Pages

Rabu, 9 Mac 2011

hari ketujuh

gembira hati dek rentetan kemenangan Barsilona keatas pencabar Red Devils dalam memburu gelaran ke-18 EPL iaitu Arsenal dalam pertemuan 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara Eropah membuatkan saya bersemangat untuk menyambung cerita Perkhemahan Outdoor Recration yang berbaki lebihan kurang tiga hari sahaja lagi.

hari ketujuh.masih dalam emosi terganggu dan tertunggu-tunggu untuk menamatkan aktiviti Survival.jika semalamnya iaitu hari keenam kami memasuki tapak perkhemahan daif kem Survival,tetapi hari ketujuh jangan disangka kami akan dilepaskan dengan begitu senang.pagi hari ketujuh tidak seperti hari-hari lain.tiada santapan sarapan yang menyelerakan,tiada nyanyian lagu Negaraku yang bersemangat,tiada senaman yang menyegarkan tubuh dan tiada mandian yang menyejukkan tubuh apatah lagi tiada pasta ubat gigi yang mengharumkan nafas kami.

dengan berbekalkan tepun dan dan sedikit gula serta garam,kami membuat lempeng yang semestinya tiada di Kedai Kek Resipi Rahsia.dengan berat hati untuk menelan kerana musykil dengan rupa bentuk dan bau hanyir,kami terpaksa menelan dengan senang hati tanpa ada sebarang rasa curiga kerana ini satu-satunya ikhtiar hidup yang mampu memberi tenaga untuk menjalankan aktiviti seteusnya.

TETAPI

ada segunung rasa gembira di hati kami apabila matahari sudah bangun perlahan-lahan dan saat itu,kami yakin yakni pasti dengan sepenuh hati bahawa bila-bila masa sahaja kami akan dijemput oleh fasilitator dan pensyarah untuk meninggalkan tapak perkhemahan kali ini atau dengan kata lainnya aktiviti Survival ini dapat diakhiri.maka dengan ketentuan qada dan qadar memang kami dijemput dipagi yang cerah itu.beruk dan burung berkicauan tanda gembira kami meninggalkan habitat mereka.dikumpulkan kami ditapak perkhemahan utama dan kami diberi penerangan untuk melakukan aktiviti kedua sebelum keluar dari tapak perkhemahan tersebut.

aktiviti tersebut adalah untuk mencari bearing atau dengan kata lain mencari arah petunjuk yang diletakkan oleh kumpulan lain.setiap kumpulan dikehendaki mencari petunjuk yang telah diletakkan oleh kumpulan lain berdasarkan bacaan kompas yang telah diberi.di dalam situasi ini,kemahiran membaca kompas adalah amat penting untuk kita mencari arah sesuatu tempat jika tersesat di dalam hutan mahupun di pusat membeli belah yang besar seperti Mid Valley ecececeh.

selesai tugasan tersebut,kami dikumpulkan lagi dan bersedia untuk pulang.

TETAPI.ye ada tetapi lagi.

bukan masalah teknikal yang menimpa tetapi sejarah bakal dicatat untuk mencacatkan mental kami.ketika inilah terdengar dengusan mental koyak dari para peserta seperti 'alaaaaa'..'okkk aloh'..'pulok'..maka seraya dengan itu,bunyian kegembiraan burung dan beruk yang kegembiraan tadi bertukar menjadi bunyian amarah.ini kerana kami dikehendaki masuk kembali ke tapak perkhemahan dan membina sekali lagi tapak perkhemahan yang telah dirobohkan.tetapi kali ini,setiap kumpulan dikehendaki mendirikan khemah di chek point yang berbeza.jika semalam kumpulan saya berada di chek point 10 tetapi pagi ini,kami diberi chek point pertama.

melangkah dengan penuh longlai dan emntal koyak mengikut jejak fasilitator yang melangkah laju penuh bersemangat.didirikan khemah dengan penuh mental koya.ye hari ini adalah hari mental koyak bagi Kumpulan Tasik Chini.dengan muka bengis dan mental koyak,kami diberi SEBATANG bukan sekotak mancis.SEBATANG!sedikit beras,sebotol air mineral,sebotol air tasik,sepotong ikan.dah itu sahaja!

khemah sudah didirikan,kayu api sudah dicari dengan tekun dan banyak mengambil iktibar hari semalam yang ketandusan kayu api,maka tibalah masa untuk menyalakan api.berbekalkan sebatang mancis,ceeeeretttttttttttt api dinyalakan.tetapi seperti yang dijangka dari awal lagi kerana ketiadaan perasaan maka api padam.mahu nyala pakai apa?guna pemetik api ALLADIN?ke pemetik api CRIKET?kalaulah ada semua tu,memang satu hutan dah berjaya kami bakar.tetapi masalahnya kami hanya diberi sebatang mancis.

