengan kata lain misi Survival anda telah gagal.bersyukur dengan kehendak Ilahi,api dapat dinyalakan.maka tumpuan beralih kepada usaha untuk mengumpul seberapa banyak kayu api yang dapat.akan tetapi kami tidak boleh melebihi jangkauan sejauh 20 meter diameter dari titk tengah khemah kami.maka,kayu api yang berjaya dikutip hanyalah ngam-ngam dan disangkakan cukup.

tengah mencari kayu api,cerita seram sudah nak bermula.seorang ahli kumpulan perempuan di dalam kumpulan saya ternamap seperti sesuatu berjalan disebalik pokok mengkuang dan dia meminta kami memeriksa apa yang ada disebalik pokok tersebut.memang tak dapat lah jepp.kami meminta beliau untuk bertenang dan mengambil wuduk untuk solat maghrib mengikut giliran.setelah bersolat dan membaca yassin,beliau kelihatan tenang kembali.

sementara peserta lelaki sibuk menjaga unggun api,peserta wanita sibuk menyediakan makanan untuk makan malam yang tak seberapa.bayangkan nasi yang sedikit dibahagikan kepada enam perut dengan hanya berlaukka telur.jika anda seorang yang perut boroi dan kaki makan,anda pasti dihentak beramai-ramai jika makan tanpa memikirkan ahli yang lain.ketika inilah baru kita mengisafi diri kita dan membayangkan betapa mewah hidup kita selama ini makan nasi goreng USA,nasi goreng ISRAEL,dan berbagai lagi.bayangkan,nasi putih tanpa lauk,berselera dimakan tanpa ada perasaan 'DEMAND' dalam diri peserta.

sesudah makan,ada yang sudah terlentok di bawah pokok,ada juga yang tidur di bawah khemah yang tidak beralas.ok khemah yang dimaksudkan adalah khemah berbentuk A tanpa ada sebarang alas mahupun tilam yang Ziana Zain jadi model iklan tilam tersebut.semuanya hanya beralas daun-daun yang dikutip.tetapi daun-daun tersebut tidak melitupi keseluruhan khemah dan hanya cukup untuk meletekakkan punggung.maka tanah yang berpasair,berdebu,dipenuhi daun kering dan ranting menjadi alas.tanpa ada sebarang rasa jijik dan sekali lagi perkataan 'DEMAND' digunakan,kami tidur ala kadar sahaja.mahu sahaja menitiskan air mata tetapi itulah kedaifan yang perlu ditempuh sepanjang aktiviti Survival.

ok tidak berhenti disitu sahaja,malam masih muda.tnnpa jam ditangan dan kami hanya mampu menganggarkan sahaja masa yang berlalu dengan perlahan ketika itu.lebih kurang jam 11 malam.kami didatangi sekumpulan fasilitator.ok terlebih dahulu setiap kumpulan diberikan kata laluan.contohnya PISANG LINTANG.jika kami menyebur PISANG,orang yang datang haruslah menyebut LINTANG.jika mereka tidak menyebut perkataan LINTANG tersebut maka kami diharamkan sama sekali untuk berkomunikasi dengan mereka.

setelah kata laluan diberi,fasilitator datang mengomel beberapa perkara.antaranya kami terpaksa membuka kembali khemah kami kerana kedudukannya yang rendah dan kayu api yang kami kumpulkan amatlah sedikit dan tidak sempat untuk menunggu sehingga hari pagi.kami masuk dah pukul 4,pergerakan kami terbatas dalam anggaran 20 meter,maka hanya itulah yang mampu kami kumpulkan.bila malam menjelma,kami tidak dapat bergerak jauh dari kawasan khemah kerana keadaan teramat gelap dan kami tidak mempunyai mata yang cerah seperti kucing atau musang.

maka dalam meraba persekitaran,kami cuba mencari kayu api algi tetapi yang kami dapat hanyalah luka ditangan dan kami tidak pulang dengan tangan kosong.dapatlah juga ranting-ranting kayu yang boleh dibuat pencungkil gigi.amatlah sadis dan tertekan.teramat tertekan sebenarnya.lebih tertekan dari Arsene Wenger yang kalah gol minit terakhir oleh pasukan Birmingham City.

ketika itulah dengan buntunya saya telah memanjat pokok getah yang ada di tepi khemah kami.ketinggian diaangarkan 2 meter.teramatlah sukar untuk memanjat pokok tersebut sehingga saya terpaksa memanjat belakang seorang peserta lain.saya memotong dahan pokok yang telah mati.nak potong bukan main susah dengan keadaan gelap dalam anggaran pukul 12 malam.dapat satu dahan,saya melompat turun dengan tagan melecet dan geram.macam panglima Melayu dah saya rasa ketika itu.

pukul 3 pagi,kami didatangi lagi sekumpulan fasilitator tetapi kali ini mereka datang berserta pensyarah dan PERLU (kumpulan yang bertanggungjawab mengorganisasi segala hal sepanjang kem berjalan).kami ditegur sekali lagi kerana bekalan kayu api memang nazak.bukan sedikit tetapi tak ada langsung!kami diberi lampu suluh oleh pensyarah dan diberi masa yang amat singkat untuk mencari kayu api seberapa banyak yang boleh.nikmat yang tidak terhingga kami dapat ketika itu.alhamdulillah pujian dipanjatkan ke atas Ilahi kami mendapat sedikit kayu api yang agak besar saiznya.setelah kumpulan fasilitator berlalu,kami sedar bekalan kayu api yang diperolehi sebentar tadi masih lagi tidak mencukupi maka kami dengan penuh tawakkal dan dalam meraba-raba dalam kegelapan pergi sekali lagi mencari kayu api.

sebenarnya kami bukanlah sekumpulan budak bandar atau budak bangang yang menghisap ganja,kami sebenarnya telah merancang terlebih awal ketika kami diberi lampu suluh tersebut.kami telah menghafal jalan dan melihat kawasan yang kelihatan banyak kayu api yang bersaiz besar.dengan meraba-raba di dalam gelap dan dengan jalan yang telah dihafal,kami pergi sekali lagi.kali ini tiada istilah TIDAK LEBIH 20 meter bagi kami.yang kami tahu hanyalah mencari seberapa banyak kayu api untuk bekalan sehingga pagi.ini kerana,jika tiada kayu api atau bergelap,ini akan mendedahkan kami kepada risiko untuk diserang oleh binatang buas.

cubaan pertama saya bersama dua orang rakan telah pergi mecari kayu api sementara seorang lagi peserta lelaki menjaga khemah dan unggun api bersama perseta wanita.cubaan kami tidak menghampakan,tidak menang tangan kami membawa kayu api dan cubaan kedua harus dilakukan.tetapi kali ini tangan kami
tidak penuh sebaliknya kami terpaksa bersatu enam tangan membawa kayu api yang bersaiz besar.bersorak gembira kami dengan hasil buruan kayu api kami.macam gembiranya Parameswara gembira dapat memburu kijang pada zaman dahulu.

Tiada ulasan: