Pages

Jumaat, 19 Ogos 2011

balik berpuasa part 1

cerita 2 minggu lepas.nak cerita jugak moga mendapat pengajaran.
pilih bas yang betul,cepat dan selamat

*****************************************

sudah menjadi kezaliman dan keinginan setiap anak perantau untuk menjalani ibadah puasa di awal bulan Ramadhan bersama keluarga di kampung halaman.
gua melangkah gagah dengan saki baki tenaga yang gua dapat dari karbohidrat roti yang gua telan semasa sahur ke terminal bas.niat di hati gua nak balik tengahari,lepas naik bas 6 jam,paling bangsat pun gua akan sampai di kampung lebih kurang tok bilal tengah pegang mikrofon nak laung azan Maghrib.

apakan daya,bukan gua sorang nak balik berpuasa di kampung ye dok?maka habislah tiket.yang ada cuma tiket sebelah malam.
"tiket ke Kota Bharu ada pukul 11 malam jah adik,nak ko dok ni?",kata akak penjual tiket bas.
selepas berkira-kira,dari tak balik langsung,baik balik je.
"ok,boleh",jawab gua pendek sambil tengok suasana terminal dengan orang ramai yang ke hulur ke hilir dari satu kaunter ke kaunter yang lain cari tiket bas.macam orang tak puasa.tak reti penat.

***************************************

11 malam,naik bas yang agak sederhana baru,aircond ada.chantek bisik hati gua.sedar-seddar mesti dah masuk sempadan negeri ni.
5 minit je perjalanan bas,gua dah memaki!

nota kaki : kalau naik macam siput khinzir,volkswagen kuning dekat Karak boleh potong berpuluh kali dengan hanya tekan separuh pedal minyak.nak masuk gear bas tak reti.pesen lesen memandu bas masih P.cilake!

2 ulasan:

aku fadzilah azizan berkata...

menjadi 'kezaliman' ke 'kelaziman' sedare ? =p

apis judin berkata...

pergh terer lu dpt cari gua punya kesilapan