sekali lagi mental kami koyak.hari yang panas menyebabkan dengan durasi tidak sampai 2 jam habis sebotol air mineral kami teguk ke dalam tubuh.yang tinggal hanyalah air tasik yang berumpai dan kehijauan.dengan mental koyak,kami semua rehatkan tubuh di atas tanah yang bersemut,berpasir dan berdebu.dengan kata lain tidur.ini sahaja yang kami mampu buat ketika ini.merehatkan minda.

tidur kami dikejutkan dengan kedatangan pasukan PERLU,kami dibantu dan diberi peluang.diberi kami sebatang lagi mancis dan dengan lafaz bismillah dengan sekali lafaz dan gesekan,plummmmmm api menyala.tanpa berfikir panjang target utama kami untuk makan tengahari.ikan bakar dengan nasi putih tanpa kuah.makan sampai tercekik,tetapi air tiada.apa nak buat,air tasik yang menjadi mangsa.dengan menggunakan bibir sabagai penapis rumput dan rumpai di dalam air tasik,kami meneguk ala kadar air tasik tersebut.

sejarah bagi pasukan Tasik Chini kerana terpaksa melalui 2 kali Survival.mungkit pasukan kali ini adalah yang terbaik.ecececeh.ada antara peserta yang bernazar dan tidak kurang yang mengucapkan cita-cita dengan ayat dimulai perkataan 'kalau kita semua dapat keluar kejap lagi....'.bermacam-macam cita-cita didengar sehingga ada yang sanggup minum air tasik apabila di atas bot kelak dek kerana dahaga.

petang redup di hari ketujuh.kami di datangi oleh seorang pensyarah dan fasi pengiring.dikhabarkan mereka gembira dengan pasukan kami yang mental koyak tetapi masih mampu mencari kayu api yang berkuantiti yang amat banyak sehingga mampu untuk tinggal sepurnama lamanya di situ.maka kami dibebaskan.berita disambut dengan penuh kegembiraan lantaran dapat pulang ke tapak perkhemahan induk.

pulang,marilah pulang,marilah pulang bersama-sama.riak wajah gembira tidak dapat disembunyikan jelas terpancar dimuka hitam dan berminyak para peserta.sesampai di tapak perkhemahan induk,kami disambut di jeti dengan senyuman sinis oleh sahabat handai seperti ingin meminta penumbuk.kami diberi makan dan minum.maka target utama adalah air sarsi kurang jimat gula dan air teh tak nak kasi diabetes.selepas penuh dengan air diisi ke dalam perut,bubur yang sudah siap di bungkus pula menjadi santapan.makan sampai lebam.ngam-ngam siap makan,azan maghrib dilaungkan.bergegas pula kami menunaikan solat berjemaah seperti biasa.

anda fikir kami diberi tidur awal dek kerana DUA kali aktiviti Survival?anda silap.selepas post motem dilakukan kami melakukan aktiviti yang panggil berjalan malam atau dalam bahsa penjajahnya NIGHT WALKING.memang bahaya berjalan malam-malam ni,kalau kat kampung Maghrib dah kena masuk rumah sebab banyak syaiton.tetapi kali ini bahaya itu yang kami tempuh.kami diletakkan di atas bukit gondol di dalam kumpulan tetapi dijarakkan antara satu sama lain.kami diminta memuhasabhakan diri dengan mengenang jasa ibu dan ayah dan semangat untuk kami menebus jasa mereka.

TETAPI

kelihatan dari jauh tapak kem kami bergelap tetapi sayup-sayup kedengaran paluan gendang dan nyanyian.pada mulanya saya sangkakan roh John Lennon datang melawat kami seraya dengan itu melakukan konsert kecil-kecilan.tetapi takkanlah John pandai berbahasa Melayu.dengan mempersetankan persoalan yang berlari-lari anak di dalam benak fikiran,kami turun dari bukit tersebut dan menuju kembali ke tapak perkhemahan.keadaan masih gelap gelita.kelihatan barisan fasilitator dan pensyarah menyanyi pelbagai lagu sambil memalu periuk mahupun baldi.agak bingit tetapi lagunya boleh masuk ke dalam lagu etnik kreatif muzik-muzik.jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi,masih ada aktiviti yang dilakukan.penat yang menimpa kami seharian telah hilang begitu sahaja ditelan kesibukan kehulu dan kehilir melakukan aktiviti di hari terakhir ini.

kami melakukan aktivit memburu harta karun.degan berbekalkan lampu,radio,kompas dan sebagainya kami diminta mencari harta karun tersebut.apa motif nyanyian para fasilitator?ye,motifnya adalah segala KLU KABUR boleh ditanya kepada mereka tetapi kalian haruslah menyanyi bersama mereka atau dengan kata lain membina lirik yang berunsur soalan untuk djawab oleh mereka.

tepat azan subuh,nyanyian dihentikan memandangkan semua harta karun telah dijumpai.kami menyambung aktiviti solat subuh dan bersarapan.

OPSSSSSSSss ini sudah hari ke lapan rupanya.maka diminta izin unutk berlabuh!kahkah

Tiada ulasan: