Pages

Ahad, 6 Februari 2011

bebas

seminggu yang penjang bagi gua.gua dah macam soljar sekarang ni.badan dah keras macam batu,kalu beca kat Melaka langgar gua dengan kadar kelajuan 30km/j pun gua tak akan rasa apa-apa.sekarang,gua dah bebas dari kem tahanan rekreasi luar pintu.bebas dari segala aspek rohani dan jasmani.naik je bus kolej gua yang mempunyai kesejukan penghawa dingin yang boleh menghilangkan deria saraf kulit gua,terus gua dengar lagu BEBAS dari kugiran JariMentega.tapi lagu tema yang paling gua nak tujukan kepada diri gua sendiri adalah lagu MERDEKA dari kugiran yang sama.Merdeka!Merdeka pekik,bisik hati kecil gua selepas selesai berpeluk,bersalam mesra dengan rakan baharu,pensyarah dan pembimbing rakan sebaya ecececeh.


seminggu tidak menyiram air keseluruh badan,cukup dengan hanya menyapu air ke badan dan kepala unuk menyejukkan tubuh,seminggu tanpa sedutan maut nikotin dan tar,seminggu tidak bersila di depan televisyen berwarna setiap jam 8 malam untuk menjadi katak di luar tempurung,seminggu tanpa bahan bacaan yang diberi nama akhbar,seinggu tidak berMUKA BUKU,seminggu juga tanpa rangkaian perhubungan dengan dunia luar yang selalu melekat di tangan mahupun di dalam poket seluar gua.

tapi seminggu juga berjemur dan bermandi peluh,seminggu bersenaman dan menyanyikan lagu negaraku di pagi hari (benda yang gua tak bermimpi nak bangun nyanyi negaraku setiap pagi,yang gua selalu buat gua baca doa bangun tidur.ececece),seminggu juga gua dengar intonasi marah dan kelantangan suara mengira no 1 hingga 10.cukup sampai disitu!tapi gua nak tegaskan,gigi gua masih diberus walaupun tak mandi ok?ditegaskan MASIH BERUS!

sebab itulah gua terputus hubungan dengan dunia luar,tanpa gua tahu siapa yang menang PRK Dun Tenang walaupun dalam hati gua,gua dah jangka Parti Antagonis akan menang dengan taktik busuk mereka dan kroni mereka.
gua juga tak tahu apa dah jadi dengan Mesir yang bergolak semahu-mahunya sehingga gua masih bertanya-tanya punca sebenar pegolakan.itu juga gua tak jangka.
yang satu lagi gua tak jangka adalah kemenangan pasukan negeri gua merangkul Piala Sumbangsih buat kali pertama dan kali ini,dendam pasukan Gergasi Merah Kuning masih belum berbalas.gua tak pegi stadium pun boleh menang ye Kelate!aisemeeen!(bertungkus lumus gua mencari jawapan dan keputusan perlawanan ini masa kat dalam hutan,akhirnya ada juga pembimbing rakan sebaya yang memberi jawapan.
tapi jawapan yang gua dapat tahu masa di dalam bas untuk keluar dari hutan adalah kemenangan Jepun ke atas Australia pada perlawanan akhir Piala AFC.

tengok!bukan main banyak lagi cerita yang gua ketinggalan.gampang dan tempang hidup gua seketika.gua kena belajar lebih masa sedikit ni untuk baca semula akhbar yang telah keluar selama seminggu lamanya.gua mana boleh kalah kalau orang cakap tentang isu semasa ni.ecececeh

Tiada ulasan: