Pages

Khamis, 15 Julai 2010

ibarat puasa

ibarat puasa.itulah situasi ketika world cup.berlalulah sudah world cup.sebulan tido lewat malam.juara sudah semua orang tahu.bukan Brazil,bukan Argentina dan bukan juga Malaysia.gua minat peminat Spain tapi gua taknak announce team mane juara.banayk pejabat,kolej mahupun sekolah mengadakan cuti peristiwa sempena tamatnya WC dengan menangnya sang juara baru dari benua eropah.jumpa lagi 4 tahun akan datang di Brazil.

ok,gua nak cerita saat yang paling kemuncak atau klimaks.kalau bulan puasa bagi gua saat klimak adalah ketika lepas je buka puasa last day ataupun malam raya.semua busy buat persiapan nak raya,pegi kesana kemari meninjau rumah saudara agar tidak kalah dalam perubatan takhta rumah sape yang lagi lawa.jalan raya lak sibuk ibarat highway karak.ada yang keluar meronda dan melepak,ada jugak yang baru sampai dari bandar metropolitan,ada jugak yang jalan-jalan lepak ngan kawan atau lawan setelah setahun lamanya tak jumpa.

WC situasinya sama.cuma bezanya kita tak perlulah puasa.masuk je malam perlawanan akhir,masing-masing dah sibuk keluar dari kepompong samada rumah atau tempat kerja untuk mencari port menonton game tersebut.ada jugak individu yang tak sibuk tapi berlagak macam sibuk kesana kemari meninjau kubu pihak lawan sambil menganjing satu sama lain.

malam WC ataupun malam raya,moment yang gempak dan dasyat.gua rasa macam nak stopkan masa untuk moment itu berlangsung sampai gua tak larat.bila masa tu dah blah lambat la plak boleh jumpa.kalau malam raya kena tunggu lagi setahun,kalau WC 4 tahun lagilah maknanya

Tiada ulasan: